21 April 2010

~Cikgu pun kena buat bacaan NILAM~

Dah siap buat buku aturcara Kejohanan Merentas Desa SMKTE 2010. Majlisnya Sabtu ni (majlis? macam nak wat kenduri jer ayat). Aku selaku ketua buku aturcara. Assistant aku si Azian. Kitorang 2 orang je pun. So, bahagi2 kerja. Aku buat buku aturcara untuk VVIP dan VIP, Yan buat pemplet untuk guru2. Yang tak bestnya, tadi last minutes Yan cakap ada perubahan AJK persiapan tempat dan AJK disiplin. Aku dah antar photostat la! Suka nor wat keje tukar2 last minutes ni. Aku tak suka la. Dah antar, so, tengok la. Kalau rasa takmau membazir kertas, guna je la buku aturcara tu. Kalau rasa takmau jimat, wat lain la. Kan tahun ni kena amalkan penjimatan maksimum. Sekolah dah kurang duit. Harap duit PIBG, ada berapa la sangat. Depa kata duit PIBG sikit, tahla. Apa yang sikitnyer tah?

Tadi patutnya datang 7.30am, ada latihan merentas desa. Cuba pikir, budak kena datang, wat warm-up, lari keliling padang 10 kali, pastu balik. Cikgu kena datang jauh2 sebab nak pantau latihan. Bagi aku memang la tak releven langsung. Tapi bila boss ko-ko yang nak wat, kita guru kecik ni boleh lawan ke? Aku cakap kat Elly aku datang lewat skit sebab nak terus stay kat sekolah nak check buku register untuk refleksi. Ni la keje Penyelaras Tingkatan, darling! Alih2, kul8.25am Elly msg tak yah datang. Dah siap latihan. Cepat giler! Aku pun dah siap masa tu, terus gak la g skolah, check register. Lapar! Dah biasa siap2 g sekolah, sampai sekolah terus makan. Ni bila trus buat kerja, perut pun menyanyi u-la-la~

Meeting refleksi: benda2 biasa. Tapi yang buat aku celik---> Ladap! Lega tahun ni dah tak payah wat kursus. Suka! Gantinya, cikgu2 kena baca 7 buku menggantikan 7 hari berkursus. 1 buku = 1 hari berkursus la. Kena wat sinopsis macam Program Nilam budak2 tu. Skopnya tetap sama macam kursus 60%-20%-20%. Hai, boring kalau baca buku ilmiah ni sorang2. Kalau novel cepat la. Kawan2 di negeri lain dah lama mula, Selangor ni slow motion skit. Jun nanti kena buat pelaporan. At least, sampai Jumaat depan dah baca 1 buku. Kawan2, ada buku ilmiah pendidikan yang tak boring dibaca? Bahasa2 skema tu buat cepat lena, jadi ubat tido bleh la.

1 comment:

Sylarius said...

Aku yang anggota staf sokongan ni pun terkena jugak. Sekurang-kurangnya kitorang takda la kena buat presentation. Hehe