16 February 2012

~Bukan mudah menjadi guru~

Alhamdulillah, hanpir 2 bulan di sini tiada masalah menyesuaikan diri. Betapa baik2 dan ramah2nya warga guru di si buatkan orang baru masuk tak rasa terasing. Tidaklah rasa 'alamak'menyesalnya-pindah-sekolah', Insyaallah tidak. Taman Ehsan mengajar aku kenal ilmu disiplin, how to control students, and there, aku almost dalam situasi'tak yah susah2 study sebelum masuk kelas'. Cukup dengan sekali dua baca dan...you are ready to face your students. Tiada soalan2 mencabar minda, kalau ada pun berapa kerat sangat la yang aku dapat, and I was so excited to answer the questions! Hahahaha. Most of the time, dicipline, diciplie, dicipline! So, bolehkah anda teka rupa wajah students sekolah lama aku?

Kat sana aku belajar, cara pensyarah2 ajar di U langsung tak boleh di apply. They said, we should be nice and comfort the students, be their friend. Oh, kalau nak dipijak kepala, silakan. Kalau ditanya setujukah dibuat Sekolah Kebangsaan semata2 tanpa Jenis Kebangsaan, aku angkat tangan. Di Taman Ehsan aku nampak banyak kesan tidak baik kewujudan sekolah tu. Nak lihat warganegara Malaysia yang tak tahu langsung bertutur Bahasa Melayu juga ada!

Dulu masa terlalu stress, aku doa, dapatlah 1 antara 2 yang aku apply either tukar sekolah or sambung Master. Alhamdulillah, dapat tukar.

Aku ada kawan yang bertukar ke Ipoh last year. Katanya,

"Welcome to Ipoh. Sini banyak keje sangat tau. Teruk la hang. Cikgu senior je ramai kat sini. Aku rasa nak balik Taman Ehsan je.''

Selepas 1-2 minggu, dia tanya,

"Macamana sekolah ko? OK ke? Taman Ehsan lagi best kan?"

Mula2 aku tertanya2 gak la apasal la kawan aku ni so....apa nak kata ek....macam nak ajak aku sama2 dengan dia yang rasa menyesal pindah. Sekolah dia tak de kawan la, cikgu senior tak mau tegur cikgu junior, keje banyak sangat, g makan kat kantin sorang2, husband hantar ke sekolah tak boleh lepas pagar depan la. Macam2 keluh kesah dia. Tak faham aku. Kenapa kalau menyesal nak ajak aku join sekali menyesal pindah? And sorry to say aku sikit pun tak ada rasa macam tu. Aku enjoy juga di sini macam aku suka kat sana.Anda perlu tahu, suka di sana selepas 3-4 tahun bermakna suka dengan rakan2 kerja yang superb, lain2....emmm...hampir tiada. Hahahahaha. Akhirnya aku tahu juga kenapa banyak alasan dan keluhan tu keluar, ada kes yang biarlah jadi rahsia sahaja, cukup hanya dinyatakan ada kes. Anda faham?

Selepas 4 tahun mengajar, aku mencari kepuasan mengajar. Puas! Passion! Passionate! Puas mengajar la! Kat sana aku tak puas mengajar, mengajar yang macam tak sampai. Hah, paham2 la. Aku nak rasa macamana bila kita betul2 deliver ilmu, bukan dalam 1 jam, 30 minit lebih kepada mendisiplinkan murid, tinggal 30 minit je lagi nak mengajar. Sungguh tak puas. Setakat ini, aku dapat itu di sini.

Mengajar di mana2 pun mesti banyak kerja. Jangan pelik jika tiba2 cikgu jadi tukang kutip sampah, tukang susun meja hanya untuk tunjuk nilai baik tu kepada pelajar, nak tunjuk cikgu sanggup turun ego pegang sampah dalam kelas korang, korang tak malu ke? :P Dengan harapan the next day pelajar tahu nak buat benda yang sama. Cikgu jugak jadi juruletih padang, haah, betullah tu juruletih, budak practice merentas desa, cikgu lari sekali hambat dari belakang sambil tiup visel hambat budak lari, kalau tak korang terkedek2 jalan kaki lenggang kangkung. Well done, Cikgu Ridzuan! Cikgu pun jadi maid, cuma cikgu tak cuci pinggan, cikgu jadi tukang kemas bilik2 khas. Aku, tukang kemas Bilik Gerakan (yang agak antik kat sini :P). Banyak lagi sebenarnya Tugas guru selain mengajar. Tugas guru mendidik, dalam kelas, luar kelas. Tabahlah hati jika jumpa 1001 perangai murid. Yang penting aku ingat mak aku cakap,

"masalah rumah tangga jangan bawa ke tempat kerja, masalah kerja jangan bawa balik ke rumah."

Dulu bercampur, tu yang aku stress tu kot. Adoyai!

Wow! Panjangnya entri pas lama tak urut tangan kat keyboard taip entry. Tahniah kerana anda habis baca :)



- I'm sending all my love to my beloved one including you my beloved readers :) -


No comments: