28 February 2010

~Cara buat cili kicap macam cili soto atau bakso versi makcik aku pure Jawa~

Entri ni untuk ingatan aku gak(dan nak share dengan orang lain jugak). Tadi pagi aku balik Klang, rumah pakcik aku. Hajat nak menghantar ikan terubok masin yang diorder khas dari Sarawak. Angah beli waktu cuti CNY ari tu.

Tadi masak sup ayam. Sup ayam biasa la. Yang aku baru belajar tadi, cili kicap dia. Macam soto ngan bakso punya tu. Pekat je. Makcik belasah buat stok sebulan dalam 'tapawe' besaq!


CILI KICAP SUP/SOTO/BAKSO
1) Cili padi dan bawang putih (banyak) - rebus
2) Boh dalam blander
3) Boh kicap
4) Boh garam dan gula - sikit jer
5) Perah air asam jawa
6) Blander la campuran tu
Senang je kan? Oooo, patut la cili bakso kat kedai tu pekat betoi. Cili pun kena rebus rupanya. Ooooo, tau le chek ni.
Siap tapau su ayam dengan cili tu bawak balik. Malam ni hirup sup je ^_^

27 February 2010

~The Wolfman, Waroeng Penyet and IKEA~



Hari ni aku meronggeng meYongGeng kat D Curve dengan Kak Nolie. Aku angkut bini orang p jalan2. Hahaha. 2 orang jer. Cadang nak p tengok My Name Is Khan. Emon kata best. Dia dah tengok. Lagi pun dah lama tak tengok citer Shahrukh Khan tu. Penah tengok trailer citer tu, macam best.


Sampai dalam kul 10++ pagi. Terus p cinema. Sekali tak de tiket untuk pagi. Citer tu ada malam je. Tu pun aku tengok tiket kul 9 lebih dah nak sold out. Btol la kot best.


Tensyen je cerita yang nak ditengok takleh tengok. So, terus tukar tengok The Wolfman kul 1.10pm. Citer serigala jadian of coz la banyak scene kala malam bulan mengambang kan. Gelap je. Banyak scene terkejut2. Pastu darah memancut2, air liuq meleleh. 3 of 5 stars je la. Nak kata best giler, best la lagi Percy Jackson aku tengok ari tu. But both has beautiful scene. Pemandangan cantik. The Wolfman: pemandangan kat England akhir tahun 18++ (which I forgot the actual date). Percy Jackson plak banyak effect macam Harry Potter.


Bleh la dari p buta2 je tak tengok movie langsung.


Makan kat Waroeng Penyet. Ramainyer menusia! Aku order bakso, jus avocado. Lagi 1 tak ingat le nama apa la makanan tu Kak Nolie order. Tafu, tempe & telur penyet kot. Hahaha. Blasah. Tapi ada le ketiga2 benda tu. Sini bayar dulu baru bleh makan. Bila da bayar, kita dapat nombor meja, baru diorang wat makanan kite order tu.

Lama btol baru makanan sampai. Sempat la aku menurunmenurunkan ilmu pasal kamera dan cara snap gambo selain cara skema selalu tu.

Layan la...

Proses mendapatkan makanan memang boring.



Tapi aku mampu senyum lagi untuk kualiti gambar 'anak murid' aku ari ni. Hehehe


Bila makanan tetap tak sampai, kelapa kepala mula jatuh atas meja.

Nombor meja tu pun sedap jadi bantal.

Bila makanan sampai, muka sorang2....

macam ni la

l

l

l

V




Pas makn p Ikea. Aku beli meja ngan kerusi. Meja bulat putih (aku suke!) RM35. OK, dah siap pasang. Kerusi kuning aku tak siap lagi sebab aku takde skrudriver nak bukak skru kat batang besi kerusi tu. Tensyen je. Kalau tak, dah bleh guna kerusi meja baru tuh.

26 February 2010

~Surat Cinta Tijah bt Kulup Kecil~

Aku dapat e-mail.
E-mail tersebut klakar.
Maka, aku saja2 je la nak share di sini.



Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.


Safe walk..
Tijah



Macam Abg Jem translate lagu kat sinarFM je kan...

~Salam Maulidur Rasul~

DUNDAM BAAYUN

Giler boleh nangis dengar lagu ni!

Kalau dah baca entry bab sejarah keluarga kat link tu, tau la nenek aku orang Banjar. Tadi nak surf lagu nasyid (semangat Maulidur Rasul :)). Terjumpa lagu Banjar ni. Apakah buang tebiat aku nangis pagi2 ni???

Why???

Masa aku kecik, tidoq dalam buai (aku panggil endoi), arwah nenek akan nyanyi lagu ni sambil selawat nabi. Dalam lagu ni memang ada selawat nabi ye jangan tak tau. Kiranya, aku la budak baik itu sejak kecik selawat, mengaji. Lagi 1, arwah nenek suka panggil aku 'orang bisaan'. Dulu aku kecik2 kan macam bodoh je. Bila mak sedara aku ejek cakap aku 'orang bisaan', aku marah2, muncung. Padahal tiap2 ari arwah nenek doakan aku jadi 'orang bisaan' tu.

Apa maksud????

Orang bisaan tu macam orang pandai la. Serba boleh. Semua boleh buat. 'Bisa' tu bahasa indon kan ke maksud dia 'boleh'. Buduh le dulu marah2. Aku ingat depa dok ejek aku. Padahal arwah nenek doakan aku jadi budak pandai dari dalam buai lagi. T_T

Ini entry sedih dan menangis!!!!

Aku nak ucap SALAM MAULIDUR RASUL sebenarnya tadi. Niat hati nak letak lagu nasyid kat sini. Dah jadi lain plak. Umat Muhammad makin hanyut. Tak kata orang lain, kadang2 aku pun sama. Kelas pack, solat pun kira kapur. Zohor hujung2, terus tunggu Asar. Tu tak masuk tahap sabar yang sampai paras hidung je bila berbulu marah budak. Padahal kalau nak kira sabar, orang dulu2 lagi sabar. Perang, darurat....hidup je. Tak marah2 pun. Aku ni, baru sikit cabaran dah marah2.

Opsss! Korang tak paham lagu tu ek?

Ini translate dia:

Guring = tidur

Ayunan = buai

Lain2 tak clear sangat la sebab awek yang nyanyi lagu tu guna key suara pe tah. aku yang telinga kuali ni lambat nak pikap.

23 February 2010

~semangat masuk kelas, kelas tak penuh, separuh je, I kecewa~

Ceh, kecewa? Hahaha. Jahat btoi. Yang pastinya, kalau kelas separuh, aku kena ulang balik p&p untuk kelas berikutnya. -_-'

Aman kelas bila students sikit ^_^. Kelas tak crowded, tak panas, nak jalan pun senang. Kan best kalau mengajar dalam kelas yang ada 25-30 orang pelajar je. Boleh ke kita demand macamtu? Kalau la boleh....

''Puan pengetua, saya nak tiap kelas ada 25 orang budak jer.''

Ko nak mampus ko mintak le macamtu!

Dulu masa aku sekolah menengah, Form 4-5, kelas aku ada 25 orang je. Lapang jer kelas tu. Boleh susun meja macam2 design. Boring je kami ubah susunan. Bentuk U, bentuk V, susun meja panjang2, Susun dua2.

Kelas aku mengajar sekarang sangat crowded. 1 kelas ada lebih kurang 40 orang. Meja plak meka plastik yang gedabak besar tu. Nak jalan je tersangkut bontot kat meja. (Nasib baik I kecik dan comel! :P).Hasilnya, banyak baju cikgu2 pempuan yang tertarik benang sebab tersangkut. Sebab tu cikgu pompuan banyak baju. +_+

Bila kelas tinggal separuh, nak mengajar pun senang. Budak pun suka je kelas sikit.

Tadi kelas 1K sikit je budaknya. Time aku round dalam kelas time bagi latihan, sorang budak laki kuar. Kecik je dia. Sambil jalan, nak ukur tinggi dengan aku. Aku kerling je, then...

"Why, Jun Qin? Anyway, I'm still taller than you :)"

"Arghhhh. Teacher!"

