04 April 2010

~Hari ini saya nak main dengan 'anak saudara'~






HAPPY?

Aku tak akan kuar ari ni dengan tudung ni. Gambar ni diambil last week. Sebab badan tak berapa sihat, ari ni baru aku update blog ni. Takde sawang g kan? Sejak minggu lepas badan tak berapa sihat. Sengal2, lenguh2, sakit tekak, sakit kepala....hai, tak suka. Pulak masa tu arwah Din Beramboi sakit, koma, meniggal sebab denggi berdarah (Al-Fatihah). Maka, ramai la kawan2 termasuk la Pengetua aku suh p check kat klinik takut jadi lagi teruk. Thanks semua! Aku pun tak mau teruk la. So, bila dah ok skit2 aku tak mau layan2 demam ni, jangan manja sangat layan demam. Kang kalau aku manja2 time demam, susah plak mak aku kena mai sini. Demam je nak mak!

Semalam, bangun pagi, terus ke sekolah. Kelas tambahan PMR kul8 pagi. Kelas aku 11 orang je datang. 10 lelaki, sorang perempuan. Yang perempuan sorang ni pun takleh lama, kul 9 dah balik seab ada family gathering kat PD. Layan je la karenah layor buruk budak2 laki ni. Aku patutnya wat kelas tambahan untuk chapter 10 Form 2. Lain plak yang jadi, bukan macam kelas tambahan dah ni, macam ajar dalam kelas hari2 biasa. Budak2 ni nganga macam tak penah jumpa tajuk tu. Nak masukkan nombor dalam formula pun tak tau ye anak2. Betapa berasapnya telinga aku!

Oh, lupakan itu. Pas abis kelas tambahan, aku masuk bilik guru. Nak semak buku latihan budak. Rajinnya aku rasa diriku ini dengan tiba2 ^__^. Dalam bilik guru ada Kak Najwa ngan Ilyana yang naik kejap je sebab turun tengok budak. Kak Najwa pun check buku budak, Ilyana : bola tampar. Zati turun dari kelas tambahan Math, masuk bilik guru, gosip2. Tetiba baru teringat Cik Rosnah cakap ''pastikan semua pelajar dah turun, nanti saya kunci pagar bawah ni.'' Kelam kabut. Pelajar, 100% dah turun blok. Abis la... cikgu 3 orang ni belum turun. Yang best, kami kena locked kat atas ni. Tak boleh kuar turun blok, kena kunci. Nak kol Cik Ros, sorang pun takde nombor dia. Terpaksa minta jasa baik Kak Yus tolong kol. Dan, yang penting, kunci takde kat Cik Ros. Ada kat pekerja yang wat keje kat bilik Mr. Pua. Bilik Mr. Pua tak kunci, mesti diorang tu kuar sat jer. Kami tunggu lebih kurang 1/2 jam lagi, baru pagar bukak. Trus balik takut kena locked lagi. Hahaha.

Lupakan hari2 lepas, hari ni aku nak p main2 rehatkan otak aku yang pusing2 ni. Tengok muka budak2 kan lagi bagus. Pagi tadi keHentian Duta cari tiket untuk dia balik ke Penang. Ari ni nak pinjam anak sedara dia main2. Cute2 belaka! So, bleh I sewa diorang petang ni? Hehehe. Malam, aku hantar dia g Duta. Satnyer dia mai T__T. Huhu.


* Ida dah beli barang. Ari ni makan bihun sup! Hoyeh

2 comments:

naf said...

salam cikgu fiza....

emm, sklah SMKTE? hehehe

mungkin nnt kita blh jumpe kot ek :P

iza_fiza said...

haah. hehe. sama sesi ngan cikgu amran ayah anda. hehehe. saya ada beli tudung n anak tudung dari cikgu amran. best anak tudung tu