23 February 2010

~semangat masuk kelas, kelas tak penuh, separuh je, I kecewa~

Ceh, kecewa? Hahaha. Jahat btoi. Yang pastinya, kalau kelas separuh, aku kena ulang balik p&p untuk kelas berikutnya. -_-'

Aman kelas bila students sikit ^_^. Kelas tak crowded, tak panas, nak jalan pun senang. Kan best kalau mengajar dalam kelas yang ada 25-30 orang pelajar je. Boleh ke kita demand macamtu? Kalau la boleh....

''Puan pengetua, saya nak tiap kelas ada 25 orang budak jer.''

Ko nak mampus ko mintak le macamtu!

Dulu masa aku sekolah menengah, Form 4-5, kelas aku ada 25 orang je. Lapang jer kelas tu. Boleh susun meja macam2 design. Boring je kami ubah susunan. Bentuk U, bentuk V, susun meja panjang2, Susun dua2.

Kelas aku mengajar sekarang sangat crowded. 1 kelas ada lebih kurang 40 orang. Meja plak meka plastik yang gedabak besar tu. Nak jalan je tersangkut bontot kat meja. (Nasib baik I kecik dan comel! :P).Hasilnya, banyak baju cikgu2 pempuan yang tertarik benang sebab tersangkut. Sebab tu cikgu pompuan banyak baju. +_+

Bila kelas tinggal separuh, nak mengajar pun senang. Budak pun suka je kelas sikit.

Tadi kelas 1K sikit je budaknya. Time aku round dalam kelas time bagi latihan, sorang budak laki kuar. Kecik je dia. Sambil jalan, nak ukur tinggi dengan aku. Aku kerling je, then...

"Why, Jun Qin? Anyway, I'm still taller than you :)"

"Arghhhh. Teacher!"

Sorang lagi lalu,

"But teacher, I'm taller than you. Hehehehe."

Tengok atas, ya, dia tinggi dari aku.

"Ya, what ever. Tak boleh lawan ini. I'm older than you."

Hahahahaha. Kelas ni banyak cakap. Aku ngajar pun diorang nak ajak bersembang. Kalau ajak bersembang....paham2 je la. Time relief diorang suka la, sebab nak ajak sembang. Berdiri keliling meja guru, panas aku ni beb. Dah la macam2 bau akan kuar bila pas rehat. Ye, aku terpaksa 'paksa-rela' menghidu bau2 indah tu. Hai, budak2 kelas hujung yang malas belajar. Belajar pun kena dengan cara main2. Wat game, puzzle...tu diorang suka.

Dugaan!

So, kecewa ke sebenarnya kalau kelas sikit? Kecewa bab kena ulang tu je la. Kalau la mengajar dalam kelas yang sikit......

2 comments:

. said...

ehehi lawak la part yg baju cikgu tertarik benang.
memang betul sangat (*

iza_fiza said...

haah. btol jd gtu :)