Showing posts with label Aku fikir. Show all posts
Showing posts with label Aku fikir. Show all posts

21 October 2012

~Kelantan vs ATM 3-2~


I'm not into football. So, I don't care bout who's the winner of the game. FB status : Kelantan menang! So, congrats Kelantanese. 3-2

Me? If there is ''hot stuff'' in the team so I'll consider to watch it. Or, if I stay with my former housemate, may be I'll watch it. I'm not so into games. I'm more to indoor brain-centered-person. More to ''ulat buku'' some says. 


Saw some of my friends from KMPP graduated. Got their Master and some PHD! When will I??????




My FB status : Silent is gold. Someone should know WHY. One word can be mistake. 1 sentence can be misunderstood.








10 October 2012

~Berfikir seperti orang dewasa~


1) Bermusuhan di tempat kerja sehingga ada gelaran (binatang) dan panggil orang itu sebagai 'orang gila' untuk orang yang dibenci. Tarik muka masam, menjeling musuh. Itu melampau.Ya, memang akan ada orang yang sebulu dan tak sebulu tak kira di mana termasuk di tempat kerja. Kata mahu jadi setingkat lebih. Kalau musuh itu 'orang gila' maka anda yang setingkat lebih adalah orang gila kuasa dua!

2) Payah kan kalau ada orang yang perasan bagus dan kerja untuk nama. Bila ada orang pantau, bukan main perfect kerjanya, kalau tak ada orang tengok, kerja, huh, ke bulan! Tu kerja cari nama, tak ikhlas langsung.

3) Bos baik dipandang mulia, bos 'buat taik' dipandang.......?

4) Stress melampau hingga terlepas caci maki kepada orang lain adalah tidak profesional.

5) Anda tidak suka orang mengata tentang diri anda hingga anda meroyan dan terjerit2 di dalam bilik hingga 1 blok dengar tapi anda sentiasa buat sesuatu untuk merangsang orang mengata anda. Good job! 

6) Speed kerja anda 50km/j. Speed kerja kawan 100km/j. Anda nak suruh,''relax le weh! watpe nak kalut2.''

7) Lawan cakap bos atau tunjuk kelakuan biadap tidak akan bawa anda ke mana2. Nak naik pangkat? Rekod buruk untuk tahun2 seterusnya ada la. Bos juga manusia. Bias tetap ada tambah2 jika ada peristiwa buruk antara anda dengan bos.




........berfikirlah seperti orang dewasa.




03 October 2012

~Awak tahu tak?~




Awak tahu tak saya :(

Awak tahu tak saya TT_TT

Awak tahu tak <3 p="p" sakit="sakit" saya="saya">

Awak tahu tak????



Allah knew

Always

10 July 2012

~Nak luah jugak~

Pekakkah aku hingga tak dengar salam orang? Pagar dekat, pintu plak bukan sliding door, tak pakai aircord, so ada ruang ventilation. Tapi kenapa aku tak dengar padahal sebelum ni aku cukup peka bunyi?


Dan sekarang aku bad mood........

06 July 2012

~APC 2011:Guru hebat mengilhami~

APC merupakan anugerah penting dalam kalangan warga penjawat kerajaan. Maka berlumba2lah pekerja2 dedikasi semua untuk memilikinya.

''Kerja bukan untuk mencari anugerah, tapi anugerah akan datang kalau kita ikhlas dan sungguh2 bekerja.''

Macam artis la, tak payah cari publisiti murahan untuk glamor, sebab bila dah berjaya glamor  tu datang sendiri.

Same goes to government servant.

" When you GIVE more than you TAKE, you'll always RECEIVE more than you GIVE."
-Rick Hymer-


Cadangnya nak ambil gambar atas pentas tapi ramai sangat manusia hingga fed up nak tunggu :P

 Alhamdulillah. Agak terkejut dan pelik kot rakan2 guru di SRC sebab keutamaan penerimaan APC di SRC mengikut seniority. Keluarlah soalan2 berapa tahun dah aku mengajar, kat Selangor bagi ikut performance je ke tak kira seniority dan macam2 soalan lagi. Rasanya senior yang dah lama berkhidmat kat SMKTE tu semua dah pernah dapat APC. Lagi pun, berapa kerat sangat senior di sana, ramai lapisan muda mudi belia je kan. Hehehe. Tak sama macam kat Perak. Ada cikgu2 yang mengajar kat satu2 sekolah sampai 20 tahun tak rasa nak tukar sekolah pun. Kena la ikut seniority. Ini apa aku nampaklah.

Tapi seikhlasnya, buat apa nak ikut seniority sebab tak 100% cikgu senior lebih bagus daripada guru2 junior. Ada juga guru junior yang baru setahun jagung tapi performance tip top, wajarlah dapat anugerah. Contohnya kenalan di Sarawak, bawa program Nilam yang tidak wujud di sana pada masa dia posting, next year terus dapat APC. Itu baru betul kan. Orang bagi sumbangan dan impak besar pada sekolah wajarlah diiktiraf. Situasi aku? Tak tahu la celah mana Pengetua rasa aku sesuai untuk pencalonan dan alhamdulillah diluluskan di peringkat atasan. Jumpa beberapa rakan guru dari sekolah2 lain dalam PPD Gombak. So ceria. Tapi tak sempat jumpa 2 orang kakak.

Sebelum balik singgah ke sekolah-tempat-jatuh-lagi-dikenang inikan pula tempat pertama posting: SMKTE. Jumpa beberapa keat guru sahaja. Tah lah kenapa timbul rasa segan (malu) nak jumpa semua orang. Nanti kata excited lebih dapat APC plak kan :P Jumpa juga beberapa pelajar yang aku ajar dulu. Kalau yang perempuan dah makin cun tiada lagi istilah comot, yang lelaki pula kalau dulu chubby montel comel sekarang dah kurus2 dan tinggi. Alhamdulillah, masih ditegur dan dihargai tak kira pelajar Melayu atau Cina. Hah, baru perasa aku tak jumpa sorang pun bekas pelajar India aku. Budak Form 1 tahun ni sure la tak kenal aku, yang tu ramai plak India yang aku tersermpak :P

And.... I've got these early this morning(last morning :P)


Thanks dear Azzahra Sophie, I knew you'll read soon. You know how much I loveeeeee Uzumaki Naruto. Hehehe.

Aku selalu berdoa akan ada pelajar aku yang menerima ilmu dan memandang ilmu semulia2nya. Dan hormatilah guru tanpa guru kita tak ke mana.


Salah satu tanda seorang pendidik yang hebat
Adalah kemampuan memimpin murid-murid
Menjelajahi tempat-tempat baru
Yang bahkan belum pernah didatangi sang pendidik
(Thomas Groome)

Guru biasa memberitahukan
Guru baik menjelaskan
Guru ulung memeragakan
Guru hebat mengilhami
(William Arthur Ward)

Yang penting bukan bagaimana caramu hidup
Tapi hidup siapa yang kamu ubah dengan hidupmu
Seorang majikan bisa memberitahumu apa yang ia harapkan darimu
Tapi seorang Guru membangkitkan pengharapanmu sendiri
(Patricia Neal)

Apa yang ingin dipelajari murid
Sama pentingnya dengan apa yang ingin diajarkan Guru
(Lois E.LeBar)


Saturday 14th: present for my birthday, my own satisfaction. Not an object but a knowledge. Learning process does not require an age limit.
 
 
 
 

16 May 2012

~Selamat Hari Guru-kisah pengorbanan dan terharu~

SELAMAT HARI GURU warga pendidik. 
Tak kira di peringkat mana pun, dari kelas prasekolah hingga ke Universiti, walau apa pun panggilannya, cikgu, teacher, sensei, ustaz, ustazah. Panggilan tidak menunjukkan perbezaan, guru itu universal, panggilan mungkin berbeza tapi tugasnya sama. Kalau dulu selalu jumpa kata2 ini ''Guru ibarat lilin membakar diri''. Guru, jangan jadi lilin, jadi mentol. Memberi cahaya, terang, tetapi tidak pula semakin lama semakin memendek. Makin lama mencurah ilmu, makin banyak juga ilmu diterima. Panas tapi cepat sejuk.
Hari Guru sekali dalam setahun.Setiap hari kita wajib menghargai guru, tetapi apa salahnya sehari dalam setahun kita memuliakan guru? Kenang penat lelah guru mengajar kita. Tanpa guru, siapalah kita. Tahukah kita membaca dan mengira? 
Insyaallah, nama2 guru yang ''inspired me a lot'' masih terpahat kukuh:
Cikgu Sabariah - cikgu tadika aku. Guru pertama yang memeluk aku  tatkala aku meronta2 nak ikut mak balik seminggu pertama di sekolah.

Cikgu Azizah - Cikgu BM Darjah 1 SKPP yang selalu memberi peluang anak2 murid berlagak guru di depan kelas dengan pembaris mengajar kawan2, yang selalu membawa anak2nya yang comel ke kelas. Kami suka sangat masa tu.

Cikgu Aida- Cikgu BI Darjah 1 dan 2 SKPP. Macam kat spa! Berebut nak urut bahu cikgu :P
Cikgu Hamzah - Cikgu Matematik Darjah 2 SKPP. Orang kedua selepas mak yang sangat2 pentingkan sifir. Tidak boleh duduk jika tidak dapat jawab congak sifir. Siap dapat extra ''kerabu perut'' jika tak dapat jawab.

Cikgu Idris - Cikgu BM Darjah 3 SKPP. Selalu suruh kami berlakon dalam kelas. Tambah keyakinan diri!

Cikgu Aminah- Cikgu Math Darjah 4 SKPP. Habis belajar Math cikgu bagi tulis huruf sambung, tulis ayat guna tulisan bersambung. Suka sungguh sebab tulisan memang seketul2!
Cikgu Isa - Cikgu Muzik Darjah 4 dan 5 SKPP. Ajar main rekorder sampai tahan dewa la dulu. Ingat lagi ayat feveret cikgu, ''Sapa tak solat subuh berdiri!" Aduh!

Cikgu Zul- Cikgu BM Darjah 6 SKPP. Cikgu paling garang dan ganas semesta. Pernah ikat ketua darjah aku yang kureng menunjukkan tanggungjawab kat kipas siling! Dulu kalau dengar nama dia, semua kecut padahal cikgu sangat kelakar!
Sir Hari Chandran - Cikgu BI Darjah 6 SKPP. Sebab dia BI aku improve a lot! Cara dia ajar BI sangat best. "Ini pun tak tau jawab. Buduh! Pergi gantung diri kat pokok taugeh." Ayat itu bukan dalam nada marah sangat pun, kami siap boleh gelak2 lagi :P

**Kebanyakan cikgu2 ini dah jadi Guru Besar sekarang.

Cikgu Tajuddin - Cikgu Sejarah Ting.1.Glemer dengan GONG EMAs. Sapa kena luku, terus gatal kepala.

Cikgu Hassan- Cikgu Sains Ting.1. Sempoi!

Cikgu Puziah- Cikgu BM dan Geografi Ting.3 SMKSAT. Cara dia mengajar ada yang aku gunakan sekarang. Sangat keibuan.

Cikgu Zainab-Cikgu Sejarah Ting.3 SMKSAT. Sangat suka cara dia minta kami buat nota. Bab salin balik nota memanglah leceh dan memenatkan, tapi sangat suka bila cikgu selalu ambil buku nota aku dan tunjuk kat kelas, "buat macam ni la. Bagus!" Kembang kejap.

Cikgu Yati- Cikgu Kimia Ting.4 dan 5, Biologi Ting.5 SMKSAT. Ini yang palingggggg memberi aspirasi! Rasanya perwatakan aku sekarang 70% copy cikgu ini. Sempoi, suka bersembang, tak suka marah2, suka gelak, mengajar pun slumber je. Paling suka bila dia cerita zaman study di Amerika. Mengantuk pun aku celik balik :P Sebab cikgu ini aku jatuh cinta mati dengan  Kimia sampai buat degree pun ambil Kimia.

Cikgu Ang- Cikgu Matematik Tambahan dan Fizik Ting.4 dan 5 SMKSAT. Cikgu, kenapa cikgu tak ingat nama saya masa Math.Tamb. tapi cikgu ingat masa Fizik? Adakah ini menunjukkan saya dagi hebat Fizik daripada Math. Tamb? :P Aku suka buat pembetulan kat cikgu, ''cikgu bukan 'lincin' tapi 'licin'?" "saya punya suka lah" Hehehehe. Mungkin sebab tu masa Fizik cikgu ingat aku ^__^

Teacher Marsilah- Cikgu BI Ting.3, 4, 5 SMKSAT. Ikut kelas kami sejak Ting.3. Sangat happy goes lucky. Cikgu pernah jugak paksa aku cakap BI tapi aku jenis tak makan saman kot.Ada le beberapa ayat je aku cakap BI kecuali oral test.
Miss Kazrina (sekarang dah Madam) - BI Lecturer Sem.1 KMPP. Super senior SMKSAT, anak mami. Cikgu ini telah menambahkan confident level aku mencanak2 naik sebab aku sangat pemalu orang kata tahap gila babi la kalau bab nak bertutur dalam BI. Cikgu suruh kami buat jurnal, tulis tiap2 hari. Semua masalah boleh share, personal pun OK. Makanya, cikgu kenal setiap pelajar. Aku teringin nak apply tapi sampai sekarang tak buat lagi sebab memikirkan relivennya dengan subjek yang aku ajar. Aku pernah nangis depan cikgu ni sebab citer pasal abah datang ambil aku kat matriks masa hujan lebat naik motor. Sampai sekarang aku nangis kalau teringat kisah tu.

En.Zaidi - Lecturer Fizik KMPP. Kelakar! ''Saya kagum giler dengan orang yang langgar WTC tu. Tu contoh orang belajar Fizik. Tengok cara bangunan tu roboh.....'' Aduh cikgu!

Ramai lagi tapi nama2 ini yang sangat dekat dengan aku. Cara aku mengajar banyak dipengaruhi nama2 besar di atas. TERIMA KASIH CIKGU!
 
..................................................................................................
~SRC 2012~
Pertama kali di sini, sambutan Hari Guru yang biasanya meriah sungguh suram. Jika tidak disatukan dengan majlis perpisahan PK Petang yang akan berpencen, agak2nya tiada sambutan langsung. Jamuan makan yang lebih kepada jamuan perpisahan, tanpa ucapan diraikan, makan secara buffet. Tidak terasa kemeriahan Hari Guru. Tiada sambutan di pagi hari. Masuk kelas seperti biasa dengan para pelajar yang tiada nafsu belajar mengalahkan orang yang patut diraikan hari ini.Pukul 11 pagi mendengar perutusan secara "on-air'' dengan keadaan hujan lebat, dapatkah anda mendengar radio daripada pembesar suara dengan jelas?
Sedikit kecewa dengan sambutan tahun ini. Terubat hati melihat gelagat guru2. Pagi2 ramai guru perempuan melaram dengan baju yang ditempah khas untuk Hari Guru walaupun tiada sambutan, hanya masuk kelas. Biasalah, sindrom  ''syok sendiri'' ada di mana2 sekolah :) Guru2 lelaki memasang lagu KAMI GURU MALAYSIA berulang2 kali dalam bilik guru, kuat plak tu. Diikuti pelbagai genre lagu; dari lagu Maher Zain, Kuch2 Hota Hai hingga ke lagu Cina yang aku terlupa tajuknya. Kelakar juga cikgu2 SRC. Tu tak termasuk mengambil gambar kertas relief masing2 untuk diupload di FB katanya. Layan je la...
Bukan guru meminta diraikan tapi apa salahnya sehari menghargai guru. Penuhkan muka dengan senyuman sambil mengucap  ''Selamat Hari Guru, cikgu.'' Hulurkan salam, cium tangan guru. Itu paling bermakna. Dapat hadiah lagi2 la cikgu suka :P
.....................................................................................................
 Menerima ucapan daripada anak2 murid di SMKTE amatlah mengharukan. Masih ingat korang kat cikgu ye. Ucapan di FB, SMS. Boleh nangis tau! 

Zahra, Alias, Melvin...terima kasih :)

"Assalamualaikum cikguuuu!! Selamat hari guru!! terima kasih ajar saya sains thn lepas!semua yang cikgu ajar 99.99% masuk otak dan ingat sampai sekarang! jasamu ku kenang selamanya!"

*Entah kenapa banyak benar (!) anak murid aku ini. Inilah anak murid yang paling kerap berhubung dengan aku.Something special about her, wish her a very good luck in her life :)


"Happy Teacher's day to my beloved Teacher's out there...Terima Kasih Cikgu~
Minta mAAF kALAU dE sALh sILP...!!!
10Q aGAIN!"
"Selamat Hari Guru~~! Rindu Cikgu~! :'DTak terharukah anda jika bekas anak murid anda menghantar SMS ini."



Tak terharukah anda????  TT__TT





***Silalah menghadam karangan panjang ini. Zue, most of the teachers adalah guru2 suamimu juga :)

12 April 2012

~Aku belajar jadi ikhlas~

Aku belajar jadi ikhlas

Tiap kali aku lihat wajah kecil

Minta ilmu tanpa jemu.

Awal masa menadah tangan

Membaca doa penuh khusyuk

Menghulur salam 

Mencium tangan

Sejuk hati mata jiwa.

Marah aku kerana sayang

Hukum aku kerana kasih

Hari ini engkau menangis

Moga esok tidak menitis

Walau setitis. 

Hari ini kau tunduk hormat

Esok lusa mungkin kau lupa

Ikhlas aku tidak marah

Moga kau jadi anak berguna

Menabur budi menanam jasa.

Sayang, hari ini kupanggil sayang

Sampai mati tetap kusayang

Baik jadimu aku kembang

Buruk olahmu aku yang sumbang?

Minta jauh wahai sayang.
 
 Aku belajar jadi ikhlas

Bila sekelilingku penuh rahmat

Basah lidah dengan Yasin-Mu

Bergema memecah hening Jumaat.

Aku belajar jadi ikhlas

Seilkhlas terdaya

Besar amanah, besar bebannya

Atas batu jemala.

Aku belajar jadi ikhlas

Buang rungut, pungut syukur

Agar kukuh iman dan takwa

Walau tahu aku tak seberapa

Bukan insan besar lagi mulia

Aku hanya guru biasa.





## Zue, tiba2 aku terfeeling puisi ni pe hal???

04 April 2012

~Congrats my friend!~


MC's today. Kepala weng2. Getting better. To make it great, I've got new surprising messages. My best friend is getting engaged soon. Congrats to you my friend :)

But, why I feel something torning my heart right now????
  TT__TT

Too many work queuing and responsibility increases day by day. Senior teachers told me that HM, PK trusted more in me although I'm just walking the 4th months teaching in SRC. Memories passed; some are good some are not but working here makes my-hobby-is-complaining be less. Not so complaining la, it's more to 'cakap terang2' what I like and what I doesn't like, what is right and what's wrong. Being too straight to the point is not good in my last school :(

30 March 2012

~Calon suami saya mesti yang boleh teman saya tengok Naruto~

Saya memang pentingkan relationship. Sebab tu saya boleh nangis bila tengok anime Naruto. Sapa follower anime ni tau macamana Naruto main dengan jiwa!

So, calon suami saya mesti sorang yang boleh teman saya tengok Naruto a.k.a fanatic Naruto kot :P Sebab bila ada part sedih, saya ada someone untuk dipeluk. Hahahaha.


Sekian, teriam kasih.

19 February 2012

~Math tak best!~

Dulu aku tak suka Math. Bila nak UPSR, PMR, SPM....aku belajar Math dan Add Math dengan niat untuk skor A pastu tak payah pikir pasal Math lagi.

Masuk Matriks Sains Hayat, ingatkan dah tak mengadap Math rupa2nya ada lagi. Pasrah jap! Dalam hati takpe la, nanti masuk U tak mau ambik Course Math, takkan ada subjek Math lagi selepas Matriks. Math kat Matriks sama dengan Add Math. Masa belajar Math kat Matriks takde la rasa Math tu killer sangat. Rasanya betol la lecturer kat Matriks cakap ''buangkan perkataan TAMBAHAN pada MATEMATIK tu, baru rasa ia senang''. Betoi! Perkataan TAMBAHAN/ADD membawa beban besar menyatakan Math tu susah giler!

Tamat Matriks setahun kat Kepala Batas, sambung pendidikan. Mak aku nak sangat anak dia ni jadi cikgu, senang katanya, banyak cuti, tak banyak kerja. Mungkin dia nampak kerja cikgu dulu2 kot sebab sekarang mak aku dah tak berani kata kerja cikgu senang, cuti banyak dan tak banyak kerja sebab dia tengok kerja anak dia sekarang opposite dengan apa yang dia kata dulu. Hehehehe. Klakar mak aku!

Ok, katanya sambung U, ambik Pendidikan Kimia, tapi 1st year belajar Math lagi, Statistik, Calculus. Adoi!

Sekarang dah kerja, aku mengajar Math ye.

PASRAH la. Sampai bila2 pun Math takkan hilang dari hidup aku. Hidup kau juga. Sedangkan nak p kencing kat public toilet pun kena guna Math, macamana nak tinggalkan Math daripada hidup kan?

Tapi sejak2 mengajar Math, syok pulak bila fight dengan budak jawab soalan. Hahahaha. Cuma sekarang tak membenarkan aku ikut cara Cikgu Hamzah aku dulu yang tiap kali masuk kelas kami kena berdiri atas kerusi kena soalan sifir ke, congak ke. Kalau tak tau jawab kena pulas perut yang kami panggil cikgu wat 'kerabu' atau wat 'robocop'! Kalau cikgu2 sekarang buat, agak2 kena saman tak??? Kita dulu2 baik kan, redha je cikgu denda macamana pun. Ko nak balik mengadu kat mak bapak, alamat ko kena bantai lagi lagi le.....

BUAT MATH TAK BOLEH STRESS. KALAU STRESS TERUS TAK BOLEH JAWAB.
(dulu aku kuat bebai bila tak boleh jawab Add Math -__-)

16 February 2012

~Bukan mudah menjadi guru~

Alhamdulillah, hanpir 2 bulan di sini tiada masalah menyesuaikan diri. Betapa baik2 dan ramah2nya warga guru di si buatkan orang baru masuk tak rasa terasing. Tidaklah rasa 'alamak'menyesalnya-pindah-sekolah', Insyaallah tidak. Taman Ehsan mengajar aku kenal ilmu disiplin, how to control students, and there, aku almost dalam situasi'tak yah susah2 study sebelum masuk kelas'. Cukup dengan sekali dua baca dan...you are ready to face your students. Tiada soalan2 mencabar minda, kalau ada pun berapa kerat sangat la yang aku dapat, and I was so excited to answer the questions! Hahahaha. Most of the time, dicipline, diciplie, dicipline! So, bolehkah anda teka rupa wajah students sekolah lama aku?

Kat sana aku belajar, cara pensyarah2 ajar di U langsung tak boleh di apply. They said, we should be nice and comfort the students, be their friend. Oh, kalau nak dipijak kepala, silakan. Kalau ditanya setujukah dibuat Sekolah Kebangsaan semata2 tanpa Jenis Kebangsaan, aku angkat tangan. Di Taman Ehsan aku nampak banyak kesan tidak baik kewujudan sekolah tu. Nak lihat warganegara Malaysia yang tak tahu langsung bertutur Bahasa Melayu juga ada!

Dulu masa terlalu stress, aku doa, dapatlah 1 antara 2 yang aku apply either tukar sekolah or sambung Master. Alhamdulillah, dapat tukar.

Aku ada kawan yang bertukar ke Ipoh last year. Katanya,

"Welcome to Ipoh. Sini banyak keje sangat tau. Teruk la hang. Cikgu senior je ramai kat sini. Aku rasa nak balik Taman Ehsan je.''

Selepas 1-2 minggu, dia tanya,

"Macamana sekolah ko? OK ke? Taman Ehsan lagi best kan?"

Mula2 aku tertanya2 gak la apasal la kawan aku ni so....apa nak kata ek....macam nak ajak aku sama2 dengan dia yang rasa menyesal pindah. Sekolah dia tak de kawan la, cikgu senior tak mau tegur cikgu junior, keje banyak sangat, g makan kat kantin sorang2, husband hantar ke sekolah tak boleh lepas pagar depan la. Macam2 keluh kesah dia. Tak faham aku. Kenapa kalau menyesal nak ajak aku join sekali menyesal pindah? And sorry to say aku sikit pun tak ada rasa macam tu. Aku enjoy juga di sini macam aku suka kat sana.Anda perlu tahu, suka di sana selepas 3-4 tahun bermakna suka dengan rakan2 kerja yang superb, lain2....emmm...hampir tiada. Hahahahaha. Akhirnya aku tahu juga kenapa banyak alasan dan keluhan tu keluar, ada kes yang biarlah jadi rahsia sahaja, cukup hanya dinyatakan ada kes. Anda faham?

Selepas 4 tahun mengajar, aku mencari kepuasan mengajar. Puas! Passion! Passionate! Puas mengajar la! Kat sana aku tak puas mengajar, mengajar yang macam tak sampai. Hah, paham2 la. Aku nak rasa macamana bila kita betul2 deliver ilmu, bukan dalam 1 jam, 30 minit lebih kepada mendisiplinkan murid, tinggal 30 minit je lagi nak mengajar. Sungguh tak puas. Setakat ini, aku dapat itu di sini.

Mengajar di mana2 pun mesti banyak kerja. Jangan pelik jika tiba2 cikgu jadi tukang kutip sampah, tukang susun meja hanya untuk tunjuk nilai baik tu kepada pelajar, nak tunjuk cikgu sanggup turun ego pegang sampah dalam kelas korang, korang tak malu ke? :P Dengan harapan the next day pelajar tahu nak buat benda yang sama. Cikgu jugak jadi juruletih padang, haah, betullah tu juruletih, budak practice merentas desa, cikgu lari sekali hambat dari belakang sambil tiup visel hambat budak lari, kalau tak korang terkedek2 jalan kaki lenggang kangkung. Well done, Cikgu Ridzuan! Cikgu pun jadi maid, cuma cikgu tak cuci pinggan, cikgu jadi tukang kemas bilik2 khas. Aku, tukang kemas Bilik Gerakan (yang agak antik kat sini :P). Banyak lagi sebenarnya Tugas guru selain mengajar. Tugas guru mendidik, dalam kelas, luar kelas. Tabahlah hati jika jumpa 1001 perangai murid. Yang penting aku ingat mak aku cakap,

"masalah rumah tangga jangan bawa ke tempat kerja, masalah kerja jangan bawa balik ke rumah."

Dulu bercampur, tu yang aku stress tu kot. Adoyai!

Wow! Panjangnya entri pas lama tak urut tangan kat keyboard taip entry. Tahniah kerana anda habis baca :)



- I'm sending all my love to my beloved one including you my beloved readers :) -


10 February 2012

~Sedara yang tua tapi cakap tak pakai otak!~

Bila sedara dekat cakap kat anda begini,

''la ni dok berteman dengan kucing ja la nooo. nak orang teman tak dak, kucing ja la teman....''


.......sakitnya hati aku!!!!

Ada aku kesah? 100% hidup aku baik je. Tak pernah minta duit ke, apa ke kat hangpa.
Tiba2 aku terpikir,

"Mak, kalau depa kata lagi kat Along macam tu nanti (on my sis big day), Along nak buat karangan English. Mana depa paham pun. Kalau depa tanya, Along cakap apa? Along jawab, Along tengah nyanyi lagu Omputih. Sedap tak????''

17 January 2012

~Vanilla Coklat~





Currently aku melekat tengok Vanilla Coklat. Best plak. Lagi best bila si Hemo2 wat manja, lentok2 kat tangan aku nak tido :)


01 January 2012

~Welcome 2012~




Mengalu2kan kedatangan tahun baru 2012. Tiap detik yang berlalu bawa pelbagai peristiwa, kenangan sama ada manis atau pahit. Sejak 2007 di SMKTE, tahun ini aku dah berubah arah. Aku curangkah?

Kawan2 di sana asyik tanya apa alasan aku letak masa isi permohonan pertukaran hari tu. Alasannya masih sama sejak mula minta bertukar beberapa tahun dulu. Dengan alasan tidak kukuh kerana belum berkahwin. Teringat lagi jawapan pegawai di Putrajaya tahun lepas hingga tahun ni aku isi borang sambil lewa dan dengan harapan dapat bertukar hanya 40-45%.

Oh kawan. Aku rasa Allah sayang aku.  Di beri-Nya aku kesempatan dengan kawan2 yang superb selama hampir 5 tahun, anak2 yang ada setengahnya hampir aku lupa nama mereka : yang nakal, yang baik, yang angkuh, yang rendah diri dll. Pengalaman hampir 5 tahun dengan majoriti anak Cina...rasanya lepas ni pasti aku rindu sangat. Environment sekolah baru majoriti pelajar Melayu. So far, aku lebih mahir (walau pun tak berapa mahir sangat pun) mengurus anak2 Cina, tahun ni 'cikgu, berubah sikit ye :)' .

SRC, kau terimalah cikgu ini. Mengajar pula kelas peperiksaan, sesi pagi, majoriti Melayu, ada pelajar aliran Arab..... lain sungguh daripada di sana. Kamu tengoklah nanti cikgu baru kamu yang sempoi keje gelak kuat ni ye :P Harap jadi lebih sopan dan matang. Azam no.1 tahun ni ye. Harap tercapai.

Sejak sekolah aku kurang-sangat-minat-kat-Matematik. Sekali tahun ni kena ajar Matematik plak. Takpe. Math I dapat A sejak UPSR sampai Matriks tau! Hehehe. Name tag baru pun dah siap, kali ni baru betul ikut standard name tag kerajaan: tak boleh letak 2 perkataan dalam name tag kita. Lama punya tulis nama penuh aku a.k.a 2 perkataan. Salah tu.

K, kena study dulu. Btol2 dah lupa banyak benda dalam Matematik Tingkatan 1. Mari belajar semula.

Selamat tahun baru 2012. Aku sebenarnya tak minat sangat nak wish new year, citer pasal azam baru, sebab aku rasa tiap2 hari pun kita kena ada azam baru. Celik2 mata kena ada azam nak settlekan apa hari tu. Kan? Aku rasa la.
 

19 December 2011

~Pesal dia ni cute sangat?????~

nora danish di paris


nora danish di paris


nora danish di paris


nora danish di paris


nora danish di paris


nora danish di paris


Aku bukan lah big fan Nora Danish sangat. But now, aku betul2 kagum. Pesal dia ni cute sangat?????


