Showing posts with label di sekolah. Show all posts
Showing posts with label di sekolah. Show all posts

03 November 2011

~Mel_lay_yu yang layu~

Kadang2 aku rasa sakit hati. Mmmm. Sebetulnya kesal, frust.Oh, sebelum tu...minggu ni mimggu exam dan aku ni sedang take a break daripada tanda Science paper 2 Form 1.

Kenapa anak murid Melayu makin teruk result diorang berbanding kaum lain. Attitude? Tu dah sah2 semua kaum pun makin teruk aku tengok. Apa beza anak Melayu dengan kaum lain sedangkan duduk belajar dalam kelas yang sama, guru mengajar guna buku yang sama, explanation yang sama tapi kenapa result sangat jauh berbeza? Melayu layu? Betul ke?

Hari ke hari aku makin frust dengan dunia pendidikan sekarang. Apa masalahnya, mana mulanya. KBKK menggalakkan pelajar berani kemukakan opinion tapi lain pulak jadinya. Opinion tentang pelajaran boleh dikatakan non-ado, sikit la sangat yang celik nak tanya tentang ilmu. Yang lain2nya berani bercakap tentang benda lain. Hiburan? Ye, tu yang paling diorang suka.

Ini yang aku nampak di sini, tempat aku bekerja. Anak Melayu suka berangan, main, berani tapi salah tempat, kadang2 gedik dan biadap. Diorang bercakap dengan guru macam cakap dengan kawan,tak ada batas. 1 yang kawan aku pernah cerita anak murid (perempuan) says hi dan tampar bontot dia (kawan aku ialah guru perempuan)... lebih kurang je. Argghhhh! Tak mau cakap pasal attitude. Melentur buluh biar dari rebungnya. Harap anak2 aku di Ting.1 ni masih rebung. Ya, ada yang boleh dengar cakap tapi yang kebanyakannya masih tak sedar diri. Aku rasa kalau kemasukan ke universiti dan pusat pengajian tinggi totally tengok pada merit tanpa kuota bumiputera, 10 orang jangan2 ada sorang je orang Melayu....atau tak ada langsung.

''Diorang tak sama dengan kitorang!''

Yeke? Kenapa tak sama? Sebab diorang makan b*** kita haram makan binatang tu? Yang tu je korang nampak ye. Kaum 'tu' pun dah tau makan b*** tu tak elok la. Beza yang aku nampak, jangan pergi jauh, dalam kelas yang aku ajar pun dah la.

"Cikgu, tak faham."

Aku ulang, ulang, ulang....sampai korang muntah darah.

"Cikgu, latihan ni dah pernah buat la."

Berlagak ye kau! Ulang buat latihan yang sama tu. Hampeh! Tak boleh jawab pun. Orang lain sibuk nak tanya kalau tak reti. On da spot nak tanya, bunyi loceng pun kejar cikgu nak keluar pintu. Korang ada? Cikgu belum keluar, korang belum beri salam, dah bangun kira nak main jer. Frust cikgu, frust tengok anak bangsa sendiri yang leka. Cakap, nasihat, bagai mencurah air di daun keladi. Salah siapa? 100% salah cikgu ke? Mungkin ada segelintir cikgu yang dah tak heran, tak layan, mungkin dah jemu nak melayan. Tolonglah, sakit mata cikgu tengok. Sibuk nak couple je pada hal ada yang tak datang period g pun yang laki tu pun tak baligh lagi dah kira nak pasang pakwe makwe. Benci tau! Nak belajar ke nak menggatal?

Habis exam,

"Cikgu, pesal soklan paper 2 tadi susah giler?''

"Susah bagi orang yang tak mau belajar, tidur dalam kelas, bagi latihan jarang2 nak buat, nak bertanya malas.... biase le tu kan."

"Tu le, cikgu tak kasi tips."

Kepala hotak korang nak tips manjang. Mati boleh mintak tips ke? Manja sangat merosakkan diri je. Kalau aku lempang sorang2 kena saman plak kang. Sebab cikgu tak boleh jentik sikit pun la anak2 murid sekarang jadi kacang hantu!

Hah! Sekarang, marah cikgu kan. Marah la..... Argghhhhh!!!!!!

02 June 2010

~Operator mesin~

Kerja aku minggu ini:

Jadi operator mesin smart scan! Aku diarahkan men'smart-scan'kan kertas jawapan objektif mata pelajaran teras untuk pelajar2 Ting.1 (kerja penyelaras la tu). Penyelaras sesi petang ada giliran untuk buat smart scan. Kalau ari ni aku pas rehat, esok aku sebelum rehat la plak wat keje2 tu, bergilir2 dengan penyelaras Ting.2 a.k.a Kak Nolie. Actually, ni 1st time aku handle kerja ni sebab last year aku jadi penyelaras disiplin Ting. 1. Tukar jawatan jetapi gaji tetap sama kamu cikgu2 DG41 yang lain dong!

So, step-by-step tugas minggu ini (macam carta top 20 plak):

1) Cikgu yang pungut kertas jawapan OMR akan serah kertas2 tu kat aku (Ting. 1 nyer je la)
2) Dah ada kertas jawapan, aku pun memetap kat bilik peperiksaan-yang-panas-dan-ada-sistem-kabel-letrik-yang-tah-hape2 (ada ke patut kipas siling betul2 bawah lampu pendarflour? giler! pening beb!)
3) Scan master (master=jawapan ler)
4) Scan jawapan budak ikut kelas masing2.

Tu urutan peristiwa kalau mesin smart scan tu tak meragam atau nak bermanja la. Kadang2 paper jem, kena bukak dan tiup habuk kat mesin tu ala2 tiup kek besday. Kalau pun mesin tak meragam, budak plak wat durjana tak lorek no.ID ngan nama kelas. So, invalid la, mesin tak boleh baca. Cikgu ni la yang kena lorek balik. Ada conteng2 tu kena padam. Hatta, kalau kualiti kertas tu tahap "MASYAALLAH!'', smart scan tu confirm tak boleh baca walau ko jolok berapa kali pun, kena la cikgu ni copy jawapan tu kat kertas OMR yang baru. Aduh! Konon guna smart scan memudahkan, sebenarnya bagi aku menyusahkan, memenatkan! Smart scan manja sangat.


* dah lama aku tak tulis pasal hal cikgu2 ni kan (baru sedar?)

27 May 2010

~Orang tengok, sambil tengok mereka menilai~

1) Budak dah exam- aku kena wat smart scan untuk objective papers Ting.1
2) Pot-luck : hi-T --> join group bihun sup (order je la!)

Sejak beberapa hari lepas aku menjenguk blog ini. Terpersona dengan item2 kat situ. Cute macam artis Korea! Dan, tadi aku dah register jadi ahli! 1st item bought through internet. Giler ke? Saja mencuba benda baru.

Tadi Ida cerita 'bila pentadbir bertanya'. Dan yang paling tak-bleh-blah~~

''Antara 4 orang tu, Fizah la yang paling matang. Kalau bagi kerja dia buat. Kalau tak boleh dia cakap, tolak depan. Bukan cakap belakang. Tu lagi bagus.''

Oh, adakah ini keluar daripada mulut PK Petang aku a.k.a Kak Mas? Kembang seketika. Istighfar~ Antara 4 orang itu - Kak Nolie, Kak Zainon dan Zati : aku paling matang. Macam pelik bunyinya.

Pentadbir melihat dan menilai. Jangan ingat FB tu wadah merapatkan silaturrahim atau egen mencari jodoh atau pengiklan tegar wajah dan produk, FB jugak menjadi medan menilai pekerja bawahan. Inilah yang terjadi. Kalau bergosip terlalu hebat, tanpa sedar kawan2 boss2 tengah menilai anda. Susah la kalau dah kena 'cop' dengan orang atas kan.
Sejak beberapa kes yang takkan aku share di sini (cukup la aku kata aku tak suka apa yang jadi tu), buat aku makin berhati2 bila bercakap. Setakat ni 'Kempen kurang bercakap dan lebih kerja' aku tu berjaya ^__^. Sebelum ni aku ---> mulut bising =__=


Sekarang, lebih tenang ;)

20 May 2010

Kenapa?

Sendi badan sudah sakit.
Tekak sudah bengkak.
Hingus macam budak Darjah 1.

Itu tandanya, aku sudah demam! Tapi badan tak panas la. Biasa, cuma badan lemah.

Tadi kat sekolah ada buat pot-luck. Aku tak rasa nikmat makan sebab deria bau dah terganggu. Semua makanan rasa sama, tawar, pahit. Sekarang, kembali lapar, tapi nak makan apa yer? Cup cake aku masih ada. Jom minum susu!

Mood: masih di bawah. Kempen baru terlaksana dengan jayanya tadi dengan 2 sebab. Sebab 1) tak sihat, sebab 2) takde mood nak happy macam selalu. Rasa boringnya. Bila la nak dapat pindah dari sini?

18 May 2010

~Aww. Tadi aku kena peluk!~

Semalam sambutan hari guru kat sekolah aku. Kan aku dah kata nak bawak 'baby' aku p skolah. Ada banyak gambar tapi mega malas nak upload banyak2. Macam biasa, tiap2 tahun ada baca perutusan, dapat hadiah, tukar2 hadiah dengan kawan2, hadiah dari students, free show, soh cikgu, show budak2, cikgu nyanyi, budak nyanyi~ bla~ bla~ bla~ tu yang biasa. Semua orang tau, semua pernah alami. Aku dapat adiah gak, tapi tak sebanyak tahun lepas. Aku suka hadiah student aku sorang ni. Mak dia buat kek buah, letak dalam bekas, bagi kat cikgu2. Tu lagi bagus dari beli hadiah mahal2 bagi kat cikgu. Daya usaha, buat sendiri, tu lagi tinggi nilainya. Lagi pun, cikgu bukan mintak hadiah, cikgu rasa bangga kalau anak murid berjaya dan ingat dia. Jangan bila berjaya, sombong, jumpa pun buat bodoh je. Lumrahla kalau kita jumpa cikgu kita dulu2 dan dia tak ingat nama kita, kena cerita skit baru dia ingat. Cikgu kan ada ramai students. 1 tahun mengajar 6 kelas contohnya. Tiap2 kelas ada ~40 orang pelajar. Bayangkan 10 tahun, 20 tahun~ berapa orang cikgu tu dah ajar. Lumrah la kalau cikgu tu tak ingat nama penuh ko. Jangan la terasa, k :)

Tadi lagi pelik. Aku tak pernah expect kena peluk dengan student. Boleh ke sebenarnya? Bukan anak kat kampung je susah, anak kat KL ni pun ramai gak tergolong dalam golongan tu. Broken family, terbiar. Sama la student aku sorang ni. Aku tau dia anak orang susah, dok dengan single mother. Mak selalu sakit. Tapi bagusla dia ada kesedaran diri, rajin nak belajar, buku memang ada. Tak macam sesetengah tu. Nak kata susah tak jugak, tapi buku latihan tak beli2 sampai tengah tahun ni.

''Teacher, saya takde duit nak beli present kat teacher. Tapi saya ada ucapan untuk teacher. Saya akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya. Saya mintak maaf kalau buat teacher marah atau saya buat salah. Teacher doakan saya berjaya k :) ''

Pastu?

Aku kena peluk.

"Thank you teacher. I love u."

Giler terharu. Aku memang kaku la. Mana de anak murid peluk cikgu dalam citer hidup aku. Bleh senyum je la pastu. It's all happened before aku mengajar dalam makmal. 1 kelas macam aaaaaaaa. Terharu le konon. :P

Razman: Teacher, best ke kena peluk? Nak gak!

Mau kena sekeh? Blehhhhh!

Bila teringat, aku mesti senyum. Padahal tadi aku migrain tu! Kenangan baru untuk tahun ke-4 aku~~

14 April 2010

~Go! Go! 'BBQ'ing~

Actually, it all happened last Friday in SMKTE. I'm too lazyyyyyy to update it here!

Go!

Go!

BBQ!!!!

l
l
l
l
l
v







04 April 2010

~Hari ini saya nak main dengan 'anak saudara'~






HAPPY?

Aku tak akan kuar ari ni dengan tudung ni. Gambar ni diambil last week. Sebab badan tak berapa sihat, ari ni baru aku update blog ni. Takde sawang g kan? Sejak minggu lepas badan tak berapa sihat. Sengal2, lenguh2, sakit tekak, sakit kepala....hai, tak suka. Pulak masa tu arwah Din Beramboi sakit, koma, meniggal sebab denggi berdarah (Al-Fatihah). Maka, ramai la kawan2 termasuk la Pengetua aku suh p check kat klinik takut jadi lagi teruk. Thanks semua! Aku pun tak mau teruk la. So, bila dah ok skit2 aku tak mau layan2 demam ni, jangan manja sangat layan demam. Kang kalau aku manja2 time demam, susah plak mak aku kena mai sini. Demam je nak mak!

Semalam, bangun pagi, terus ke sekolah. Kelas tambahan PMR kul8 pagi. Kelas aku 11 orang je datang. 10 lelaki, sorang perempuan. Yang perempuan sorang ni pun takleh lama, kul 9 dah balik seab ada family gathering kat PD. Layan je la karenah layor buruk budak2 laki ni. Aku patutnya wat kelas tambahan untuk chapter 10 Form 2. Lain plak yang jadi, bukan macam kelas tambahan dah ni, macam ajar dalam kelas hari2 biasa. Budak2 ni nganga macam tak penah jumpa tajuk tu. Nak masukkan nombor dalam formula pun tak tau ye anak2. Betapa berasapnya telinga aku!

Oh, lupakan itu. Pas abis kelas tambahan, aku masuk bilik guru. Nak semak buku latihan budak. Rajinnya aku rasa diriku ini dengan tiba2 ^__^. Dalam bilik guru ada Kak Najwa ngan Ilyana yang naik kejap je sebab turun tengok budak. Kak Najwa pun check buku budak, Ilyana : bola tampar. Zati turun dari kelas tambahan Math, masuk bilik guru, gosip2. Tetiba baru teringat Cik Rosnah cakap ''pastikan semua pelajar dah turun, nanti saya kunci pagar bawah ni.'' Kelam kabut. Pelajar, 100% dah turun blok. Abis la... cikgu 3 orang ni belum turun. Yang best, kami kena locked kat atas ni. Tak boleh kuar turun blok, kena kunci. Nak kol Cik Ros, sorang pun takde nombor dia. Terpaksa minta jasa baik Kak Yus tolong kol. Dan, yang penting, kunci takde kat Cik Ros. Ada kat pekerja yang wat keje kat bilik Mr. Pua. Bilik Mr. Pua tak kunci, mesti diorang tu kuar sat jer. Kami tunggu lebih kurang 1/2 jam lagi, baru pagar bukak. Trus balik takut kena locked lagi. Hahaha.

Lupakan hari2 lepas, hari ni aku nak p main2 rehatkan otak aku yang pusing2 ni. Tengok muka budak2 kan lagi bagus. Pagi tadi keHentian Duta cari tiket untuk dia balik ke Penang. Ari ni nak pinjam anak sedara dia main2. Cute2 belaka! So, bleh I sewa diorang petang ni? Hehehe. Malam, aku hantar dia g Duta. Satnyer dia mai T__T. Huhu.


* Ida dah beli barang. Ari ni makan bihun sup! Hoyeh

11 March 2010

~Can I eat them????~

"Teacher, you mark our paper oredy?"

"Not yet."

"Teacher, I don't how to answer this question coz I didn't study it yet in my tuition class."

T___T


How do you feel if you have this situation???? Can I eat them?????



*Short entry to show I'm not in a good mood.....now

p/s: tak bleh comment kat entri saya ke? sila beri respon kat shoutbox. tq

09 March 2010

~Test week : double 'B', 1st boring then busy~


1st day of test week. So boring. Can I read my novel in the class? Haha. Tu kire brani mati la tu. Buatnya boss lalu kat luar kelas kita jaga tu....selamat.

Ari ni aku puasa. Jangan la buat nak tanya kenapa aku tiba2 rajin berpuasa di sekolah dalam keadaan cuaca yang sangattttt terik dan panas -__- Mengantuk bila jaga kelas test dalam cuaca yang macam ni. Budak pun gelisah je. Dok berkipas macam nyonya relax kat kerusi malas tunggu customers kat kopitiam zaman dulu2. Biasanya petang kan hujan je, so, budget hujan le ari ni. Baru rasa nyaman berpuasa. Tapi ya Allah, hari ini sangat panas. Aku rasa aku lembap setahap beruang koala kat Australia nun. Tak larat le. Padahal kelas ari ni ada 4 masa je, dapat relief 1 masa, so total baru 5 masa. Tapi rasa lama sangat.



Jaga dalam kelas, biasa la. Budak test, cikgu ronda skit2 (rasanya aku dok banyak tadi kot, korang jangan heboh. shhhhh!). Nak duduk pun kena ikut protokol, tanya anak murid dulu. Sopannya la cikgu sekarang kan~~

* Tadi giler banyak idea nak tulis T_T

Keje aku sejak jejak kali kat sekolah tadi:

1)
Baru letak bontot kat kerusi, teringat pasal latihan untuk Cuti2 Belajar (modul latihan budak2 time cuti sekolah). Aku kan penyelara tingkatan, So, bersam2 Kak Nolie, kami melenggang ke office jumpa Cik Rosnah. Tanya pasal modul, nak buat ke tak? Bila tanya boss, of coz la jawapannya KENA BUAT! BM, BI, Science and Math. Sempat ke? Boleh, tapi kalut skit la. Dah la tak boleh riso kat office (kempen jimat kertas sebab budget tahun ni SIKIT). Nak kumpul duit dari budak lagi, riso luar lagi. Sangat kalut. Tapi pas beberapa minit Kak Nolie bincang dengan Kak Yus, depa kata baik buat latihan dalam buku latihan yang budak2 tu wajib beli. BM memang dah ada modul. BI dengan Science pun ada buku latihan, buku practical. So, guna latihan dalam tu je la. Math tak de modul, tak de buku latihan luar, so Cuti2 Belajar Mac ni tak de Math. Tukar dengan Geografi. Ahhhh~~ Lega! Senang keje. Hahaha!

2)
Cik Rosnah minta penyelaras tingkatan tolong siapkan data pelajar yang dah bayar insuran Takaful RM1.50~ Sebenarnya insuran tu tak wajib, tapi better la parents beli, in case ada something yang jadi kat anak2 kan. Ala, sehengget lima kupang je pun. Apa la sangat berbanding McD dan KFC kan. Aku kena cari guru2 tingkatan dan minta depa tick ( /) nama pelajar yang dah bayar hingga Mac 2010. Ada lagi beberapa kelas belum settle. Insyaallah esok siap ^_^.

3)
Cari nama cikgu2 yang ajar PS tingkatan 2. Aku kan buat soalan PS. So, kena la isi borang pergerakan kertas soalan tu. Penggubal soalan : Cik Noor Hafizah, pemeriksa kertas? Aiiii, kena cari plak. Hasilnya, selain aku ada4 orang cikgu lagi yang ajar PS tingkatan 2 : i) Kak yus, ii) Kak Son, iii) Rapisah, iv) Nurul Naimah. So, dah siap tulis, malam ni kira kertas soalan ikut kelas =__+ Sila tabah, ada 415 calon ye dalam 11 kelas.

* malam ni aku mengantuk sangat, bleh kira pagi esok tak?

01 March 2010

~Hujan lebat, anak2 jadi katak, cikgu terpaksa jadi ular~

Petang hujan lebat. Selebet Selebat balik dari Klang semalam. Kilat! Ni yang buat aku takut nak drive balik ni. Nasib baik rumah dengan sekolah sekangkang kucing kera aje.

Bila hujan, cikgu pun pening. Tadi last period dah tak boleh buat perhimpunan. Kalau tak kawal betul2 budak2 tu dalam kelas, mau la ada yang bercanda di bawah hujan. Macam tak penah tengok hujan. Di sini, kalau takde perhimpunan, guru kelas kena masuk kelas masing2. Kadang2 cikgu terlambat masuk kelas. bukan sengaja. Bayangkan kelas di blok berlainan, turun naik tangga. Mungkin la lewat 2-3 minit.

Time cikgu takde ni la budak2 bakal jadi katak kodok main air. Kalau hari hujan, hari tu akan jadi hari paling bahagia budak2 terutama budak2 kelas Peralihan. Tahla apa badi peralihan tu. Bila anak2 masuk kelas tu , automatik perangai still sama takuk lama. Dok rasa diri tu macam kat sekolah rendah lagi. Bakat bermain lebih terserlah mengalahkan bakat2 lain. Bakat belajar memang di tangga paling bawah la, of coz.

Bila cikgu datang, anak katak lari merata2. Mak ular sudah sampai! Kena menyorok. Tapi katak sekarang dah maju. Tengok ular pun ala2 tengok arnab je. Penat la ular tu dok panggung kepala, jelir lidah, katak2 ni dok berdancing gak kat lopak2. Ular la ni plak dah tak segarang dulu, dah tak boleh patuk ikut suka, kang bomba tangkap. Ni la perumpamaan anak2 murid sekarang yang tak takut cikgu.... Kang cikgu maki2 mencarut se'standard' mulut budak2 mencarut, ada plak parents yang nak saman masuk court kot. Eeee, payah.

03 February 2010

~Penat meeting terubat sebab keta dah baek~

Keta I dah baek! Rindu nak drive keta sendiri pas 3 ari menumpang keta oang. Thanks guys! Luv u la.

Esok meeting Panitia Sains. Penat bermeeting. Tadi pun meeting. Pergi sekolah punya la awal. Kul 8.30 am dengan Kak Nolie sebab nak check register. Every end of the month, kami penyelaras tingkatan kena check register. Penat, berpinau biji mata, banyak salah. Nasib baik buat 3 orang dengan Kak Ezrin sekali. Kalau 2 orang je, kul 11.30 am start meeting tu belum tentu kami siap check semua register.

Penat!

Mengantuk!

Tapi takpe, bila teringat keta dah baek, happyyyyy.

Rasa nak tido dalam keta je malam ni ^_^.

OK, bye!!

29 January 2010

~Sahabat~

Buat seseorang antara sahabat kami:

Sahabat,
jangan cepat makan hati,
sebab adakala bergurau itu perlu,
kalau tidak,
hidup kita sunyi.

Sahabat,
jangan kau melarikan diri,
sebab hakikatnya,
sahabat memang letaknya di hati.

Sahabat,
jika ada gurauan yang lekat di hati,
rasa mengoyak jiwa,
harap maafkan.

Sahabat,
sampai bila kau ingin begitu?
menepis tiap kali ditegur?
lari bila kami muncul?
pandang kami umpama pandang angin lalu?

