Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

04 November 2012

~Hi-T SRC 2012~






Hampir setahun di SRC. Ini la geng sekepala setakat ini. Geng ''tarannum'', geng makan, geng lepak, geng kongsi susah senang pasal sekolah.....

Semua asyik tergoda dengan baby Aisyah Azzahra. Sangat cute. Mata contact lens barbie doll Jepun tu. Tetiba teringat dak Ilmi Mahfuzah plak. Mata, pipi; sama. Yang tak sama, Aisyah suka tengok lampu. Hehehe.


27 April 2012

~Belanja kawan2 makan di kedai saya~

 


Lihat! Betapa sepetnya mata saya :P

Ye, mengenangkan duit tunggakan orang keje kerajaan yang banyak melimpah ruah tak tau nak buat apa, aku belanja laki bini ini makan di kedai aku Pizza Hut (sila baca versi Afdlin Shauki). En. Laki Kepada Bininya malu nak tunjuk diri, sengaja offer jadi cameraman sebab dia lagi bulat daripada kami. Hahahahahaha. 

Dah lama tak jumpa diorang. Last bila ek? Aku lupa. Diorang nak balik kampung, singgah Ipoh tengok tempat lama bercinta kot. Hehe. Kebetulan aku pun nak balik jap petang tadi ambil mak dan abah nak g kenduri sedara Ahad ni. Esok pagi ada program kat sekolah, sure sampai tengah hari, balik collapse le kan. Kena la jugak balik kampung petang tadi, kan Jumaat balik sekolah awal.

Senang hati kot dok Ipoh ni tu sebab badan aku makin bulat, pipi apa tah lagi, lagi, lagi la bulat! Cis, bukan seronok punya pasal jadi macam tu. Ini bahana balik kampung almost every weekend dan dipaksa makan ikut jadual macam asrama. Kalau tak balik kesian plak mak ngan abah, tambah2 bila keluar ayat ni....

"Along tak balik ke minggu ni?"

Aduh! Mana tahan.... 

Kena puasa la jawabnya kan kalau nak slim balik (slim? ces!)



* Zue, aku cilok gambo ko. Weh, mana mata aku??????