2hb lepas kami g kenduri kawan dekat2 Restoran Tasik Raban, Jalan Stadium. Pas kenduri malas nak terus balik. G jalan2 kt AEON Stesen 18. Siap g pinjam stroller baby lagi. Sekali pinjam boleh guna untuk tempoh 2 jam, cuma perlu tnggalkan lesen memandu kat kaunternya. Suka la si Nadzrin, boleh tengok lampu.
08 August 2014
~Raya bertiga 2014~
Weh, dah 12 Syawal dah Cikgu Pijah oi!
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
1 Syawal di rumah sendiri pastu ke rumah mertua yang jaraknya tak sampai 1km. Nadrn Hakim cukup 2 bulan hari raya pertama tu dah kurang sikit sawan tangis dia. Minta air tawar ari tu. Alhamdulilah,nampak makin ok. Tambah2 bila tengok ramai sepupu2 yang melayan dia, suka le. Nadzrin cucu ke-21 opah tau! Cucu paling junior. Syok p jalan2 raya, Nadzrin banyak collection.
Kat rumah mertua, acara rasmi pas solat raya adalah tngkap gambar ramai2. Havoc habis!
Ok, Nadzrin dah jaga. Bye
11 July 2014
~50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak~
http://www.mamapeduli.info/2013/10/50-rangsangan-mudah-menjadikan-anak.html
08 July 2014
~Misi mencari infant carrier~
Dilema membeli carrier. Kalau beli infant carrier tak tahan lama. Paling kuat hingga 9 bulan. Tu pun kalau baby tak bersaiz besar. Kalau nak beli yang jenis combination, tahan lama, tapi berat dah hanya stay dalam kereta.
Sharing dari http://www.babycenter.com.my/a25008423/kerusi-kereta-bayi-baru-lahir-panduan-membeli. Jom baca.
Penggunaan kerusi kereta untuk bayi dan kanak-kanak belum lagi diwajibkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, pakar dari seluruh dunia setuju bahawa tempat yang paling selamat di dalam kereta bagi seorang bayi yang baru lahir ialah di kerusi keretanya. Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai kereta, anda masih perlukan kerusi kereta jika anda menumpang kereta orang lain. Anda juga perlukan kerusi kereta apabila anda membawa bayi anda pulang daripada hospital. Walaupun bayi anda tidak akan menaiki kereta lagi selepas ini, adalah berbaloi untuk meminjam kerusi kereta daripada rakan-rakan atau ahli keluarga, tetapi gunakan kerusi terpakai hanya jika anda betul-betul yakin dengan sejarah penggunaannya.
Kerusi kereta ialah satu benda yang anda benar-benar perlukan sebelum bayi anda lahir. Oleh itu, memilih kerusi kereta yang sesuai dengan umur dan berat bayi anda adalah sangat penting. Anda juga mesti benar-benar pasti bahawa ia dipasang dengan betul. Jika kerusi kereta itu kelihatan seperti tidak selamat apabila diletakkan di kereta anda, atau jika ia kelihatan sukar untuk dipasang, jangan beli. Sesetengah model kerusi kereta mungkin tidak sesuai untuk anak anda, oleh itu cubalah dahulu sebelum membelinya. Kerusi tersebut seharusnya dapat dipasang dengan ketat menggunakan tali pinggang keledar dan tidak bergerak-gerak.
Berlatihlah memasang kerusi kereta tersebut dengan betul sebelum bayi anda lahir. Jika kerusi tersebut terasa longgar dan bergerak-gerak, ianya tidak selamat.
Saiz-saiz kerusi kereta
Saiz kerusi kereta mungkin kelihatan mengelirukan. Ini kerana, terdapat beberapa sistem berbeza yang digunakan untuk mengelaskan kerusi kereta. Sesetengah orang merujuknya sebagai Kumpulan 0 dan 0+, manakala sesetengah yang lain menyebutnya sebagai tahap satu atau dua. Para penjual kini merujuknya sebagai Kumpulan untuk mengelakkan kekeliruan. Adalah lebih mudah dan lebih selamat jika anda memikirkan dari sudut memilih kerusi kereta yang sesuai bagi berat bayi anda, seperti mana ditunjukkan dalam carta ini.
Berat Umur Kumpulan Tahap
Ketika lahir hingga 10kg Baru lahir hingga 9 bulan 0
Ketika lahir hingga 13kg Baru lahir hingga 5-18 bulan 0+
9kg hingga 18kg 9 bulan hingga 4 tahun 1 2
15kg hingga 25kg Sehingga 6 tahun 2 3
22kg hingga 36kg Sehingga 11 tahun 3 4
Infant carrier
Jika bayi anda mempunyai berat sehingga 10kg, dia perlu diletakkan dalam kerusi kereta menghadap belakang. Kerusi jenis ini dikenali sebagai Kumpulan 0, Kumpulan 0+ atau tahap satu. Ia juga dikenali sebagai kerusi kereta bayi baru lahir atau infant carrier. Kebanyakan infant carrier yang terdapat di pasaran hari ini diklasifikasikan sebagai Kumpulan 0+ (satu pilihan yang baik kerana dengan menghadap belakang, kepala dan leher bayi disokong dengan baik).
