06 July 2012

~APC 2011:Guru hebat mengilhami~

APC merupakan anugerah penting dalam kalangan warga penjawat kerajaan. Maka berlumba2lah pekerja2 dedikasi semua untuk memilikinya.

''Kerja bukan untuk mencari anugerah, tapi anugerah akan datang kalau kita ikhlas dan sungguh2 bekerja.''

Macam artis la, tak payah cari publisiti murahan untuk glamor, sebab bila dah berjaya glamor  tu datang sendiri.

Same goes to government servant.

" When you GIVE more than you TAKE, you'll always RECEIVE more than you GIVE."
-Rick Hymer-


Cadangnya nak ambil gambar atas pentas tapi ramai sangat manusia hingga fed up nak tunggu :P

 Alhamdulillah. Agak terkejut dan pelik kot rakan2 guru di SRC sebab keutamaan penerimaan APC di SRC mengikut seniority. Keluarlah soalan2 berapa tahun dah aku mengajar, kat Selangor bagi ikut performance je ke tak kira seniority dan macam2 soalan lagi. Rasanya senior yang dah lama berkhidmat kat SMKTE tu semua dah pernah dapat APC. Lagi pun, berapa kerat sangat senior di sana, ramai lapisan muda mudi belia je kan. Hehehe. Tak sama macam kat Perak. Ada cikgu2 yang mengajar kat satu2 sekolah sampai 20 tahun tak rasa nak tukar sekolah pun. Kena la ikut seniority. Ini apa aku nampaklah.

Tapi seikhlasnya, buat apa nak ikut seniority sebab tak 100% cikgu senior lebih bagus daripada guru2 junior. Ada juga guru junior yang baru setahun jagung tapi performance tip top, wajarlah dapat anugerah. Contohnya kenalan di Sarawak, bawa program Nilam yang tidak wujud di sana pada masa dia posting, next year terus dapat APC. Itu baru betul kan. Orang bagi sumbangan dan impak besar pada sekolah wajarlah diiktiraf. Situasi aku? Tak tahu la celah mana Pengetua rasa aku sesuai untuk pencalonan dan alhamdulillah diluluskan di peringkat atasan. Jumpa beberapa rakan guru dari sekolah2 lain dalam PPD Gombak. So ceria. Tapi tak sempat jumpa 2 orang kakak.

Sebelum balik singgah ke sekolah-tempat-jatuh-lagi-dikenang inikan pula tempat pertama posting: SMKTE. Jumpa beberapa keat guru sahaja. Tah lah kenapa timbul rasa segan (malu) nak jumpa semua orang. Nanti kata excited lebih dapat APC plak kan :P Jumpa juga beberapa pelajar yang aku ajar dulu. Kalau yang perempuan dah makin cun tiada lagi istilah comot, yang lelaki pula kalau dulu chubby montel comel sekarang dah kurus2 dan tinggi. Alhamdulillah, masih ditegur dan dihargai tak kira pelajar Melayu atau Cina. Hah, baru perasa aku tak jumpa sorang pun bekas pelajar India aku. Budak Form 1 tahun ni sure la tak kenal aku, yang tu ramai plak India yang aku tersermpak :P

And.... I've got these early this morning(last morning :P)


Thanks dear Azzahra Sophie, I knew you'll read soon. You know how much I loveeeeee Uzumaki Naruto. Hehehe.

Aku selalu berdoa akan ada pelajar aku yang menerima ilmu dan memandang ilmu semulia2nya. Dan hormatilah guru tanpa guru kita tak ke mana.


Salah satu tanda seorang pendidik yang hebat
Adalah kemampuan memimpin murid-murid
Menjelajahi tempat-tempat baru
Yang bahkan belum pernah didatangi sang pendidik
(Thomas Groome)

Guru biasa memberitahukan
Guru baik menjelaskan
Guru ulung memeragakan
Guru hebat mengilhami
(William Arthur Ward)

Yang penting bukan bagaimana caramu hidup
Tapi hidup siapa yang kamu ubah dengan hidupmu
Seorang majikan bisa memberitahumu apa yang ia harapkan darimu
Tapi seorang Guru membangkitkan pengharapanmu sendiri
(Patricia Neal)

Apa yang ingin dipelajari murid
Sama pentingnya dengan apa yang ingin diajarkan Guru
(Lois E.LeBar)


Saturday 14th: present for my birthday, my own satisfaction. Not an object but a knowledge. Learning process does not require an age limit.
 
 
 
 

No comments: