18 May 2010

~Aww. Tadi aku kena peluk!~

Semalam sambutan hari guru kat sekolah aku. Kan aku dah kata nak bawak 'baby' aku p skolah. Ada banyak gambar tapi mega malas nak upload banyak2. Macam biasa, tiap2 tahun ada baca perutusan, dapat hadiah, tukar2 hadiah dengan kawan2, hadiah dari students, free show, soh cikgu, show budak2, cikgu nyanyi, budak nyanyi~ bla~ bla~ bla~ tu yang biasa. Semua orang tau, semua pernah alami. Aku dapat adiah gak, tapi tak sebanyak tahun lepas. Aku suka hadiah student aku sorang ni. Mak dia buat kek buah, letak dalam bekas, bagi kat cikgu2. Tu lagi bagus dari beli hadiah mahal2 bagi kat cikgu. Daya usaha, buat sendiri, tu lagi tinggi nilainya. Lagi pun, cikgu bukan mintak hadiah, cikgu rasa bangga kalau anak murid berjaya dan ingat dia. Jangan bila berjaya, sombong, jumpa pun buat bodoh je. Lumrahla kalau kita jumpa cikgu kita dulu2 dan dia tak ingat nama kita, kena cerita skit baru dia ingat. Cikgu kan ada ramai students. 1 tahun mengajar 6 kelas contohnya. Tiap2 kelas ada ~40 orang pelajar. Bayangkan 10 tahun, 20 tahun~ berapa orang cikgu tu dah ajar. Lumrah la kalau cikgu tu tak ingat nama penuh ko. Jangan la terasa, k :)

Tadi lagi pelik. Aku tak pernah expect kena peluk dengan student. Boleh ke sebenarnya? Bukan anak kat kampung je susah, anak kat KL ni pun ramai gak tergolong dalam golongan tu. Broken family, terbiar. Sama la student aku sorang ni. Aku tau dia anak orang susah, dok dengan single mother. Mak selalu sakit. Tapi bagusla dia ada kesedaran diri, rajin nak belajar, buku memang ada. Tak macam sesetengah tu. Nak kata susah tak jugak, tapi buku latihan tak beli2 sampai tengah tahun ni.

''Teacher, saya takde duit nak beli present kat teacher. Tapi saya ada ucapan untuk teacher. Saya akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya. Saya mintak maaf kalau buat teacher marah atau saya buat salah. Teacher doakan saya berjaya k :) ''

Pastu?

Aku kena peluk.

"Thank you teacher. I love u."

Giler terharu. Aku memang kaku la. Mana de anak murid peluk cikgu dalam citer hidup aku. Bleh senyum je la pastu. It's all happened before aku mengajar dalam makmal. 1 kelas macam aaaaaaaa. Terharu le konon. :P

Razman: Teacher, best ke kena peluk? Nak gak!

Mau kena sekeh? Blehhhhh!

Bila teringat, aku mesti senyum. Padahal tadi aku migrain tu! Kenangan baru untuk tahun ke-4 aku~~

1 comment:

Hafiz Ismi said...

Selamat Hari Guru~