30 April 2010

~Check! Check! Aku Cikgu Yang Buat Keje Seorang Cikgu~

* Fail PATS & Headcount = SIAP & HANTAR :)

* Sinopsis buku untuk LDP = SIAP TAPI BELUM HANTAR :P

* Soalan peperiksaan pertengahan tahun = BELUM SIAP!!!!!!! :(

Baru siap 10 soalan daripada 40 soalan objektif. Sapa kata buat soalan objektif senang? Ramai cikgu kalau boleh nak elak dari giliran buat soalan objektif. Baik buat soalan subjektif. Sikit, tak pening2 kepala nak susun soalan, adjust gambar segala. Plak tu, bukan boleh main amik bulat2 soalan dari buku latihan. Kena ambil kira aras soalan ikut Taksonomi Bloom.

Taksonomi Bloom tu hape?

Taksonomi Bloom tu ada 6 aras. Makin ke bawah, makin susah la. Yang paling atas kira soalan hafal senang cam kacang goreng la kalau study, kalau tak study semua soalan pun susah.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) tu plak kira jadual pasal bilangan soalan yang dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom ni la. JSU ni hurai aspek2 berkaitan pencapaian yang hendak diukur. So, kalau orang lain tengok JSU kita, orang tu tau la berapa soalan senang, sederhana dan susah yang dah kita sediakan. Pening beb nak balanced ratio tu.

Mata dah pedih. Sambung esok! Esok aku nak balik kampung la hoorreyyyy. Punah harapan nak relaks2 je kat kampung. Actually, dateline hantar soalan, JSU dan skema jawapan ialah 7 Mei 2010. Next week. Tu la, sapa suh start lambat. Aku menunggu mood yang SESUAI untuk buat soalan exam ni. Semalam dah bukan buku, dah wat JSU, dah wat jadual rujukan soalan dari mana aku amik, tapi akhirnya aku zzzzzzzzz depan lappy. Patutla sedar2 aku rasa panas dan berpeluh2 macam kanak2 riang lepas main kat playground!

Nasib baik 2 keje lagi dah siap. LDP! Ni pun boleh menimbulkan marah. Dah takde budget, tukar ke sistem baca buku plak. Cikgu2 pun dah jadi budak ; baca buku, wat sinopsis macam budak buat untuk program NILAM. Bezanya, budak boleh pilih baca buku best2, cikgu2 kena baca buku2 boring pasal profesion keguruan je. Buku yang bila baca baru 2-3 muka surat confirm nak lena. Alasan! Dulu time study tak lena pun. Aku dok bayangkan aku nak sambung study nanti2, nak baca buku boring ni lagi ke? Aku nak BIOLOGI & CHEMISTRY je boleh tak? ;P

28 April 2010

~Yang Terindah~

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu..

27 April 2010

~Coq Kodok bukan diperbuat daripada katak~

Semalam aku dapat tag dari Atin , pasal gambar di atas. So, di waktu pagi dah merangkak ke tengah hari ni, aku nak jawap tag ni. Pasai apa? Cokodok! Kalau orang Kedah, kami panggil coq kodok. Lebih kejam kan? Hahaha. Bukan kodok tu ko buat cucoq, tidak la aku makan~

Kenapa coq kodok pisang ni menjadi sarapan pilihan? Huh, actually, aku tak kira masa pun makan cokodok ni.agi, petang, siang, malam, semua aku bleh bedal. Dah lama tak makan cokodok sebenarnya sebab aku tak suka cokodok yang dibeli tu. Tak sama. Balik weekend ni nak suh mak buat la. Aku suka cokodok yang betul2 rasa banyak pisang dari tepung. Maksudnya, aku tak suka cokodok yang ada penaik; tepung penaik ke, bikarbonat ke~ Tak sedap. Cokodok yang guna tepung, pisang, garam dan gula skit. Tu je. Baru ada rasa pisang sejati! Pastu goreng bagi garing skit, hangit skit. Oh, sedapnya! Terlioq dah ni, sedap~

Mengenangkan cokodok yang best ni, hampir lupa syarat2 tag ni. Ok, aku kena tag game ni seklai dengan baunya kan~

Aku nak tag:

--> Kak Nara
--> Lizzie Katak Pink
--> Wahida
--> Fyna

Ni syarat2 penyertaan ok ;)

1. copy gambar cokodok kat atas tu..dengan bau2 die sekali..
2. sebutkan nama penghantar cokodok tersebut..
3. bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda..
4. tag game ni hanya boleh di post pada waktu pagi sahaja... "before noon"..
5. last sekali, tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

25 April 2010

~Aku ingin pulang~

Pagi: selaku driver yang berkhemah berhemah memandu ke Sogo @ Jalan TAR dengan Ida, Majidah aka Majid dan Kak Yati. Banyak btol Kak Yati tu nak beli. Kain pasang la, jubah la, kasut la, tudung la~ Aku? Aku beli floral orange blouse yang aku nak pakai dengan belt besau kaler choc aku tu. Beli anak tudung syria kaler merah darah yang aku tetiba tringin nak beli sebab rasa 'oh, kau sangat hebat dan berkuasa!'. Tu je la aku beli. Nak beli present untuk kesayanganku tapi rasa 'eeee, apa ni! tak hebat pun.' Bukan la nak yang mahal2 saja, aku nak cari yang boleh dikenang.

Kuar rumah around 9am. Singgah Shell MRR2 isi minyak. Gerak ke KL dengan kelajuan yang optimum. Bagussss! Mula2 depa nak p naik komuter. Aku cadang nak naik keta je la sebab balik nak singgah Duta tengok tiket balik kampung 1 Mei ni. Rasa rindu semua yang ada di rumah tu. Mak, abah, kucing2ku, bantal bucuk kesayangan dan................ oh, banyaknya aku rindu yang kalau nak senaraikan sure panjang. Aku rindu gulai kari mak aku ler. Hahaha.

Pipah pesan tengok2 Gogo sebab Gogo rindu dia. Tiap2 ari cari. Ceh! Ngada2~

Pagi tadi sebelum kuar rumah, aku dok tengok gambar2 lama. Gambar kecik2. Dulu Pipah kata tu gambar dia, bukan gambar aku. Hoi, takkan hang lagi tua dari Angah kot :P Gelong! Arghhh, aku rindu nak balik rumah. Adik2 aku takde. Nak kacau mak ngan abah. Keje kuar dating dengan EX5 je semenjak tinggal berdua pas Pipah p Kuantan. Aummmm! Rindu!


*baru pas makan roti berintikan sardin. Tapi, otak masih teringat 'sedapnya megi kari semalam'

24 April 2010

~ Merentas FRIM, bukan rentas desa :P ~

Kuar seawal 7am selalau kan kuar 11.30am++. Aku jaga bahagian buku aturcara dan tag nama pegawai merentas desa. Sampai sekolah, terus agih2kan name tag kat guru2. Cikgu yang jaga check point ada meeting dengan ketua check point masing2 la. Tu kecoh2 diorang la. Kecoh lagi besar kat padang sekolah --> guru2 pengurus rumah sukan. Kelam-kabut. Pengurusan sangat....mmmmmm. (Sila paham sendiri). Bagi aku, program kali ni agak teruk. Banyak masalah dalaman~ tak puas hati, tak tau spesifikasi keje masing2 etc.

Lepas cikgu2 check point gerak, aku pun ikut Kak Mas, Kak Siti dan Zati g pusing dalam FRIM. Niat hati nak bagi name tag kat cikgu2 yang mungkin tercicir tak amik name tag tapi dah g masuk FRIM. Zati jadi MC, so, lambat lagi la nak mula. Kami siap g makan2 kat cafe FRIM lagi. Haha. Nasi lemak dia sedap gak, milo pun kaw!Cantik betul view dalam FRIM. Baru 1st time ronda betul2 dalam tu. Ronda dari dalam Mercedes Compressor. Upss! Terbocor rahsia plak. Patut la dulu penah tengok cina kawen amik gambar dalam tu. Memang lawa!

Program tamat kat Taman Botani. Penyampaian hadiah, semua kat sana. Lama betul tunggu keputusan, cian budak tengah panas. PIBG banyak menyebok! Sangat tidak selesa! Enough sampai situ je aku cakap.Habis dalam kul 1pm gak la. Balik sekolah sekali lagi dengan Mercedes ye anak2! Tu keta Penolong Kanan Petang sebenarnya. Thumb print, tapi bukan nak terus balik. Sembang2 plak. Sebenarnya Zati wat ayat sedih mintak teman dia tulis buku rancangan mengajar yang terbengkalai tu. Aku, Zati, Kak Non, Kak Najwa dan Kak Yus. Kami wat post-mortem awal merentas desa! Hahaha.


Keje aku bagi tag ijau tu le. Bengangnya, aku design macam lain, sekali dapat kat aku rupa lain! Sapa tukar tah. Baik tak yah suh aku design!



Show All

23 April 2010

Nangis!

Nangis!

Nangis!

Perempuan kalau sedih je nangis.

Marah sangat pun nangis.

Sakit hati pun nangis.

Happy sangat pun nangis.

Jangan salah cakap, nanti makan diri.

Aku selalu rasa.

Mana tempat nak luah rasa hati, kalau bukan ubat diri sendiri? Aku patut private je blog ni kot.

22 April 2010

~Banyaknya relief ari ni~

Ramai cikgu tak ada. Dapat la relief. Ari ni aku 4 waktu jer. Sudah semestinya aku dapat relief. 2 waktu you! Hari ni ada meeting MUET. Ramai la cikgu kuar. Bola jaring, hoki, ping pong, MC, CRK. Arghhhh! Ramai! Sekarang aktiviti ko-ko tengah memuncak2. Minggu depan pun ada cikgu yang kuar lagi rasanya.

Next week start jadual waktu baru. 95% jadual aku sama dengan jadual lama gak. So, tak la terasa sangat. Cian kawan2 aku. Ada yang hari2 tertentu dapat 7 dari 9 waktu! Penat ko. 2 waktu tu memang waktu untuk g solat jer. Tak de masa nak rehat la maknanya kan. Sabarlah kawan2. Ada habuan anda lain masa

21 April 2010

~Cikgu pun kena buat bacaan NILAM~

Dah siap buat buku aturcara Kejohanan Merentas Desa SMKTE 2010. Majlisnya Sabtu ni (majlis? macam nak wat kenduri jer ayat). Aku selaku ketua buku aturcara. Assistant aku si Azian. Kitorang 2 orang je pun. So, bahagi2 kerja. Aku buat buku aturcara untuk VVIP dan VIP, Yan buat pemplet untuk guru2. Yang tak bestnya, tadi last minutes Yan cakap ada perubahan AJK persiapan tempat dan AJK disiplin. Aku dah antar photostat la! Suka nor wat keje tukar2 last minutes ni. Aku tak suka la. Dah antar, so, tengok la. Kalau rasa takmau membazir kertas, guna je la buku aturcara tu. Kalau rasa takmau jimat, wat lain la. Kan tahun ni kena amalkan penjimatan maksimum. Sekolah dah kurang duit. Harap duit PIBG, ada berapa la sangat. Depa kata duit PIBG sikit, tahla. Apa yang sikitnyer tah?

Tadi patutnya datang 7.30am, ada latihan merentas desa. Cuba pikir, budak kena datang, wat warm-up, lari keliling padang 10 kali, pastu balik. Cikgu kena datang jauh2 sebab nak pantau latihan. Bagi aku memang la tak releven langsung. Tapi bila boss ko-ko yang nak wat, kita guru kecik ni boleh lawan ke? Aku cakap kat Elly aku datang lewat skit sebab nak terus stay kat sekolah nak check buku register untuk refleksi. Ni la keje Penyelaras Tingkatan, darling! Alih2, kul8.25am Elly msg tak yah datang. Dah siap latihan. Cepat giler! Aku pun dah siap masa tu, terus gak la g skolah, check register. Lapar! Dah biasa siap2 g sekolah, sampai sekolah terus makan. Ni bila trus buat kerja, perut pun menyanyi u-la-la~

Meeting refleksi: benda2 biasa. Tapi yang buat aku celik---> Ladap! Lega tahun ni dah tak payah wat kursus. Suka! Gantinya, cikgu2 kena baca 7 buku menggantikan 7 hari berkursus. 1 buku = 1 hari berkursus la. Kena wat sinopsis macam Program Nilam budak2 tu. Skopnya tetap sama macam kursus 60%-20%-20%. Hai, boring kalau baca buku ilmiah ni sorang2. Kalau novel cepat la. Kawan2 di negeri lain dah lama mula, Selangor ni slow motion skit. Jun nanti kena buat pelaporan. At least, sampai Jumaat depan dah baca 1 buku. Kawan2, ada buku ilmiah pendidikan yang tak boring dibaca? Bahasa2 skema tu buat cepat lena, jadi ubat tido bleh la.

20 April 2010

~Fitting~


Ari tu masa fitting aku pikir banyak kali nak beli ke tak~ beli ke tak~
Bila dah balik, tengok gambar ni, aku rasa dress ni cute.
OK tak?

~Manusia Tak Sama~

Kenapa tak boleh nak hargai apa yang kita ada? Tak sedar ke? Mungkin bila tak sabar2 nak tinggalkan seseorang tu, kebaikan kita dah dilupa. Baik ke? Masa perlu, kita akan rindu dan cari. Bukan nak kata kita tu sempurna, mana ada yang sempurna. Kenapa tak boleh terima konsep terima seadanya or give and take. Kalau kita boleh terima dia, kenapa dia tak boleh terima kita? Manusia tak sama.

Kenapa tak boleh nak sokong apa kita buat? At least, bagi la perangsang. Bukan nak mintak duit ringgit dia pun. Sedih! Manusia tak sempurna akan terus kejar dan buat agar nampak hampir sempurna. Kita fikir dia, sayang dia. Sayang saja tak boleh hidup kan. Btol! Manusia tak sama.

Kenapa kita jadi terlalu lembut? Kalau dia buat kita boleh terima. Ye, kita terima dia seadanya. Sabar. Tau itu dia walau kadang2 makan hati. Mmmm, manusia mana la sempurna. Kalau robot boleh la kita format ikut kehendak kita. Tapi robot tak ada hati~ Kita nak yang ada hati kan.

Salah ke kawan dengan kawan yang lebih tua? Sampai nak kata kawan dengan veteren jer. Tak de la beza umur sampai 10-20 tahun. Cuma kawan tu tua 3 tahun. Salah? Manusia tak sama.

Migrain lagi aku!

