02 June 2010

~Operator mesin~

Kerja aku minggu ini:

Jadi operator mesin smart scan! Aku diarahkan men'smart-scan'kan kertas jawapan objektif mata pelajaran teras untuk pelajar2 Ting.1 (kerja penyelaras la tu). Penyelaras sesi petang ada giliran untuk buat smart scan. Kalau ari ni aku pas rehat, esok aku sebelum rehat la plak wat keje2 tu, bergilir2 dengan penyelaras Ting.2 a.k.a Kak Nolie. Actually, ni 1st time aku handle kerja ni sebab last year aku jadi penyelaras disiplin Ting. 1. Tukar jawatan jetapi gaji tetap sama kamu cikgu2 DG41 yang lain dong!

So, step-by-step tugas minggu ini (macam carta top 20 plak):

1) Cikgu yang pungut kertas jawapan OMR akan serah kertas2 tu kat aku (Ting. 1 nyer je la)
2) Dah ada kertas jawapan, aku pun memetap kat bilik peperiksaan-yang-panas-dan-ada-sistem-kabel-letrik-yang-tah-hape2 (ada ke patut kipas siling betul2 bawah lampu pendarflour? giler! pening beb!)
3) Scan master (master=jawapan ler)
4) Scan jawapan budak ikut kelas masing2.

Tu urutan peristiwa kalau mesin smart scan tu tak meragam atau nak bermanja la. Kadang2 paper jem, kena bukak dan tiup habuk kat mesin tu ala2 tiup kek besday. Kalau pun mesin tak meragam, budak plak wat durjana tak lorek no.ID ngan nama kelas. So, invalid la, mesin tak boleh baca. Cikgu ni la yang kena lorek balik. Ada conteng2 tu kena padam. Hatta, kalau kualiti kertas tu tahap "MASYAALLAH!'', smart scan tu confirm tak boleh baca walau ko jolok berapa kali pun, kena la cikgu ni copy jawapan tu kat kertas OMR yang baru. Aduh! Konon guna smart scan memudahkan, sebenarnya bagi aku menyusahkan, memenatkan! Smart scan manja sangat.


* dah lama aku tak tulis pasal hal cikgu2 ni kan (baru sedar?)

No comments: