18 February 2010

~Apasal tak cool???? Aku heran~

Masuk 1 kedai makan. Wah, tempat gah. 2 tingkat! Kat dalam boleh la layan aircond sejuk. Kat luar boleh layan view pas ujan dan kedai2 yang dok tutup lagi pas raya ke-4 kat Parit Buntar. Sakan gak apek sini raya tak macam apek Penang ngan KL yang tak sabar2 nak bukak kedai. Gah kedai ni sebab order guna komputer segala (mula2 kena la citer yang gah2 aje).

Pilih nak dok kat luar sebab nak dok kat area yang nampak cool. Dapat rasa angin malam konon. (Last2 dengan bunyi orang merempit, orang gelak kuat macam tengok citer Mr.Bean kat rumah sendiri, awek citer pasal nak ngorak balak mana tah kat belakang kami). Ok, takpe.

Pas beberapa minit....

''Salah port la ni. Korsi (kerusi la tu) sakit pinggang. Meja tinggi, kerusi rendah giler!''
''Tadi nampak cool je kan kat sini.''

Ok, tak cool!

Order makan dengan agak tamak sebab lapar kan....

''Ok, saya ulang. Cik order bla, bla, bla, bla....''

Bukak laptop, line wireless sangat la low. Sakit ati pastu tutup laptop.
Pas hampir 1/2jam....

''Air.''

Pas tu (lama plak tu), dapat sejenis makanan. Pas tu, lama gak, dapat lagi 1. Dan lagi, dan lagi.


''Mana orang punyer?'' (aku memang orang kan, kena sebut 'orang' la)

''Sistem bapak punya gah, komputer bagai. Order makan tak sampai ni. Pe barang?'' (Dah, dah, marah le pokcik tu sat g).

Cool dear, coolllllll (dalam ati berasap2)

Nasib baik aku tak tengok adegan-bodoh-yang-tak-perlu-kita-lihat-ni.
''Apa punya bangang $%^%#. Apa bodoh sangat meludah dari tingkat atas ni. Bodoh takde kesedaran sivik!''

Woi, suka ati mak bapak ko la wahai %%#$%! Ko jalan dengan sempoinya kat tepi coridor (eh, orang panggil coridor ke macamtu ek?), 'tui!' meludah kat bawah. Apalah malang nasib sapa yang berjalan kat bawah tu. Keta sapa la yang dapat ludah malang tu. Lagi malang kalau kepala sapa2 yang kena....

@%&*$&^$fhc#^$#^


Aku makan kat mana?


Aku salah timing kot? Tapi takpe, kopi depa sedap. Makan pun ok la. Laki suka kot mai sini. Awek kerja sini putih2, cun.....(I tak cun...-_-'')

2 comments:

Dilala said...

Laki suka kot mai sini. Awek kerja sini putih2, cun.....(I tak cun...-_-'')

hahaha!
suka ayat tu...hihi ;p

iza_fiza said...

hahaha