Credit to: @beautifulnara

18 December 2011

~Random #1~


SAYA SANGAT JELES TENGOK KULIT WANITA YANG SANGAT LICIN, GEBU, MULUS.


TAPI SAYA SANGAT BERSYUKUR SEBAB ALLAH BAGI KELEBIHAN AKAL WARAS, BIJAK, BERGUNA.

Sekian, terima kasih.

16 December 2011

~Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps~

Sedang membaca Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps.


Ye, aku bukan orang yang kenal gender berlawanan dengan aku 100%. Pernah satu masa dulu aku digelar anti-lelaki sebab aku memang dingin dengan gender itu. Bukan aku anti pun, aku cuma tak tahu macamana nak melayan gender itu. Takkan sama macam aku cakap dengan abah? Takkan sama macam aku berkelakuan depan abah? Abah sorang je lelaki dalam keluarga aku. Mak aku pun bukan so-open-minded-mother's-type. Dari kecil aku dah dibataskan pergaulan dengan lelaki, kecuali la sepupu2 rapat hampir seusia aku. Layan adik beradik tak sama dengan layan kawan lelaki kan.

Aku rasa aku terbawa2 semua tu sampai sekarang. Aku tak pandai bergaul dengan lelaki kecuali kawan2-rapat-sangat sejak sekolah. Kawan2 lelaki zaman  matriks dan U pun kebanyakannya aku tegur gitu2 je. Tak tau nak cakap apa. Cikgu2 lelaki kat sekolah lama banyak pangkat abang2 dan pakcik2, yang tu dah tiap2 hari jumpa, bleh la bergurau senda. Tu pun pas 2-3 tahun gak la nak mesra bleh gurau2 kasar.

Aku pelik tengok perempuan ada lelaki jadi best friend. Tapi kalau best friend berlainan gender, diorang lebih faham masalah yang kita cerita kan. Tapi takkan sekali pun diorang tak tersangkut kat best friend tu ke? Aku dulu2 pun penah syok kat kawan lelaki aku (walau pun aku ni anti lelaki kot. Hahaha),tapi aku tak tau pun nak kena buat apa. Macamana yang orang kata 'bagi line' tu pun aku tak paham. Loser ke? Last2 aku tau depa kata aku ni tak pernah 'bagi line' pun. Laaaa. Padahal sama2 suka. Hahahaha. Adoyai! Kelakar.

Sekarang rasa aku dah jadi anti lelaki balik ni pehal? Kawan2 rapat dengan aku tau kot sikit2 (yang tak sampai    50% pun diorang tau) sebab apa kalau aku bertukar mode jadi anti lelaki balik ni. Aku stress bila mak dok tanya bila nak kawen nih? Aku yang wanita zaman moden ni (moden la sangat!) bleh terima kalau kawen lambat (or tak kawen langsung!) tapi bila mak aku yang konsevatif....boleh ke dia paham? Kat 'atas' sana kan dah tertulis nasib aku, bukan aku tak cuba kan....


Aku selalu tertanya2:

Kenapa lelaki sentiasa nak menang (walaupun kadang2 cakap dia tu tak logik pun)?

Kenapa lelaki tak sensitif dengan perubahan riak muka perempuan (or buat2 tak faham)?

Kenapa lelaki selalu marah2 kalau perempuan cakap banyak?

Kenapa lelaki cepat jadi pelupa apa2 yang dia pernah cakap?

Kenapa lelaki suka perempuan yang ikut je cakap dia tak boleh bantah atau bagi komen?

Kenapa perempuan kena diam walaupun dia cakap salah?

Kenapa lelaki komen atau bagi pendapat yang menyakitkan hati tapi masih boleh buat muka kering tak bersalah?

Kenapa lelaki suka marah kalau perempuan belek barang lama2 sebelum beli barang tu?


Bla bla bla bla

Arghhh! Serius tak faham!

Bukan lelaki dan perempuan tu dicipta saling melengkapi ke? Kalau semua kena ikut cara dia dan jati diri kita hilang, tu dah tak dikira saling melengkapi kot. Pendapat aku lah. Kalau kita boleh cuba memahami hati lelaki, lelaki juga boleh cuba buat benda yang sama kan. Sebab ni la kot pasangan boleh bahagia, saling melengkapi, rusuk kiri dah bercantum dengan lengkap. 

Kiranya rusuk kiri pasangan aku hilang 1 la kan. Sapa nama U? U kat mana ek? Nanti add I kat FB ye? Hahahaha. Bongok! :P

14 December 2011

~Hariz dan Izzah (bukan nama sebenar)~

Ini sebahagian dialog antara Hariz (bukan nama sebenar) dengan Izzah (bukan nama sebenar jugak):

Hariz: Nak masuk campur lagi pasal hidup aku?
Izzah: Tak.
Hariz: Sedar la diri tu sikit. Sedar la ko tu sapa!
Izzah: Ingat.
Hariz: Ingat! Ni last time. Kalau ko menyibuk lagi pasal hidup aku kita clash. Ko tak tau ke aku ni dah banyak berkorban untuk ko? Kalau tak de pegangan agama, dah lama aku bunuh diri tak tahan dengan orang yang menyusahkan aku, macam ko. Paham tak ni?! Ingat! Sedar diri tu sikit!


Ni bukan dialog dalam Ombak Rindu pun. Sadis tak kisah pompuan tu? Kenapa lelaki kejam sangat?

Ok, kata pun sebahagian dialog, so tak payah la aku reka ayat panjang2 macam dalam novel kan :P

Why Men Don't Listen and  Women Can't Read Maps?

Kenapa perempuan boleh nampak sehelai rambut kat baju laki dia sedangkan nak undur kereta kadang2 perempuan bleh terbabas langgar pintu garaj?

Kenapa kalau lelaki emo terus nak mengamuk padahal perempuan lepas time nangis je?

Lelaki dan perempuan sifatnya saling melengkapi tetapi kenapa ada sesetengah manusia yang tak dapat terima konsep tu? Nak yang perfect ikut 100% apa yang dia suka, tak fikir apa yang seorang lagi rasa.


Dengar isu Dear Fara pagi tadi kat Hot FM. Serius, aku nak nangis. Tapi malu le plak ada family sebab time tu tengah driving :P Aku tak sanggup kalau jadi macam perempuan tu! Sob sob sob T__T

Dear Fara, seorg isteri mengadu mempunyai suami yg terlampau ramah dgn wanita & kerap curang melalui telefon. Perbuatannya itu beberapa kali telah ditangkap oleh si isteri, bila ditegur si suami marah & katakan si isteri kuat cemburu sehingga ingin menamatkan perkahwinan. Si suami juga menegaskan, dia mempunyai hak utk BERKAHWIN 4
 
Sebenarnya mood aku mood emo sekarang ni. Semua benda buat aku sedih. Tak suka!!!

05 December 2011

~Abang, urutkan kaki I bleh? ~

Abang, urutkan kaki I bleh? Sakit kaki I :P

(Muntah darah jap. Buwekkkkkkk)

Serius sakit betis aku. Kat KL panjat tingkat 3 dengan barang2 yang maha berat bukan 2-3 kali, tapi 7-8 kali.Pastu kat cni punggah barang tingkat bawah nak disimpan di tingkat atas. Keras kaki I uollll.

Nanti nak drive lagi. Aduhhh! Kan best kalau aku ada driver, ada tukang urut......sekarang! Indahnya dunia. Hehehe.

25 November 2011

~Muda susah, tua pun susah~

Kes 1:
Di McD pas penat balik keje, takde mood nak layan orang.

Cik P : Saya nak 1 set happy meal.
Cashier : Kak nak adiah pink ke biru?
Cik P : Mana2 je la...
Cashier : Anak kak laki ke pompuan?
Cik P : &*$#@%  Pompuan.

Cian adik aku kan. Tak kawen lagi pun tup2 tanya anak laki ke pompuan. Bengang minah tu! Huahahahaha. Rasanya dia dah immune sebab dah selalu dia jadi 'kakak' aku.


Kes 2:
Time jaga SPM kat SMK dot dot dot dengan sorang pelajar India.

Student A : Kakak, kalau British lawan Malaysia tu orang panggil apa ya?
Cikgu : Oh. Perang. Peperangan...
Student A : Ok, saya tahu. TQ kakak.

'Bila masa aku ada adik kat sini? Aku ada adik India plak tu. Oit, panggil cikgu le bukan kakak!'

Kes 3:
Jaga SPM di sekolah yang sama kali ni budak perempuan.

Student B : Kak, saya nak g toilet bleh.
Cikgu : -__- Bleh.... jom!



Apasal kawan2 aku yang jaga SPM diorang boleh panggil 'cikgu' aku diorang panggil kakak? Aku pakai nametag gak ni macam cikgu2 skema yang lain ni bukan stok muka budak opis pun -___-'


Kes 4:
Di dalam pejabat sekolah aku dengan kerani baru yang aku tak penah tengok muka dia. Oh, masa ni dah cuti sekolah dan aku cuma pakai casual attire (T-shirt, jeans, selendang)

Kerani A Ye, cari siapa dik?
Aku : &$@%^& (tergamam). Pengetua ada?(Jenguk dalam bilik Pengetua) Oh, ada ye.
Kerani A : Nak wat pe dik?
Aku : Takde pe2. Cari Pengetua je. Thanks.
Kerani B : Weh, tu cikgu le, bukan budak.
Kerani A : Laaaa, ye ke? Ingat budak nak mintak sain Pengetua nak masuk MRSM!


Oh tidak!!! Perbualan antara 2 kerani aku tak dengar sangat sebab aku dah jalan keluar office. Kawan aku dalam office tu la citer siap bantai gelak lagi! Kurang asam kau. Kerani A tu aku tengok sah2 umur muda daripada aku....


Bagi aku, nampak tua sebelum usia pun susah, nampak terlalu muda pun susah. Bayangkan aku yang dah tua agak bangka ni dianggap budak nak masuk MRSM! Adoi! aku dah mengajar 5 tahun masih dianggap muka budak sekolah ye. Patut le bukan main budak dok bubbye2 kat aku time jaga SPM. Ingat aku ni muda sangat ke? I dah tua le U. Jangan tahan aku masuk cinema PL18 dah sebab aku dah 28. Muka je muda, umur dah lebih suku abad. Susah, susah! Kawan2 aku cakap baguih la nampak muda selalu. Ni bukan di'muda'kan dah ni tapi dah di'budak'kan terus!