Showing posts with label rumah feveret kat kampung. Show all posts
Showing posts with label rumah feveret kat kampung. Show all posts

18 December 2012

~Disember 2012 = bulan kenduri~



Home sweet home.


Cuti sekolah penuh dengan aktiviti kenduri kendara. Pipah kahwin, Angah bertunang. Penat Mak Jemak nak jadi wedding planner ni nok! 

Kenduri Pipah tidak le teman penat sebab rata2 kerja guna katering. Pelamin semua pakai sewa je. Yang penatnyasebelum kenduri asyik ulang ke pekan mencari barang untuk dibungkus jadi goodies. Banyak tuh. Buat untuk 1500 beg! Pengsan ke tak pengsan? Jenuh stapler la. Import assistants dari Titi Serong yang sejak 2 minggu sebelum kenduri dah tanya bila nak start packing? Awai g kot Tini....

Selang 2 minggu, Angah bertunang. Ini memang 80% mak kerja keras nak. Mak demam, angah boleh buat 'keras tangan' je, kraf tangan sumpah rupa itik ke unta ke ayam, kalau kucing comei la gak kan. Dari hantaran, ke mini pelamin,ke mekap, ke jurugambar.....berapa aku nak claim ni ye? Hahahaha. Gila tamak kalau aku buat bisness semua tu aku yang sapu!


  
The pengantin
 

  
The Along @ kakak sulung (yang bongsu!)
 
The Angah @ kakak tengah 
 
 The sepupu merangkap pengapit


The Harimau Malaya
 
The perempuan yang bertunang
 

   
The hantaran
 

 
 The perempuan bertunang dengan adik bongsu (kah3).

The perempuan bertunang again dengan sulung jadi2an
 
Kek sedap. Ijah, nanti hang buat, claim duit dengan Azirah ye. Dia makcik kayo!


**Angah, cakap thanks kat pakcik Wan yang tak abis2 cakap kakak pengantin lagi cun tuh! Hahahaha. Berasap bontot hang!


19 March 2012

~Cerita untuk anak cucu~Ahad~18 Mac 2012~

Hari Ahad, hari terakhir cuti sekolah kali ni. Pagi2 pukul 4.30 Angah dah kejut sebab flight Penang-Kuching pukul 7.00 pagi. Mak bangun siap boleh goreng coq ubi lagi, bekal makan dalam keta mak kata. Abah tak mau ikut, tidoq lagi best. Btoi wo!

Balik dari airport boleh plak teringat nak p Root Walk, tapi aku cakap kat mak, tak best la p 2 orang je, abah tak ikut. So, keluar dari pulau. Singgah RnR Juru, mak nak beli nasi lemak kegemaran dia. Asal balik dari Penang mesti mak nak beli nasi lemak, mak kata sedap.

Sampai rumah, makan time! Aku telan 2 bungkus skali hadap! Makan, happy2, sembang; ye la japg aku nak bali Ipoh dah. Pas makan terus lalok, ngantuk. Bangun awal sangat....alasan! Zzzzzz. Tak sedar pun bila masa abah kuar g kenduri. Mak pun tido, tapi sat je.

Dalam kul12.30 automatik terjaga, panas beb! Lama giler aku tidur, macam tido malam je :P . Bangun, mandi, basuh baju.

TIBA-TIBA........

Aku dengar bunyi kuat giler. Sangat kuat! Dengar azan, dengar bunyi kuat, aku baek punya berkemban dalam bilik air. Bunyi tu sangat kuat. Pernah dengar kapal terbang mendarat? Tapi bunyi ni lebih berat daripada tu.Macam Concorde terbang rendah! Mak kat dapur, mak tanya bunyi apa tu? Aku cakap kat mak, try tengok kat luar ada apa2 yang pelik ke. Tak de kapal terbang apa pun. Mak tengok rumah abg chaq (sepupu aku) sebelah rumah aku. Maksud sebelah di sini memang betul2 sebelah la, tak sampai 2m pun. Mak nampak asap kat dapur rumah depa. Kak chaq ni bakar ikan ke berasap. Mak panggil kak chaq, tak de orang pun. Mak jalan sampai ke belakang sikit.

"Along, rumah abg chaq terbakar!!!"

Panic weh! Dah la berkemban baru pas mandi. Dapur memang dah berasap hitam, api pun dah nampak sikit. Mak dah lari keluar rumah panggil jiran2 mintak tolong. Aku terus 994. Prosedur oh prosedur! Tak payah prosedur sangat kot. Straight to da point minta address je tak boleh ke? Geram! Capai baju apa yang ada, rambut mengerbang dah rupa hantu kot. Lari keluar rumah, yang penting bawak lari beg yang ada IC, barang2 sekolah. Lari keluar rumah, ubah keta dari garaj. Garaj dengan rumah abg chaq lg dekat. Sekaki dua je dah sampai.

Family Abg chaq tak de. Rumah kami sederet ada 3 buah. Hujung rumah aku, tengah rumah Abg Chaq, depan rumah pakjang. Aku kol bomba, pakjang kol Abg chaq. Depa p kenduri. Tercungap2 aku kol sebab lari merata tempat. Abah pun takde, g kenduri tak balik lagi. Abis kol bomba terus kol abah balik. Nak nangis dah ni. Time aku kol bomba tu pun api yang tadi kat dapur je dah merebak ke rumah tengah. Tengah2 ada bilik. Api makan tilam...memang cepat la. Bunyi tong gas meletup! Rupanya yang bunyi macam angin kuat macam kapal terbang mendarat tu bunyi gas!

 Mak tarik paip air, jap siram kat rumah abg chaq, kejap siram rumah kami. Api kat rumah abg chaq dah besar, dah tak boleh simbah, dah takde kesan. Risau aku, aku suh mak jangan p dekat sangat dengan rumah abg chaq, mana tau.....tong gas melayang kang....

Abah balik, kawan2 abah ikut sekali. Jiran pun dah mula ramai datang tolong. Family abg chaq sampai, depa sebenarnya memang dah odw balik, dah sampai Parit Buntar dah pun. Sampai time api dah marak. Bomba sampai, 2 jentera. Pastu sampai lagi 2. Area rumah aku tak ada paip bomba, tapi lucky sebab ada parit besar depan jalan nak masuk ke rumah. Bomba pam air parit untuk siram. Mula dari aku kol bomba 1.47pm, 2pm lebih bomba sampai, abis padam area 3.30pm. Apa pun tak sempat selamat kecuali sofa kat depan rumah, tinggal sehelai sepinggang.

Sejak kebakaran sampai malam tak putus2 sedara dan orang kampung datang melawat. Mak cakap tadi awal2 pagi lg dah ada orang datang melawat. Ops! Semalam 1st time aku tengok YB datang, sebelum ni aku tak kenal pun :P Kebanyakan yang datang bagi derma...ikut kemampuan la. Ada bagi makanan, baju, duit. Bagus kan orang kampung; tolong-menolong, derma-menderma tu masih ada. Rupa2nya bunyi gas kuat yang aku dengar tu boleh di dengar lebih kurang radius 1km! Kuat kan!


-----------------------------------------------------------------
 
Fobia aku tak habis lagi. Semalam sebab penat sangat aku tertidur pas driving 1j dari kampung ke Ipoh. Ari ni konon2nya nak tidur petang, nak rehat, badan penant sangat, aku tak boleh tido weh! Teringat bunyi kuat tu, teringat api. 
 
Mujurlah semalam angin tak kuat. KALAU angin kuat? KALAU angin menghala ke rumah aku? KALAU la aku balik Ipoh awal pagi pas hantar Angah?....Mak sorang2 macamana? Teringat tu aku nangis.
 
Allah dah bagi petunjuk tapi kami tak sedar:
 
1) Tak jadi p jalan2 sebab abah tak ikut.
 
2) Aku tersentak terjaga dari tidur, macam ada orang kejut! (bilik aku tidur tu betul2 dekat dengan dapur abg chaq)

3) Aku tak kalut/tak teringat/tak sebut langsung pasal nak balik awal ke Ipoh sebab malas nak redah jem macam selalu.


Tapi aku pelik...kenapa orang yang betul2 dekat, sedekat kurang 1m berjiran tak boleh sedar, tak boleh dengar, tak cuba nak cari tu bunyi kuat tu bunyi apa????


Dugaan datang pelbagai rupa. Redha..... -_-









 

03 March 2012

~Merentas Poli + Bertunang~

Lama btol tak menulis. Orang kata kalau takde bende tak payah memenatkan diri nak taip. Buang masa :P

Last weekend ada Merentas Desa (yang sebetulnya 'Merentas Poli'!). Tak ramai sangat budak2 luar yang datang. Sebab ada budak2 asrama je yang bagi nampak ramai. Kejap je. Lebih kurang 8.30 pagi lari, 10.45 pagi dah siap bagi medals pun. Cepat betoi!

Habis tu aku bergegas balik kampung. Adik aku bertunang hari Ahad. Langkah bendul, apa pendapat korang? Bila orang tanya.....ada aku kesah??? :P

Layan gambar je la ye. Bubbye.

 

 

 



* Macam banyak gambar je gaya ayat di atas tadi kan. 

28 July 2011

~Gogo beranak lagi!~

Mak kol pagi2 buta sebab nak cakak Gogo beranak lagi. Kali ni pun sama, 4 ekor. Dah kurang kaler OREN! Lega. Kalau tak berapa kali beranak kaler OREN jer. Boring! Kali ni ada ekor kontot sekor, pecah rekod ni. Anak kucing kami bela tak pernak ada ekor kontot! 3 ekor panjang, warna hitam putih. Oh, I love it.


Jangan si Gogo bawak lari sana sini anak dia tu dah la. Dah macam2 tragedi daripada dimakan biawak sampai dibuat mainan oleh kera2 kejam :(

03 May 2011

~Tembak tanpa edit~

Tempat : Parit depan rumah

Masa : 6.30pm 02-05-2011






















100% dari D5000 tanpa edit sebab malas. Hehehe. Kan aku cakap rindu nak menembak, tak rindu nak mengedit. So, hasilnya....memang tak edit langsung la. Ni guna laptop baru. Photoshop pun tak install lagi dalam laptop ni. Watermark pun takde ni ha.

Ok, enjoy la k ;)

01 May 2011

~Hari Pekerja bukan Hari Buruh?~

"Cikgu, Isnin ni cuti kan.''

"Haah."

"Cuti hari buruh kan."

"Weh, bukan la. Cutiharipekerjakan cikgu kan.''

"Hari buruh la!"

"Hari pekerja la!"

"Dah! Dah! Hari pekerja tu sama je dengan hari buruh. Semua cuti. Cikgu cuti, kamu pun cuti.''

"Oooooo, ye ke cikgu?''





Hai.... anak murid aku. Benda tu pun bleh jadi isu nak gaduh. Anyway, SELAMAT HARI PEKERJA@BURUH semua. Aku kat kampung already. Happy sungguh walau pun cita2 nak snap gambar tergendala petang tadi sebab hujan T__T.

22 March 2011

~Kronologi drama cuti~

Hari Isnin, sekolah semula. Balik dari kampung Subuh tadi, drive dengan kelajuan optimum. Weh, tadi ada polis wat road block kat Tapah. Tak pernah2 ada road block pagi2 buta kat highway pada hari Isnin. Mantop la korang!

Sakit tekak sebab cuti seminggu tak dak latihan vokal. Hari ni terus 6 waktu, suara mesti mau mantap lagi2 bila hujan lebat. Lain la kalau kelas tu kedap bunyi macam kat lecture hall zaman belajar dulu2.

Mood budak masih mood cuti. Maka, mari dengar cerita cuti! Yang pasti, dengar cerita lebih banyak daripada depa belajar.

Esok dah mula ujian bulanan 1. Budak tanya soalan Sains susah tak. To be honest, cikgu pun tak tengok rupa soalan tu lagi. Orang lain yang setkan soalan, maka cikgu ini goyang pungkoq kaki je la tunggu skrip jawapan budak. Pastu, sorry, cikgu busy, lagi la tak mengupdate kat sini.

Sungguh, entry semua tidak berisi belakangan ini. Tidak suka. Maka, sila tunggu hingga saya dapat idea semula untuk menulis. Marilah memartabatkan bahasa melayu yang skema (yang kadang2 bercampoq loghat Kedah gak).



Cuti sekolah (tidak mengikut susunan kronologi):

1) Rasa macam anak tunggal sebab adik2 tak balik. Akulah driver, akulah tukang masak bla, bla, bla.

2) 6 pasang baju kurung baru, on da way.

3) Kucing aku sudah beranak 4! Berjaya menyelamatkan seekor baby kitten daripada putus kaki sebab terjerut tali.

4) Dapat speaker system: Logitech baru. Pasang kuat2 time hujan sangat masyuk.

5) Bermotivasi baca buku tebal2 sebab cenderung ke arah sejarah dan tambah lagi tu hadiah dari orang tersayang. Sorry, belum habis baca lagi.

6) Hikayat Merong Mahawangsa: superb untuk level filem Melayu tapi kenapa orang Goa cakap bahasa Urdhu (dan bukan Tamil)?

7) Cuti ni la aku tak pusing2 Penang. Pelik.

8) Duduk rumah tapi tak tengok berita, cerita, drama dll. Hanya bersembang atau tengok DVD atau tidur. Tidur petang tak elok tapi time cuti tiba2 jadi gian nak tidur petang.

9) Tiap2 petang hujan. Sedapnya tidoq....

10) Jahit skirt baru! Ngeh3.

11) Lagi????

Lain2 yang tak penting macam benda wajib makan, mandi, tidur malam takkan nak tulis gak ye dak?



Ok, bubbye. Perlu cari idea sebab idea makin hilang. Ke ingatan makin hilang????

17 March 2011

~Plan baru RM90~

Rasa lama tak berblog sejak balik kampung. Ni sebab misunderstanding pasal Maxis Broadband aku ni la. Mula2 rasa nak terminate terus dan tukar ke Celcom Broadband. Tapi bila pikir 3G kat kampung agak sengal, so, aku stay je la dengan Maxis.

Plan Maxis broadband aku yang sebelum ni plan lama, guna modem bentuk sabun zaman jahilliah tu lagi. Harga pun sejak beberapa bulan ni jadi RM138/month. Mana tahan! Banyak benda lagi boleh buat dengan uwang sebanyak itu, dong! Tukar plan baru ke 6GB punya. Harap laju la hendaknya!

Aku buat kat Maxis Megamall. Dia kata de promotion. So, terminate yang lama tukar ke plan 6GB dan takmau kontrak. Activation fees jadi RM180 sebab tak mau buat plan yang ada kontrak dengan Maxis, kang nak cabut susah. Monthly RM90. Plan 6GB ni untuk Ipad, so aku berangan le ada Ipad ni. Nama jer plan untuk Ipad, tapi dai bagi modem untuk aku guna dengan lappy aku. Dia kata kalau nanti2 aku beli Ipad boleh terus guna simcard tu. Masalahnya bila tahun aku nak beli Ipad tu?

Balik rumah excited la nak connect guna modem baru, nak rasa kelajuan baru. Tapi bila siap cucuk usb, tak boleh connect pun. Tak de signal 3G pun, HSDPA apatah lagi. Haish, sebelum ni ok jer. Sibuk la aku telefon 1-800-82-2000 talian Maxis Help tanya macam2. Depa cakap agen Megamall salah daftar untuk Ipad dll. Dah malam, kedai tu pun dah tutup. Esok pagi la plak baru boleh telefon Maxis Megamall tu.

Pagi keesokannya (skema kan!), aku telefon dan dia mintak aku bawa balik modem tu ke kedai sekali dengan laptop, dia tolong set-up. Haish, aku dah delate semua pasal Maxis Broadband sabun tu la. Bila check kat kedai petang semalam, bukan salah takde line kat rumah atau aku kurang bijak set-up; tapi simcard tu yang rosak. Nape la semalam ko tak check dulu simcard tu ok ke tak? Takde la penat aku nak drive jauh2, masuk highway bagai!

Pas settlekan simcard dan modem aku tak henti2 dapat call dari Maxis center dan kedai tu nak confirmkan broadband aku tu dah ok. Dah rupa businesswoman dah aku petang semalam asyik jawab call jer.

Sekarang internet sudah ok. Dan yang penting, lajuuuuuu. Makcik suka, nak :)



Sekarang makcik nak sambung jadi ulat buku sebab makcik dapat present kitab tebal yang makcik cari2 sebelum ni: A Doctor In The House.

05 February 2011

~Kenapa bila menyanyi melalak lama2 badan anda berpeluh kuasa maksima?~

Kenapa bila menyanyi melalak lama2 badan anda berpeluh kuasa maksima?




Ye la. Tadi aku melalak. Gilak! Rock kapak zaman Amy Search, Wings, Rahim Maarof Cinta Kristal. Amik ko. Sapa tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah? Part Awie nyanyi lagu Cinta Kristal 'terus memancor' tu sempoi ah! Teman suke bebenor. Hehehehe. Cakap macam tengok jer citer tu. Yela, aku tak tengok lagi pun (-__-)', aku tau part lagu tu sebab adik aku cakap tadi suh aku tengok kat Youtube.

Balik kepada persoalan di atas. Ko kalau dah terkinja2, terjerit2 walau pun bukan bawah lampu spotlite, sure la berpeluh. Berpeluh tu kan bagus. Tambah2 time cuti yang asyik makan tidoq je nih. Bawak2 la exercise. Kawan aku cuti ni p panjat bukit. Aku? Ukoq pekan dah tak leh sangat sebab CNY banyak kedai tutup kat sini. Dah tergendala urusan membuang peluh. Tadi aku qada la 3 hari aku bela lemak, buang la sikit2, buat pe kedekut nak bolot semua lemak tu. Sapa nak? Aku boleh sedekah sikit :P


Tengok Cinta Kristal-Awie kat sini (baru la ada something yang 'memancor'!)

Ori oleh Rahim Maarof di sini

** sudah... jatuh cinta kat lagu ni plak

23 November 2010

~Kalau kamu kelahiran 1980-an, kamu pasti senyum tengok ini~

Aku dapat e-mail gambar2 ni. Weh! Rindu~~


Zaman sekolah rendah, aku dengan kawan2 suka sangat lukis gambar Fido. Apa ek? Fido Dido? Lupa. Tapi zaman tu memang terer giler la lukis mamat rambut cacak ni. Femes nih!


Cocoa ball ni kecik2 je, dalam kotak. Balik tadika mesti beli. Sekotak bukan 10sen je ke zaman tu? Lupa harga sebab bukan aku yang bayaq, aku amik, mak bayaq. Hahahaha.


Roti bijik asam. Mak aku le kata nama tu. Aku suka makan masa demam. Asal demam jer cari ni, asal cari ni jer aku demam. Choi! Tapi aku tak makan semua, aku makan gula ising warna warni tu je. Roti, mak aku kena perabih. Again...mak aku gak yang kena.


Nak beli helikopter kontrol tak mampu. Beli la yang ni. Pegang tinggi2, tekan punat, nanti benda kaler merah tu terbang. Gila obses sampai leher sakit keje tengok atas jer.


Cucuk plastik hijau tu kat roda beskal, beskal tu bergerak. Best woooo!


Pistol! Ni lagi best. Main dengan budak laki, main polis2. Tembak kat dahi. Hahahaha.


Feveret! Masa darjah 4, siap lukis baju dan kaler sendiri. Baju wajib yang seksi2 aje. Hehe. Terpengaruh kartun kat tv. Tengok la, macam mana tak teruja, pempuan2 tu lawa. Macam manga Jepun.


Sapa lahir tahun 80-an tak pernah main ni agak loser la. Glemer ni! Baru2 ni aku tengok budak2 cina kat sekolah aku dok giler main ni. Senyum je la. Tu mainan aku zaman sekolah rendah dulu la. Tiup belon besar2, pastu wat shape dengan mulut. Macamana nak explain ah?


Dulu main kertas ni bila nak main tanya soalan pelik2 kat kawan2. Tulis nama kawan, pastu wat le ayat best ''sapa suka kencing malam?''. Masuk ibu jari ngan jari telunjuk kat moncong kertas tu, pastu nyanyi la lagu feveret budak2, brenti kat nama sapa, kira dia tu la yang kencing malam tadi. Sungguh bodos!


Komik Doraemon. Aku tak pernah beli, aku pinjam kat kawan aku, si Johnny. Dia ada banyak koleksi Doraemon, 1 almari kot.


Thundercat! Musti tunggu tiap2 hari........lupa hari.


Dulu aku banyak koleksi askar2 ni. Aku macam budak laki tak simpan semua ni? Pas pindah rumah, banyak barang mainan aku hilang. Menci!


Aku tembak atok sedara aku yang naik beskal tua nak g solat Jumaat. Atok aku layan... wat2 mati. Hehehe. Bunyi kuat ni, siap ada asap skali.


Aku suka sangat sugus. Kertas bungkus sugus ni aku lipat wat kipas ke, origami burung ke. Penah makan ni jer time tadika sampai tak mau makan nasi. Last2 aku muntah. Terus insaf nak makan dah.


Jelly ni aku minat sampai sekarang. Best! Lembik2. Terus telan 1 jelly, xde makan separuh2 macam zaman tadika dulu.


Piano aku warna merah. Tekan je la. Mana aku tau not masa kecik2. Belasah jer, siap nyanyi sekali. Tapi, confirm la lagu dengan muzik memang tak masuk langsung!


Pemadam bentuk cute2 ni. Tiap2 hari beli masa kat sekolah rendah. Tah nak padam pe beli banyak2 tah. Suka! Sebab tu beli. Sekarang dah tak ada. Hilang.


Ni pun sama. Ada banyak pemadam bendera ni. Weh, pikir balik....dulu aku beli pemadam 10 sen ni banyak2 wat pe ha?


Tora datang lagi! Ingat iklan ni? Aku tak beli pun. Selalu arwah atok aku yang belikan. 5 kupang 1 kotak. Baik aku beli sugus. Dapat banyak. Huahahaha. Dalam kotak selalu ada hadiah. Paling geram dapat bola batu warna warni pelangi tu. Nak wat per? Main tuju2 jer. Last2 bagi kat sepupu aku.





Hai, teringat zaman kecik2 dulu. Ada banyak lagi....keropok jagung, keropok cincin, Tomatoman.

Teringat semua ni lebih2 sebab aku dah balik kampung. Hehehe. Jeles tak? Esok nak p jalan2 kat tanah tumpah zaman belajar. Aku nak bawak kawan baru pusing2 Penang. Kan Zue.