15 April 2010

~Tanpa guru siapalah kita. Tolong faham cikgu~

Cikgu yang ajar kita macam2. Cikgu yang bimbing kita tentang benda yang betul dan benda yang salah. Bila dah besar, ada kerjaya hebat, nak menghentam guru2 plak. Patut ke tu? Cikgu, jasamu tetap ku kenang. Tanpa cikgu2, aku tak jadi cikgu hari ini. Ye, mak aku cikgu aku yang pertama. Mak aku yang ajar aku asas mengaji, asas membaca, asas matematik. Tapi mak aku tak ajar buat surat kiriman rasmi dan tak rasmi. Mak tak ajar buat teks ucapan dan perbahasan. Mak tak ajar aku persamaan kuadratik. Mak tak ajar imbang persamaan kimia. Mak tak ajar bedah katak nak tengok organ2 dan sistem. Semua tu cikgu aku yang ajar. Di sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, universiti. Mak aku cuma wanita kampung yang tamat Darjah Enam. Kalau dulu mak selalu kata, ''Along ni bleh sekolah sampai habis ke tak mak pun tak tau.'' Susah! Sedih aku.

Tapi, bila dah sekolah, aku niat nak belajar sungguh2, jadi top 10 students, top 3, dapat biasiswa sejak Ting. 1, ''Along takkan susahkan mak ngan abah. Pasal duit nak blajar mak abah jangan risau. along ada duit biasiswa kalau nak beli buku rujukan ngan buku latihan.'' Mmmm, tu cerita dulu. Cerita anak yang sedar diri susah dan nak ubah nasib keluarga. Kisah anak murid yang belajar hanya di sekolah, tak pergi tuisyen. Kisah anak yang hormat cikgu macam hormat mak abah sendiri.

Cikgu tak pernah mintak balasan jika anak murid dapat PMR 8A atau SPM 10A. Cikgu tak mintak,''Ha, awak dapat 8A kan. Cikgu nak RM 1000. Penat ajar awak sampai pandai macam ni tau.'' Ada ke cikgu macam tu?

Aku tak nafikan tugas cikgu sekarang makin mencabar. Kalau mampu hidup lagi 20-30 tahun dalam profesion ni, aku yakin kerjaya guru ni akan jadi makin sukar. Kalau cikgu2 di Jepun sanggup bunuh diri sebab beban tugas, tak mustahil cikgu di Malaysia pun ada jadi macam tu nanti (kalau dah takde iman langsung la tu).

Cikgu sekarang dah tak boleh harap pengawas jaga kelas. ''Pengawas A, tolong tengok kelas jap. Cikgu nak pegi amik barang kat bilik guru. Kejapppp jer.'' Dalam masa sekejap tu macam2 boleh jadi. Ini pengalaman aku mengajar di Ting.1. Anak2 baru nak masuk alam remaja. Semua nak try. Sekejap cikgu tinggal, kaca tingkap mungkin dah pecah, darah kuar merambu2. Atau, cikgu tinggal budak PJK atas alasan wajib (cikgu nak pergi solat je), anak murid dah panjat bumbung nak ambil bola, jatuh, darah kuar memancut2. Tu pengalaman yang aku penah tengok. Tu tak masuk budak yang agak hyper nak telan paper ujian BM sebab fail. Tak masuk budak nak terjun tingkat 3 sebab cikgu amik kertas dia tulis mencarut2. Mak bapak (yang dulu belajar dengan cikgu gak sampai dapat kejer besor sekarang!) salahkan cikgu, ''Cikgu wat pe? Makan gaji buta ker?'' Salah cikgu jugak kan.

Terkejut ke kawan? Tu baru 0.01% pengalaman mengajar aku yang tak berapa lama ni. Ada lagi yang lebih hebat yang mungkin cikgu lain pernah jumpa. Tak termasuk cabaran cikgu di pedalaman Sabah Sarawak (tu aku memang tabik spring!). Aku mengajar di sekolah majoriti anak cha-ya-nun-alif. 80% kaum itu. Aku bukan salahkan budak2 tu 100%. Kadang2 mak bapak diorang pun sama gak bila aku jumpa masa hari terbuka. Cakap kasar, lambat sikit nak mengamuk, marah2 orang. Mana anak tak jadi macam tu. Cikgu dulu ada ke yang kena carut dengan budak? Aku rasa tak, tengok sekolah aku dulu la. Cikgu tu macam mak bapak, berani ko nak mencarut kat cikgu? Sekarang, apa bahasa yang tak keluar 'sohai' , 'mahai', 'lancau' semua ada lengkap pakej, boleh wat karangan. Sabar je la. Kalau betul anak aku aku dah lempang dah! Ni, ''cikgu2, kita tak boleh pukul, jentik malah jeling anak murid pun tak boleh ye. Tu salah~~'' -__-

Waktu dulu aku rasa cikgu tak de pun masuk relief kelas kalau cikgu lain tak datang. Murid2 boleh diharap, dok dalam kelas. Sekarang, apa yang tak ada? Kena relief kelas kalau ada cikgu tak datang, ada borang cegah ponteng untuk tau pergerakan murid, ada pas keluar kelas untuk kawal murid keluar masuk kelas.

Kadang2 aku marah bila students U yang masa study amik bidang lain. Bila dah jenuh cari kerja tak dapat2, nak mintak KPLI, DPLI, GSTT, cikgu ganti etc. Orang yang tak terniat pun nak jadi cikgu, tiba2 masuk profesion cikgu. Kalau betul minat giler nak jadi cikgu tapi tak dapat, tu lain cerita. Aku marah kat orang2 yang dah tak dapat keje lain, last choice, jadi cikgu. Kalau tak minat macamana nak jadi cikgu sampai umur 58 tahun? Boleh ek? Aku tak boleh wat kerja tu kalau aku tak minat~

Tadi pagi aku emo baca komen kat FB Ahmad Fedri TV3 tu. Emo kat komen2 orang lain kat post dia sebenarnya. Orang yang cakap berapi2, kuarkan hadis, cakap ala2 arab kononnya, anak cikgu lagi~~menghentam cikgu cukup2. Aku rasa cikgu tu dilema bukan tak boleh solat langsung, cuma terkejar2 waktu solat. Aku faham, sebab aku pun cikgu petang. Cikgu petang ni selalunya budak2 Peralihan, Ting. 1 dan 2 kalau di sekolah menengah la. Anak2 ni tak leh leka sikit, ada la jadi somethings nanti. Sila bayangkan sekolah harian biasa dengan anak yang biasa2, buakn sekolah asrama penuh yang anak2nya anak2 terpilih. Ini kisah sekolah harian biasa yang mungkin bermasalah disiplin. Kisah anak2 yang 'istimewa' aktif yang tak tahan nak wat macam2 'eksperimen' termasuk la lompat2, baling kerusi meja, dah test bertumbuk~~ Saya faham cikgu kalau anda mengeluh tak sempat nak solat atau lebih tepat solat yang kelam kabut. Nak ke toilet pun kadang2 tak sempat. Kalau kata cikgu sempat makan2, berFB tapi tak sempat solat, oh, sangatla aku marah. Cikgu petang berFB waktu pagi time tak ke sekolah lagi. Makan sebelum loceng pertama. Bila dah loceng, cikgu akan terkejar2 jalankan tanggungjawab. Masa senggang ada kerja pengurusan yang lain. Mengajar kan amanah dan ibadah jugak. Tapi, ada komen yang kata ''pandai2 la 'curi' masa''. Oh, mencuri boleh pulak ye? Cikgu solat Zohor time rehat, kalau sekolah aku rehat Ting.1 kul 3, rehat Ting.2 kul 3.35. Zohor should be no problem dear. Asar? Kalau kelas direct sejak lepas rehat hingga balik, kelas pulak kelas hujung2 yang tak boleh tinggal walau pun sat, macamana? ''Magrib kan lambat. Pas abis loceng last 6.45 pun boleh solat lagi kan''. Kesian cikgu, solat pun solat GAJAH, hujung2 waktu je kan. Mmmm, bukan tiap2 hari begitu sayang, kadang2 je, ada hari2 tertentu sahaja. Hari lain ok jer.

Tahun ni aku tak mengalami masalah ni sebab aku pegang jawatan agak besar~ penyelaras tingkatan. Aku bukan nak riak ye, kongsi je. Masa mengajar aku kurang la skit dari cikgu2 lain sebab beban tugas lebih. So, aku takde problem tak cukup masa nak solat tu. Wahai orang-berkerjaya-bukan-guru, anda tak berada di tempat kami anda tak tau situasi sebenar kami. Cuba ambil sehari (sepetang sebetulnya), ganti kami mengajar dan jaga anak2 anda di sekolah. Kadang2 mak bapak terlalu percaya apa anak cakap. Anak di rumah dan di sekolah tak sama. Cuba anda p mengendap tengok perangai anak2 di sekolah. Anda mungkin terkejut. Tahun lepas ada seorang bapa kaum India. Dia datang senyap2 nak tengok anak lelakinya di Ting.1H. Dia terkejut tengok anak sendiri. ''Cikgu, saya tak percaya itu anak saya.'' Di rumah, anak tu anak baik, dengar kata, kemas, sopan. Di sekolah, anak tu pakai subang, baju di luar seluar, suka cari gaduh. Dah tak makan saman cikgu2 walau tiap hari cikgu disiplin tibai bontot. Tak sama kan? Lagi 1 kes, anak mengadu cikgu tak pandai mengajar. Ibu datang jumpa cikgu nak tengok macamana cikgu tu mengajar. Salah sebenarnya izinkan parent jadi pemantau dalam kelas, tapi demi nak tunjuk bukti, terpaksa. Akhirnya ibu tu minta maaf, ''bukan cikgu yang salah, anak saya yang salah.'' Anak murid sekarang tak macam zaman kita dulu2 ye.

So, walau apa pun kerjaya anda sekarang, besar ke kecik ke, gaji berkoyan2 ke, ingat, anda tak jadi macamtu kalau takde cikgu. Anda tak lahir terus bijak kalau tak ke sekolah. Sedangkan Perdana Menteri pun asal dari didikan cikgu2, inikan pulak kerjaya2 lain. Jangan hukum cikgu2. Jangan bandingkan cikgu2 sekarang dengan zaman cikgu2 anda berpuluh tahun lepas. Zaman dah berubah sayang~~


OH~~

Aku emo lagi rupanya~~

=__=

Dahla~~
Maaf kalau ada yang terasa

4 comments:

~aSHa~ said...

mak adalah guru terbaik...kan?

Teacher Hafizah said...

btoi, walau mak tak ajer semua subjek kite blajar kat skolah, mak ajar cara hidup, yg kita takkan dpt kat sekolah

wahidakhairy said...

sabar ye cikgi fiza...biasa la hidop...penuh ngn cabarn,tohmahan dan macam2...yg penting, ikhlas kan diri kita...InsyaAllah Tuhan sentiasa di sisi kita...hrp2 one day, org akan lebih mengerti erti sebenar seorang cikgu...

Teacher Hafizah said...

ya.hope so. i love my work ^__^