19 December 2009

~Urdhu + Hindustan...ok. Nepal? Tak ok, tak ok~

2 Muharram 1431H


Layan je la citer hindustan pun. Citer Family kat TV3. Ada Akshay Kumar. Yang jadi adik dia tu tah hero mana la. Terserlah lagi ke'bangla'an dia tu. Huish! Semak btoi muka dia.

Dari kecik saya memang dah minat cerita hindustan pengaruh dari abah. Citer apa ko sebut je la. Dari Sanggam, Andaaz, Bobby....semua saya layan. Kesan positif, saya boleh paham skit2 bahasa Urdhu. Kalau translate kat bawah tu takde, boleh lagi la paham apa diorang cakap. Insyaallah.

Lagu2 hindustan semuanya...layanzzzz! Tapi, saya prefer cerita dolu2 dari cerita hindustan zaman sekarang. Hindstan sekarang....masyaallah....heroin semua tak cukup kain. Walaupun hindustan dolu2 pun kurang kain (sari, lilit2 nampak perut jugak), nampak sopan lagi la. Sekarang, kalau boleh nak pakai bikini je sepanjang filem tu.

Ok, go back to ' saya agak faham bahasa Urdhu'. Masa cuti semester di tahun 2 kat USM dulu, saya pernah jadi operator kilang. (Ye, saya ada pengalaman jadi 'minah kilang'). Kat kilang tu ada ramai mamat Nepal (yang muka macam hindustan la, agak hensem). Depa cakap Urdhu. Kalau nak kutuk2 orang, cakap2 dengan geng diorang, diorang cakap Urdhu. Asal dengar je, saya senyum. Depa pun confius. Yela, selama kami kena cakap English dengan depa sebab BM depa teruk sebab baru masuk Malaysia. Bila saya slalu senyum, kadang2 saya gelak kalau depa bersembang, mamat Nepal yang keje kat stesen sebelah saya pun tanya. Nama dia Mandir (ingat lagi tu. Hahaha. Dia kelakar!)


"U paham ka?"

"Yup. Dari kecik tengok hindustan, so i can understand some of the words la."


Pastu, diorang nak gosip2, saya boleh join skaki la. Tapi biasa la, orang Nepal....gatal! Semua nak mengorat. Ada la kak2 yang terbekenan kat depa. Eeeeee. Me? Sembang boleh, gatal2 no way! Mandir tu pun ada anak bini kat Nepal (umur muda lagi masa tu), tu pun nak try awek Melayu. Geli!

Ada lagi sorang Nepal tu. Suara dia so damn sedap. Saya suh jadi penyanyi je, apasal datang Malaysia plak kan?

p/s: Apasal Nepal yang jadi guard kat apartment aku kat Kepong tu tak hensem plak? Gelap je.

Huh, Akshay Kumar ni. Dulu tak berkenan langsung, skarang apasal nampak hensem dan macho plak? Hahahaha. Gatal ye kamoooo!


~Gambar dolu2. Sumpak mak tak minat non~


~Sekarang? Machonya dia. Hik!~

2 comments:

ctee_mars said...

wei..aku tgk akhsay kumar tu sama ja..takda pun jd macho..hohooho..

waaaaa..buley phm tu..ahaks..

iza_fiza said...

skrng macho! btoi. dulu hampeh. dulu maksud aku thn 90-an la. selenga beb.
paham le dr aku dngar ko ckp jawa dgn mak ko kat public phone kat matriks dulu. siap aku nganga lg!