17 December 2009

~2 aktiviti major~

Kegiatan hari ini dalam cuti sekolah yang berbaki lagi 2 minggu:


1) PAPADOM


Beli semalam kat BJ, Penang. Semalam pun dah tengok. Semalam tu konon nak test dvd je. Skali layan sampai habis. Tido kul4 pagi! Gigih betul aku. -_-

Masa filem ni ditayangkan kat wayang, aku pun macam orang lain yang teruja nak pegi tengok filem ni kat panggung. Tapi, asal pegi je, PENUH. Pegi je, penuh. Time penuh je, aku pegi. Last2 aku yang fed-up. Tu yang cari dvd je ni. Kan puas hati boleh tengok berapa ratus ribu kali pun sampai la dvd ni lingkup. Puas hati aku!

Aku suka Afdlin Shauki berlakon, jadi pengarah. Best! I'm looking forward for his movie! Suka! Dia sangat cute and yang penting....sangat berbakat. Dari kecik aku kenal dia- CUCU OPAH. Huh, minat. Lawak yang tak poyo mcm sorang lagi pengarah tutttttt. Sorry, saya tau dia pengarah yang berjaya cuma kurang lekat di hati saya sahaja. Saya manusia biasa T_T.

Vanida Imram cantik sangat dalam Papadom. Que Haidar- poyo tapi cute. Scha- boleh plak dia jadi segedik tu. Tahniah!.Farid Kamil- saya meluat tengok awak dalam filem ni, maknanya lakonan awak berjaya. Liyana Jasmay- awak sangat comel sebab watak manja ni.

(Apa la. Orang lain dah tengok filem ni lama dah, saya baru nak layan)



2) PS. I LOVE U


Written by Cecelia Ahern. Baru mula baca novel ni (pg.36 of 519). Banyak lagi tu. Saya mula rasa tertarik nak baca sebab kawan saya, Farhana wat review dalam blognya- filem ni best. Tah macamana, saya rasa nak baca novelnya rather than cari dvd filem ni. Setakat ni, saya suka. Sebab? Ayatnya simple, santai dan fresh. Dapat dibayangkan la. Tak la di dunia antah berantah yang tak dapat saya bayangkan.

Rasanya lepas ni nak tukar mood ke arah novel2 Inggeris yang dah lama saya tak sentuh sejah habis study dulu (walaupun dulu tak banyak mana jugak pun yang saya baca, tapi ada la jugak).



* Novel RAM- 9 Nyawa pun tak beli lagi!

4 comments:

zella y said...

lepas ni boleh la sy beli novel ni...
sbb byk dh bc novel english yg ayatnyer belit2...
confius aku heheheh...

ada m0khtar said...

papadom mmg best ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

P/S I love you sangat best woo~
seriously~

Teacher Hafizah said...

papadom best!
ps. i love u pun best!