Sorang lagi lalu,

"But teacher, I'm taller than you. Hehehehe."

Tengok atas, ya, dia tinggi dari aku.

"Ya, what ever. Tak boleh lawan ini. I'm older than you."

Hahahahaha. Kelas ni banyak cakap. Aku ngajar pun diorang nak ajak bersembang. Kalau ajak bersembang....paham2 je la. Time relief diorang suka la, sebab nak ajak sembang. Berdiri keliling meja guru, panas aku ni beb. Dah la macam2 bau akan kuar bila pas rehat. Ye, aku terpaksa 'paksa-rela' menghidu bau2 indah tu. Hai, budak2 kelas hujung yang malas belajar. Belajar pun kena dengan cara main2. Wat game, puzzle...tu diorang suka.

Dugaan!

So, kecewa ke sebenarnya kalau kelas sikit? Kecewa bab kena ulang tu je la. Kalau la mengajar dalam kelas yang sikit......

22 February 2010

~Apakah kesan bunyi mercun dan bunga api semalam?~

Semalam sakan cina2 sini bakar mercun berpapan2. Bakar bunga api mega besar dan banyak.

Sapa boleh jawab soalan aku kat atas tu?

Takkan pencemaran je....

No,

no,

no,

no....

Ramai budak tak mai sekolah. Ye, tu la jawapan yang kite cari!!!!

Ari ni masuk 4 kelas. All Science classes...Kelas 1F 3 orang je tak datang. Masuk kelas 1B pun 2-3 orang je tak datang. Pas rehat, masuk kelas 1K....separuh kelas tak datang. Kelas 1I...sama jugak. Separuh tak datang. Budak2 cina yang datang pun muka penat dan ngantuk je. Pelik aku. Aku siap tanya budak tu...

"Are you sick?"

Sebelum balik baru aku tau, semalam orang2 cina hokkien baru sambut tahun baru. Aik, pelik. Bukan last sunday ke CNY?

Tadi Kak Fiza cakap, zaman dulu2 orang2 hokkien lambat skit sambut raya coz berperang. So, seminggu pas CNY baru perang tamat, baru diorang boleh sambut CNY. Sebab tu lambat seminggu.

Ooooooooooo, baru tau.

Semalam diorang makan besar. Makan besar tu lewat sangat, pas abis bakar mercun ngan bunga api tu baru makan besar. Semalam aku dengar sampai kul 2 pagi pun ada lagi bunyi mercun. So, maksudnya makan besar tu pas kul2 pagi pun ada lagi la ye? Padan la budak2 tu mengantuk giler! No wonder la....

~Kita makin tua, bukan makin muda~

Tadi menjelajah FB dan blog. Dayah, thanks. Bila tengok FB hang, baru teringat 3 tahun lepas, sama tarikh dengan hari ni, kita mula lapor diri kat sekolah masing2 sebagai cikgu.


HAPPY 3RD ANNIVERSARY FOR BEING A TEACHER, TEACHER HAFIZAH!


Baru menempuh 3 tahun pertama dunia perguruan. Masih panjang lagi liku2 perlu dilalui. Yela, dah aku sain pencen umur 58! Kire ada berapa tahun lagi? (Agak2 aku sentiasa muda tak sebab dari kecik sampai lanjut usia dok kat sekolah jer????)


3 tahun lepas,


aku datang ke wilayah asing ni untuk lapor diri. Kumpul kat Shah Alam. Tunggu nak dapat surat, nak tau dapat sekolah mana, memang cuak. Tak tau tempat tu kat mana, sekolah tu macamana, semua ok ke, nak cari rumah sewa, dok dengan sapa.....banyak la. Skali dapat posting kat SMKTE.


21/2/2007,


lapor diri di sekolah. Cuak! Majoriti anak2 cina. Wah! Taiko2 ramai....


Skip cerita 3 tahun belakang.....


Sekarang dah 3 tahun mengajar kat sini. dah kenal rupa budak baik budak...ehem....mmmmm (paham2 la). Makin boleh kontrol budak. Kalau dulu aku berlakon2 berani, sekarang alhamdulillah dah boleh improve tu. Disiplin???? Kisah ni sampai bila pun tak abis. Cukup la setakat ni aku boleh control 'ganas' budak2 tu.


