16 November 2009

Pengesahan Pelajar Ting.1 Dan PA 2010

Menjadi bidan turjun semasa pengesahan pelajar Ting.1 dan PA 2010. Patutnyer tugas cikgu2 lain. Tapi disebabkan ramai yang terlibat dengan mesyuarat pengawas SPM dan STPM, kena la kami ganti kat dewan tadi. Aku, Lydia, Kak Ma ---->bidan terjun yang berjaya!
Tak macam tahun2 lepas, kalau pengesahan pelajar dari SJKC Desa Jaya, 1 family turun. Dari atuk, nenek hingga ke baby datang sekali. Bayangkan bising dan sesaknya dewan pengesahan tu. Tadi hujan lebat, yang datang pun just mak bapak dengan pelajar tu je. Takle sesak nafas aku! Alhamdulillah hujan lebat. Hapar esok petang hujan lagi ^_* sebab esok ada pengesahan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah2 lain.
Patutnya kena amik surat penempatan dan surat beranak. Ada plak yang lupa bawak, lupa photostat la. Nasib baik ada kedai photostat kat depan sekolah ni. Ada parents yang cerewet, dengar je la depa dok komen2. Tapi berbanding tahun lepas, parents tahun ni lebih ok la. Tak ramai yang marah2 tak tentu fasal. Senyum je. Kan senang hati kita nak uruskan keje pengesahan.
Ramai jugak yang minta tukar sekolah. Ada yang rumah jauh, ada yang nak pindah rumah. SJKC Desa Jaya (SJKCDJ) tu sangat besar. Bayangkan tahun 6 ada 20 kelas! Pelajarnya pun bukan dari area Taman Ehsan dan Desa Jaya je, tah dari Maluri, Manjalara, Damansara.....semua berpusu2 nak anak skolah kat situ. Bila dah belajar kat SJKCDJ, automatik nama akan dihantar ke sekolah aku walau pun alamat rumah jauh dari sekolah.
Tahun depan aku jadi Penyelaras Ting.1, aku akan berurusan dengan budak2 ni la. Streaming nama untuk 10 kelas mengikut keputusan UPSR. Esok aku nak menuntut ilmu kat Kak Ida. Berat tanggungjawab tahun depan. LADAP tu pun belum tentu ada orang lain ambik. Kalau dua2 aku pegang, lebih teruk dari aku pegang LADAP dengan disiplin tahun ni rasanya. Apa2 pun...redha je la. Saya yang menurut perintah -_-

No comments: