10 October 2012

~Berfikir seperti orang dewasa~


1) Bermusuhan di tempat kerja sehingga ada gelaran (binatang) dan panggil orang itu sebagai 'orang gila' untuk orang yang dibenci. Tarik muka masam, menjeling musuh. Itu melampau.Ya, memang akan ada orang yang sebulu dan tak sebulu tak kira di mana termasuk di tempat kerja. Kata mahu jadi setingkat lebih. Kalau musuh itu 'orang gila' maka anda yang setingkat lebih adalah orang gila kuasa dua!

2) Payah kan kalau ada orang yang perasan bagus dan kerja untuk nama. Bila ada orang pantau, bukan main perfect kerjanya, kalau tak ada orang tengok, kerja, huh, ke bulan! Tu kerja cari nama, tak ikhlas langsung.

3) Bos baik dipandang mulia, bos 'buat taik' dipandang.......?

4) Stress melampau hingga terlepas caci maki kepada orang lain adalah tidak profesional.

5) Anda tidak suka orang mengata tentang diri anda hingga anda meroyan dan terjerit2 di dalam bilik hingga 1 blok dengar tapi anda sentiasa buat sesuatu untuk merangsang orang mengata anda. Good job! 

6) Speed kerja anda 50km/j. Speed kerja kawan 100km/j. Anda nak suruh,''relax le weh! watpe nak kalut2.''

7) Lawan cakap bos atau tunjuk kelakuan biadap tidak akan bawa anda ke mana2. Nak naik pangkat? Rekod buruk untuk tahun2 seterusnya ada la. Bos juga manusia. Bias tetap ada tambah2 jika ada peristiwa buruk antara anda dengan bos.




........berfikirlah seperti orang dewasa.




No comments: