10 December 2009

~Pengembaraan bermula - Bukan Upin Ipin Sahaja~

Ok, teka ni kat mana? Kalau korang terer....saya bagi.....ucapan "Tahniah! Anda memang pandai." Hehehe. Boleh? Boleh? Ala, kalau tengok klu ke-2 ni mesti tau....




Aaaa, kat mana? QUEENSBAY, Penang. Mmmmm, tempat makcik bertendang tu. Uishh, bolehkah dikira begitu? Ni tempat aku selalu p kalau ke Penang. Tengok wayang, cari makan, cuci mata, beli high heels etc. Banyak choice!

Seperti tarikh di atas (gambar!), saya ke sana dengan kawan nak cari hadiah wedding kawan baik kami Sabtu ni. Kena jadi pengapit jangan tak tau! Kami share je, beli cermin dinding (bapak punya besau!). Tengok le muka korang puas2 wahai pengantin! Survey hadiah2 lain. Pinggan mangkuk ni macam dah boring sangat je nak bagi (last2 orang lain yang dapat). Nak bagi barang2 dapur or barang2 rumah yang lain, diorang ni nanti dok rumah lelaki je sebab pengantin perempuan belum habis praktikal. Takla dok rumah sendiri lagi. So, pas bincang, kami bagi barang yang betol2 diorang boleh guna.

Pas survey hadiah, kami tengok NINJA ASSASSIN. Rain ku! Dia sungguh macho dalam cerita ni cuma kurang berkenan dengan gaya rambutnya. Suka ramput Rain dalam FULLHOUSE, tapi tak logik la dia nak wat rambut macam tu dalam cerita ninja kan. Darah mencurah2 macam simbah cat kaler merah je saya tengok. Tapi masa dia heal luka, ninja2 ni ada buat isyarat tangan pastu ada la jampi diorang. Korang ni penah tengok NARUTO tak? (Macam tak de contoh lain dah. Lantakla, peminat Naruto kan) Ha, isyarat macam tu la. Pastu luka pun baik dengan cepat. Tengok cerita ni, saya asyik bunyi "uish!", "hah!", "eeeee", "hebat btoi!" (Takpe, jiran di kerusi sebelah kiri kanan, depan belakang confirm tak dengar, saya hormat penonton lain yang nak kepuasan menonton. Cewah!).



Bila lapar kita musti makan kan? Hari ni kami try makan di J&CO. Kawan2 di sekolah pernah cakap, donut di sini lagi lembut + gebu daripada di BIG APPLE kegemaran saya sebelum ni. Ho, betul la! Beli 6 biji donut pastu kopi ais untuk 2 orang. Mana la kami tau bila order air dapat donut free! Sungguh kami tidak tahu (-_-)'



Inilah donut free tu! Free punya tu pun sedap wo!


Ini pula donut yang dibeli sebelum menambah pesanan air. Sebab makan donut free dulu, kami cuma mampu merasa seorang sebiji donut yang kami tapau ni. Saya makan yang ada almond tu, kawan saya makan yang ada oreo tu. Kenyang! Tak mampu rasa yang lain. Akhirnya, saya bawa balik untuk adik2 saya.

Ho, super kenyang~


Sebelum balik, sempat saya berposing di luar main door. Christmas Eve kan




(Oh, saya ada belikan pokok bunga untuk mak saya. Ada pameran bunga2 dan bonsai di luar Queensbay. Ini tak ada gambar. Next time saya ambil gambar bunga2 ni. Cantik! 1 pokok berbunga ungu (Kata penjual tu bunga lavender. Tapi lavender kan wangi, ni tak berbau pun) dan 1 lagi pokok berdaun sahaja- pucuk berwarna merah, bila makin tua daunnya bertukar jadi warna hijau. Pokok magic kah?

2 comments:

hayad said...

aku tak penah lansung menjejakkan kaki ke Queensbay ni hatta hujung jari sekalipun. hehe

Teacher Hafizah said...

bau pun xpenah ke? cian hg. mai la penang! welcome to penang. hahaha