13 December 2009

~Seseorang~

Ditujukan kepada seseorang, seseorang yang tahu kewujudan blog ini, tapi sangat jarang menjenguk di sini.
Seseorang yang sentiasa ada.
Seseorang yang mengajar aku banyak perkara.
Seseorang yang selalu membetulkan kesalahan aku.
Terima kasih 'seseorang' itu.



Bila matahari terpancar di permukaan laut;
saya mula merindui.
Bila rembulan bersinar di permukaan tasik;
saya mula merindui kamu.
Bila debu tertiup dari jalan;
saya akan nampak kamu.
Malam di lorong yang kecil;
Terjumpa orang asing;
saya terasa nampak bayang kamu.
Bila ombak menghempas batu;
saya akan terdengar suara kamu.
Bila semua telah pun tidur;
Dalam hutan yang sunyi;
saya juga akan terdengar suara kamu.
Walaupun tidak bersama;
saya akan berada di sisi kamu;
dan kamu juga berada di sisi saya.
Matahari terbenam;
Bintang mula bersinar;
Ah.....kalau kamu berada di sisi saya.




Filem Korea : Wedding- April, 2008.
TQ Sila ( you know why ^_^)

No comments: