18 November 2009

~Menuntut ilmu batin????~

Ari ni aku menuntut ilmu dari Kak Ida.
Tuntut ilmu Penyelaras.
Kak Mas kata aku maintain pegang LADAP.
Kena jadi Penyelaras Ting. 1 tapi disiplin dah ditarik, bagi kat Wani.
Mampu ke aku nak handle dua2 jawatan?
Aku risau tak boleh bagi komitmen 100% kepada dua2 tugas.
Risau ada yang tak terurus.
Aku rasa aku macam minat je nak jadi Penyelaras Ting.1 tu.
Keje baru, belajar benda baru.
LADAP tu pun best jugak sebenarnya.
Berbanding tahun ni, tahun depan dah ada panduan yang lengkap.
Senang sikit la nak urus.
Dalam cuti ni kena buat perancangan btol2.
Mampu ke aku ni?
Berat tu dua2 jawatan tu.
Lagi pun, cikgu2 yang pegang jawatan Penyelaras Ting. sebelum ni tak pegang jawatan lain.
Tak kisah le jadi penyelaras tingkatan berapa pun.
Ni, aku dapat 2 tugas, yang dua2nya berat.
Kenapa la tak boleh bagi salah satu kat cikgu lain?
Macam gila kuasa plak.
Bukan mengeluh, aku risau tak terkejar!
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran (eh, btoi ke ni? hahaha)
Tadi, aku belajar buat streaming.
Susah jugak, kena buat banyak kali.
Mula2, stream budak PA tahun ni yang akan ke Ting.1 2010.
Pastu, stream budak2 yang dapat keputusan BM D dan ke bawah dalam UPSR.
Buat retan.
Pastu, baru boleh stream semua.
Tunjuk kat pentadbir.
Kalau tak setuju dengan list tu, aku kena ulang stream balik sampai depa setuju.
Tempek kat dinding untuk rujukan.
Uishhh!
Patut la Kak Ida boleh ingat nama budak2 tu dengan nama bapak sekali!
Banyak kali ulang benda yang sama.
Budak2 kali ni ramai nama yang pelik2 susah nak sebut.
Pastu, lelaki lagi ramai dari perempuan.
4:1, bayangkan!
Macamana la keadaan dalam kelas tahun depan?
Laki lagi ramai tu!!!!!

No comments: