17 April 2010

~Kelas +an~

Hari ni giliran ke-2 aku handle kelas tambahan Sains PMR. Sepatutnya kelas Sain2 ada 2. Tapi disebabkan Cikgu Rezuan ada kursus KH, aku la yang ajar kedua2 kelas. Aku combine jer. Ajar chapter 5: Water and solution --->> Form 2. Kali ni aku tak le berasap kepala otak macam last 2 week. Kumpulan 3 (kelas Cikgu Rezuan ada 19 orang) + Kumpulan 4 (kelas aku ada 7 orang) = 26 orang. Tak le cuak sangat tengok. Kita semangat nak ajar, nak tolong, budak2 tu plak tak mau tolong diri sendiri. Sebelum mula kelas aku dah warning, sapa tak mau belajar, sila keluar~ Kalau takat nak datang sembang, main henset, baik tak payah datang!

Chapter 5 sangat panjang. Aku tak sempat discuss semua solalan pun. Next class sambung objective questions plak. Kali ni ada ramai budak perempuan, bagus skit. Ada la jugak respon kalau aku tanya. Walau pun tak ingat semua, overall boleh lah!

Aku baru balik rumah ni. Tadi niat nak habiskan semak buku budak kat staff room. Baru siap separuh aku dah ngantuk. Semalam aku g LCCT la amik adik aku balik. Cuti sabtu ahad bleh gatai nak balik dari Sarawak sebab tak mau g bawak budak camping! Hai~~ Ikut LDP. Kuar 9.30pm, tunggu kat LCCT tu pun lama gak sebab ujan lebat, sampai rumah kul 1am. Penat la. Sekarang aku dah ngantuk. Ngantuk penat semalam, bangun awal pg tadi dan makan nasi lemak pas kelas tambahan. Hasilnya, kelopak mata macam kena gam! Ok, I tido dulu. Bubbye~~

1 comment:

saya_arief said...

hoho..extra class..sgt merinduinyer..