21 February 2010

~Sapa nak sponsor bunga api untuk birthday aku? Lambat lagi, korang mula la menabung dari sekarang~

Sapa dok area Kepong angkat tangan? Pe hal ada orang tembak bunga api lawa giler? Saja nak bagi aku jeles sebab aku tak mampu beli bunga api besar macam tu untuk birthday aku nanti ke? Huishhhh, but seriously...memang lawa! Nak rasa lagi bunga api meletop atas kepala (bukan la btoi2 atas pale aku, kalau tak aku dah kiok dah). Dulu masa kecik2 penah la sekali, time ekspo pertanian kat hometown aku. Sumpah syok campur takut time tu. Budak kecik le katakan. Rasa macam ada benda meletop atas kepala. Siap angkat tangan cover kepala budget tak bagi kena kepala. Betapa tak pandainya aku kecik2 dulu. =_='

Berasap woi....pencemaran btol. Lama tak tengok orang main meriam buluh! Weh, ni raya cina la. Tukar topik cepat.

Weh, tadi ada orang tembak bunga api besar, cantik dan sangat lama. Kan dah buat kaum2 cina kat apartment sku jeles. Hahaha. Ni depa dok tembak bunga api secara kecil2an. Dengan mercun sekali. Ceh, tak leh lawan bunga api and mercun besar tadi.


video

(Kacau je blok G tu! Kalau tak, nampak lagi clear bunga api cun tu.)

Weh, orang2 kat apartment aku tak abis2 lagi perasaan tak puas tai tu. Sekarang dok wat bising pong pang pong bunyi mercun papan. Bila nak abis?????

Gong Xi Fa Cai.

Tak boleh ke kita ucap kat semua orang everytime kite jumpa? Kan bagus makna dia...p check kamus mandarin cepat. Maleh nak cari. Aku ada terbaca kat blog seseorang yang amik Mandarin as 3rd language kat U. Korang p check sendiri la makna dia. Jangan malas2 nak cari...

Esok sekolah!!!! Ya, aku pun jangan malas2 nak kerja balik.

3 comments:

Oppa Qi said...

aku tak penah lak rasa cmtu masa kecik..teruja je bila ada mercun tu..warna warni lagi

shahrinabd said...

tempat sy pon tgh main mercun. Clear view. Pergile kat dorang mintak stok sikit. Hehe...

iza_fiza said...

skrng ni pun dengar mercun lagi.....