Bukan berpuas hati setakat ni, aku lega aku makin boleh survive di sini.


Aku nak jadi cikgu yang lebih bagus. Setiap tahun nak ada improvement. Cuma aku tak berpeluang semak kertas PMR or SPM lagi. Atau jadi ketua pengawas peperiksaan! Boleh tak tolak tu???? Aku orang sistematik yang lebih baik menerima arahan daripada memberi arahan. -_-'


Bila tahun mengajar meningkat, umur pun meningkat gak la kan sebab tahun mengajar berkadar langsung dengan umur. Bila nak kawen? Woi, next question pleaseeeee.




Time grad, aku gumok woooo! tengok pipi Cikgu Fizah ni. Macam apom terlebih penaik je....




Sekarang?????
Tembam gak pun. Hahahaha.
GOOD LUCK TEACHER HAFIZAH!

21 February 2010

~Sapa nak sponsor bunga api untuk birthday aku? Lambat lagi, korang mula la menabung dari sekarang~

Sapa dok area Kepong angkat tangan? Pe hal ada orang tembak bunga api lawa giler? Saja nak bagi aku jeles sebab aku tak mampu beli bunga api besar macam tu untuk birthday aku nanti ke? Huishhhh, but seriously...memang lawa! Nak rasa lagi bunga api meletop atas kepala (bukan la btoi2 atas pale aku, kalau tak aku dah kiok dah). Dulu masa kecik2 penah la sekali, time ekspo pertanian kat hometown aku. Sumpah syok campur takut time tu. Budak kecik le katakan. Rasa macam ada benda meletop atas kepala. Siap angkat tangan cover kepala budget tak bagi kena kepala. Betapa tak pandainya aku kecik2 dulu. =_='

Berasap woi....pencemaran btol. Lama tak tengok orang main meriam buluh! Weh, ni raya cina la. Tukar topik cepat.

Weh, tadi ada orang tembak bunga api besar, cantik dan sangat lama. Kan dah buat kaum2 cina kat apartment sku jeles. Hahaha. Ni depa dok tembak bunga api secara kecil2an. Dengan mercun sekali. Ceh, tak leh lawan bunga api and mercun besar tadi.


(Kacau je blok G tu! Kalau tak, nampak lagi clear bunga api cun tu.)

Weh, orang2 kat apartment aku tak abis2 lagi perasaan tak puas tai tu. Sekarang dok wat bising pong pang pong bunyi mercun papan. Bila nak abis?????

Gong Xi Fa Cai.

Tak boleh ke kita ucap kat semua orang everytime kite jumpa? Kan bagus makna dia...p check kamus mandarin cepat. Maleh nak cari. Aku ada terbaca kat blog seseorang yang amik Mandarin as 3rd language kat U. Korang p check sendiri la makna dia. Jangan malas2 nak cari...

Esok sekolah!!!! Ya, aku pun jangan malas2 nak kerja balik.

19 February 2010

~Nafsu membuak2, rasa nak terkam kamu~

Giler banyak makanan!!!!!

Petang tadi pergi pasar malam. Beli makan macam2. Slalu kat Kepong aku mengeluh tak tau nak makan pe kan. Aku beli mee, beli putu mayum, beli choq jagung....tamak btoi! Kat sana aku tak tau nak makan apa. Takde napsu nak makan syok2. Last2 makan megi gak. Balik ni macam2 telan, macam2 tringat nak makan. Jamah sikit2 je, tapi nak gak test semua.

Eeee, dah nak balik.

Mengajar macam biasa. Weh, aku lupa nama budak!!!! Hehe. Kidding!!!

~Slalu kan I keje mengajar, ari ni I nak keje senyum plak~


Ape kes? Senyum macam orang meroyan.


1st,


sebab bee wat citer happy.


2nd,


aku berjaya korek rahsia dalam kotak otak kawan aku time YM pagi. Ooooo, ko sorok awek ko ek. Kan I dah dapat 'Z' tu. Hehehe. Giler senyum sokmo. Apasal tetibe nak jadi orang Ganu ni ek???? Kahkahkah. Cute, comel. Takpe, kire boleh la join group aku. Tinggal dia tak bepipi tembam lagi gebu macam aku. (huh, kalau la aku muka bujur sirih tu...)


3rd,



syoknya guna shampoo baru yang buat rambut I jadi....ummmpppp....ber'volume' (walau rambut bukan ikal). I nak rambut wavvy (bukan curly). Ishhh, bila nak wat ni? Macamana nak cakap ek? Takyah la, aku dah rasa hot dan syok la pas pakai shampoo ni. Serasi dengan kepala hotak aku la kot. Sebelum ni pakai jenama A%$^%$& yang slogan dia kata "sesuai untuk rambut Asian" (versi orang putih la), tapi buat rambut aku jadi makin kering kontang.
Setelah bertukar kepada jenama T(dalam gambar), rambut I makin ringan, tak serabai, dan lembap je. Tiba prasan jadi artis sebab rambut kekal cantik pas ditiup angin. Guna jari pun boleh, but I prefer guna sikat. Rambut lebih pelembap dan teratur. Tak la rambut macam baru bangun tido. Jenama apa tak kisah kot, asal sesuai dengan rambut kite. Kata Pantene bagus...cis, sebab Pantene tu la rambut aku rosak teruk! Tak guna betoi!

18 February 2010

~Apasal tak cool???? Aku heran~

Masuk 1 kedai makan. Wah, tempat gah. 2 tingkat! Kat dalam boleh la layan aircond sejuk. Kat luar boleh layan view pas ujan dan kedai2 yang dok tutup lagi pas raya ke-4 kat Parit Buntar. Sakan gak apek sini raya tak macam apek Penang ngan KL yang tak sabar2 nak bukak kedai. Gah kedai ni sebab order guna komputer segala (mula2 kena la citer yang gah2 aje).

Pilih nak dok kat luar sebab nak dok kat area yang nampak cool. Dapat rasa angin malam konon. (Last2 dengan bunyi orang merempit, orang gelak kuat macam tengok citer Mr.Bean kat rumah sendiri, awek citer pasal nak ngorak balak mana tah kat belakang kami). Ok, takpe.

Pas beberapa minit....

''Salah port la ni. Korsi (kerusi la tu) sakit pinggang. Meja tinggi, kerusi rendah giler!''
''Tadi nampak cool je kan kat sini.''

Ok, tak cool!

Order makan dengan agak tamak sebab lapar kan....

''Ok, saya ulang. Cik order bla, bla, bla, bla....''

Bukak laptop, line wireless sangat la low. Sakit ati pastu tutup laptop.
Pas hampir 1/2jam....

''Air.''

Pas tu (lama plak tu), dapat sejenis makanan. Pas tu, lama gak, dapat lagi 1. Dan lagi, dan lagi.


''Mana orang punyer?'' (aku memang orang kan, kena sebut 'orang' la)

''Sistem bapak punya gah, komputer bagai. Order makan tak sampai ni. Pe barang?'' (Dah, dah, marah le pokcik tu sat g).

Cool dear, coolllllll (dalam ati berasap2)

Nasib baik aku tak tengok adegan-bodoh-yang-tak-perlu-kita-lihat-ni.
''Apa punya bangang $%^%#. Apa bodoh sangat meludah dari tingkat atas ni. Bodoh takde kesedaran sivik!''

Woi, suka ati mak bapak ko la wahai %%#$%! Ko jalan dengan sempoinya kat tepi coridor (eh, orang panggil coridor ke macamtu ek?), 'tui!' meludah kat bawah. Apalah malang nasib sapa yang berjalan kat bawah tu. Keta sapa la yang dapat ludah malang tu. Lagi malang kalau kepala sapa2 yang kena....

@%&*$&^$fhc#^$#^


Aku makan kat mana?


