28 January 2010

~Seronok jadi cikgu? Boleh jumpa banyak jenis manusia~

Hari2 biasa dengan tugas2 biasa.

Baru siap buat (edit) borang cegah ponteng untuk next months. Boring plak. Ida pun dah tido. Esok nak p jalan2 dengan my BBF tapi hala tuju tak decide btoi2 lagi. Slumber je!

Pastu, esok petang ada POT LUCK! First time for this year. Actually, ni plan cikgu2 pulau borneo. Borneo? Ni gelaran kat cikgu2 yang dok kat bahagian belakang my staff room. Sebab ada pintu gerbang lain nak ke kawasan tu, kami panggil tu Pulau Borneo. Kire aku ni dok akt semenanjung la. Hahaha!

Kak Raja dah officially amik jawatan pengerusi pot luck dari Kak Ida. Dia la cadang nak buat ni. LAgi puna da birthday Kak Yusanita skali. ADUN Borneo. Nak dapat berita dengan cepat dan kedengaran begitu 'drama', you should hear it from Kak Yusanita. I'm impress! Kagum giler. Sapa2 pun akan terpukau nak dengar.

Zati cadang tema cinta...Ada ke makan2 tema cinta? Wow! Mula dengar macam kelakar. Zati kata dia baca ke dengar tah (aku yang kurang pay attention) ni dari Dr. Fadzilah Kamsah. Ooooo. I see....

Oh, lupa. Tadi aku ajar PS kat 2 Amanah. Rupa2nya anak2 sekarang tak pandai guna warna air! How pity! Kalau zaman aku dulu2, kami kena guna water colour time PS kat sekolah menengah. Pensel warna tu tahap budak skolah rendah je dulu2. Geram tengok depa tak tau nak campur kaler, tak tau nak cairkan kaler, aku join sekaki. Huh! Lepas gian. Baru korang tau, cikgu Sains can make a nice drawing and nice colouring! Hahaha. Astagfirullah....

Kelas Sains...ya...1B quite good for now. Walau pun bukan semuanya bijak2, tapi cooperation, good commitment, enthusiasm... I like that attitude! Make me eager to give them more! Feriza...dia sangat teruja dengan Sains (ya, I can see that). Tapi dia suka merepek! Tu yang gua talak tahan. tah hape2 dia jawab. Soalan tak abis lagi dia dah menyampuk. But, this will colour my day this year.

Students yang tarik perhatian aku this year:

1) Feriza (1B) - sebab kuat merepek :))
2) Paviteran (1B) - eager to try to answer all my questions. Tak sabar nak angkat tangan jawap soalan. And more, he's talk like expess bus, laju giler!
3) Calvin (1B) - he's well prepared before class. Kadang2 wat muka like...'argh! that's sooo boring teacher'.
4) Ng Jun Yhip (1F) - tahun lepas kat PA. Dia sangat teruja sebab tahun ni sekelas dengan budak2 melayu. Tak habis2 nak ushar awek melayu kelas tu. And more, sangat minat melayu sampai ikut bdk2 lelaki melayu ke surau time solat Asar.
5) Farahin (1F) - sebab sebelum ni aku suka beli laksa mak dia kat pasar malam. Blur!
6) Azizun (1F) - 1st time tengok aku ingat dia adik Gregory yang aku ajar last year. Skali dia budak melayu...Islam. Tapi memang muka diorang sama. Ari sukan dua2 masuk kawad kadet polis and berdiri sebelah2, memang macam Mr.Klon!
7) Wong Zhiung Qhint (1I) - dah memang aim dia dari hari pendaftaran sebab nama pelik! Pastu rumah sukan Persona. Dia pendiam but suweeeetttt!
8) Lai Kar Hin (1I) - aku akan panggil dia everytime masuk 1I. Sebab bila baju di kat luar, alasan dia ' panasla teacher'. Tapi kalau kenal, dia budak kelakar.
9) Er Jun Qing (1K) - Can't stop talking? Isn't he's tired?
10) Law Jia Yi (1K) - or this year known as Stella. Gangster kampung la ni. Cakap kuat, melawan kuat, merayap pun kuat.
11) Chong Thiam Fook (1K) - muka macam gengster, rupanya baik dan boleh diminta tolong. Suka tugas bagi buku pas aku marking.
12) Alex (1K) - sangat suka bergurau.
13) Kah Yie (1K) - she's so suweettt!

Ini antara yang tarik perhatian aku sepanjang this month. Ada lagi yang lain. Tak larat nak tulis. Adakalanya budak2 ni memang suka tarik perhatian cikgu tak kira guan cara apa pun. Merepek mengarut pun cikgu perasan dia. Baik, pandai of coz cikgu perasan dia. Nakal, suka cari gaduh...lagi2 la cikgu akan perasan dia. So, pendek kata buat baik ke buat jahat, tu semua cara nak tarik perhatian orang kat depa...

1 comment:

eija ^_^ said...

kita serupa la :)

cikgu jugak hehe