Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

11 May 2012

~KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN~



Kepada:
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara

KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN SEKOLAH PERAK 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan kursus tersebut di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 14,15 dan 17 Mei 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Pinji, Ipoh.

3. Untuk makluman tuan, kursus tersebut akan dijalankan mengikut jenis permainan yang telah ditetapkan pada hari-hari tertentu. Peserta kursus diminta membawa pakaian sukan dan peralatan yang sesuai dengan permainan yang dihadiri semasa kursus. Peserta juga diminta membawa satu salinan buku akaun bank dan surat panggilan untuk tujuan tuntutan perjalanan.
4. Untuk pengetahuan tuan, semua surat dan jadual yang berkaitan bolehlah dapatkannya di 'pigeon-hole' sekolah masing-masing.Sekian, terima kasih.


UNIT SUKAN
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (HEM)



....................................................................................................

Copy paste dari Portal PPD Kinta Utara. 


Sayalah guru yang bertuah (?) dipilih mewakili sekolah saya untuk menghadiri kursus ini. Itu pun tahu 4.17 petang tadi selepas ditelefon kerani pejabat. Dalam banyak2 guru yang gemar bersukan, dipilihnya guru yang berasal 'academic-oriented' sejak zaman sekolah dulu ni. Betul la tu kot. Sebab tengok CV cikgu yang tak aktif bersukan dulu2, maka wajib dipilih golongan ini menghadiri kursus TT__TT

Kebetulan, agaknya PPD pasang 'spy' sebab semalam saya memborong 3 baju sukan yang cadangnya nak dipakai ke sekolah dan 'jogging'(?). 3 baju sukan baru untuk 3 hari kursus. Seperti tertera, guru diminta membawa pakaian sukan dan peralatan yang sesuai dengan permainan yang dihadiri semasa kursus. 

08 March 2012

~Saya setia :URUSETIA~

Seminggu di stadium menjadi urusetia Perlawanan Sepak Takraw MSSD Kinta Utara Zon A dan Daerah (Esok baru cukup seminggunyer pun adoi!), kesimpulannya, apa yang saya dapat:

1) Sakit kepala sebab dalam stadium tertutup sangat panas berkuap waktu tengah hari dan petang.

2) Rasanya makin 'sound trouble' sebab tiap2 hari dengar anak2 jantan menjerit dan ketuk botol, pukut kasut kat lantai gara2 menyokong dan provoke geng lawan.

3) Cikgu2 laki yang terlibat dengan sepak takraw 80% adalah GATAL dan tidak boleh dialayan lebih2 terutama oleh golongan anak dara.

4) Tiap2 hari balik lambat dan yang paling lambat adalah semalam bila 7.00++ pm baru keluar kawasan stadium.

5) Dok tambah dosa gak la kot sebab tengok budak2 jantan dok libas2nampak kepala lutut, pas game bukak baju tanpa segan silu depan cikgu2 perempuan yang berapa kerat ni.

6) Saya dikatakan pendiam oleh cikgu2 jantan itu hingga hari ke-4 kejohanan sebab saya rasa menyampah nak layan lelaki2 gatal bergurau.

7) Malam sangat penat hingga selalunya TV tengok saya tidur ditemani my babies 2 ekor itu.

8) Ada cikgu2 senior yang tidak puas hati sebab me'relief' kelas kami selama seminggu walaupun hakikatnya relief kelas semasa peperiksaan adalah sangat heaven.

9) Ada student sekolah lain cakap,'' terima kasih, KAKAK." Aduh, saya bukan kakak, saya cikgu la.

10) Saya siap tanda kertas ujian Math untuk 1 kelas tadi sambil sokong sekolah saya lawan. 2 in 1!

11) Seminggu sarapan dan makan tengah hari free. Jimat! Jimat!

12) Tak sedar next week cuti sekolah sebab tiap2 hari badan penat.

13) Tak payah iron baju kurung untuk seminggu!



Tu je la kot....yang teringat sekarang la. Bercampur yang positif dan negatifnya mengikut mana yang terfikir dulu. Hehehe. SRC dapat tempat ke-3 untuk bawah 15 tahun. Juara B-18 dan B-15 tak lain tak bukan GR la. Sekolah kluster sukan, cikgu jurulatihnya pemain sepak takraw kebangsaan dulu2, pemainnya memang wakil negeri.....kalau kalah malu woi!

Chulanian 100% STPM dengan 4 orang 4 flat.

 


03 March 2012

~Merentas Poli + Bertunang~

Lama btol tak menulis. Orang kata kalau takde bende tak payah memenatkan diri nak taip. Buang masa :P

Last weekend ada Merentas Desa (yang sebetulnya 'Merentas Poli'!). Tak ramai sangat budak2 luar yang datang. Sebab ada budak2 asrama je yang bagi nampak ramai. Kejap je. Lebih kurang 8.30 pagi lari, 10.45 pagi dah siap bagi medals pun. Cepat betoi!

Habis tu aku bergegas balik kampung. Adik aku bertunang hari Ahad. Langkah bendul, apa pendapat korang? Bila orang tanya.....ada aku kesah??? :P

Layan gambar je la ye. Bubbye.

 

 

 



* Macam banyak gambar je gaya ayat di atas tadi kan. 

19 June 2011

~Blue Bettle menang macam Celcom Blue : berbaloi-baloi!~

Semalam Hari Sukan SMKTE 2011. 1st time selepas aku posting hari sukan buat kat padang sekolah. Sebelum ni buat kat stadium. Kali ni teringat zaman sukan aku sekolah menengah dulu, hias khemah.

Khemah besar,nak hias pun kena la guna banyak barang. Maskot : blue bettle, so, khemah dah jadi macam sarang. Banyak btol guna paper. Sumbat paper tu saja dari petangJumaat siap sambung ke malam. Buat kerja dalam gelap kul 9.30 malam hanya guna cahaya bulan dan touch light budak2 bawak. Mmmmm, bulan sangat cantik malam tu. Hasilnya

l

l

l

V


Khemah Biru dapat Johan! Berbaloi-baloi!

Ni housemate aku. Kami 1 rumah, sukan pun dapat 1 rumah. Macamana depa susun pun xtau la. Hahahaha. Ida wat maskot, aku jadi tukang try.

Kepak beetle ni kul 7 pagi kami sambung buat dengan budak2. Mana janji2 manis cikgu2 lain yang cakap macam ni petang Jumaat tu : "kita stop la. Esok datang awal2 kita sambung."
Awalnya kalau datang pukul 8-9 pagi :P


Perbarisan dan maskot : rumah Merah menang. Maskot merah memang cantik, Red Ant.




Guru vs parents tarik tali. Aku xlayak masuk. Sekali tarik aku melayang kot. Hahahaha.


29 December 2010

~Tahniah team Malaysia l kita menang Piala AFF Suzuki~

Malam ni aku agak yakin ramai yang jatuh cinta ngan si Fahmi gol keeper dan Safee Sali scorer Malaysia! Btol tak? Eleh. Tak ngaku plak. Takyah le jatuh cinta sesangat. Fahmi tu dah ada awek la. Lagi pun tu adik jer, dah tua aku ni ye. Hehe. Tapi aku respect dia sebab berjaya tangkis serangan Endon walaupun 2 gol bolos. Takpe2. Kita menang agregat 4-2. Yahoo! Kawan aku tanya, esok tak dapta cuti ke? MC ada la kot. Hahaha.

Weh, tadi siaran langsung kat TV1 tu guna kamera Endon ke? Apa-ke-jadah depa keje tunjuk aweks jer? Aweks tu bukan main bola pun. Ke depa nak cari Julia Perez, kot2 la dia wat serangan laser dia tu. Hahahaha.

Lagi, mana tak geram depa p tembak laser kat muka gol keeper kita. Fanatik btol orang Endon tengok bola. Kalau lawan dengan negara lain ok jer, apasal lawan dengan Malaysia jadi tak tentu hala? Tensyen players kita kan.

Apa2 pun, Malaysia dah menang buat kali pertama untuk Piala AFF Suzuki 2010. Tahniah!




p/s: btoi ke tadi Buletin Utama tunjuk team kita p stadium naik kereta kebal? Sapa tengok? Gila la depa kat sana.

~Good luck Harimau l jangan gatal2 nak cari Julia Perez kat stadium yer~

Good luck Harimau Malaysia. Walaupun macam2 ugutan dan gangguan yang diterima di tempat orang, bertahanlah. Lagi 1, hati2 yer. Julia Perez nak bagi tembakan lesernya. Hahaha. Kelakar la! Main tengok bola atas padang ye. Takyah cari Julia Perez. Paham tak ni korang? Baca ni k ;)