Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

24 May 2013

~My big, big, big day~

Hari terakhir sesi persekolahan semester 1 dengan pot luck besar2an. Aku teruja gak nak makan macam2, tapi bila teringat baju nikah, baju kawen dll...arghhh! Nasib baik tak lupa daratan. Hehehe.

Hari ni Khamis terakhir aku bergelar CIK sebab Khamis next week hari nikah. Lepas siap tanda semua paper budak, baru masuk mood gabra, takut, seram sejuk, apa lagi perasaan semua gaul dalam juga ada!

Sebelum balik, berguni2 nasihat aku dapat. Paling aku blur depa suh relax, tarik nafas, jangan takut. Ceh, aku ni poyo je ingat nasihat apa. Bila depa kata lagi jangan gelojoh. Ting! Depa cakap pasal tu kesejak mula tadi? Aduh, kakak2ku. Adik buffering lama tak paham2. Merah menyala mula makngah ni malu siot!

Dan, majlis semua belum berlangsung, aku dah dapat hadiah. TQ semua; nasihat, petua, usikan, hadiah. Jadi kenangan nanti2.

Dan lagi, depa dah warning siap sedia bukak skolah nanti. Apa la depa nak usik lagi? Senyum je la tak perlu kata apa2. Hahahaha

18 December 2012

~Disember 2012 = bulan kenduri~



Home sweet home.


Cuti sekolah penuh dengan aktiviti kenduri kendara. Pipah kahwin, Angah bertunang. Penat Mak Jemak nak jadi wedding planner ni nok! 

Kenduri Pipah tidak le teman penat sebab rata2 kerja guna katering. Pelamin semua pakai sewa je. Yang penatnyasebelum kenduri asyik ulang ke pekan mencari barang untuk dibungkus jadi goodies. Banyak tuh. Buat untuk 1500 beg! Pengsan ke tak pengsan? Jenuh stapler la. Import assistants dari Titi Serong yang sejak 2 minggu sebelum kenduri dah tanya bila nak start packing? Awai g kot Tini....

Selang 2 minggu, Angah bertunang. Ini memang 80% mak kerja keras nak. Mak demam, angah boleh buat 'keras tangan' je, kraf tangan sumpah rupa itik ke unta ke ayam, kalau kucing comei la gak kan. Dari hantaran, ke mini pelamin,ke mekap, ke jurugambar.....berapa aku nak claim ni ye? Hahahaha. Gila tamak kalau aku buat bisness semua tu aku yang sapu!


  
The pengantin
 

  
The Along @ kakak sulung (yang bongsu!)
 
The Angah @ kakak tengah 
 
 The sepupu merangkap pengapit


The Harimau Malaya
 
The perempuan yang bertunang
 

   
The hantaran
 

 
 The perempuan bertunang dengan adik bongsu (kah3).

The perempuan bertunang again dengan sulung jadi2an
 
Kek sedap. Ijah, nanti hang buat, claim duit dengan Azirah ye. Dia makcik kayo!


**Angah, cakap thanks kat pakcik Wan yang tak abis2 cakap kakak pengantin lagi cun tuh! Hahahaha. Berasap bontot hang!


16 January 2011

~Selamat untukmu kawan~


Balik kampung 11.30 malam hari Jumaat. Hari Sabtu kenduri orang2 di atas ini. SELAMAT PENGANTIN BARU APIT & ANN. Korang memang la sempoi. Pengantin laki tak sabaq nak naik pelamin pas siap mekap kul 11 pagi. Mana de pengantin naik pelamin pagi2 Apit oi! Slumber je hang ye. Hari kawen hang pun hang boleh cari rokok. Lupakan rokok sehari tak boleh ke wahai lelaki? :P
Jumpa kawan2. Photographer: Amin, kawan yang aku kenai sejak sekolah rendah (ke tadika? tak ingat la). Tak larat le aku nak ikut korang outing petang tu. Kat landasan ketapi lagi. Jenuh la pengantin tu nak main dukung2 lambung2 kat railway tu kan. Setakat tengok dalam Canon Amin ''awesome!". Teruja nak tengok dalam album. Hang memang photoG sejati la. Tak sia2 usung kamera berat nak mampus. Tu nyawa hang cari makan hang cakap. Btoi!
Tadi balik halfway dari kampung by road. Aku nak jugak naik ETS! So, kena mendarat kat Ipoh la memandangkan ETS kat Parit Buntaq 2013 kot dengar kata. Laju! paling tinggi aku tengok tadi 142km/j. Mau la dari Ipoh-Rawang around 1 jam 45 minit je. Plus minus berenti seminit kat 6 stesen sebelum Rawang. Laju kan, macam speed kat highway jer. Lagi 1, aku agak seram naik bas. Tak boleh lelap beb. Asal bas memotong je aku terjaga. Paling kuat lema 1/2 jam. Mana tahan. Merasa gak la naik ETS. TQ kepada orang2 belakang tabir yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk menjayakan misi ETS aku tadi.




