14 January 2010

~Saya semakin suka seni~

Semalam saya study seni. Hari ni saya masuk kelas 2A (pertama kali masuk kelas ni, pertama kali mengajar PS). Mula2 agak gugup sebab sebelum ni hanya mengajar Sains dan PM. Ada sorang pelajar 1C tahun lepas yang memang saya pernah mengajar Sains. Dia tanya,"cikgu ingat saya tak?". I said, "of coz dear." Dia pelajar Sains paling pandai dalam kelas tu dulu, mana mungkin saya lupa :P

Conclusion:
Kelas PS success (for the time being la). Sebab ni bukan subjek teras, saya pun tak mau buat budak2 tu stress. Nota skit2, pastu buat aktiviti - lukis, warna, arca, kad etc. Kalau dah abis keje saya izinkan je buat homework lain asalkan tak berjalan2 dan tak bising. Setakat tadi, budak2 tu enjoy buat lukisan.

This year, ada student perempuan dalam kelas tu yang perasan saya boleh guna kedua2 tangan untuk menulis dan melukis. Actually, saya menulis guna tangan kanan, lukis je tangan kiri. Saya rasa mak saya berjaya halfway je la pas selalu mengetuk dan merotan tangan saya time kecik2 kalau saya tulis guna tangan kiri. Mak kata menulis sama macam makan, kena guna tangan kanan. So, saya berjaya guna tangan kanan untuk menulis, melukis tetap tak boleh ubah. Saya kidal. Memang takkan dapat ubah semua untuk guna tangan kanan. Even, nak pegang pisau pun tak boleh guna tangan kanan. So, sekarang saya dapat menulis menggunakan kedua2 tangan, kalau penat tangan kanan boleh guna tangan kiri. Tapi tulisan tangan kiri dah tak sekemas tangan kanan la sebab dah lama tak practise.

Oh! Melalut ke laut dah cerita kebolehan menggunakan 2 tangan. MasyaAllah! Saya bukan riak.Tidak! Ini kebetulan, kesan rotan mak saya! ^_^

Tadi, saya enjoy dalam kelas seni tu. Tak sabar nak main warna next week!

Kelas Sains? Ya, saya memang cinta Sains. Walaupun saya major Chemistry during my study, kalau tanya nak imbang persamaan kimia pun saya tentu amik masa yang lama. Orang kata practise make perfect! Saya suka (saya cinta) Bio dan Kimia, tapi saya dah lama tinggal subjek2 tu. Saya rindukan Bio! Kalau further study, saya nak master dalam Bio. Tahla, cinta pada Bio lagi tinggi dari Kimia.

Sekarang saya dapat PS plak selain main subject saya - Sains. Ini subjek untuk relaks2 dan enjoy ^_^. Hope so!

No comments: