15 December 2009

~Laskar Pelangi~


Alhamdulillah~


Akhirnya tamat sudah sesi bacaan Laskar Pelangi. Giler lama! Dari aku di KL menyiapkan streaming, baru beberapa detik ini aku tamat membacanya. Selalunya, aku sangat pantas membaca novel, kali ni.... banyak betul aktiviti aku hingga 1 novel mengambil masa yang lama untuk aku habiskan.


4 of 5 stars! Aku suka novel ni. Niat aku kini, aku ingin mencari novel ke-2 dan ke-3 dari tetralogi Andrea Hirata ni!


Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata pada tahun 2005. Jangan tak tahu, novel ni dah difilemkan pada 2008 menggunakan tajuk yang sama. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:


1) Ikal; Andrea Hirata
2) Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3) Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4) Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
5) A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6) Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7) Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8) Borek aka Samson
9) Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10) Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan


Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bahagian-bahagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.


Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpoov.


Ada banyak bahagian yang berbeza dengan filem Laskar Pelangi (ya, aku bandingkan dengan filem sebab aku mula jatuh cita dengan cerita ni melalui filemnya). Apa yang aku dapat cakap di sini, novel lagiiiiii best dari filem! (biasa la tu kan!)


Lintang:

Aku sangat suka dia. Dari hari pertama mendaftar ke sekolah, dia sangat excited nak belajar. Tanpa dia, kelas tak ceria. Ceria kerana dia sangatttt pandai dan boleh berdebat pasal ilmu dengan gurunya. Sangat pintar matematik. Walau baru bersekolah peringkat rendah, sudah tahu ilmu yang orang lain dapat di universiti hanya melalui bacaan. Kagum kalau aku jumpa orang sebegini. Jawapan matematik melalui pembuktian. Orang lain baru nak tulis soalan yang dibaca oleh guru, dia cuma pejam mata beberapa saat dan sebut jawapan. Hebat kan?

Ada 1 masa, Lintang, Ikal dan Sahara menyertai pertandingan (macam kuiz la) peringkat mencabar giler yang sebelum ni sekolah2 kampung jangan harap nak menang. Tapi, Lintang berjaya menjawab soalan sebelum soalan habis dibaca. Juri sangat kagum. Ada 1 jawapan dari Lintang dipertikai oleh seorang guru siswazah, Lintang berjaya membuktikan jawapannya (soalan tu tentang kaitan optik dan spektrum warna).

Rumah Lintang sangat jauh. Kena mengayuh basikal tiap2 hari, melalui kawasan paya yang ada seekor buaya besar berjemur di laluan basikal tu. Orang sekarang sanggup ke macam tu?

Tapi Lintang tak dapat habiskan seklah sebab kena sara keluarga selepas bapanya meninggal. Sayang kan?


Mahar:

Orang seni. Segenius Lintang tapi genius seni. Orang lain sedar seni si Mahar bila dia berjaya menghayati nyanyiannya. Sebelum ni orang lain tak pernah dengar suara Mahar sebab bila tiba giliran Mahar nyanyi, azan Zohor berkumandang, semua lari. Mahar berjaya membuatkan sekolah Muhammadiyah dikenali melalui hari karnival. Sekolah PN buat pancaragam yang best la. Mahar ubah tradisi buat tarian puak di Afrika semasa bergumbira meraikan kejayaan semasa berburu. Betul ke? Hehehe. Dia buat kalung misteri bagi kawan2 dia pakai. Kalung dari buah 'gatal'. Bila pakai, semua rasa gatal, nak garu2 badan jadi makin teruk, so semua jadi terkinja2 menjadikan pertunjukan tu sangat berkesan dan nampak natural. Sebab tu menang!

Mahar sangat suka mistik. Jadi lagi ghairah mistik bila Flo masuk ke sekolah tu. Siap ada persatuan 'Societeit De Limpai'.


Ikal:

Watak utama yang merupakan diri penulis novel sendiri. Duduk sebangku dengan Lintang dalam kelas. Selalu dapat no.2 je dalam kelas sebab tak boleh tandingi Lintang. Jatuh cinta waktu kecil dengan anak tokey kedai di kedai jual kapur tulis. Namanya A Ling. Jatuh cita sebab tengok tangan dan jari2 yang cantik, putih gebu. Sangat pelik! Tanpa tengok muka boleh jatuh cinta.


Ok la. Aku buat review untuk 3 watak utama je. Semua watak best, nak tau lagi kena baca sendiri. Baca la. Seronok!
Ok, ni je ^_^

No comments: