Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

18 December 2012

~Disember 2012 = bulan kenduri~



Home sweet home.


Cuti sekolah penuh dengan aktiviti kenduri kendara. Pipah kahwin, Angah bertunang. Penat Mak Jemak nak jadi wedding planner ni nok! 

Kenduri Pipah tidak le teman penat sebab rata2 kerja guna katering. Pelamin semua pakai sewa je. Yang penatnyasebelum kenduri asyik ulang ke pekan mencari barang untuk dibungkus jadi goodies. Banyak tuh. Buat untuk 1500 beg! Pengsan ke tak pengsan? Jenuh stapler la. Import assistants dari Titi Serong yang sejak 2 minggu sebelum kenduri dah tanya bila nak start packing? Awai g kot Tini....

Selang 2 minggu, Angah bertunang. Ini memang 80% mak kerja keras nak. Mak demam, angah boleh buat 'keras tangan' je, kraf tangan sumpah rupa itik ke unta ke ayam, kalau kucing comei la gak kan. Dari hantaran, ke mini pelamin,ke mekap, ke jurugambar.....berapa aku nak claim ni ye? Hahahaha. Gila tamak kalau aku buat bisness semua tu aku yang sapu!


  
The pengantin
 

  
The Along @ kakak sulung (yang bongsu!)
 
The Angah @ kakak tengah 
 
 The sepupu merangkap pengapit


The Harimau Malaya
 
The perempuan yang bertunang
 

   
The hantaran
 

 
 The perempuan bertunang dengan adik bongsu (kah3).

The perempuan bertunang again dengan sulung jadi2an
 
Kek sedap. Ijah, nanti hang buat, claim duit dengan Azirah ye. Dia makcik kayo!


**Angah, cakap thanks kat pakcik Wan yang tak abis2 cakap kakak pengantin lagi cun tuh! Hahahaha. Berasap bontot hang!


23 October 2011

~1 day @ Kuching (hujan)~

Bersiaran langsung dari Kuching, Saghawak. Hehehehe. Flight dari LCCT 8.20 pagi tapi 8.25 pagi baru gerak. 1st time naik kapal terbang sangatlah teruja. Naik je aku terus tersengeh2 tengok luar. Waaaa, dah naik nampak Menara KL, KLCC...kecik jer. Tapi aku tak tau bila bleh on barang2 elektronik. Padahal kalau dah stabil kat atas bleh je on camera kan. So, I missed awan2 cantik dan view cantik bumi semenanjung waktu pagi. Nanti balik KL la aku snap, tapi view waktu petang la. Hihihi.

Patut sampai Kuching Airport pukul 10.05 pagi, tapi sebab sini ujan lebat pagi tadi airbus ni dok berlegar2 kat ruang udara. Pas lebih kurang 15 minit baru landing. Landing dalam hujan adalah tak best. Tak best sebab pe? Tak nampak view cantik, airbus bergegar langgar awan. Tak se'excited' departure tadi.

Gambar jalan2 nanti balik semenanjung la aku upload. Tak pun kalau rajin esok pagi upload. Angah keje esok, Sarawak tak cuti Deepavali kan, lain le sekolah aku ramai students dan cikgu India. so, dapatla cuti seminggu. Cuti berganti ye, kami dah ganti awal tahun dulu (jangan cakap cikgu2 keje senang dapat cuti, cuti berlambak2 ye).




# Oh pengalaman. Sampai Kuching aku jadi model tak bertauliah plak. Shhhhhh! Nanti aku citer. Hahahaha.


(Takyah scroll lagi. entry ni takde gambar :P)

01 September 2011

~Raya! Raya! Raya this year: 2011!~



















Raya ke-3 kat Simpang Lima dan Tanjung Piandang. Sawah cantik kan :)


06 June 2011

~Zue l Sham~


Jeti Pulau Aman

03-06-2011

















Semua gambar tak edit kecuali yang akhir. Tu pun main tone dan colour je.

05 June 2011

~Bundle! Bundle!~

Last Saturday morning: girls' day out!


OTTO Bundle, Nagasari

Dulu aku hasut Dayah dengan adik dia. Sabtu lepas aku angkut Emon, Liz, Zue dan Angah plak g ushar budle kat Nagasari. 1st time aku datang situ ada banyak beg. Ramai betoi orang kerumun kat kaunter sebab depa longgok beg. 1 beg RM10! Patut la ramai berebut.

Emon dengan Liz dapat beg cantik2. Ada 1 beg Gucci! Tah berapa beg depa borong ek. Hahaha. Sempat plak depa p berebut beg dengan orang ramai2 tu. Aku wondering sapa punya la beg cantik2 dalam 1 bakul ni. Skali depa punya! Penuh bakul! :P

Zue pening tengok banyak sangat. Tak tau nak pilih mana. Padahal dia pening lupa tinggal henset kat mana :P Takpa, seluar ko dapat tu lawa!

Aku plak siap kena cakar harimau dengan pompuan mana tah. Gila tahap berebut dia. Laju siot! Ni pun 1st time jadi kat bundle. Ko ado? Citer dia cenggini:

Ada 1 masa tu, pekerja nak sangkut 3 hangers baju baru depan mata aku. Biasa la bila depa nampak baju makin reda, depa kuarkan baju2 baru. Ni kira nak dapat untung depan mata ye! Aku pun sua tangan nak ambil tengok la baju tu pas kak tu blah. Sekali ada 1 tangan agak tembam la baik punya cakar tangan aku sebab nak rembat baju2 tadi. Laju giler rembatan dia. Dia dapat 2 baju. 1 dia amik kot 1 lagi tak jadi amik sebab ada warna yang rosak skit kat baju tu. Baju rosak tu cantik. Aku belek pas dia letak balik la. Aku dapat 1 blouse-T putih. Panas hati punya pasai kena cakaq, saje je aku angkat baju tu lama2 tayang kat dia. Huahahaha. Kwang asam kau! Ok le aku dapat 1 hang dapat 1. Lagipun hang tak muat kot kalau amik baju yang aku dapat tu :P

~Contengan Jalanan : Hlovate~


"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."


Contengan Jalanan
----------------------------------------------

Aku baca novel baru setelah Andrea Hitara aku khatam. Dah selamat dipinjam Zue lagi bawok balik Kemamang. Kan aku berjaya transform ko jadi ulat buku. Hahahaha.

Novel baru oleh Hlovate yang aku mula jjatuh cinta selepas karya aA+bB dan Tunas.



Dalam novel, watak si Fend pening pasal ayat di atas. Sekarang, dengan aku sekali tersampuk terngiang2 ayat 1001 makna tu.


04 June 2011

~PhotoG kembali. Ngehngehngeh~

Teaser




Aku rasa dah lama sangat aku tak shoot gambar. Shoot gambar orang lain, maknanya aku jadi photoG la. Ni tak termasuk workshop hari tu la. Maksud aku, shoot suka2, ada tema, explore my Mr.Nick.... best!

So, tadi aku shoot kawan2 aku. Tema baju merah ok!Suka2. Aku suh depa wat bebas suka hati. Kira shoot paling malas la kot sebab patutnya photoG yang arahkan model wat apa2 gaya kan. Ni 99.9% gaya bebas. Hahaha. Like!



* Bila plak aku nak jadi model balik nih? Jadi model lagi senang daripada photoG :P

02 June 2011

~Cinta Di Dalam Gelas Di Padang Bulan~

Andrea Hirata -

Kau buat aku ketawa dengan tiap ayat2mu. Dan puisi2mu buat aku terbang. Aku kerap deskriminasi, tapi ini....aku tolak deskriminasi.

-------------------------------------------------





"Cinta, ditaburkan dari langit

lelaki dan wanita menengadahkan tangan

berebut-rebut menangkapnya

banyak yang mendapat secupak

banyak yang mendapat segantang

semakin banyak

semakin tidak tergenggam.''


Cinta DiDalam Gelas


*Ini bahan bakar cuti sekolah

17 May 2011

~Photography's Sharing~

One Day Workshop Outdoor Training

Tempat : Taman Metropolitan, Kepong.
Tarikh: 17 Mei 2011
Hari : Selasa
Masa : 10 pagi - 4 petang
Bayaran : RM10 jer

Kalau korang baca harga workshop ni mesti korang sakit hati berdarah hidung kan. Hahahaha. Sebenarnya course ni kena bayar RM100 tapi sebab En. Azam ni buat promotion sempena Hari Ibu dan Hari Guru, kosnya kurang hingga jadi RM10 jer. Kira macam dia tolong2 dan buat amal jariah je la ni kan. Sharing dia bagus. Dapat banyak ilmu baru dan memperkaya ilmu sedia ada. Setakat tau basic dan tau tiap button dia sebut tu kira okla.... kot! :P

Aku tau basic sangat pasal photography. Tu pun through pembacaan bukan attend classes atau outing dengan otai. Yup, aku dok snap gambar suka hati tu aku balajar melalui pembacaan jer. Ni 1st time la join bengkel dan outing. Aku teringin gak nak join geng flickr Penang, Kedah. Macam happening kau!Tapi jauh sangat KL-Penang nak join outing depa. Takat tengok kat blog dengan FB je la setakat ni. So, ni 1st step la kot sebelum join outing lain plak. Hehehe. Aminnnn!

Cikgu Azam ajar pasal 9 skills- technical and creativity. Basic with some tips!

1)Shutter
2)Aperture
3)ISO
4)Exposure
5)Composition
6)Rule of third(ROT)
7)Lighting
8)Angle
9)Clear shoot

Mula2 aku amik gambar nak ikut 9 skills ni without speed lite. Ni sebab nak tengok cara aku control lain2 benda. Nape le tak terus guna speed lite kan? Hah, kat bawah ni hasilnya. Background ok tapi model gelap sebab tak cukup lighting.








2nd slot pasal lighting. So, ni aku dah kuarkan speedlite la. Cerah skit kan. Aku tak pandai control lighting la. Huhuhu.








Last slot pasal creative lighting. Yang ni aku guna trigger. Kuar lampu, payung segala! So, gambar bawah ni cun skit la lighting dia...kot.


Yang ni la orang cakap over exposure tu ye tak? Cahaya macam terang sangat. Is it?



Ni aku share beberapa tips hari ini. Mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum tahu. Sama2 share le k :)

1)Nak ambil gambar model kena focus kat mata atau kening model.
2)Nak dapat warna awan putih langit biru kena guna aperture f10 ke atas dan shutter 160 ke atas.
3)Kalau guna kit lens, guna max ISO 400 untuk elak noise.
4)Kalau guna speedlite pastikan shutter kurang dari 250 untuk elak dapat gambar yang separuh nampak imej separuh hitam.
5)Masa panas pun elok guna flash tapi kena guna dengan diffuser/bouncing card la untuk elak dapat background cerah tapi muka model gelap. Kalau guna flash yang built in kat kamera tu, try cover flash tu dengan TISU. Tisu bukan untuk lap hingus je tau!



Perasankah anda aku ni suka ambil gambar half jer dan ikut ROT? :P

Ni FB Cikgu Azam


03 May 2011

~Tembak tanpa edit~

Tempat : Parit depan rumah

Masa : 6.30pm 02-05-2011






















100% dari D5000 tanpa edit sebab malas. Hehehe. Kan aku cakap rindu nak menembak, tak rindu nak mengedit. So, hasilnya....memang tak edit langsung la. Ni guna laptop baru. Photoshop pun tak install lagi dalam laptop ni. Watermark pun takde ni ha.

Ok, enjoy la k ;)