09 March 2010

~Test week : double 'B', 1st boring then busy~


1st day of test week. So boring. Can I read my novel in the class? Haha. Tu kire brani mati la tu. Buatnya boss lalu kat luar kelas kita jaga tu....selamat.

Ari ni aku puasa. Jangan la buat nak tanya kenapa aku tiba2 rajin berpuasa di sekolah dalam keadaan cuaca yang sangattttt terik dan panas -__- Mengantuk bila jaga kelas test dalam cuaca yang macam ni. Budak pun gelisah je. Dok berkipas macam nyonya relax kat kerusi malas tunggu customers kat kopitiam zaman dulu2. Biasanya petang kan hujan je, so, budget hujan le ari ni. Baru rasa nyaman berpuasa. Tapi ya Allah, hari ini sangat panas. Aku rasa aku lembap setahap beruang koala kat Australia nun. Tak larat le. Padahal kelas ari ni ada 4 masa je, dapat relief 1 masa, so total baru 5 masa. Tapi rasa lama sangat.



Jaga dalam kelas, biasa la. Budak test, cikgu ronda skit2 (rasanya aku dok banyak tadi kot, korang jangan heboh. shhhhh!). Nak duduk pun kena ikut protokol, tanya anak murid dulu. Sopannya la cikgu sekarang kan~~

* Tadi giler banyak idea nak tulis T_T

Keje aku sejak jejak kali kat sekolah tadi:

1)
Baru letak bontot kat kerusi, teringat pasal latihan untuk Cuti2 Belajar (modul latihan budak2 time cuti sekolah). Aku kan penyelara tingkatan, So, bersam2 Kak Nolie, kami melenggang ke office jumpa Cik Rosnah. Tanya pasal modul, nak buat ke tak? Bila tanya boss, of coz la jawapannya KENA BUAT! BM, BI, Science and Math. Sempat ke? Boleh, tapi kalut skit la. Dah la tak boleh riso kat office (kempen jimat kertas sebab budget tahun ni SIKIT). Nak kumpul duit dari budak lagi, riso luar lagi. Sangat kalut. Tapi pas beberapa minit Kak Nolie bincang dengan Kak Yus, depa kata baik buat latihan dalam buku latihan yang budak2 tu wajib beli. BM memang dah ada modul. BI dengan Science pun ada buku latihan, buku practical. So, guna latihan dalam tu je la. Math tak de modul, tak de buku latihan luar, so Cuti2 Belajar Mac ni tak de Math. Tukar dengan Geografi. Ahhhh~~ Lega! Senang keje. Hahaha!

2)
Cik Rosnah minta penyelaras tingkatan tolong siapkan data pelajar yang dah bayar insuran Takaful RM1.50~ Sebenarnya insuran tu tak wajib, tapi better la parents beli, in case ada something yang jadi kat anak2 kan. Ala, sehengget lima kupang je pun. Apa la sangat berbanding McD dan KFC kan. Aku kena cari guru2 tingkatan dan minta depa tick ( /) nama pelajar yang dah bayar hingga Mac 2010. Ada lagi beberapa kelas belum settle. Insyaallah esok siap ^_^.

3)
Cari nama cikgu2 yang ajar PS tingkatan 2. Aku kan buat soalan PS. So, kena la isi borang pergerakan kertas soalan tu. Penggubal soalan : Cik Noor Hafizah, pemeriksa kertas? Aiiii, kena cari plak. Hasilnya, selain aku ada4 orang cikgu lagi yang ajar PS tingkatan 2 : i) Kak yus, ii) Kak Son, iii) Rapisah, iv) Nurul Naimah. So, dah siap tulis, malam ni kira kertas soalan ikut kelas =__+ Sila tabah, ada 415 calon ye dalam 11 kelas.

* malam ni aku mengantuk sangat, bleh kira pagi esok tak?

No comments: