19 February 2012

~Math tak best!~

Dulu aku tak suka Math. Bila nak UPSR, PMR, SPM....aku belajar Math dan Add Math dengan niat untuk skor A pastu tak payah pikir pasal Math lagi.

Masuk Matriks Sains Hayat, ingatkan dah tak mengadap Math rupa2nya ada lagi. Pasrah jap! Dalam hati takpe la, nanti masuk U tak mau ambik Course Math, takkan ada subjek Math lagi selepas Matriks. Math kat Matriks sama dengan Add Math. Masa belajar Math kat Matriks takde la rasa Math tu killer sangat. Rasanya betol la lecturer kat Matriks cakap ''buangkan perkataan TAMBAHAN pada MATEMATIK tu, baru rasa ia senang''. Betoi! Perkataan TAMBAHAN/ADD membawa beban besar menyatakan Math tu susah giler!

Tamat Matriks setahun kat Kepala Batas, sambung pendidikan. Mak aku nak sangat anak dia ni jadi cikgu, senang katanya, banyak cuti, tak banyak kerja. Mungkin dia nampak kerja cikgu dulu2 kot sebab sekarang mak aku dah tak berani kata kerja cikgu senang, cuti banyak dan tak banyak kerja sebab dia tengok kerja anak dia sekarang opposite dengan apa yang dia kata dulu. Hehehehe. Klakar mak aku!

Ok, katanya sambung U, ambik Pendidikan Kimia, tapi 1st year belajar Math lagi, Statistik, Calculus. Adoi!

Sekarang dah kerja, aku mengajar Math ye.

PASRAH la. Sampai bila2 pun Math takkan hilang dari hidup aku. Hidup kau juga. Sedangkan nak p kencing kat public toilet pun kena guna Math, macamana nak tinggalkan Math daripada hidup kan?

Tapi sejak2 mengajar Math, syok pulak bila fight dengan budak jawab soalan. Hahahaha. Cuma sekarang tak membenarkan aku ikut cara Cikgu Hamzah aku dulu yang tiap kali masuk kelas kami kena berdiri atas kerusi kena soalan sifir ke, congak ke. Kalau tak tau jawab kena pulas perut yang kami panggil cikgu wat 'kerabu' atau wat 'robocop'! Kalau cikgu2 sekarang buat, agak2 kena saman tak??? Kita dulu2 baik kan, redha je cikgu denda macamana pun. Ko nak balik mengadu kat mak bapak, alamat ko kena bantai lagi lagi le.....

BUAT MATH TAK BOLEH STRESS. KALAU STRESS TERUS TAK BOLEH JAWAB.
(dulu aku kuat bebai bila tak boleh jawab Add Math -__-)

2 comments:

ctZue said...

aku suka maths..bila kena time aku jaga exam maths, byk gak budak2 yg aku bg jawapan..hahaha..lantak la..janji lecturer dia xnampak kan..dan niat kita baik nak tlg student kan..hahahaha..mu ngajo maths form bape mek..?

Fiza Noor said...

klu aku students sana, aku suka klu ko jaga exam. aku xkuasa nak wat mcmtu :P math form 1 je. klu add math....sure aku tolak. hahaha