29 December 2009

~2 is better than 1~

I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
‘Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I’m left with nothing

So maybe it’s true, that I can’t live without you
Well maybe two is better than one
There’s so much time, to figure out the rest of my life
And you’ve already got me coming undone
And I’m thinking two, is better than one
I remember every look upon your face,
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
‘Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everythings okay
And finally now, we’re leaving

And maybe it’s true, that I can’t live without you
Well maybe two is better than one
There’s so much time, to figure out the rest of my life
And you’ve already got me coming undone
And I’m thinking two, is better than one
Yeah, yeah

I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey

Maybe it’s true, that I can’t live without you
Maybe two is better than one
There’s so much time, to figure out the rest of my life
And you’ve already got me coming undone
And I’m thinking

Oooh
I can’t live without you
‘Cause baby two is better than one
There’s so much time, to figure out the rest of my life
And I’ve figured out with all that’s said and done
Two, is better than one

Two is better than one

~Happy?~

Imbalance hormones.
I've got to find spaces to breathe.
I want to live happily.
But, why sometimes I can't get it.


HAPPY

HAPPY

HAPPY

But now in sorrow T_T

Waaaaaaa.

God help me.
I know I'm strong.

~Mesyuarat pertama~

12 Muharram 1431 H


Mesyuarat yang panjang.
Mula 8.00 pagi (mula makan la), mesyuarat sebenar bermula 9.00 pagi.
Banyak pesanan dan amanat untuk tugas-tugas sepanjang 2010.
Dapat ilmu baru tentang National Key Result Area (NKRA).
Panjang nak cerita ni plak.
Mesyuarat habis pukul 3.++ petang (tak ingat).

Terus pergi Mydin mencari barang keperluan.
Ida nak beli rak.
Mula-mula memang saya pun nak beli, tapi memandangkan ruang yang terhad di sekolah (tempat saya la), saya tak jadi beli rak.
Saya beli benda lain.
Biasa la tu...

Ari ni tak ada mood nak hurai panjang-panjang.
Sekarang, 'main' internet sambil dengar MixFM (yang dah lama saya tak dengar).


Pasni, tidoq....

27 December 2009

~Dah lama tak pergi sekolah~


Esok,
mesyuarat pertama untuk sesi persekolahan 2010.
Bermulalah tugas baru sebagai penyelaras tingkatan dan,
jawatan (tetap berpencen rasanya), LADAP.
Tapi,
sebab tahun ni dapat jawatan baru,
penyelaras tingkatan,
maka jawatan dalam jawatankuasa LDP School-based dah diturunkan daripada setiausaha ke penolong setiausaha.
Harap dapat bahagikan masa untuk tugas-tugas baru ini sebaik-baiknya.
Tahun ni,
harap dapat beri komitmen lebih tinggi kepada p&p berbanding tahun 2009.
Rasa sangat..... sebab 2009 tidak mendapat kepuasan mengajar yang baik sebab komitmen lebih kepada kerja-kerja 'kerani'.
2010,
p&p dahulu,
baru tugas lain.
Huh,
tak boleh jugak.
2010,
p&p selari dengan tugas-tugas lain.
^_^
Macamana la mesyuarat esok?
Lama tak jumpa kawan-kawan seperjuangan.
Mesti banyak cerita nak kongsi.
Biasa la,
cikgu-cikgu pun ada masa untuk 'gosip'.
Hahahahahahaha

Harap mesyuarat esok tak jadi begini.

Dapat subjek apa tahun depan?

Dapat kelas mana?

Kena ajar Pendidikan Seni ke (sebab cuti ari tu PK Petang telefon tanya boleh ajar PS tak)?

l

l

l

l

l

v

Esok tau la tu...

26 December 2009

~Saya terharu~

9 Muharram 1431 H


1st of all, congrats to Wawa for the success contest. (Nanti bleh buat lagi. Hehehe)

Keputusan Princess Kebaya Contest dah diumumkan. Saya pun baru je tengok dinihari ini. Sepanjang hari (sejak semalam), saya sibuk di rumah sepupu sebab esok anak perempuan sulungnya akan berkahwin. Bila bukak blog, saya tengok Wawa said 'congrats Fiza' kat shoutbox saya. Saya pun pikir, kenapakah? Haha. Betul bendul la saya ni.


Ok, mari tengok siapa yang dapat crown ni....






The crown goes to....Uwa yang dapat 1st place. Memang ayu!





Uwa





Saya dapat 2nd place. Pertama kali sertai contest (mula2 nak join, rasa teruja dengan contest ni. Sebab ada ciri2 Melayu kot)





Saya





Ini pemenang ke-3 kita yang chomel:





Noremylin





Ernie menang kategori favourite tau. Cute!





Ernie







Tahniah kepada semua. Semua yang sertai contest ni ayu2 belaka mengenakan busana tradisi kita. Kepada pengadil2 yang penat otak dan mata memilih, tahniah kepada anda semua dan tq sebab pilih cikgu biasa ini sebagai 2nd runner. ^_^



(Ni yang buat semangat nak join other contest ni. Nanti2 saya plak nak try wat contest tapi wat masa ni...no idea. Tak tau nak wat contest apa. Boleh gitu?)

25 December 2009

~Khas untuk sapa yang nak kawen~

8 Muharram

Saya cedok ni bulat2 daripada e-mail yang saya dapat. Ni la yang jadi dalam masyarakat kita, Melayu la terutamanya. Kesian kat orang yang nak kawen. Barang pun makin mahal. So, mak bapak pompuan, jangan la mintak hantaran yang melampau2. Kesian laki tu. Sihat pun boleh sakit.

Mari kita sama2 kongsi ^_^

Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya. ......... ....!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak.Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi 1.

Kadi :
At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.
Kos kadi : RM80++2.

Kursus rumahtangger:
Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owan pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

Photographer:
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... .. dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.
Kos : RM8005.

Kompang / Hadrah:
Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos :RM3006.

Dekorasi blok dan pelamin:
Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... .. kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.
Kos :RM1000

Tukang Masak and Khemah:
Kosi MejaTukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

Kereta:
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!
Kos : RM3009.

DJ/Karaoke:
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan ? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

Berkat:
Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

Miscellaneous:
Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ....
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110. Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal. .. . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. .. ..Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.Hah... korang bacalah:-Sebab:
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si nak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macamkena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayarpelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kitasponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama.Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punyaexpectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuanpihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

24 December 2009

~@ Kari Corner~

7 Muharram 1431H


Rujuk tarikh tu. Ni cerita lama la. Hahaha. Beberapa hari yang lalu, saya dan family pegi makan2. Ala, dekat2 je. Pipah kata nak belanja. Saya jadi driver je! -_-

Kami makan kat kedai ni la. kat Kari Corner. Abaikan perempuan dalam iklan tu. Tu penaja makan malam tu. Hahahaha.

Rasa macam makan kat kedai nasi kandaq je. Amik makanan, kira, pastu makan. Nak wat hidang pun boleh. Kami buat hidang je. Lauk banyak btoi. Tapi sebab saya dah makan petang tu, tak la lapar sangat. Saya tringin makan sate. Nasib baik ada sate kat situ. Best! Sate pun lembut je. Sate daging dia sedap.

Ni la lauk yang diambil. Ada kari ikan sembilang, keli masak sambal, sambal petai, gulai siput sedut. Lauk dia...perghhh! Sedap! Cuma kari tu pedas. Mana tak pedas, ada cili padi! Huahahaha. Sate tu la yang saya makan. Best! Isi saja. Takde tipu2 letak lemak ke hape.

Tenok la perempuan baju merah tu makan!

Nak tau harga? Murah! Berbaloi2! Kira la sendiri. Tu bil untuk lauk2, nasi 5 pinggan dengan air skali.

Sekian terima kasih. Sapa2 yang dok area Parit buntar, Bandar Baharu, Nibong Tebal, boleh la p sana.

23 December 2009

~Top 20~




Ahak ahak!


Tahniah semua top 20.



21 December 2009

~Tengok, saya memang sedang happy!~

4 Muharram 1431H










Tengok!

Betul saya sedang happy kan.

Aktiviti cuti sekolah kali ini merangkumi aktiviti jalan-jalan, window shopping, cari makan, baca novel, dvd and of coz my Uzumaki Naruto!

Happy sebegini dan enjoy during my holiday sebab tidak menjadi pengawas SPM atau STPM (^_^)




Tadi semasa melayan FB, saya buat ini:


Hasilnya:
Bintang kelahiran saya adalah Cancer :
Dari segi kerjaya, orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian. (Saya tak minat berbisnes...buat masa sekarang) Dengan yang demikian, Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja.(Baiknye la saya ye. Hahahaha) Pada Cancer, dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi "panglima perang". (Betul la tu!) Cancer gemar bekerja dengan anak-anak, sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. (Saya memang cikgu pun) Dari segi kewangan, Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga. (Perniagaan menjahit ibu saya?) Walau pun ianya bukan milik keluarga sendiri, tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluragaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran, kelab malam atau urusan jual beli tanah. (Saya tak minat berniaga...tapi kelab malam tu....huh, apekah?) Untuk memantapkan pegangan kewangan, Cancer perlu memperbaiki diri, misalnya mengurangi rasa murung, dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan. (Ye, saya sedang meng'happy'kan diri sekarang!)

19 December 2009

~Flymas.mobi – as easy as 1,2,3!~


Sapa nak hadiah sebegini? Bukan senang nak dapat kan.


Ist PRIZE2x Economy Class Return Tickets to Sydney/ Melbourne
2nd PRIZE2x Economy Class Return Tickets to any destination in ASEAN
3rd PRIZE2x Economy Class Return Tickets to any destination in Malaysia


Kalau nak dapat hadiah-hadiah ni, apa kata anda sertai contest yang telah dianjurkan oleh MAS.


Ye, tu hadiah untuk blogger (atau bukan blogger pun boleh sertainya!), jika kita menyertai contest ni. Syaratnya mudah sahaja:

1) Ceritakan kenapa 'mobile booking engine' baharu oleh MASini sangat mudah digunakandengan menulis di blog anda menggunakan tajuk ini- “flymas.mobi – as Easy as 1,2,3!”
2) Kemudain, hantarkan link blog anda bersama nama penuh, e-mail, dan no.tel. bimbit ke http://www.nuffnang.com
3) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

4) Peraduan berlangsung dari 14 December 2009 – 30 December 2009.



Jika anda tiada blog, anda boleh menulis di sini. Senang kan?




Ok, apa itu flymas.mobi?


Flymas.mobi adalah 'mobile booking engine' baharu yang telah dilancarkan oleh MAS yang lebih mesra pengguna. Sekarang kita dah tak perlu susah-susah nak booking tiket flight. Gunalah Flymas.mobi je. Kenapa saya kata flymas.mobi ni memudahkan kita? Melalui flymas.mobi, kita dapat:




1) Malaysia Airline (MAS) menawarkan perkhidmatan percuma bagi anda membuat dan memilih perjalanan penerbangan dengan mudah

) Terdapat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

5) Daftar Masuk penerbangan melalui aplikasi telefon bimbit

6) Menaiki pesawat dengan pas pernerbangan 2D yang dihantar melalui telefon bimbit dan email.

7) Semak status dan jadual penerbangan

8) Menyemak tempahan yang telah dibuat dengan memasukkan 5 digit nombor tempahan dan nama akhir

9) Membuat bayaran pembelian penerbangan atau simpan dahulu

10) Memilih tempat duduk anda sendiri

11) Tawaran hebat dari MAS dari masa ke semasa (special offer).

Sistem ini sangat canggih dan selamat. Anda tidak perlu risau. Anda tidak perlu membuat pendaftaran ahli. Selain itu, akses laman flymas.mobi secara percuma (kos guna telefon aja yang perlu dibayar)

Kan ada banyak kemudahan flymas.mobi ni. Bagi yang selalu travel, anda patut guna flymas.mobi ni sebab ia sangat bagus.

~Urdhu + Hindustan...ok. Nepal? Tak ok, tak ok~

2 Muharram 1431H


Layan je la citer hindustan pun. Citer Family kat TV3. Ada Akshay Kumar. Yang jadi adik dia tu tah hero mana la. Terserlah lagi ke'bangla'an dia tu. Huish! Semak btoi muka dia.

Dari kecik saya memang dah minat cerita hindustan pengaruh dari abah. Citer apa ko sebut je la. Dari Sanggam, Andaaz, Bobby....semua saya layan. Kesan positif, saya boleh paham skit2 bahasa Urdhu. Kalau translate kat bawah tu takde, boleh lagi la paham apa diorang cakap. Insyaallah.

Lagu2 hindustan semuanya...layanzzzz! Tapi, saya prefer cerita dolu2 dari cerita hindustan zaman sekarang. Hindstan sekarang....masyaallah....heroin semua tak cukup kain. Walaupun hindustan dolu2 pun kurang kain (sari, lilit2 nampak perut jugak), nampak sopan lagi la. Sekarang, kalau boleh nak pakai bikini je sepanjang filem tu.

Ok, go back to ' saya agak faham bahasa Urdhu'. Masa cuti semester di tahun 2 kat USM dulu, saya pernah jadi operator kilang. (Ye, saya ada pengalaman jadi 'minah kilang'). Kat kilang tu ada ramai mamat Nepal (yang muka macam hindustan la, agak hensem). Depa cakap Urdhu. Kalau nak kutuk2 orang, cakap2 dengan geng diorang, diorang cakap Urdhu. Asal dengar je, saya senyum. Depa pun confius. Yela, selama kami kena cakap English dengan depa sebab BM depa teruk sebab baru masuk Malaysia. Bila saya slalu senyum, kadang2 saya gelak kalau depa bersembang, mamat Nepal yang keje kat stesen sebelah saya pun tanya. Nama dia Mandir (ingat lagi tu. Hahaha. Dia kelakar!)


"U paham ka?"

"Yup. Dari kecik tengok hindustan, so i can understand some of the words la."


Pastu, diorang nak gosip2, saya boleh join skaki la. Tapi biasa la, orang Nepal....gatal! Semua nak mengorat. Ada la kak2 yang terbekenan kat depa. Eeeeee. Me? Sembang boleh, gatal2 no way! Mandir tu pun ada anak bini kat Nepal (umur muda lagi masa tu), tu pun nak try awek Melayu. Geli!

Ada lagi sorang Nepal tu. Suara dia so damn sedap. Saya suh jadi penyanyi je, apasal datang Malaysia plak kan?

p/s: Apasal Nepal yang jadi guard kat apartment aku kat Kepong tu tak hensem plak? Gelap je.

Huh, Akshay Kumar ni. Dulu tak berkenan langsung, skarang apasal nampak hensem dan macho plak? Hahahaha. Gatal ye kamoooo!


~Gambar dolu2. Sumpak mak tak minat non~


~Sekarang? Machonya dia. Hik!~

~Hijrah 1431 Ku Yang Pertama~

2 Muharram 1431H


Azam murni untuk tahun ni. Nak guna tarikh2 bulan Islam dalam blog aku supaya aku tak lupa tarikh. Tahun lepas, aku kurang T_T amik peduli tarikh tahun Hijrah. Tarikh Masihi pun kadang2 aku terlupa, inikan pulak tarikh Hijrah.

Kalau dulu masa sekolah (esspecially sekolah rendah), aku memang guna dua2 tarikh. Ada sekolah tajwid kan, guna tulisan jawi, tarikh2 Islam, mengaji. Kelas agama la senang citer. Memang guna kedua2 tarikh, Hijrah dan Masihi.
Bila meningkat tua ni (tua....), dah macam tak amik port sangat dengan tarikh2. Tarikh apa yang ko ingat? (tarikh gaji!). Ceh, tarikh gaji pun kadang2 aku lupa. Hai, nak kata tahun 2009 ni aku sangat busy di sekolah sampai tarikh pun lupa? -_-' Salahkan keje pulak ye.
Maka, azam 1431H, yang pertama, INGAT TARIKH2 HIJRAH! Azam lain akan terus berjalan dan harap dapat direalisasikan jugak. ;)

18 December 2009

~The Ugly Truth~

Last night, I enjoyed this movie. Sweet romantic yet funny! I like this movie! Hehehe. Is the guy a macho man? Eeeeeee, I like his confident, romantic situation control. So, gatal of me!


Here's the synopsis:


Abby Richter (Katherine Heigl) is a morning show TV producer in Sacramento, Califonia. Coming home from a disastrous date one night, she happens to see a segment of a local television show, "The Ugly Truth", run by Mike Chadway (Gerard Butler), whose cynicism about relationships prompts Abby to call into the show to argue with him on-air. The next day, she discovers that the station is threatening to cancel her show because of its poor ratings, and the station owner has hired Mike to do a segment on her show to bring them back up.

At first, the two have a rocky relationship; Abby thinks Mike is crass and disgusting while Mike finds Abby to be a control freak. Nevertheless, when she meets the man of her dreams, a doctor named Colin (Eric Winter) living next to her, Mike persuades her to follow his lead. She agrees to his helpful advice and if he can get her the man she wants, proving his theories on relationships, she will work happily with him, but if Mike fails, he agrees to quit.

Mike succeeds in improving the ratings of the show, helps bring the married co-anchors closer together, and successfully guides Abby to be exactly what Colin would want. Mike is invited to appear on The Late Late Show with Craig Ferguson and is being offered the chance to move to another network. Abby is forced to cancel a romantic weekend away with Colin, during which they had planned to finally sleep together, and instead go with Mike and persuade him to stay with the morning show. After the show, they go for drinks and dancing, and Mike admits he doesn't want to move and is happier to stay in Sacramento with his sister and nephew. In the elevator, they passionately kiss and almost get to the point of intense sex but leave for their separate rooms when the doors open. Mike, dealing with his inner conflict of the intensity of his feelings for Abby, calls on her room only to find Colin has shown up to surprise her. He leaves Abby to be with Colin. Abby is upset and soon realizes Colin only likes the woman she has been pretending to be, not the real her, and she breaks up with him.

Mike leaves for another local station, but ends up doing an outside broadcast at the same hot-air balloon festival as Abby, and he cannot resist returning to argue with her when she kicks the new "Mike Chadway" imitator off the air and goes into a tirade about men. The balloon they are standing in takes off while they argue and finally, Abby tells Mike she broke up with Colin, and Mike admits he loves her. Abby then kisses him and they are shown kissing passionately while flying off in the balloon. Despite their obvious differences, they stay together and at the end of the movie, are shown having intense sex. Mike, unsure of whether he's taught Abby how to fake too well, asks if her response at climax was genuine after the lights are switched on. Abby responds by smiling and saying he'll never know before shutting off the lights again.


Cast

Katherine Heigl as Abby Richter, a romantically challenged morning show producer
Gerard Butler as Mike Chadway, her male chauvinist corresponden
Eric Winter as Colin Anderson, an orthopaedic surgeon who lives across from Abby.
Cheryl Hines as Georgia, co-anchor of the morning show, married to Larry.
John Micheal Higgins as Larry, co-anchor of the morning show, married to Georgia.
Bree Turner as Joy, assistant to Abby who is also love starved and lives vicariously through Abby.
Kevin Connolly as Jim, a blind date.
Yvette Nicole Brown as Dori
Craig Ferguson as Himself.

17 December 2009

~Malaysia menang 1-0~

~2 aktiviti major~

Kegiatan hari ini dalam cuti sekolah yang berbaki lagi 2 minggu:


1) PAPADOM


Beli semalam kat BJ, Penang. Semalam pun dah tengok. Semalam tu konon nak test dvd je. Skali layan sampai habis. Tido kul4 pagi! Gigih betul aku. -_-

Masa filem ni ditayangkan kat wayang, aku pun macam orang lain yang teruja nak pegi tengok filem ni kat panggung. Tapi, asal pegi je, PENUH. Pegi je, penuh. Time penuh je, aku pegi. Last2 aku yang fed-up. Tu yang cari dvd je ni. Kan puas hati boleh tengok berapa ratus ribu kali pun sampai la dvd ni lingkup. Puas hati aku!

Aku suka Afdlin Shauki berlakon, jadi pengarah. Best! I'm looking forward for his movie! Suka! Dia sangat cute and yang penting....sangat berbakat. Dari kecik aku kenal dia- CUCU OPAH. Huh, minat. Lawak yang tak poyo mcm sorang lagi pengarah tutttttt. Sorry, saya tau dia pengarah yang berjaya cuma kurang lekat di hati saya sahaja. Saya manusia biasa T_T.

Vanida Imram cantik sangat dalam Papadom. Que Haidar- poyo tapi cute. Scha- boleh plak dia jadi segedik tu. Tahniah!.Farid Kamil- saya meluat tengok awak dalam filem ni, maknanya lakonan awak berjaya. Liyana Jasmay- awak sangat comel sebab watak manja ni.

(Apa la. Orang lain dah tengok filem ni lama dah, saya baru nak layan)



2) PS. I LOVE U


Written by Cecelia Ahern. Baru mula baca novel ni (pg.36 of 519). Banyak lagi tu. Saya mula rasa tertarik nak baca sebab kawan saya, Farhana wat review dalam blognya- filem ni best. Tah macamana, saya rasa nak baca novelnya rather than cari dvd filem ni. Setakat ni, saya suka. Sebab? Ayatnya simple, santai dan fresh. Dapat dibayangkan la. Tak la di dunia antah berantah yang tak dapat saya bayangkan.

Rasanya lepas ni nak tukar mood ke arah novel2 Inggeris yang dah lama saya tak sentuh sejah habis study dulu (walaupun dulu tak banyak mana jugak pun yang saya baca, tapi ada la jugak).



* Novel RAM- 9 Nyawa pun tak beli lagi!

~Secara rasminya, saya ahli GengBlogger~

Ya, secara rasminya, saya telah menyertai GengBlogger. Baru tau je ni. Tu pun melalui blog Eyriqazz.

Dah ramai yang sertai GengBlogger ni. Kalau nak cari geng di kalangan blogger2, sila la berkunjung di sini. Senang je. Kata orang putih, as easy as ABC.

1) Daftar
2) Login ke GengBlogger
3) Ping blog anda sendiri

Senang kan?

Kalau korang dah sertai blog ni, korang dapat tengok ramai blogger lain yang dah join di sini. pastu, ada plak forum untuk bertanyakan soalan pasal blogging dan juga tips-tips berguna.

Saya sudah daftar, anda bila lagi? ^_^
Hati berbunga-bunga bila kita suka tengok orang lain suka apa kita buat ^_^
Apa aku cakap ni?
Korang paham ke?

16 December 2009

~Nak kulit secantik ini?~


Zizie Ezette





Saya suka tengok dia.

Bukan sebab saya les****.

Saya perempuan tulen!

Saya suka tengok kulit putih gebu dia.

Hehehe.

Kalau la saya ada kulit secantik itu....

Dia pernah cakap dalam majalah ke hape saya pun tak ingat, mak dia pregnant dulu suka minum air soya.

Sapa2 yang preggy yang minat anak memiliki kulit segebu ini, sila la tukat jadi soy bean jadi minuman harian anda ^_^


15 December 2009

~Laskar Pelangi~


Alhamdulillah~


Akhirnya tamat sudah sesi bacaan Laskar Pelangi. Giler lama! Dari aku di KL menyiapkan streaming, baru beberapa detik ini aku tamat membacanya. Selalunya, aku sangat pantas membaca novel, kali ni.... banyak betul aktiviti aku hingga 1 novel mengambil masa yang lama untuk aku habiskan.


4 of 5 stars! Aku suka novel ni. Niat aku kini, aku ingin mencari novel ke-2 dan ke-3 dari tetralogi Andrea Hirata ni!


Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata pada tahun 2005. Jangan tak tahu, novel ni dah difilemkan pada 2008 menggunakan tajuk yang sama. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:


1) Ikal; Andrea Hirata
2) Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3) Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4) Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
5) A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6) Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7) Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8) Borek aka Samson
9) Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10) Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan


Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bahagian-bahagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.


Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpoov.


Ada banyak bahagian yang berbeza dengan filem Laskar Pelangi (ya, aku bandingkan dengan filem sebab aku mula jatuh cita dengan cerita ni melalui filemnya). Apa yang aku dapat cakap di sini, novel lagiiiiii best dari filem! (biasa la tu kan!)


Lintang:

Aku sangat suka dia. Dari hari pertama mendaftar ke sekolah, dia sangat excited nak belajar. Tanpa dia, kelas tak ceria. Ceria kerana dia sangatttt pandai dan boleh berdebat pasal ilmu dengan gurunya. Sangat pintar matematik. Walau baru bersekolah peringkat rendah, sudah tahu ilmu yang orang lain dapat di universiti hanya melalui bacaan. Kagum kalau aku jumpa orang sebegini. Jawapan matematik melalui pembuktian. Orang lain baru nak tulis soalan yang dibaca oleh guru, dia cuma pejam mata beberapa saat dan sebut jawapan. Hebat kan?

Ada 1 masa, Lintang, Ikal dan Sahara menyertai pertandingan (macam kuiz la) peringkat mencabar giler yang sebelum ni sekolah2 kampung jangan harap nak menang. Tapi, Lintang berjaya menjawab soalan sebelum soalan habis dibaca. Juri sangat kagum. Ada 1 jawapan dari Lintang dipertikai oleh seorang guru siswazah, Lintang berjaya membuktikan jawapannya (soalan tu tentang kaitan optik dan spektrum warna).

Rumah Lintang sangat jauh. Kena mengayuh basikal tiap2 hari, melalui kawasan paya yang ada seekor buaya besar berjemur di laluan basikal tu. Orang sekarang sanggup ke macam tu?

Tapi Lintang tak dapat habiskan seklah sebab kena sara keluarga selepas bapanya meninggal. Sayang kan?


Mahar:

Orang seni. Segenius Lintang tapi genius seni. Orang lain sedar seni si Mahar bila dia berjaya menghayati nyanyiannya. Sebelum ni orang lain tak pernah dengar suara Mahar sebab bila tiba giliran Mahar nyanyi, azan Zohor berkumandang, semua lari. Mahar berjaya membuatkan sekolah Muhammadiyah dikenali melalui hari karnival. Sekolah PN buat pancaragam yang best la. Mahar ubah tradisi buat tarian puak di Afrika semasa bergumbira meraikan kejayaan semasa berburu. Betul ke? Hehehe. Dia buat kalung misteri bagi kawan2 dia pakai. Kalung dari buah 'gatal'. Bila pakai, semua rasa gatal, nak garu2 badan jadi makin teruk, so semua jadi terkinja2 menjadikan pertunjukan tu sangat berkesan dan nampak natural. Sebab tu menang!

Mahar sangat suka mistik. Jadi lagi ghairah mistik bila Flo masuk ke sekolah tu. Siap ada persatuan 'Societeit De Limpai'.


Ikal:

Watak utama yang merupakan diri penulis novel sendiri. Duduk sebangku dengan Lintang dalam kelas. Selalu dapat no.2 je dalam kelas sebab tak boleh tandingi Lintang. Jatuh cinta waktu kecil dengan anak tokey kedai di kedai jual kapur tulis. Namanya A Ling. Jatuh cita sebab tengok tangan dan jari2 yang cantik, putih gebu. Sangat pelik! Tanpa tengok muka boleh jatuh cinta.


Ok la. Aku buat review untuk 3 watak utama je. Semua watak best, nak tau lagi kena baca sendiri. Baca la. Seronok!
Ok, ni je ^_^

14 December 2009

~BLACK & WHITE PHOTO CONTEST~

Jalan2 ke blog orang lain, saya terjumpa ini. memandangkan saya memang ada mengedit gambar ke hitam putih, saya pun rasa syok dan teruja nak join contest ni.



Cik Ezzan, saya nak join! Hehehe.






Ni syarat2 Cik Ezzan kita:

~Create an entry (bukan Sticky Entry) with the title BLACK & WHITE PHOTO Contest. tidak perlu elaborate panjang lebar because i myself kalau nak masuk contest tak suka buat entry yang bercerita. sebenarnya kalau takat hanya gambar sahaja pun dah mencukupi hehehe ;p tapi kalau nak juga elaborate, i don't mind :)
~upload ONE BLACK & WHITE PHOTO OF YOURSELF. ye gambar DIRI ANDA SENDIRI yang hitam putih yuk and leave a comment on this post that will directly link back to your post.
copy the above logo and paste it on your entry and please...link it back to this entry ye kawan-kawan :D (oh ye, you might want to resize the logo to fit your column size. sebab photo ni saya upload guna photobucket!)
~this contest ends on 31st December 2009.



Ok, saya dah link logo tu ke blog Cik Ezzan.



Ini gambar saya! Huahahaha.



Gambar ni diambil masa saya balik kampung. Saya 'terberkenan' dengan pokok ru tu, maka saya nak jugak2 ambil gambar di situ. Pokok ru ni bukan di tepi laut, tapi di tepi sungai! Ada taman yang cantik di situ.

Cik Ezzan, layak ke masuk contest ni? Hahaha. Ni contest ke-2 saya join untuk suka suki.

13 December 2009

~Seseorang~

Ditujukan kepada seseorang, seseorang yang tahu kewujudan blog ini, tapi sangat jarang menjenguk di sini.
Seseorang yang sentiasa ada.
Seseorang yang mengajar aku banyak perkara.
Seseorang yang selalu membetulkan kesalahan aku.
Terima kasih 'seseorang' itu.



Bila matahari terpancar di permukaan laut;
saya mula merindui.
Bila rembulan bersinar di permukaan tasik;
saya mula merindui kamu.
Bila debu tertiup dari jalan;
saya akan nampak kamu.
Malam di lorong yang kecil;
Terjumpa orang asing;
saya terasa nampak bayang kamu.
Bila ombak menghempas batu;
saya akan terdengar suara kamu.
Bila semua telah pun tidur;
Dalam hutan yang sunyi;
saya juga akan terdengar suara kamu.
Walaupun tidak bersama;
saya akan berada di sisi kamu;
dan kamu juga berada di sisi saya.
Matahari terbenam;
Bintang mula bersinar;
Ah.....kalau kamu berada di sisi saya.




Filem Korea : Wedding- April, 2008.
TQ Sila ( you know why ^_^)

12 December 2009

~CARPAL TUNNEL SYNDROME~

Perhatian kepada semua pengguna tikus2!
Betul ke cara kita guna tetikus a.k.a mouse sebelum ni? Jaga2. Jangan sampai 'terkena' Carnal Tunnel Syndrome ni.

Di bawah ni saya ada gambar pembedahan seorang pesakit Carnal Tunnel Syndrome.





Takut tak?

Takut tak?

Mesti semua tak mau tangan sendiri kena macam ni kan.

Ok. Ni cara yang betul untuk guna tikus2.



Exercises ni pun bagus untuk tangan anda!




Hiak!



Penat
Ini tadi
Ko rasa aku tengah buat apa?

10 December 2009

~Pengembaraan bermula - Bukan Upin Ipin Sahaja~

Ok, teka ni kat mana? Kalau korang terer....saya bagi.....ucapan "Tahniah! Anda memang pandai." Hehehe. Boleh? Boleh? Ala, kalau tengok klu ke-2 ni mesti tau....




Aaaa, kat mana? QUEENSBAY, Penang. Mmmmm, tempat makcik bertendang tu. Uishh, bolehkah dikira begitu? Ni tempat aku selalu p kalau ke Penang. Tengok wayang, cari makan, cuci mata, beli high heels etc. Banyak choice!

Seperti tarikh di atas (gambar!), saya ke sana dengan kawan nak cari hadiah wedding kawan baik kami Sabtu ni. Kena jadi pengapit jangan tak tau! Kami share je, beli cermin dinding (bapak punya besau!). Tengok le muka korang puas2 wahai pengantin! Survey hadiah2 lain. Pinggan mangkuk ni macam dah boring sangat je nak bagi (last2 orang lain yang dapat). Nak bagi barang2 dapur or barang2 rumah yang lain, diorang ni nanti dok rumah lelaki je sebab pengantin perempuan belum habis praktikal. Takla dok rumah sendiri lagi. So, pas bincang, kami bagi barang yang betol2 diorang boleh guna.

Pas survey hadiah, kami tengok NINJA ASSASSIN. Rain ku! Dia sungguh macho dalam cerita ni cuma kurang berkenan dengan gaya rambutnya. Suka ramput Rain dalam FULLHOUSE, tapi tak logik la dia nak wat rambut macam tu dalam cerita ninja kan. Darah mencurah2 macam simbah cat kaler merah je saya tengok. Tapi masa dia heal luka, ninja2 ni ada buat isyarat tangan pastu ada la jampi diorang. Korang ni penah tengok NARUTO tak? (Macam tak de contoh lain dah. Lantakla, peminat Naruto kan) Ha, isyarat macam tu la. Pastu luka pun baik dengan cepat. Tengok cerita ni, saya asyik bunyi "uish!", "hah!", "eeeee", "hebat btoi!" (Takpe, jiran di kerusi sebelah kiri kanan, depan belakang confirm tak dengar, saya hormat penonton lain yang nak kepuasan menonton. Cewah!).



Bila lapar kita musti makan kan? Hari ni kami try makan di J&CO. Kawan2 di sekolah pernah cakap, donut di sini lagi lembut + gebu daripada di BIG APPLE kegemaran saya sebelum ni. Ho, betul la! Beli 6 biji donut pastu kopi ais untuk 2 orang. Mana la kami tau bila order air dapat donut free! Sungguh kami tidak tahu (-_-)'



Inilah donut free tu! Free punya tu pun sedap wo!


Ini pula donut yang dibeli sebelum menambah pesanan air. Sebab makan donut free dulu, kami cuma mampu merasa seorang sebiji donut yang kami tapau ni. Saya makan yang ada almond tu, kawan saya makan yang ada oreo tu. Kenyang! Tak mampu rasa yang lain. Akhirnya, saya bawa balik untuk adik2 saya.

Ho, super kenyang~


Sebelum balik, sempat saya berposing di luar main door. Christmas Eve kan




(Oh, saya ada belikan pokok bunga untuk mak saya. Ada pameran bunga2 dan bonsai di luar Queensbay. Ini tak ada gambar. Next time saya ambil gambar bunga2 ni. Cantik! 1 pokok berbunga ungu (Kata penjual tu bunga lavender. Tapi lavender kan wangi, ni tak berbau pun) dan 1 lagi pokok berdaun sahaja- pucuk berwarna merah, bila makin tua daunnya bertukar jadi warna hijau. Pokok magic kah?