Sahabat,
mungkin di lain hari,
gurauan kami takkan seperti semalam,
sebab kami bertapis ayat,
risau lari kau lebih dahsyat.

Sahabat,
tidak kira apa kau buat,
kami tetap sayang kau,
sahabat.

28 January 2010

~Seronok jadi cikgu? Boleh jumpa banyak jenis manusia~

Hari2 biasa dengan tugas2 biasa.

Baru siap buat (edit) borang cegah ponteng untuk next months. Boring plak. Ida pun dah tido. Esok nak p jalan2 dengan my BBF tapi hala tuju tak decide btoi2 lagi. Slumber je!

Pastu, esok petang ada POT LUCK! First time for this year. Actually, ni plan cikgu2 pulau borneo. Borneo? Ni gelaran kat cikgu2 yang dok kat bahagian belakang my staff room. Sebab ada pintu gerbang lain nak ke kawasan tu, kami panggil tu Pulau Borneo. Kire aku ni dok akt semenanjung la. Hahaha!

Kak Raja dah officially amik jawatan pengerusi pot luck dari Kak Ida. Dia la cadang nak buat ni. LAgi puna da birthday Kak Yusanita skali. ADUN Borneo. Nak dapat berita dengan cepat dan kedengaran begitu 'drama', you should hear it from Kak Yusanita. I'm impress! Kagum giler. Sapa2 pun akan terpukau nak dengar.

Zati cadang tema cinta...Ada ke makan2 tema cinta? Wow! Mula dengar macam kelakar. Zati kata dia baca ke dengar tah (aku yang kurang pay attention) ni dari Dr. Fadzilah Kamsah. Ooooo. I see....

Oh, lupa. Tadi aku ajar PS kat 2 Amanah. Rupa2nya anak2 sekarang tak pandai guna warna air! How pity! Kalau zaman aku dulu2, kami kena guna water colour time PS kat sekolah menengah. Pensel warna tu tahap budak skolah rendah je dulu2. Geram tengok depa tak tau nak campur kaler, tak tau nak cairkan kaler, aku join sekaki. Huh! Lepas gian. Baru korang tau, cikgu Sains can make a nice drawing and nice colouring! Hahaha. Astagfirullah....

Kelas Sains...ya...1B quite good for now. Walau pun bukan semuanya bijak2, tapi cooperation, good commitment, enthusiasm... I like that attitude! Make me eager to give them more! Feriza...dia sangat teruja dengan Sains (ya, I can see that). Tapi dia suka merepek! Tu yang gua talak tahan. tah hape2 dia jawab. Soalan tak abis lagi dia dah menyampuk. But, this will colour my day this year.

Students yang tarik perhatian aku this year:

1) Feriza (1B) - sebab kuat merepek :))
2) Paviteran (1B) - eager to try to answer all my questions. Tak sabar nak angkat tangan jawap soalan. And more, he's talk like expess bus, laju giler!
3) Calvin (1B) - he's well prepared before class. Kadang2 wat muka like...'argh! that's sooo boring teacher'.
4) Ng Jun Yhip (1F) - tahun lepas kat PA. Dia sangat teruja sebab tahun ni sekelas dengan budak2 melayu. Tak habis2 nak ushar awek melayu kelas tu. And more, sangat minat melayu sampai ikut bdk2 lelaki melayu ke surau time solat Asar.
5) Farahin (1F) - sebab sebelum ni aku suka beli laksa mak dia kat pasar malam. Blur!
6) Azizun (1F) - 1st time tengok aku ingat dia adik Gregory yang aku ajar last year. Skali dia budak melayu...Islam. Tapi memang muka diorang sama. Ari sukan dua2 masuk kawad kadet polis and berdiri sebelah2, memang macam Mr.Klon!
7) Wong Zhiung Qhint (1I) - dah memang aim dia dari hari pendaftaran sebab nama pelik! Pastu rumah sukan Persona. Dia pendiam but suweeeetttt!
8) Lai Kar Hin (1I) - aku akan panggil dia everytime masuk 1I. Sebab bila baju di kat luar, alasan dia ' panasla teacher'. Tapi kalau kenal, dia budak kelakar.
9) Er Jun Qing (1K) - Can't stop talking? Isn't he's tired?
10) Law Jia Yi (1K) - or this year known as Stella. Gangster kampung la ni. Cakap kuat, melawan kuat, merayap pun kuat.
11) Chong Thiam Fook (1K) - muka macam gengster, rupanya baik dan boleh diminta tolong. Suka tugas bagi buku pas aku marking.
12) Alex (1K) - sangat suka bergurau.
13) Kah Yie (1K) - she's so suweettt!

Ini antara yang tarik perhatian aku sepanjang this month. Ada lagi yang lain. Tak larat nak tulis. Adakalanya budak2 ni memang suka tarik perhatian cikgu tak kira guan cara apa pun. Merepek mengarut pun cikgu perasan dia. Baik, pandai of coz cikgu perasan dia. Nakal, suka cari gaduh...lagi2 la cikgu akan perasan dia. So, pendek kata buat baik ke buat jahat, tu semua cara nak tarik perhatian orang kat depa...

14 January 2010

~Saya semakin suka seni~

Semalam saya study seni. Hari ni saya masuk kelas 2A (pertama kali masuk kelas ni, pertama kali mengajar PS). Mula2 agak gugup sebab sebelum ni hanya mengajar Sains dan PM. Ada sorang pelajar 1C tahun lepas yang memang saya pernah mengajar Sains. Dia tanya,"cikgu ingat saya tak?". I said, "of coz dear." Dia pelajar Sains paling pandai dalam kelas tu dulu, mana mungkin saya lupa :P

Conclusion:
Kelas PS success (for the time being la). Sebab ni bukan subjek teras, saya pun tak mau buat budak2 tu stress. Nota skit2, pastu buat aktiviti - lukis, warna, arca, kad etc. Kalau dah abis keje saya izinkan je buat homework lain asalkan tak berjalan2 dan tak bising. Setakat tadi, budak2 tu enjoy buat lukisan.

This year, ada student perempuan dalam kelas tu yang perasan saya boleh guna kedua2 tangan untuk menulis dan melukis. Actually, saya menulis guna tangan kanan, lukis je tangan kiri. Saya rasa mak saya berjaya halfway je la pas selalu mengetuk dan merotan tangan saya time kecik2 kalau saya tulis guna tangan kiri. Mak kata menulis sama macam makan, kena guna tangan kanan. So, saya berjaya guna tangan kanan untuk menulis, melukis tetap tak boleh ubah. Saya kidal. Memang takkan dapat ubah semua untuk guna tangan kanan. Even, nak pegang pisau pun tak boleh guna tangan kanan. So, sekarang saya dapat menulis menggunakan kedua2 tangan, kalau penat tangan kanan boleh guna tangan kiri. Tapi tulisan tangan kiri dah tak sekemas tangan kanan la sebab dah lama tak practise.

Oh! Melalut ke laut dah cerita kebolehan menggunakan 2 tangan. MasyaAllah! Saya bukan riak.Tidak! Ini kebetulan, kesan rotan mak saya! ^_^

Tadi, saya enjoy dalam kelas seni tu. Tak sabar nak main warna next week!

Kelas Sains? Ya, saya memang cinta Sains. Walaupun saya major Chemistry during my study, kalau tanya nak imbang persamaan kimia pun saya tentu amik masa yang lama. Orang kata practise make perfect! Saya suka (saya cinta) Bio dan Kimia, tapi saya dah lama tinggal subjek2 tu. Saya rindukan Bio! Kalau further study, saya nak master dalam Bio. Tahla, cinta pada Bio lagi tinggi dari Kimia.

Sekarang saya dapat PS plak selain main subject saya - Sains. Ini subjek untuk relaks2 dan enjoy ^_^. Hope so!

12 January 2010

~Apa khabar cikgu hari ini?~

26 Muharram 1431H
Pagi:
Latihan rumah sukan. Dari pukul 8 sampai pukul 9.30. Berdiri di tengah padang dengan rakan-rakan guru membuat pemilihan pelajar untuk 100m, 200m, 400m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Tahun ni dah tak ada kategori P1-3 dan L1-3. Dah tukar. Tinggal lelaki bawah 18 dan 15 serta perempuan bawah 18 dan 15. Masalah biasa waktu pemilihan pelajar. TAKDE PELAJAR! Masa tulis nama nak masuk acara, berduyun-duyun, beratur panjang. Tapi bila haripemilihan, berapa kerat je yang datang. Sama la kes dengan budak-budak kawad kaki. Masa tulis nama nak join, ramai betul. Masa latihan, tak sampai 10 orang. T_T
Tengah hari - petang:
Sekolah macam biasa. Kelas bermula dengan 1B (2 masa). Last week dapat masuk 1 masa tapi mengajar tak sampai 15 minit sebab banyak betul gangguan. Hari ni mula kenal pelajar sedikit demi sedikit. Tu pun sebab panggil nama untuk tulis jawapan di whiteboard. Setakat ni, saya nampak pelajar lelaki lebih aktif dan agresif untuk belajar. Banyak soalan, pelbagai bentuk jawapan. Kadang-kadang kita yang dewasa tak terfikir pun benda tu, tapi boleh diterima.
Pelajar perempuan agak pasif. Kena tanya sorang-sorang, walk around the class, baru nak cakap, tu pun malu-malu je. Ada beberapa orang yang agak aktif bertanya, tapi majoriti adalah pasif. Vocab agak lemah. Nasib baik saya memang tinggal kamus BM-BI-BM kat sekolah. Tak larat nak jawab soalan vocab dan terjemahan, saya suruh sorang pelajar ambil kamus dan suh cari sendiri perkataan-perkataan yang depa tak tau. Bukan saya malas nak jawab, tapi biarlah budak-budak ni belajar jadi independent dan bukan mengharap guru 100%.
Kelas 1F; OK. Ada sorang pelajar lelaki Melayu baru datang hari ini dan saya letakkan di kelas 1F memandangkan UPSR result =2B, 2C,1D, pelajar sederhana. Hari ni ada 1 masa je dengan 1F, maka tak banyak benda boleh diajar, lagi-lagi hari ni waktu saya sama dengan waktu pelajar keluar solat asar. Lengang kelas, tinggal ~10 pelajar Cina dan 2 pelajar India je.
Kelas terakhir, kelas 1K. Masyaallah, tahap dewa mencabar. Kelas ke-2 hujung, ramai budak-budak peralihan tahun lepas dan yang penting semua dah boring dan tak sabar nak balik. Bising betul! Kelas ni ada Orientation Prog. For Science And Mathematics In English (OPSME). Bagi saya, OPSME ni buang masa dan takde kepentingan sangat pun. Macam kelas vocab untuk Science and Math, ada pre-test dan post-test. Budak cepat boring! Nanti-nanti diorang lupa jugak perkataan-perkataan tu. Lagi bagus terus mengajar ikut silibus. Nanti silibus tak habis, marah plak....cikgu jugak yang kena. -_-
Malam:
Pas solat terus mengantuk. Makan sambil layan Naruto (kesayanganku). Last-last hilang mengantuk, sebab tu saya boleh post entry ni. Hahahaha.
Tadi bawa balik katelog Giacomo terbaru 2010. Geram tengok set pinggan mangkuk dan cawan. Tapi harganya....huish...RM300-400++/ 1 set. Juling mata sekejap. Tapi sebab bayar ansur-ansur, mungkin boleh dipertimbangkan ^_^. Nak beli barang-barang rumah? Buang tabiat dah ni. Ciri-ciri menuju ke alam itu dah datang sedikit demi sedikit :P .Malunya saya! Banyak barang yang saya berkenan, tapi semuanya masih mengikut stail Inggeris. Saya memang jatuh cinta dengan English stail. Cantik, putih, suci. Mungkin akan ada warna-warna lain dalam rumah saya nanti, tapi bukan warna garang yang pastinya.

11 January 2010

~Hari pertama, minggu ke-2 bersekolah~

25 Muharram 1431H


Semalam tak boleh bukak blog ni. Asal bukak je, keluar error. Wah! Geram saya. Semalam berjaya menyiapkan senarai nama pelajar Ting.1 dan PA untuk Borang Cegah Ponteng bulan Januari. Harap2 ada lagi pelajar yang bertukar sebab kelas terlalu ramai. Susah nak control dan pelajar pun susah nak concentrate their study.

Tahun ni saya dapat 2 kelas yang ada pelajar Melayu after 2 years without Malay students. Berbelit lidah nak sebut nama. Kenapa mak bapak sekarang bagi nama panjang2 dan canggih2 belaka sampai nak panggil pun tergeliat lidah? Kena la panggil nick name @ nama glamour. 5 kelas darab ~40 pelajar....ramai tu nak kena ingat nama. Pengajaran kat sini, nanti letak la nama anak yang pendek2 dan senang disebut. Jika tidak, cikgu2 akan panggil short name je.

Disebabkan sukan sekolah just around the corner, kelas jadi tergendala bila ada senior2 yang 'melawat' dari kelas ke kelas untuk urusan rumah sukan. Sumbangan untuk rumah (yuran rumah sebenarnya, tapi tak boleh guna perkataan 'yuran'), cari ahli kawad kaki, cari peserta tarik tali etc. Tadi, saya masuk ke 1 Bestari dengan semangat yang berkobar2 nak mengajar (memandangkan ni la 1st time saya masuk kelas tu sebab tempoh menyiapkan senarai nama streaming yang lama), tapi down sebab ada pelajar2 Ting.2 (2-3 orang) yang tengah promote persatuan kat dalam kelas tu. Pas siap tu, ada lagi yang datang nak cari ahli rumah kuning. Dah la tadi 1 masa je kat kelas tu. Dari melaksanakan perancangan p&p dengan jayanya, jadi sesi 'mari berkenalan dengan Sains dan buku2 latihan yang perlu dibeli'. Rosak lesson plan saya!

Kelas2 lain ok je. Mula dengan kelas 1 Ikhlas (2 masa) diikuti kelas 1 Bestari (1 masa) dan last dengan kelas 1 Fitrah (2 masa). Kelas 1I tu pun baru pernah masuk sekali minggu lepas. Bising! Mungkin last week tu saya masuk last period, semua dah penat dan excited nak balik. Tumpuan pun dah hilang. Hari ni bagus je. Dengar dan boleh buat latihan yang diberi walau most of the time kena translate BI ke BM (dan may be after this tu BC!). Budak2 sekarang makan suap! Tak reti cari sendiri! Yang tak boleh lupa, saya ajar pasal natural phenomena. Nak diorang identify the examples belong to natural or non-natural phenomena.

Ini ayatnya:
A bird is flying

Saya minta sorang budak tulis jawapan kat whiteboard (budak laki la ni). Sambil jalan dia kata "wa, your bird is flying!". Mau saya tenyeh je kepala. @##%$^%^%&$#
"Joking! Joking!" Tau plak takut bila kena usha lama2.

Kelas 1F dah banyak kali saya masuk. Kelas ni majoriti budak2 Melayu. Ramai layor buruk dalam kelas ni! Ye, tau, niatnya nak bergurau tapi kadang2 tak kena masa la. Kelas ni jugak la ada ramai yang blur. Dah tulis pun tak faham, vocab; of coz sangat lemah. Yang paling sabar kena tunggu, majoriti lambat menulis! Salin pun lambat, ini kan pulak nak settlekan exercise dalam kelas. Banyak perlu dibantu. Harap makan baik masa akan datang. Amin. -_-

Esok pagi ada latihan rumah Persona. Ala, Persona keta keluaran Proton tu. Rumah kaler ungu. Tak pernah jumpa rumah sukan kaler ungu sebelum ni. Malasnya!

01 January 2010

~Selamat Tahun Baru 2010~

Selamat Tahun Baru 2010! Its not too late to wish kan. Lately, blog bersawang sebab sangat malas meng'update'. Not because less story to write, lazy, that's the good answer for it. ^_^

Last week past, ada sederet meeting yang saya attended. Banyak benda kena dengar. Dan jawatan baru untuk 2010! Mesyuarat guru kali pertama pada 28/12/2009 hingga ke petang. Dapat jadual mengajar 2010. I'll teach 4 classes for Science subjects (1B,1F,1I and 1K) and 1 class of Pend. Seni (2A). Tah kenapa saya sangat excited dapat ajar seni (coz I luv seni I think^_^). Then, 30/12/2009 ada orientasi pelajar baru Ting.1 dan Peralihan (PA). Saya incharge kaunter pendaftaran pelajar baru yang tak mendaftar bulan 11 ari tu je. Tak ramai. Pelik bin ajaib! Last year saya tak menang tangan jaga kaunter ni tau! So, we will continue on Monday. Mesti ramai Isnin ni. Meeting akademik dan ko-k on Thursday. Cuak! Patut datang kul9, tapi datang lambat. Salah kami ke? Kata meeting start kul 10.30 pagi, then last minutes change to 9 am! Saya plan datang kul 9.30 am dengan Kak Nolie sebab nak breakfast je. Nasib baik terlepas 1/2 jam je. Tapi cuak le. Kalau la boss panggil, "mana penyelaras ting.1?" WaaaaaT_T

Isnin ni mula la sesi persekolahan. No more holiday! Starting this year, makin rajin le saya ke sekolah sebab every week ada aktiviti ko-k dan kelas tambahan untuk pelajar PMR. Tak kasi can nak rehat dan bersuka ria la ni. Dah kalah keje office plak rasanya!

Azam?
Patut jadi lebih baik dari 2009 tak kira dari apa segi pun. Kerja, family, healthy, wealthy(?), beauty... everything (hope so la). Moga 2010 menberi lebih kebahagiaan kepada setiap insan ^_^

21 November 2009

Aktiviti 21/11/2009

Penat selepas sehari tak berada di rumah.
Pagi di sekolah - Report Card Day
Petang di Lagend Hotel - Hi tea.
Penat tapi happy.
Aku dapat hamper yang jadi rebutan ramai!
Hahahaha.
Gambar takde lagi sebab tak bawak camera.
Ada dalam camera kawan.
Dalam henset ada skit tapi sure blur je kalau transfer ke sini.
Nanti aku letak k.

18 November 2009

~Menuntut ilmu batin????~

Ari ni aku menuntut ilmu dari Kak Ida.
Tuntut ilmu Penyelaras.
Kak Mas kata aku maintain pegang LADAP.
Kena jadi Penyelaras Ting. 1 tapi disiplin dah ditarik, bagi kat Wani.
Mampu ke aku nak handle dua2 jawatan?
Aku risau tak boleh bagi komitmen 100% kepada dua2 tugas.
Risau ada yang tak terurus.
Aku rasa aku macam minat je nak jadi Penyelaras Ting.1 tu.
Keje baru, belajar benda baru.
LADAP tu pun best jugak sebenarnya.
Berbanding tahun ni, tahun depan dah ada panduan yang lengkap.
Senang sikit la nak urus.
Dalam cuti ni kena buat perancangan btol2.
Mampu ke aku ni?
Berat tu dua2 jawatan tu.
Lagi pun, cikgu2 yang pegang jawatan Penyelaras Ting. sebelum ni tak pegang jawatan lain.
Tak kisah le jadi penyelaras tingkatan berapa pun.
Ni, aku dapat 2 tugas, yang dua2nya berat.
Kenapa la tak boleh bagi salah satu kat cikgu lain?
Macam gila kuasa plak.
Bukan mengeluh, aku risau tak terkejar!
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran (eh, btoi ke ni? hahaha)
Tadi, aku belajar buat streaming.
Susah jugak, kena buat banyak kali.
Mula2, stream budak PA tahun ni yang akan ke Ting.1 2010.
Pastu, stream budak2 yang dapat keputusan BM D dan ke bawah dalam UPSR.
Buat retan.
Pastu, baru boleh stream semua.
Tunjuk kat pentadbir.
Kalau tak setuju dengan list tu, aku kena ulang stream balik sampai depa setuju.
Tempek kat dinding untuk rujukan.
Uishhh!
Patut la Kak Ida boleh ingat nama budak2 tu dengan nama bapak sekali!
Banyak kali ulang benda yang sama.
Budak2 kali ni ramai nama yang pelik2 susah nak sebut.
Pastu, lelaki lagi ramai dari perempuan.
4:1, bayangkan!
Macamana la keadaan dalam kelas tahun depan?
Laki lagi ramai tu!!!!!

16 November 2009

Pengesahan Pelajar Ting.1 Dan PA 2010

Menjadi bidan turjun semasa pengesahan pelajar Ting.1 dan PA 2010. Patutnyer tugas cikgu2 lain. Tapi disebabkan ramai yang terlibat dengan mesyuarat pengawas SPM dan STPM, kena la kami ganti kat dewan tadi. Aku, Lydia, Kak Ma ---->bidan terjun yang berjaya!
Tak macam tahun2 lepas, kalau pengesahan pelajar dari SJKC Desa Jaya, 1 family turun. Dari atuk, nenek hingga ke baby datang sekali. Bayangkan bising dan sesaknya dewan pengesahan tu. Tadi hujan lebat, yang datang pun just mak bapak dengan pelajar tu je. Takle sesak nafas aku! Alhamdulillah hujan lebat. Hapar esok petang hujan lagi ^_* sebab esok ada pengesahan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah2 lain.
Patutnya kena amik surat penempatan dan surat beranak. Ada plak yang lupa bawak, lupa photostat la. Nasib baik ada kedai photostat kat depan sekolah ni. Ada parents yang cerewet, dengar je la depa dok komen2. Tapi berbanding tahun lepas, parents tahun ni lebih ok la. Tak ramai yang marah2 tak tentu fasal. Senyum je. Kan senang hati kita nak uruskan keje pengesahan.
Ramai jugak yang minta tukar sekolah. Ada yang rumah jauh, ada yang nak pindah rumah. SJKC Desa Jaya (SJKCDJ) tu sangat besar. Bayangkan tahun 6 ada 20 kelas! Pelajarnya pun bukan dari area Taman Ehsan dan Desa Jaya je, tah dari Maluri, Manjalara, Damansara.....semua berpusu2 nak anak skolah kat situ. Bila dah belajar kat SJKCDJ, automatik nama akan dihantar ke sekolah aku walau pun alamat rumah jauh dari sekolah.
Tahun depan aku jadi Penyelaras Ting.1, aku akan berurusan dengan budak2 ni la. Streaming nama untuk 10 kelas mengikut keputusan UPSR. Esok aku nak menuntut ilmu kat Kak Ida. Berat tanggungjawab tahun depan. LADAP tu pun belum tentu ada orang lain ambik. Kalau dua2 aku pegang, lebih teruk dari aku pegang LADAP dengan disiplin tahun ni rasanya. Apa2 pun...redha je la. Saya yang menurut perintah -_-