Aku tak banyak ambil gambar kenduri ni sebab aku lagi banyak jadi tukang sembang dan tukang makan :P

12 December 2010

~Keredhaan dalam hidup itu penting~

Hari ni hari kenduri. Aku dah tua2 ni (tua?) malas betul la nak pergi majlis orang kawen ni. Tensyen! Tadi sebab kena pujuk rayu dengan mak kena pergi jugak la. Tu pun sebab jauh dan hari pun macam nak hujan. Kejam la kan kalau suh mak p dengan abah je. Takpe aku redha. Kul 12 baru nak iron baju segala, bersiap, 12.30 gerak. Cepat kan? Yela, takyah mekap mapan. Hahaha! Selama ni mekap mapan 5 inci ke?

Kenduri jauh. Ok, fine. Sekali dah sampai, kena masuk jalan tebuk aka jalan ban (jalan serius kecik!), sebelah kanan semak, sebelah kiri parit besar. Bayangkan time keta nak selisih! Sungguh tensi aku ni tau. Nasib baik En. Viva aku comel. Depan keta aku ada Waja, belakang aku ada van. Ada Myvi nak keluar. Belakang Myvi tobat banyak keta nak keluar. Myvi tu malu2 je nak keluar budget dia besar sangat ke nak gores dan menang Waja depan aku tu? Jauh lagi la jarak ko
dengan Waja tu. Tapi dia takut2 nak jalan. Dari jauh aku ingat pompuan, sekali laki weh! Laki bukan patutnya terer drive ke? Oooo, nombor plat KL. Ala, aku pun drive kat KL gak, ok jer. Oh, lupa, KL takde jalan kecik kiri kanan semak, kiri parit besar T__T Aku redha je la dalam keta dekat 10 minit. Abah pun dah turun, diikuti pemandu Waja depan aku, dari driver turun pangkat jadi jaga lalulintas. Pastu, dengan keredhaan yang ikhlas menunggu dalam kereta, hujan rahmat pun turun. Lengkaplah cerita redha hari ini.

Korang, kalau nak kenduri nanti, kena pikir semua tu tau. Dari jalan jem hingga ke tempat parking. Sungguh renyah kerja kawen ni kan. Dahla nak pikir dalam rumah, luar rumah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat, ni kena tambah pikir jalan dan parking! Ya Allah =__=

Pakai baju cantik2 pun kena hujan. Hahaha. Tapi kesian tuan rumah kan kalau hujan masa hari kenduri. Susah! Oh, lupa. My girly purple flat shoes kena pijak2 dan dilanyak2 dalam hujan masa makan kat dalam rumah! Arghhh. Redha lagi. Takpe T__T

Tensi pun boleh senyum yek. Ni sebelum bertolak. Dah redha, bolehla senyum kan :)


14 July 2010

~My BDay~

Semalam ada jamuan perpisahan. Kak Fatihah bertukar ke Kelantan. Makan2!

Last class, 5.40pm, budak2 1B bangun dan bagi salam. Macam biasa, aku suh kutip sampah. Kalau tak suruh, sampah tepi kaki pun buat bodoh je. Aku dengar sorang kira~


ONE

TWO

THREE!





HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY DEAR TEACHER HAFIZAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU~


Nak kata apa yer? Thanks =__=.

Giler kuat. Kelas tu bawah bilik guru. Terkejut berok cikgu2 dalam bilik guru! Marutha lalu tepi kelas. ''Today's your birthday ke? La, kenapa tak cakap tadi?"

Hai, apa la sangat birthday. Dulu time sekolah, time matriks, USM: suka la (excited sebenarnya di situ) nak sambut birthday. Sekarang dah tak rasa macam zaman study. Tambah lagi 1 tahun tua. Cuak gak kan? Banyak benda tak dapat lagi, banyak benda kena ubah dalam diri, banyak wish terbengkalai last year nak buat di tahun ini~~~


Mmmmmmm~~ But, seriously, apa yang jadi dalam kelas petang semalam akan jadi sweet memory on my birthday. Aku tak harap kek besar (sebab aku tak minat kek sangat), aku tak harap hadiah (tapi kalau dapat....best gak), aku harap orang yang aku sayang ingat dan wish birthday. Tu je ^__^

12 December 2009



Penat
Ini tadi
Ko rasa aku tengah buat apa?

29 August 2009

Baru Balik Buka Posa

Tadi buka puasa di rumah Acu. Ramai! Paksu takde sebab ari ni giliran jaga moreh. Paksu berbuka kat surau. Banyak lauk! Acu buat bihun sup dengan cucur badak. Pastu ada lauk dari surau - nasi minyak, gulai daging, ayam masak kurma, air asam. Pastu tadi kami bawak lauk; gulai ikan keli, telur masak minang, ulam2, karipap, agar2. Banyak kan! Pening nak makan mana dulu. Tapi semua aku sempat rasa skit2.

Aliya suka la ramai2 orang ni. Semua orang nak layan dia. Main sakan.

Aku penat makan la. Ari ni pun tak berapa sihat. Sehari hujan je . Tadi masa kuar rumah dalam kul 5.30pm, ujan lebat sampai tak nampak jalan. Sampai kat pekan ok je plak. Kat rumah Acu, ujan rintik2 je.

::Layan si Aliya budak kecik tu::

::gambar pun terbalik!::

28 June 2009

combine sekali je~

Lama tidak menulis. Mungkinkah kerana terlalu busy??? Hahahaha. Ye jugak la.
Jumaat:
Hari Jumaat jadual adalah biase2 aje. 4 waktu. 2 sebelum rehat, 2 lagi lepas rehat. Sabtu skolah ganti weh! Adalah tidak bagus sekali ye.... Ari cuti telah digunakan untuk kemudahan di hari kemudian. Ganti cuti raya. Takpe! Cuti raya 1 week...I like!
Kitorang plan nak g maen bowling lepas Isyak malam tu. Yela, kena pikir gak kami yang sesi petang ni. P 10 orang...plus 2 orang babies. Anak Na'imah and Kak Fiza. 10 orang ni termasukla husband2 kawan2ku itu ya. Sporting kan kitorang. Dah jadi geng dah skarang. Tinggal aku, Ida dengan Gee je yang single mingle lagi. Coming soon la jugak kan....
Aku maen dengan hudoh sekali la. Lebih ke longkang dari pin (O_O)
Cekgu pun ada benda gak tak pandai kan.Bukan semua teror. Sebelah kitorang memang makcik-giler-teror-terorist la. Aku rasa dia kecian tengok kami kot. So, dia menurunkan ptua2 yang bagus untuk dipraktikkan. Makcik kate:
1) Aim arrow kat tengah, jangan tengok pin.
2) Bila dah baling, tangan naek arah kul 12
3) And then, tangan genggam macam nak shake hands.

::bagi korang yang dah teror maen, abaikan la teknik ni. Ini bagi budak baru belajar je::
Pas ilmu diturunkan...nah...bleh plak jatuh banyak pin. Oh makcik! Nape tak ajar kami awal2? Adakah salah makcik itu? Tettttt. TQ la makcik ajar kami. Yang best, dia tanya kami ni student U mana? Ida malu2 je nak jawap,

"kami cekgu"

Dalam ati....malu siot....cekgu maen bowling baling ke bulan je. Hampeh ah!

Sabtu:
adalah hari ganti ye. Budak mai pun ada la sekangkang kucing. Skit sangat la. Majoriti beberapa belas daripada 35-40 pelajar. Sabtu ramai budak tuisyen la, kelas muzik la, tengok tv la. Sekolah ganti ni memang ganggu schedule budak2 tu di hari minggu lah. Aku ingat combine kals tapi Kak Siti kata tak yah. Masuk kelas masing2 je. Budak bapak la boring. Nak blajar, ada la 10 orang datang 1 kelas.Kurang 1/2 kelas tak mrngajar la jawabnya. Aku yang jaga budak ni pun boleh ngantuk, budak lagi la. Budak laki maen lompat sapa paling tinggi. Pempuan salin lagu dalam buku pas tu nyanyi. Bila cekgu tengok malu2 unta lak.
::kite pun penah alami ni dulu. Aku siap ada buku tbal lagi tulis lirik lagu. Siap ada index lagi!::
Guna jadual ari Jumaat. Kelas mula 12.40-5.00 petang. Boleh balek awal. Masa aku dengan Kak Ida nak p solat, ada sorang budak datang 2.20 petang. ::anak murid aku gak la ni::
Sah konfius-fius budak ni. Btol2 guna jadual ari Jumaat ni! Masuk skolah kul 2.30 petang! Kan dah bagi surat siaran cakap 12.40 mula skolah. Hai la budak! Kul 5 semua kalut nak balek. Sama naek je cekgu dengan budak.
::bukan kena dahulukan budak ke? Cekgu balek lambat skit dari budak. Naaaaaaa. Ari patut cuti, balek cepat adalah wajib!::
Malam g Mydin beli barang masak sebab family adik Ida nak singgah tidor kat rumah kami. Nak antar adik ipar dia masok UKM.
::apasal orang kita ni...nak masok U sorang, yang antar 1 batalion!::

Ahad:
Pagi g rumah Noor makan nasi dagang mak dia buat. Sedap wo mak dia buat. Tengok baby dia sekali. Apa nama tah? Tak salah aku Irfan kot. Sama nama prof aku kat USM dulu, Dr. Irfan. Cute dan puteh!
Pastu menyinggah rumah Farhana. Anak dia memang brutal giler kentang la. Kena air panas sebelah tangan ari Khamis ari tu tapi dia cool je maen2 macam tak sakit apa2. Kita yang tengok rasa seriau!
Kul 2 g kenduri kawen kawan aku kat skolah ni. Sampai2 memang kagum la tengok pelamin dengan kemah kenduri. Bapak punya grand! Merah-puteh. Tapi pengantin pakai pink.Kira boleh la. Pink tu kan asal dari warna merah gak dalam roda warna!


08 June 2009

kepala pening

Ari ni aku ke SP. Kenduri Aimi n Mahyuddin. Kawen gak depa ek. Dulu bukan main lagi Aimi wat2 xlayan. Skarang jadi laki ko gak. Hamik kau!
Aku g dengan Ida. Kami join amik gambar depa. Romantik walaupun kayu. Kayu pun ada seni aku tengok. Ni macam papan lapis kat kedai. Lurus je. Memang kayu. Tapi Aimi memang dah sound awal2 depa dua kayu. Xtau nak wat gaya apa.
Bila aku tengok depa jalan pegang tangan....hai...romantiknyer! Aimi kata malam semalam 1st time depa kuar dua pegang tangan. Rasa macam 1 dunia tengok! Mmmmmm. Aku bleh bayangkan....
syokkan!
Selamat Pengantin Baru Aimi!


Kurang lagi sorang geng2 bujang kat skolah aku :(



balik time!

07 June 2009

hari orang kawen

Hari ni hari orang kawen. Aku bile ek? *tetibe je gatal. Apa kes? Huhu*
Sempena hari kawen bestpren aku time skolah dulu, aku telah sediakan sekotak hadiah yang 'besar-saiz-kotaknya' *tapi xmakna hadiah sebesar kotak tu. Jahat x aku?*
To: Ciklah n Faidz
Semoga berbahagia.
Selamat pengantin baru!
Hihihi.
Aku penah letak pic Ciklah kat entri sebelum ni. Dia memang cute *bestpren aku musti cumil macam aku gak*.
Ok...aku citer dari mula hari ini....
Pagi aku bangun kul7.## pagi *aku off maaa*.
Ina sms:
Wei, hang kalau nk tngk anak Ijah mai la pg ni aku ad umh dia teman dia. mak ch aku xdk..
Weh! Aku plan semalam nak bagi mandi 'baby silver' aku tu ari ni. Siap nak wax kasi kilat memancar2! Kentot btoi la minah ni. Potong stim tul.
Kerana mengenangkan bila lagi aku nak g tengok baby Ijah tu, aku gagah jugak la p rumah dia. Mak Ijah xdak. Adik Ijah kawen kat Melaka. Cian la minah tu kena tinggaI dalam pantang. Apa la adik itu! Anak dia nama Amar Wajdi. Pelik kan. Tapi sangat cumil!Bila nangis muka trus merah. Hahahaha. Ni kategori 'Hulk' gak kot.
Tadi sebelum g rumah Ijah aku telah berjaya melancarkan misi memujuk Watie datang cini. Lama dah xjumpe dia. Last time jumpe pun last year. Aku nak gak tengok kot2 dia dah mengatasi kecumilan aku ni. Hahahaha.
Mula2 macam dah xjadi mai dah tadi coz Ina cakap nak g kenduri kul3 pas Acham si tunang dia tu balik keje. Tersentot la si Watie tu takut xde bas nak balik SP. *ye ye je Ina cakap Watie mai naik moto. jauh tu...*
Time kat rumah Ijah kami layan cite melayu *aku xtau tajuk pe* kat Astro Oasis. *xtau tajuk pun aku bleh layan sampai habis gak. haha*
Elok je cite abis, Watie pun sampai kat stesen bas. *pandai budget masa!*
Disebabkan Ina nak balik,*ada ati nak jalan kaki balik rumah* aku angkut dia skali g stesen bas amik Watie. Tapi...ada 1 secret baek punya.
Weh! Aku xmandi lagi!
Laaaa, kentot la hang Ina!
Amik Watie,
hantar Ina balik rumah,
colek Watie bawak lari rumah aku.
Hahaha
Waaaa! Lama xjumpa!
Merepek2, mandi, siap2 g kenduri.
G naik keta Acham-Gen2 Merah yu!
Kul 3pm:
Berbekalkan keta Gen2 Merah....aku, Ina,Watie, Acham (d driver....hahahaha. marah tunang dia karang) n Shahril (my B) bergerak ke rumah kenduri 1: rumah Faidz
Oppsss! Aku lupa! Disebabkan dia naek keta lain aku terlupa nama dia plak. Apit Johnny telah membawa aweknyer bersama2. Hahahaha!
Kalau ikutkan dekat la sangat degan rumah aku...tapi aku x kira, nak gak naek Gen2 merah gak!
B....i miss u la....lama xjumpa. Encemnyer u!
Kitorang semua 1 geng skolah menengah. So, skali jumpa memang havoc la!
Xmau cakap banyak, layan je la pic2 cumil ini!
Ujan lebat giler! Budak2 laki berotak kuning dah pikir lain dah wo!
Pic indah dengan pengantin baru!

Pic indah lagi!



Aku dengan Watie yang malu2 unta nak bergambar!

Apit n aweknyer!


Ina n Acham tunang dier!
Aku n Shahril!
XXL size!
Aku n Ciklah!
Pas rumah Faidz, kami gerak ke rumah Intan plak. Ari ni ari pengantin pink ke hape? Dua2 rumah kitorang g kaler pink! Janji ke? Kalau kawen 6/6/09 wajib pink! Hahaha. Kat rumah Intan sat je. Masa ni ujan pun dah reda. Watie pun kalut nak balik. Risau gak anak dara nak jalan sorang2 nanti. So, kitorang pun balik la. Acham antar aku, Watie n B kat rumah aku. Aku berjaya pujuk B ikut aku antar Watie g stesen bas. Hehe....makcik suke btol ni!
Watie, Intan, Ina, Aku

Pas antar Watie, kami g kedai borong kegemaran. Beli pelbagai jenis makanan ringan untuk anak2 buah dia yang tercenta. Family dia wat gethering Ahad n Isnin ni.

Best kan! * kalau la aku bleh ikut...aura gatai ku! eeee, dah!dah!*
G kat tepi sungai, snap2 pic lagi. Giler gambar!