03 November 2011

~Mel_lay_yu yang layu~

Kadang2 aku rasa sakit hati. Mmmm. Sebetulnya kesal, frust.Oh, sebelum tu...minggu ni mimggu exam dan aku ni sedang take a break daripada tanda Science paper 2 Form 1.

Kenapa anak murid Melayu makin teruk result diorang berbanding kaum lain. Attitude? Tu dah sah2 semua kaum pun makin teruk aku tengok. Apa beza anak Melayu dengan kaum lain sedangkan duduk belajar dalam kelas yang sama, guru mengajar guna buku yang sama, explanation yang sama tapi kenapa result sangat jauh berbeza? Melayu layu? Betul ke?

Hari ke hari aku makin frust dengan dunia pendidikan sekarang. Apa masalahnya, mana mulanya. KBKK menggalakkan pelajar berani kemukakan opinion tapi lain pulak jadinya. Opinion tentang pelajaran boleh dikatakan non-ado, sikit la sangat yang celik nak tanya tentang ilmu. Yang lain2nya berani bercakap tentang benda lain. Hiburan? Ye, tu yang paling diorang suka.

Ini yang aku nampak di sini, tempat aku bekerja. Anak Melayu suka berangan, main, berani tapi salah tempat, kadang2 gedik dan biadap. Diorang bercakap dengan guru macam cakap dengan kawan,tak ada batas. 1 yang kawan aku pernah cerita anak murid (perempuan) says hi dan tampar bontot dia (kawan aku ialah guru perempuan)... lebih kurang je. Argghhhh! Tak mau cakap pasal attitude. Melentur buluh biar dari rebungnya. Harap anak2 aku di Ting.1 ni masih rebung. Ya, ada yang boleh dengar cakap tapi yang kebanyakannya masih tak sedar diri. Aku rasa kalau kemasukan ke universiti dan pusat pengajian tinggi totally tengok pada merit tanpa kuota bumiputera, 10 orang jangan2 ada sorang je orang Melayu....atau tak ada langsung.

''Diorang tak sama dengan kitorang!''

Yeke? Kenapa tak sama? Sebab diorang makan b*** kita haram makan binatang tu? Yang tu je korang nampak ye. Kaum 'tu' pun dah tau makan b*** tu tak elok la. Beza yang aku nampak, jangan pergi jauh, dalam kelas yang aku ajar pun dah la.

"Cikgu, tak faham."

Aku ulang, ulang, ulang....sampai korang muntah darah.

"Cikgu, latihan ni dah pernah buat la."

Berlagak ye kau! Ulang buat latihan yang sama tu. Hampeh! Tak boleh jawab pun. Orang lain sibuk nak tanya kalau tak reti. On da spot nak tanya, bunyi loceng pun kejar cikgu nak keluar pintu. Korang ada? Cikgu belum keluar, korang belum beri salam, dah bangun kira nak main jer. Frust cikgu, frust tengok anak bangsa sendiri yang leka. Cakap, nasihat, bagai mencurah air di daun keladi. Salah siapa? 100% salah cikgu ke? Mungkin ada segelintir cikgu yang dah tak heran, tak layan, mungkin dah jemu nak melayan. Tolonglah, sakit mata cikgu tengok. Sibuk nak couple je pada hal ada yang tak datang period g pun yang laki tu pun tak baligh lagi dah kira nak pasang pakwe makwe. Benci tau! Nak belajar ke nak menggatal?

Habis exam,

"Cikgu, pesal soklan paper 2 tadi susah giler?''

"Susah bagi orang yang tak mau belajar, tidur dalam kelas, bagi latihan jarang2 nak buat, nak bertanya malas.... biase le tu kan."

"Tu le, cikgu tak kasi tips."

Kepala hotak korang nak tips manjang. Mati boleh mintak tips ke? Manja sangat merosakkan diri je. Kalau aku lempang sorang2 kena saman plak kang. Sebab cikgu tak boleh jentik sikit pun la anak2 murid sekarang jadi kacang hantu!

Hah! Sekarang, marah cikgu kan. Marah la..... Argghhhhh!!!!!!

2 comments:

Sylarius said...

so, dilemma ni bukan cikgu sorang je yang hadapi. majoriti guru-guru yang saya jumpa, akan bercerita mengenai hal yang sama.

perkara ini, jika ditelurusi punca-punca serta sebab musababnya, akan didapati dari sikap dan pemikiran masyarakat melayu itu sendiri. untuk melihat pemikiran sesebuah masyarakat itu, lihat pada isi kandungan suratkhabarnya. apakah yang sering disajikan di dalam media arus perdana kita?

bahan lucah dan cerita hantu, kan?

jika begitu bahan yang sering dipaparkan pada anak generasi kita, bagaimana pula masa depan mereka nanti?

Fiza Noor said...

btol tu. sedih sungguh tengok smua tu jd depan mata