19 April 2010

~I Go i-City. Go! Go! Go!~


















Mmmm. masa mula2 upload gambar2 ni aku semangat giler. half way, aku sakit ati + sedih. so, aku stop je la. ni gambar p i-city last saturday. aku xde mood nak share. biaq aku simpan gambar2 tu wat pekasam ke jeruk ke kan awak. bye

17 April 2010

~Kelas +an~

Hari ni giliran ke-2 aku handle kelas tambahan Sains PMR. Sepatutnya kelas Sain2 ada 2. Tapi disebabkan Cikgu Rezuan ada kursus KH, aku la yang ajar kedua2 kelas. Aku combine jer. Ajar chapter 5: Water and solution --->> Form 2. Kali ni aku tak le berasap kepala otak macam last 2 week. Kumpulan 3 (kelas Cikgu Rezuan ada 19 orang) + Kumpulan 4 (kelas aku ada 7 orang) = 26 orang. Tak le cuak sangat tengok. Kita semangat nak ajar, nak tolong, budak2 tu plak tak mau tolong diri sendiri. Sebelum mula kelas aku dah warning, sapa tak mau belajar, sila keluar~ Kalau takat nak datang sembang, main henset, baik tak payah datang!

Chapter 5 sangat panjang. Aku tak sempat discuss semua solalan pun. Next class sambung objective questions plak. Kali ni ada ramai budak perempuan, bagus skit. Ada la jugak respon kalau aku tanya. Walau pun tak ingat semua, overall boleh lah!

Aku baru balik rumah ni. Tadi niat nak habiskan semak buku budak kat staff room. Baru siap separuh aku dah ngantuk. Semalam aku g LCCT la amik adik aku balik. Cuti sabtu ahad bleh gatai nak balik dari Sarawak sebab tak mau g bawak budak camping! Hai~~ Ikut LDP. Kuar 9.30pm, tunggu kat LCCT tu pun lama gak sebab ujan lebat, sampai rumah kul 1am. Penat la. Sekarang aku dah ngantuk. Ngantuk penat semalam, bangun awal pg tadi dan makan nasi lemak pas kelas tambahan. Hasilnya, kelopak mata macam kena gam! Ok, I tido dulu. Bubbye~~

15 April 2010

~Tanpa guru siapalah kita. Tolong faham cikgu~

Cikgu yang ajar kita macam2. Cikgu yang bimbing kita tentang benda yang betul dan benda yang salah. Bila dah besar, ada kerjaya hebat, nak menghentam guru2 plak. Patut ke tu? Cikgu, jasamu tetap ku kenang. Tanpa cikgu2, aku tak jadi cikgu hari ini. Ye, mak aku cikgu aku yang pertama. Mak aku yang ajar aku asas mengaji, asas membaca, asas matematik. Tapi mak aku tak ajar buat surat kiriman rasmi dan tak rasmi. Mak tak ajar buat teks ucapan dan perbahasan. Mak tak ajar aku persamaan kuadratik. Mak tak ajar imbang persamaan kimia. Mak tak ajar bedah katak nak tengok organ2 dan sistem. Semua tu cikgu aku yang ajar. Di sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, universiti. Mak aku cuma wanita kampung yang tamat Darjah Enam. Kalau dulu mak selalu kata, ''Along ni bleh sekolah sampai habis ke tak mak pun tak tau.'' Susah! Sedih aku.

Tapi, bila dah sekolah, aku niat nak belajar sungguh2, jadi top 10 students, top 3, dapat biasiswa sejak Ting. 1, ''Along takkan susahkan mak ngan abah. Pasal duit nak blajar mak abah jangan risau. along ada duit biasiswa kalau nak beli buku rujukan ngan buku latihan.'' Mmmm, tu cerita dulu. Cerita anak yang sedar diri susah dan nak ubah nasib keluarga. Kisah anak murid yang belajar hanya di sekolah, tak pergi tuisyen. Kisah anak yang hormat cikgu macam hormat mak abah sendiri.

Cikgu tak pernah mintak balasan jika anak murid dapat PMR 8A atau SPM 10A. Cikgu tak mintak,''Ha, awak dapat 8A kan. Cikgu nak RM 1000. Penat ajar awak sampai pandai macam ni tau.'' Ada ke cikgu macam tu?

Aku tak nafikan tugas cikgu sekarang makin mencabar. Kalau mampu hidup lagi 20-30 tahun dalam profesion ni, aku yakin kerjaya guru ni akan jadi makin sukar. Kalau cikgu2 di Jepun sanggup bunuh diri sebab beban tugas, tak mustahil cikgu di Malaysia pun ada jadi macam tu nanti (kalau dah takde iman langsung la tu).

Cikgu sekarang dah tak boleh harap pengawas jaga kelas. ''Pengawas A, tolong tengok kelas jap. Cikgu nak pegi amik barang kat bilik guru. Kejapppp jer.'' Dalam masa sekejap tu macam2 boleh jadi. Ini pengalaman aku mengajar di Ting.1. Anak2 baru nak masuk alam remaja. Semua nak try. Sekejap cikgu tinggal, kaca tingkap mungkin dah pecah, darah kuar merambu2. Atau, cikgu tinggal budak PJK atas alasan wajib (cikgu nak pergi solat je), anak murid dah panjat bumbung nak ambil bola, jatuh, darah kuar memancut2. Tu pengalaman yang aku penah tengok. Tu tak masuk budak yang agak hyper nak telan paper ujian BM sebab fail. Tak masuk budak nak terjun tingkat 3 sebab cikgu amik kertas dia tulis mencarut2. Mak bapak (yang dulu belajar dengan cikgu gak sampai dapat kejer besor sekarang!) salahkan cikgu, ''Cikgu wat pe? Makan gaji buta ker?'' Salah cikgu jugak kan.

Terkejut ke kawan? Tu baru 0.01% pengalaman mengajar aku yang tak berapa lama ni. Ada lagi yang lebih hebat yang mungkin cikgu lain pernah jumpa. Tak termasuk cabaran cikgu di pedalaman Sabah Sarawak (tu aku memang tabik spring!). Aku mengajar di sekolah majoriti anak cha-ya-nun-alif. 80% kaum itu. Aku bukan salahkan budak2 tu 100%. Kadang2 mak bapak diorang pun sama gak bila aku jumpa masa hari terbuka. Cakap kasar, lambat sikit nak mengamuk, marah2 orang. Mana anak tak jadi macam tu. Cikgu dulu ada ke yang kena carut dengan budak? Aku rasa tak, tengok sekolah aku dulu la. Cikgu tu macam mak bapak, berani ko nak mencarut kat cikgu? Sekarang, apa bahasa yang tak keluar 'sohai' , 'mahai', 'lancau' semua ada lengkap pakej, boleh wat karangan. Sabar je la. Kalau betul anak aku aku dah lempang dah! Ni, ''cikgu2, kita tak boleh pukul, jentik malah jeling anak murid pun tak boleh ye. Tu salah~~'' -__-

Waktu dulu aku rasa cikgu tak de pun masuk relief kelas kalau cikgu lain tak datang. Murid2 boleh diharap, dok dalam kelas. Sekarang, apa yang tak ada? Kena relief kelas kalau ada cikgu tak datang, ada borang cegah ponteng untuk tau pergerakan murid, ada pas keluar kelas untuk kawal murid keluar masuk kelas.

Kadang2 aku marah bila students U yang masa study amik bidang lain. Bila dah jenuh cari kerja tak dapat2, nak mintak KPLI, DPLI, GSTT, cikgu ganti etc. Orang yang tak terniat pun nak jadi cikgu, tiba2 masuk profesion cikgu. Kalau betul minat giler nak jadi cikgu tapi tak dapat, tu lain cerita. Aku marah kat orang2 yang dah tak dapat keje lain, last choice, jadi cikgu. Kalau tak minat macamana nak jadi cikgu sampai umur 58 tahun? Boleh ek? Aku tak boleh wat kerja tu kalau aku tak minat~

Tadi pagi aku emo baca komen kat FB Ahmad Fedri TV3 tu. Emo kat komen2 orang lain kat post dia sebenarnya. Orang yang cakap berapi2, kuarkan hadis, cakap ala2 arab kononnya, anak cikgu lagi~~menghentam cikgu cukup2. Aku rasa cikgu tu dilema bukan tak boleh solat langsung, cuma terkejar2 waktu solat. Aku faham, sebab aku pun cikgu petang. Cikgu petang ni selalunya budak2 Peralihan, Ting. 1 dan 2 kalau di sekolah menengah la. Anak2 ni tak leh leka sikit, ada la jadi somethings nanti. Sila bayangkan sekolah harian biasa dengan anak yang biasa2, buakn sekolah asrama penuh yang anak2nya anak2 terpilih. Ini kisah sekolah harian biasa yang mungkin bermasalah disiplin. Kisah anak2 yang 'istimewa' aktif yang tak tahan nak wat macam2 'eksperimen' termasuk la lompat2, baling kerusi meja, dah test bertumbuk~~ Saya faham cikgu kalau anda mengeluh tak sempat nak solat atau lebih tepat solat yang kelam kabut. Nak ke toilet pun kadang2 tak sempat. Kalau kata cikgu sempat makan2, berFB tapi tak sempat solat, oh, sangatla aku marah. Cikgu petang berFB waktu pagi time tak ke sekolah lagi. Makan sebelum loceng pertama. Bila dah loceng, cikgu akan terkejar2 jalankan tanggungjawab. Masa senggang ada kerja pengurusan yang lain. Mengajar kan amanah dan ibadah jugak. Tapi, ada komen yang kata ''pandai2 la 'curi' masa''. Oh, mencuri boleh pulak ye? Cikgu solat Zohor time rehat, kalau sekolah aku rehat Ting.1 kul 3, rehat Ting.2 kul 3.35. Zohor should be no problem dear. Asar? Kalau kelas direct sejak lepas rehat hingga balik, kelas pulak kelas hujung2 yang tak boleh tinggal walau pun sat, macamana? ''Magrib kan lambat. Pas abis loceng last 6.45 pun boleh solat lagi kan''. Kesian cikgu, solat pun solat GAJAH, hujung2 waktu je kan. Mmmm, bukan tiap2 hari begitu sayang, kadang2 je, ada hari2 tertentu sahaja. Hari lain ok jer.

Tahun ni aku tak mengalami masalah ni sebab aku pegang jawatan agak besar~ penyelaras tingkatan. Aku bukan nak riak ye, kongsi je. Masa mengajar aku kurang la skit dari cikgu2 lain sebab beban tugas lebih. So, aku takde problem tak cukup masa nak solat tu. Wahai orang-berkerjaya-bukan-guru, anda tak berada di tempat kami anda tak tau situasi sebenar kami. Cuba ambil sehari (sepetang sebetulnya), ganti kami mengajar dan jaga anak2 anda di sekolah. Kadang2 mak bapak terlalu percaya apa anak cakap. Anak di rumah dan di sekolah tak sama. Cuba anda p mengendap tengok perangai anak2 di sekolah. Anda mungkin terkejut. Tahun lepas ada seorang bapa kaum India. Dia datang senyap2 nak tengok anak lelakinya di Ting.1H. Dia terkejut tengok anak sendiri. ''Cikgu, saya tak percaya itu anak saya.'' Di rumah, anak tu anak baik, dengar kata, kemas, sopan. Di sekolah, anak tu pakai subang, baju di luar seluar, suka cari gaduh. Dah tak makan saman cikgu2 walau tiap hari cikgu disiplin tibai bontot. Tak sama kan? Lagi 1 kes, anak mengadu cikgu tak pandai mengajar. Ibu datang jumpa cikgu nak tengok macamana cikgu tu mengajar. Salah sebenarnya izinkan parent jadi pemantau dalam kelas, tapi demi nak tunjuk bukti, terpaksa. Akhirnya ibu tu minta maaf, ''bukan cikgu yang salah, anak saya yang salah.'' Anak murid sekarang tak macam zaman kita dulu2 ye.

So, walau apa pun kerjaya anda sekarang, besar ke kecik ke, gaji berkoyan2 ke, ingat, anda tak jadi macamtu kalau takde cikgu. Anda tak lahir terus bijak kalau tak ke sekolah. Sedangkan Perdana Menteri pun asal dari didikan cikgu2, inikan pulak kerjaya2 lain. Jangan hukum cikgu2. Jangan bandingkan cikgu2 sekarang dengan zaman cikgu2 anda berpuluh tahun lepas. Zaman dah berubah sayang~~


OH~~

Aku emo lagi rupanya~~

=__=

Dahla~~
Maaf kalau ada yang terasa

~Pagi2 dah wat aku emo. Korang yang bukan CIKGU, sila faham, bukan hentam!!!!!~

Post En. Ahmad Fedtri Yahya tu tak salah, hanya menyatakan dilema sorang cikgu tu. Cikgu memang akan alami jadual padat. Kalau bukan tahun ni, tahun depan. Mengajar kan sampai pencen di usia 58 tahun~

Ok, kenyataan di sini, bukan tak ada masa bersolat. Itu tipu! Cuma cikgu2 di sesi petang akan terkejar2, kalut. Khusyuk ke? Insyaallah. Katakan sorang cikgu tu ada 6 waktu mengajar daripada 9 waktu dalam sehari. Kalau ada cikgu lain yang tak datang, dan cikgu tadi tak bernasib baik hari tu, dia mungkin dapat kelas relief. Kelas relief ni tak boleh tak masuk. Tambah2 plak anak2 zaman sekarang yang anda semua tau tak sama tahap baik dengan anak2 pelajar dulu. Kan cikgu tu dah ada 8 waktu sehari. Mana ada masa nak makan! 1 masa tu untuk solat Zuhur or Asar. Atau mungkin cikgu kena tinggal kelas yang agak baik untuk keluar bersolat 10 minit. Kalau surau jauh? 10 minit cukup ke? Tu tak masuk cikgu tu preggy ke, dah 'senior' asyik sakit2 lutut, dapat kuar dari kelas, solat, balik ke kelas dalam masa 10 minit? Orang yang mengalami je paham~~ Kalau jadi apa2 kat anak2 anda dalam kelas tu time cikgu kuar solat, adakah anda faham, atau anda akan kata, ''cikgu buat apa? makan gaji buta?!!" Aku dah pernah dengar semua tu.

Aku emo bila orang yang bukan dari bidang perguruan komen berapi2. Sila berada di tempat kami. Aku bersyukur sekolah aku ni ok. Walau pun ada masalah disiplin, dari segi lain: orang atasan tak fussy sangat, kawan2 best etc, aku tetap ada rasa sayang kat sekolah ni...

Wahai orang awam lain, sila jangan salahkan guru2. Patutnya anda empati~~rasa duduk ditempat kami baru komen banyak2. Banyak lagi aku nak kata tapi cukup lah. Nanti aku lagi emo. Cikgu2 lain yang baca, apa anda rasa?

Ahmad Fedtri Yahya Dilema seorang guru sesi petang. jadual padat. mula mengajar jam 1 sampai ..... tak sempat nak solat. apakah benar atau sengaja reka alasan...

47 minutes ago
Azlinda Abu Bakar
Azlinda Abu Bakar
alasan kot....
46 minutes ago
Eiyzall Eizhann
Eiyzall Eizhann
waktu untuk bersolat dan berwudhuk rasenye x sampai 10 min..bukankah pelajar mahupun murid yg beragama Islam diberikan waktu2 tertentu untuk bersolat..alangkah bgusnya guru2 sekali berjamaah..
45 minutes ago
Nooriah Abdullah
Nooriah Abdullah
hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh...solat bukan lama pun ....
44 minutes ago
-Arieyl Msar-
-Arieyl Msar-
nak seribu daya takmau sejuta dalih,..
mencari rezeki sampai terabai tntutan agama,.apakah hukumnya?
bak kata sorg pelawak popular.."pikir la sendiri"
44 minutes ago
Raja Zaliana Azhar
Raja Zaliana Azhar
alasan yg sgt hina,kalau mkn sempat takkan solat tk sempat..pk2 kanlah...
43 minutes ago
Ahmad Fedtri Yahya
Ahmad Fedtri Yahya
dia kat convent katanya... surau terlalu sempit. terpaksa tunggu lama rebut dgn pelajar
43 minutes ago
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Mengajar pun jihad ke jalan Allah.. Waktu solat Zuhor sampai Asar... tiada alasan untuk tidak mengerjakan solat Zuhor..
42 minutes ago
Ummi Asma
Ummi Asma
bukan rekaan... tapi kenyataan... guri dibebani tugas2an yg x sepatutnya... tugas guru sekarang ni bukan hanya sekadar mendidik tapi juga melakukan sistem pengkeranian... bukan setakat guru yg mengajar di sesi petang akan mengeluh tapi semua guru... kekadang tu pihak atasan panggil mesyuarat yg mula kul 3pm dan berakhir kul 6.30ptg... mesti guru2 ... See Moreterkejar2 untuk menunaikan solat.. guru lelaki ok.. tapi kalau guru perempuan ++ lagi kalau sudah berkeluarga... sama2 kita fikirkan betapa beratnya tugas guru di zaman ini..
42 minutes ago
Ezar Bakti
Ezar Bakti
tepuk dada,tnya iman...nak seribu daya,xnak setrilion alasan...
39 minutes ago
Lynn Abadies
Lynn Abadies
Bilamana Allah swt memanggil hamba-Nya utk berjumpa dgnnya (mengerjakan solat)...berbagai2 alasan yg dikemuka...pdhal itu semua alasan manusia...undang2 Allah yg x boleh diubah, sibuk nk diubah..undang2 manusia yg boleh diubah & diatur manusia..x mahu pula diperbetulkan...macam2...
37 minutes ago
Rehan Daud
Rehan Daud
alasan semata..saya penah mengajar sesi ptg,sempat jer solat..klu pon bukan d surau..boleh je kat tempat lain spt library n etc.
37 minutes ago
Sofeah Masruhan
Sofeah Masruhan
nak kata alasan x taw la. tp klo da sedar keadaan tu m'ganggu jadual solat kita, elok la tukar 'syif' lain. klo x sampai bila nak 'qadha' solat je kan.. x salah curi masa tuk solat masa kerja. lebih baik drpd x solat langsung.
37 minutes ago
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Lets don't fight about it... I pun sibuk jugak... semua orang sibuk... mcm2 nak buat. tapi kalau bagi alasan, mmg tak akan buat. cuba berdoa agar Allah swt permudahkan pekerjaan kita seharian InsyaAllah... kita mampu sebenarnya...
36 minutes ago
Ummi Asma
Ummi Asma
jgn di salah tafsirkan... tapi carilah kebenaran di sebalik dugaan sebagai hamba yg menjalankan tugas2 serta amanah yg di berikan..
35 minutes ago
Romziah Maidin
Romziah Maidin
Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
34 minutes ago
Ummi Asma
Ummi Asma
yg penting pandai bahagi masa.. time rehat leh la solat atau apa2 yg patut..
34 minutes ago
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Bila mana you are a mom, driver, bibik, ayah, cikgu, manager, dan juga hamba Allah swt... kita kena pilih lah... yang mana penting dan patut kita dulukan...
33 minutes ago
Lynn Abadies
Lynn Abadies
kalau nk kata bab sibuk ni...nabi Sulaiman lagi sibuk...byk kerajaan...smpat jer beribadah...manusia kan mmg suka mencipta alasan...
33 minutes ago
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Kalau kita fikir kita akan mati kejap lagi... agak2 nak ke pilih memilih dan memberi alasan...
32 minutes ago
Sakinah Siddiq
Sakinah Siddiq
kenyataan. sape x rasa memang senang kata.. jgnkn solat, mkn pn kdg2 x smpat.. sepatutnya kelas petang mula selepas zohor..pkul 2 pn ok.. kalau mula pukul 1, msti ade gap sblum wktu asar..
nk amik mase, wlupun 10minit, nnti kate x amanah, duit gaji x berkat n mcm2.. amanah dgn ALLAH?? bole je nk solat kat dalam kelas @ kt tgh2 padang (x prlu berebut)..tp nnti jd isu lain pula...
=) pihak pengatur jadual skola harap lebih peka..
31 minutes ago
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Hartini Bt. Mohd. Saleh
Maaf, there are time for you to FB...
27 minutes ago
Norazwaty Aziz
Norazwaty Aziz
mugkin gak betul,setiap kite menghadapi situasi yg berbeza 2...jgn kite bg komen berdasarkan keadaan kite.letakkan diri anda ditempat hamba Allah tu,,,br tau..tapi ape 2 pun solat ttp no 1..masih ade jln keluarnye.
20 minutes ago
Nor Rimah Junos
Nor Rimah Junos
kalau nak kata kerja berlambak, bertimbun, sumer yg bekerja camtu... pandai2 la 'mencuri' masa...
18 minutes ago
Nor Aida
Nor Aida
skg kan pg lg..msti loh ade time tuk FB bg cik sakinah..die ngajat ptg..hehe(backup la plak..)
mybe sistem jadual kat skolah yg cik sakinah ngajar tu xsistematik..slama sy skolah ptg dlu,mmg xde hal la tuk cikgu2 nih nak solat..cmne la isu ni bleh timbul..nak solat,plg kurang 5 minit je pon..xkn la smpai xsmpat lgsung..

patot camnilah..u patut dhulukan ALLAH bbnding yg len..even xsmpt mkn tu xkesahla..balik kang pon bole mkn ape..yg pnting msti sempatkan tuk solat..islam itu mudah~
18 minutes ago
Baidura Bahari
Baidura Bahari
erm...jadual saya setiap hari khamis sgt2 full...sy pun mengajar petang..maybe 2-3minit jalan kaki nak ke surau sekolah yg terletak di sebelah hujung padang. Sekolah sy bermula jam 12.40tghri..masuk waktu awal, jam 12.35..tp tak dapat lah nak solat kat umah..nak gerak dr umah ke sekolah pun memakan masa.So,jam1240-310ptg waktu P&P..rehat 3.10-330..... See Moremasa tu lah baru dapat solat..tp masa rehat plak kalo kena turn jaga RMT..maka lambat lah g solat..so solat 10 minit..kalo terlambat masuk kelas, paham2 jer lah..tp yg pasti waktu rehat yg diluangkan utk bersolat tu sgt2 akhir waktunya...sebab masuk waktu asar kul3.40ptg..
so..kesimpulannnya...cri dulu kebenaran..bru lah wat penilaian..jgn wat penilaian sewenang-wenang nyer..setiap kerjaya itu sgt2 berbeza antara 1 sama lain..cikgu bukan sj mngajar tp keje pengurusan pun cikgu jugak buat..tu lah yg kami para guru buat bila ada msa terluang..bkn mengajar jer tau...tp alhmdulillah setakat ni wlpn masa tu sgt2 x cukup..masa untuk mengadap Pencipta tetap ada..alhmdulillah..
14 minutes ago
Balqis Al Husna
Balqis Al Husna
ukhty sakinah guru yer?...abi ana pon guru sesi ptg...nmpknya die x de masalah hal2 solat....kdg2 ummi ana yg mengajar sesi pagi poni balik lewat ptg,melebihi org kerje wktu pejabat...kesian kat depo...inilah dilema seorg guru...an kesian sgt kat walidain...
13 minutes ago
Nor Rimah Junos
Nor Rimah Junos
betul setiap kerjaya tu berbeza cara bekerja dan sibuknya.. tapi kena ingat 'tiang agama'... Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah..
8 minutes ago
Baidura Bahari
Baidura Bahari
yup..Islam itu mudah...setuju!!!!!!!!..IM LOVE IT..
8 minutes ago
Balqis Al Husna
Balqis Al Husna
yup betol ukhty rimah....Islam itu mudah tapi jgn ambil mudah....perlu fhm betol2....
7 minutes ago
Khusairi Ahmad
Khusairi Ahmad
Salam.. Saya pnmengajar petang.. wlupn tugas padat, yg penting kita bijak merencana jadual agar urusan duniawi tidak menjejaskan amalan ibadat kita untuk bekalan akhirat.
6 minutes ago
Baidura Bahari
Baidura Bahari
yup setuju tu..islam itu mudah..tp jgn amik mudah.. :-)
4 minutes ago