27 May 2010

~Orang tengok, sambil tengok mereka menilai~

1) Budak dah exam- aku kena wat smart scan untuk objective papers Ting.1
2) Pot-luck : hi-T --> join group bihun sup (order je la!)

Sejak beberapa hari lepas aku menjenguk blog ini. Terpersona dengan item2 kat situ. Cute macam artis Korea! Dan, tadi aku dah register jadi ahli! 1st item bought through internet. Giler ke? Saja mencuba benda baru.

Tadi Ida cerita 'bila pentadbir bertanya'. Dan yang paling tak-bleh-blah~~

''Antara 4 orang tu, Fizah la yang paling matang. Kalau bagi kerja dia buat. Kalau tak boleh dia cakap, tolak depan. Bukan cakap belakang. Tu lagi bagus.''

Oh, adakah ini keluar daripada mulut PK Petang aku a.k.a Kak Mas? Kembang seketika. Istighfar~ Antara 4 orang itu - Kak Nolie, Kak Zainon dan Zati : aku paling matang. Macam pelik bunyinya.

Pentadbir melihat dan menilai. Jangan ingat FB tu wadah merapatkan silaturrahim atau egen mencari jodoh atau pengiklan tegar wajah dan produk, FB jugak menjadi medan menilai pekerja bawahan. Inilah yang terjadi. Kalau bergosip terlalu hebat, tanpa sedar kawan2 boss2 tengah menilai anda. Susah la kalau dah kena 'cop' dengan orang atas kan.
Sejak beberapa kes yang takkan aku share di sini (cukup la aku kata aku tak suka apa yang jadi tu), buat aku makin berhati2 bila bercakap. Setakat ni 'Kempen kurang bercakap dan lebih kerja' aku tu berjaya ^__^. Sebelum ni aku ---> mulut bising =__=


Sekarang, lebih tenang ;)

No comments: