Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

08 July 2014

~Ayam goreng ala 5 Rencah 5 Rasa~

Sejak jadi suri rumah sepenuh masa dalam cuti bersalin ni, boleh la tengok tv pagi dan tengah hari. Sekarang aku tengok 5 Rencah 5 Rasa. aku agak fail kalau nak perap ayam daging dan seangkatan dengannya. so, ini untuk peringatan aku dan sharing dengan kawan2 la. Nak buat BBQ pun boleh guna cara ni kot. Bezanya kali ni bergoreng.


Ayam Goreng 1 Malaysia

Bahan2:

Ayam
serai*
halia*
bawang putih*
bawang merah*
rempah kari
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
sedikit garam
tepung goreng ayam segera

*dimesin

cara2:

1. mesin semua bahan bertanda * hingga lumat.
2. masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar ke dalam bahan mesin tadi.
3. tambah sedikit garam.
4. perap ayam dengan bahan tadi. perap semalaman lagi best!
5. sebelum goreng, gaulkan ayam tadi dengan tepung goreng ayam segera.

SIAP

Jom cuba :)

28 July 2013

~Seindah Ramadhan~

Barakallah. Berkat bulan Ramadhan al-mubarak.

Sesungguhnya rutin seorang isteri tidaklah semudah ABC. Jika dulu zaman bujang tak perlu risau menu nak berbuka, apatah lagi nak ambil kisah juadah bersahur. Banyak mana nak masak? Sedap ke tak jadinya nanti? Abang suka ke tak? Wow! Kena fikir semua tu ke? Huhu.

Memandangkan En. Husband tak berapa gemar nak makan nasi berlauk everyday masa bulan puasa, jenuh la Pn. Wifey ini memikirkan menu yang sesuai. Sejak 1 Ramadhan, banyak menu yang sebelum ni tak pernah nak try pun, pandang pun sebelah mata telah berjaya disediakan. TAHNIAH diri sendiri! Sangatlah banyak 'improvement'nye tu.

Makaroni bakar
Mee kuah
Bubur cha cha
Spagetti goreng
Laksa
Makaroni goreng
Puding biskut Marie
Uding jagung
Kek batik

Dan, hari ini....pizza!

Wow! Laksa tu dah selalu buat, dan kek batik biskut Marie tu dah kali ke 2. Nasi dengan lauk ada la 3-4 kali je aku masak. Selebihnya, berbuka di kampung atau kat rumah mertua.

Nanti kita share resipi ye. Resipi yang menjadi je la. Hehe.

En. Husband cakap beruntungnya kawen dengan Pn. Wifey dia ni. Dulu lenguh2,sakit badan pas kerja tak de sapa  nak urut, sekarang....walaupun bini dia ni urut macam lenyek2  nak wat cucoq je pun. Nanti kita blajar urut kat youtube ye.

Ok, nak sambung masak pizza I.

Selamat berbuka semua. Juadah apa hari ini? :)


17 July 2013

~Mee Kuah Cikgu Fiza~

Berjaya membikin mee kuah. Sejak semalam teringin. Demand plak tu. Ak yang homemade. Buat sendiri le maknanya.

MEE KUAH

Kuah:

Bahan utk dimesin:
8 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
Sedikit udang kering

2-3 ubi kentang - rebus dan lenyek (utk pekatkan kuah)

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
*ikut tekak anda

Air
Isi ayam/daging/udang - ikut tekak
Garam
Gula
Ajinomoto
Daun bawang
Daun sup

Mee kuning 1 peket

Bahan untuk hiasan:
Sawi - celur
Taugeh - celur
Lobak masin - celur
Fish cake - goreng
Tauhu - goreng
Cili padi
Limau nipis
Bawang goreng

**bahan2 ni boleh modified ikut selera anda.



28 February 2010

~Cara buat cili kicap macam cili soto atau bakso versi makcik aku pure Jawa~

Entri ni untuk ingatan aku gak(dan nak share dengan orang lain jugak). Tadi pagi aku balik Klang, rumah pakcik aku. Hajat nak menghantar ikan terubok masin yang diorder khas dari Sarawak. Angah beli waktu cuti CNY ari tu.

Tadi masak sup ayam. Sup ayam biasa la. Yang aku baru belajar tadi, cili kicap dia. Macam soto ngan bakso punya tu. Pekat je. Makcik belasah buat stok sebulan dalam 'tapawe' besaq!


CILI KICAP SUP/SOTO/BAKSO
1) Cili padi dan bawang putih (banyak) - rebus
2) Boh dalam blander
3) Boh kicap
4) Boh garam dan gula - sikit jer
5) Perah air asam jawa
6) Blander la campuran tu
Senang je kan? Oooo, patut la cili bakso kat kedai tu pekat betoi. Cili pun kena rebus rupanya. Ooooo, tau le chek ni.
Siap tapau su ayam dengan cili tu bawak balik. Malam ni hirup sup je ^_^

19 November 2009

pot luck


Ari ni ada pot luck. Kami masak ramai2 kat rumah Kak Nolie. Aku g dengan Kak Ida. Tu pun, kul 10.30 pagi baru sampai. Makan2 dulu, Kak Nolie wat spegeti. Pastu, Kak Siti plak sampai. Kul 11 kot, baru Kak Ma sampai dengan Zati. Tu pun Zati kuar balik sebab nak cari sotong dia tu, nak wat kerabu sotong. Pot luck ari ni temanya makan tengah hari.

Kak Ida wat laksam. Aku pun tolong dia. Nak belajar buat. Kuah senang, laksam dia yang renyah sikit. Kena rebus satu2. So, dengan berpandukan arahan Kak Ida, aku buat kuah laksam. Laksamnya Kak Ida yang bancuh. Aku tak pandai la.

Ok, ini resipi laksam ^_^ Tadi kami wat dalam kuantiti yang banyak. NI aku anggar untuk beberapa orang makan la k.

Kuah:
1 kg ikan sardin -rebus, ambil isi sahaja, mesin dengan santan4 ulas bawang kecil -mesin
1 inci halia - mesin
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
3 keping asam keping
sepeket santan pekat - cairkan
garam
gula

Laksam:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
air panas
air

Hiasan:
1) taugeh
2) kacang panjang
3) daun kesum
4) bunga kantam
*2, 3, 4 - dipotong halus

Sambal:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2:

Kuah:
1) Campurkan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam yang telah dimesin ke dalam periuk.
2) Masukkan baki santan ke dalam periuk. Cairkan ikut keperluan.
3) Masak hingga menggelegak. Kena sentiasa kacau kuah.
4) Masukkan asam keping.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masak hingga pekat.

Laksam:
1) Gaulkan tepung beras dan tepung gandum.
2) Masukkan air. Gaul hingga rata.
3) Guna sedikit air panas. Kemudian, guna air biasa. Adun cair seperti buat tepung untuk kulit ketayap.
4) Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. (bila masak, kita nampak ada gelembung2
5) Sejukkan sekejap. Gulung laksam.

Cili:
Buat macam nak buat sambal je.

Siapla laksam. Aku kena tulis sini untuk ingat resipi ni. Buat sekali, pastu dah tak buat, bleh lupa wo.
Sharing is caring kan. So, try la.
Sedap!

12 June 2009

mari wat laksa penang+kedah


Kepada sesape yang nak try skill memasak korang yang dah agak2 melarikan diri tu, sile la try ni.
Aku pun tak bleh nak classify laksa ni Penang punyer or Kedah punya actually.
Sebab:
1) Laksa Penang slalu letak nanas *tapi aku tak letak sebab aku tak suke rasa kuah laksa sejati itu ilang *
2) Laksa Penang agak pedas, laksa Kedah tak *kuah kaler agak merah sebab banyak cabai*
3) Laksa Kedah sangat pekat sebab letak isi ikan dengan sangat banyak
4) Laksa Penang slalu ada daun pudina *baru fresh!*
5) Laksa Penang makan dengan otak udang *bukan diambik dari kapla udang. Jika anda pikir macam tu, sila ketuk kepala sendiri laju2*

Itu la differences yang dapat aku pikiaq buat masa ni.
*ni bagus untuk soalan exam: state the differences between Penang's laksa and Kedah's laksa(5 marks)*

Kire apa yang aku nak ajar ni is mix of both laksa la. Hahahaha....
Anda bleh beza mana periok and kuali?
Bleh beza pisau ngan parang?
Kalau bleh tu kire bleh paham la apa aku nak melalut ni....

Mix Laksa Utara

Bahan2 untok kuah:
Ikan kembong - rebus!
Cili kering
Bawang besar
Air
Belacan
Asam keping
Daun kesom *kalau ko cakap daun wat laksa pun apek kat market tu tau*
Bunga kantan
Garam
Gula
Ajinomoto (kalau nak letak la)

Laksa speket-rebus gak!

Sayor2 hiasan *kalau tak mau, tak yah letak*:
Timun
Bawang besar
Daun salad
Daun pudina
Telor rebus
Cili padi
Limau nipis
Nanas *aku tak minat pun nak letak ni*
Otak udang a.k.a petis udang

::Ni aku ajar untuk sepeket laksa la ek. Laksa cap apa korang punyer pasal la. Aku guna cap EKA::

Macamana nak wat?
1) Rendam 10-15 cili kering dan 2 ulas bawang besar yang siap dikupas dan dicincang kecik2 selama ~10-15 min
*klu nak pedas tambah cili kering lagi ek*
2)Rebus 10 ekor ikan kembong yang montel2 yang dah siap disiang
* jangan ko letak idup2 dengan ta** skali. Aku pun geli nak makan*
Tambah 2 keping asam keping and sdikit garam masa korang rebus. *rasa dia lagi best dari korang rebus ikan tu bodoh2 je*
Rebus sampai ikan masak.
*~15-20min la slaku aku wat bergantung kepada banyak mana air korang simbah*
3)While nak tunggu ikan rebus tu masak, blender cili kering dengan bawang merah tadi sampai halus, comel, cun.
4) Ikan kembong rebus dah masak!
OK! Nak cepat sejuk korang letak je bawah kipas menggunakan power kuasa 3! Pas sejuk, bleh la perisi isi ikan, asingkan isi dengan tulang.
PERHATIAN! Air rebusan tadi jangan buang! Aku nak gune balik jap g.
5) Ini la masanyer air rebusan tadi aku nak gune. Kuarkan cili yang korang mesin tadi dari blender. Then, masukkan isi ikan and sedikit air rebusan tadi.
*jangan blend lama sangat nanti ikan hancus, tak best la laksa korang!*
6) Pas blend isi ikan, blend plak tulang ikan. Guna air rebusan tadi gak ek.
*yang ni nanti kite tapis la. Jangan la dengan tulang2 skali korang nak masak. Tamak sangat tu!*
7) Siap blend semua ni, korang campak je dalam periok saiz ~ rim tayar saiz 16".
8) Tambah air ~setengah periok.
9) Campak ~1" belacan *tak digalakkan guna blacan yang dah siap bakar tu. Kurang best*
10) Masuk garam dan aji secukup rasa, gula sesudu makan, 5 -6 keping asam keping
*yang ni korang bleh adjust ikut anak tekak korang. Yang aku bagi ni selera tekak aku la*
11) Tunggu sampai kuah korang ni mendidih dan naik bau, masukkan daun kesom dan bunga kantan
*bleh je nak letak awal2 pun*
12) Kalau korang dah boleh bau wangi dan kuah tu dah berapa kali mendidih, kirenyer kuah tu dah masak la. Adjust la sendiri rasa kuah tu mengikut selera sendiri.
*Kalau ikut aku susah plak aku nak g rumah korang sorang2 nak rasa!*

Siap (1)-(12) maknanyer siapla kuah laksa korang tu.

Laksa yang sepeket tu korang bleh rebus sama time dengan wat kuah. So, bile kuah masak, laksa korang pun masak time tu gak. Bleh trus melantak hasil kerja korang tu.
Reti tak nak rebus laksa???
Aisayyyy!
Rebus air dalam periok saiz ~saiz periok kuah korang. Bila air dah mendidih, baru masuk laksa.
*kalau masuk laksa sbelum air mendidih, aku tak konfem la laksa tu tetap ada rupa laksa. Kut jadi bubur cha2 je*
Lama gak rebus laksa ni. Bleh test la laksa tu liat ke tak. Yang pasti lebih dari 1/2 jam.
Sayor2 hiasan tu korang bleh la potong macam yang korang slalu tengok bila beli laksa kat kedai.
*kalau korang nak potong bentuk luv, bunga2 pun Aiman tak kesah!*

Hamik kau...panjang giler. Chef Wan pun tak ajar details giler tahap ini!
p/s ; kalau jadik cakap kat aku. Kalau tak jadik,korang diam2 and cube la lagik ek.