Aku salah timing kot? Tapi takpe, kopi depa sedap. Makan pun ok la. Laki suka kot mai sini. Awek kerja sini putih2, cun.....(I tak cun...-_-'')

~P la test speed berukband sendiri~

Nak tau broadband korang tu laju ke lembap?????
Try ni.
>> Aku dah try. Speed Maxis Berukband aku (yang dicanang2 1Mb ni) hanyalah 0.68Mb/s. 680kb je beb. Tipu le berukband ni. 1Mb konon. Cet!

~Mahalnya harga hujan~


Alangkah indahnya sebab tadi hujan turun.

Ini la kali pertama hujan sejak aku balik cuti kat kampung.

Mahal sungguh harga hujan di sini.

Syukran ya Allah kerana Kau beri nikmat hujan.


~Hot!~

Tengok JANGAN TIDO LAGI tak?

Kenapa tetiba nampak Asyraf Muslim begitu hot sebab dia pandai main seruling????

Eeeee, gatainya aku. Huhuhu. Betoi la. Sebelum ni aku pandang sebelah mata je kat mamat ni. Dia belakon pun ala2 mamat skema je. Tadi dia pakai jeket kulit pun aku still nampak dia mamat skema kumpulan nasyid kat U. Bila Adlin bagi seruling dan dia boleh main dengan jayanya (ada la 1-2 tempat yang sumbang je aku dengar), aku terus bukak mata. Wah, hot gak mamat ni (tanduk tumbuh!!!!)

Aku rasa dia lagi sesuai pakai spek la. Mata dia sepet...
Dia ada bisness kambing. Berpandangan jauh gak mamat ni. Agaknya dia pun tau takkan boleh idup dengan berlakon sahaja sampai ke tua.


16 February 2010

~Saya dapat adiah!~

Pokcik menang moto!
Tu pokcik pawer root je. Aku menang gak, tapi bukan moto. I menang kain. Hehehe. Ingat tak I pernah join 1 contest called Princess Kebaya Contest'. I won 2nd runner up.
So, tadi dalam kul3 pm, pokcik posmen hantar pos laju untuk I. See! I dapat posto!
Bila I bukak dengan terujanya (coz dah tau tu dari Wawa), I nampak bungkusan pink comel itu.
See, I memang 'hantu' pink. Pandai ko Wawa. Hehehe.





Ini la hasilnya. Kain sari maroon color. Uishhh! Bakal jadi kebaya lagi ni. Mak kata sekarang mak busy jahit baju orang. Lambat lagi la nak siap kebara baru I ni -_-''
Later, bila dah siap, I akan post kat blog ni hasil kebaya baru menggunakan kain sari ini. Awww!
To Wawa;
Thanks dear for the present. Cantik! TQ.

~Apasallambatsangatnakbukakblogaku?~

Dah 2-3 ari susah nak bukak blog. Apasal ek? Sapa tau, tolong la I yang tidak tahu ini....

Tq.

15 February 2010

Cuti yang indah. Rehat yang cukup (atau lebih?), tidur yang lena (walau hanya beralas toto), kucing2 I yang gemok2 (preggy kot?), cuti2 Malaysia. Seronok!


My room tak siap lagi la. Susah nak dapat tenaga kerja time cuti2 ni. So, balik bulan 3 nanti la baru boleh tengok rupa sebenarnya. Sekarang still dalam proses palster dinding. Maleh plak I nak snap gambor. Menyebok je time orang nak wat keje. Dush! Dush!


Mood sekarang: se'happy' itu ------------------------------------>

13 February 2010

~Holiday...again~

HAPPY HOLIDAY EVERYONE!!!!!

HAPPY CHINESE NEW YEAR for those celebrate it. (Actually, all can celebrate this eve). Got soooo many 'limau' from my students. As the payment for that 'limau', they want ANGPAU. Wa sulah kena pauuuu!!!!

"I'm not marriage yet lor. So, no angpau."

Hahahaha.

"OK teacher. So, later, please give me green pau :P''

Huh, ngada2. Bagi limau macam tak rela je. Kahkah. Anak murid aku....

HAPPY VALENTINE DAY for someone who want to celebrate it. Me???? Say no to valentine! Stop! Bukan bagus pun. Actually, lovvy dovvy day is everyday la!!!!

TIRED!!!!

7am from Kepong and just arrived at hometown safely at 12.30pm! 5 hours and half! Kalau tak, paling tinggi pun 3 jam setengah jer! Cina yang nak raya, Melayu sebok balik kan....aku ler tu -_-

12 February 2010

Teruja nak tengok bilik baru I yang boooommmm







CNY!
Oh, I like holiday very, very, veryyyyyy much. Huahahaha.

Dah berapa hari kering idea tak menulis di sini. saje nak cakap esok aku balik kampong! Rindu! Balik ni aku dah ada bilik baru. Hehehe. Kami dah tak payah share bilik sebab everyone got 1 room. Tak sabar nak tengok rupa bilik baru. Nak cat bilik. CNY, kedai cat tak bukak kan? -_-''


Aku suke pink! Kalau tema pink, tak ke macam budak2 sangat??? Bayangkan bilik aku kaler pink.... kan lembut, tenang, aman....



Lagi satu tema yang terlintas dalam kepala hotak berjambul aku. Hitam putih! Ah, suweeeet! Cantik kan....

Aku suka katil dan kerusi panjang depan katil tu. Tah kenapa, aku prefer katil besi dari kayu kayan tu. Tambah2 katil yang ada tiang tinggi. Hot!

Tukar katil besi kegemaran tu ke dalam gambar ni...nice!


Bilik ni pun best. Romantik jer! Tapi aku still nak katil besi tu! Giler!

Tapi aku nak ada pink jugak. Arrggghhhh. Tukar la....aku guna tema

HITAM + PUTIH + PINK -------------------->

Tak sabarnya nak balik kampongggg!

^_^ ^_* ^_^

07 February 2010

~Early Feb With Fab~


I'm in my fev car! CRV! Oh, I'm die hard fan of it!
When will I have it Dear????
^_*


Kak Nolie tought me that!
"Cara orang kaya patut amik gambar"
Is it necessary???
Kwang2
Naaaaaaaa
Just tried to bee different once in a while

1st time ate steamboat @ Johnny's Selayang Mall.
Actually, I'm wearing baju Puteri Islam that day.
Pretending I'm cikgu penasihat Puteri Islam ^_^
Takkan nak pakai uniform Tekwando while teaching????
Never!

Steamboat....
My saliva came out oredy!
Nyum2
Taste soooo gooooood
I like vegie!

Here's half of the set


That "greenny-overload-smile" birthday
Happy birthday Kak Nolie!!!
Enjoy the present

06 February 2010

~Owl City : Fireflies~

You Would Not Believe Your Eyes
If Ten Million fireflies
Lit Up The World As I fell Asleep
Cuz They fill The Open Air
And Leave Teardrops Everywhere
You Think Me Rude
But I Would Just Stand And Stare
I'd Like To Make Myself Believe
That Planet Earth Turns Slowly
Its Hard To Say
That Id Rather Stay Awake When Im Asleep
Cuz Everything Is Never As It Seems
Cuz I Get A Thousand Hugs
from Ten Thousand Lightning Bugs
As They Try To Teach Me How To Dance
A foxtrot Above My Head
A Sockhop Beneath My Bed
The Disco Ball Is Just Hanging By A Thread
Id Like To Make Myself Believe
That Planet Earth Turns Slowly
Its Hard To Say That Id Rather Stay Awake When Im Asleep
Cuz Everything Is Never As It Seems
When I fall Asleep
Leave My Door Open Just A Crack
Please Take Me Away from Here
Cuz I feel Like Such An Insomniac
Please Take Me Away from Here
Why Do I Tire Of Counting Sheep?
Please Take Me Away from Here
When Im far To Tired To fall Asleep
To Ten Million fireflies
Im Weird Cuz I Hate Goodbyes
I Got Misty Eyes As They Said farewell
Said farewell
But I Know Where Several Are
If My Dreams Get Real Bizarre
Cuz I Saved A few And I Keep Em In A Jar
Id Like To Make Myself Believe
That Planet Earth Turns Slowly
Its Hard To Say That Id Rather Stay Awake When Im Asleep
Cuz Everything Is Never As It Seems When I fall Asleep
Id Like To Make Myself Believe
That Planet Earth Turns Slowly
Its Hard To Say That Id Rather Stay Awake When Im Asleep
Cuz Everything Is Never As It Seems When I fall Asleep
Id Like To Make Myself Believe
That Planet Earth Turns Slowly
Its Hard To Say That Id Rather Stay Awake When Im Asleep
Because My Dreams Are Bursting At The Seams


Download mp3 here

03 February 2010

~Penat meeting terubat sebab keta dah baek~

Keta I dah baek! Rindu nak drive keta sendiri pas 3 ari menumpang keta oang. Thanks guys! Luv u la.

Esok meeting Panitia Sains. Penat bermeeting. Tadi pun meeting. Pergi sekolah punya la awal. Kul 8.30 am dengan Kak Nolie sebab nak check register. Every end of the month, kami penyelaras tingkatan kena check register. Penat, berpinau biji mata, banyak salah. Nasib baik buat 3 orang dengan Kak Ezrin sekali. Kalau 2 orang je, kul 11.30 am start meeting tu belum tentu kami siap check semua register.

Penat!

Mengantuk!

Tapi takpe, bila teringat keta dah baek, happyyyyy.

Rasa nak tido dalam keta je malam ni ^_^.

OK, bye!!

01 February 2010

~Grrrrrrggggghhhhh~

Pagi tadi punyer citer:
11am:

Siap bersolek (tempek bedak, lipgloss dan blusher - kira bersolek gak ke?), teruk turun ke bawah dengan semangat waja nak mengajar di hari pertama minggu ni. Skali ...tut tut (alarm), masuk kunci, pas beberapa masa, pusing kunci untuk start keta.

Grrrrrrr

Kali ke-2,

grrrrrrr.

Muka dah cuak, berpeluh.

Grrrrrr

Apasal tak leh nak start? Semua lambang kat dashboard berkelip2. Lambang handbreak tak menyala walau hakikatnya handbreak ditarik. Lambang P for parking tak timbul2 walau hakikatnya sedang dalam keadaan parking. Oh, haru ni!

Tetiba tringat nak tengok bateri. Ye, sejak minggu lepas aku sangat teringin untuk tambah air bateri. Sebelum ni aku singgah kedai pomen dekat sekolah minta dia tambah air bateri. Kali ni memang aku tak buat sejak servis bulan 9 lepas. Lama kan. Ye, I tau. -_-''

Ok, back to the point, I memang ada spare air bateri dalam keta. So, try tambah la macam apek mekanik buat dulu. Tambah pun tak la penuh sangat sebab aku pun tak tau nak tambah banyak mana. Kata sampai max level line. Tak dapat budget la.

1, 2, 3....

Bismillah....

Try start. Boleh! Success ke? Walau pun huduh je bunyinyer sebab tak sama macam bunyi biasa, tapi idup la enjin keta comel aku tu. Tak berani le aku nak drive g sekolah. Kang mati tengah jalan, sapa nak jawab? Kang susah plak nak tahaun balak hensem kat tepi jalan tu.

Kol Kak Nolie dia dah sampai sekolah tak. Nasib baik dia on da way. Minta tolong dia ambil kat apartment aku ni. Berbekalkan direction guide melalui henset, sampai pun kat apartment aku ni.


6.45pm:

Balik dengan Zarai. Dia p jalan2 sebelum tu. Syok kan mengajar pagi. Abis sekolah boleh jalan2. Mengajar petang macam takde life je. Kedai ngan shopping malls kan bukak lewat. Huh! Try SMS Shahril, cikgu sekolah aku gak. Dulu dia penah jadi mekanik. So, dia tau la pasal enjin keta ni. Pas Maghrib dia datang tengok keta aku. Bahagian lain takde problem. Temperature ok, minyak hitam semua ok, gear box etc.....ok. Bateri je la. Dia tambah air bateri sampai max. Try start...ok! Oh, leganya aku!

Kalau tak, melayang la duit tuk beli bateri baru plak. Aku baru niat nak tukar tayar. Tak terpikir plak pasal bateri tu. Harap2 bateri tu akan ok la untuk setahun lagi. Hehehe.