Selagi hujung kepala bayi anda tidak terkeluar daripada hujung kerusinya dan beratnya tidak melebihi 10kg dalam kerusi kereta Kumpulan 0, atau 13kg dalam kerusi kereta Kumpulan 0+, dia seharusnya diletakkan menghadap belakang seberapa lama yang boleh. Lihatlah artikel kami untuk mendapat lebih maklumat mengenai waktu terbaik untuk menukar infant carrier bayi anda kepada kerusi kereta menghadap hadapan.
Memandangkan bayi kerap tidur, anda biasanya boleh mengangkatnya masuk dan keluar daripada kereta ketika mereka sedang tidur. Infant carrier mempunyai pemegang untuk memudahkan anda mengangkatnya. Infant carrier juga biasanya dilengkapkan dengan bantal kecil yang dikenali sebagai 'pemeluk kepala' untuk memastikan kepala bayi yang baru lahir tidak terumbang-ambing ketika di dalam kereta. Anda perlu mengunakan bantal ini untuk lebih kurang tiga bulan sehingga bayi anda sudah boleh menampung kepalanya sendiri.
Kelebihan infant carrier
Anda boleh mengangkat bayi anda masuk dan keluar daripada kereta tanpa mengganggu tidurnya.
Sesetengah kerusi kereta bayi baru lahir boleh digunakan sebagai kerusi goyang ketika di rumah.
Jika kerusi kereta tersebut merupakan sebahagian daripada set pengangkutan untuk bayi, anda boleh meletakkannya terus ke dalam kereta sorong bayi.
Keburukan infant carrier
Apabila bayi semakin berat, lebih sukar untuk mengangkatnya masuk dan keluar daripada kereta dengan menggunakan kerusi tersebut.
Kebanyakan kerusi kereta (kecuali jenis kerusi yang boleh dibaringkan rata seperti disebut di bawah) membuatkan bayi duduk sedikit membongkok. Jangan biarkan bayi anda tidur dalam kerusi kereta untuk jangka masa yang lama kerana ini akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya yang sedang membesar.
Kerusi kereta seperti ini biasanya tahan untuk sembilan hingga 12 bulan pertama sahaja. Selepas itu, anda perlu membeli kerusi kereta tahap kedua atau yang menghadap ke hadapan.
Kombinasi kerusi kereta
Kombinasi kerusi kereta adalah kerusi yang boleh digunakan dalam kedua-dua arah (menghadap belakang dan menghadap hadapan). Ia dimulakan dengan penggunaan menghadap belakang: diklasifikasikan sebagai Kumpulan 0+ (sehingga 13kg) dan kemudian apabila bayi sudah boleh duduk sendiri, ia diubah untuk menghadap hadapan (Kumpulan 1) (sehingga 18kg). Kerusi kereta ini lebih berat daripada infant carrier dan tidak mempunyai pemegang, maka ia kekal di dalam kereta. Jika anda bercadang untuk membeli kerusi kereta jenis ini, pastikan ia padan dengan baik dalam kereta anda pada kedua-dua kedudukan.
Kebanyakan ibu bapa lebih suka membeli dua kerusi kereta berbeza jika mereka bercadang untuk mempunyai anak lagi. Dengan cara ini, si adik boleh menggunakan kerusi bayi baru lahir manakala si abang/kakak boleh menggunakan kerusi kereta yang menghadap hadapan atau Kumpulan 1.
Terdapat juga sejenis kerusi kereta baru yang masih sukar diperolehi di Malaysia. Ia boleh digunakan seperti infant carrier, menghadap belakang, atau ia boleh disesuaikan untuk jatuh rata seperti carrycot, dan boleh diletakkan dalam posisi menghadap sisi di tempat duduk belakang. Tidak seperti infant carrier menghadap belakang yang dipasang menggunakan tali keselamatan, kerusi kereta jenis ini dikejapkan dalam kedudukannya dengan menggunakan satu tali lebar yang dipasang bersilang pada dada bayi. Carrycot pula mengambil kesemua ruang di tempat duduk belakang dan dipasang kejap menggunakan kedua-dua tali pinggang keledar belakang.
Tip keselamatan terakhir: Kerusi kereta menghadap belakang tidak boleh digunakan di tempat duduk penumpang hadapan jika tempat duduk tersebut dilengkapi dengan beg udara.
Berbincanglah mengenai kerusi kereta untuk bayi baru lahir dan untuk kanak-kanak dengan ibu bapa lain! Anda boleh berjumpa mereka dalam forum Ibu Bapa kami hari ini.
04 July 2014
~Perjalanan Pulang Seorang Putera~
Alhamdulillah, pagi tadi selamat pulang ke rumah sendiri. Sebelum balik, singgah ke sekolah. Semalam office call suh ambil borang kenaikan dg44 time based. Kkena photostat surat lantikan semua.
Ditegur rakan2 sekerja, "nampak lain. Nampak muka ibu". Ye, redha muka tak cukup tidur. Huhu. "Wah, dah kurus!" Yang tu syok dengar. Hehe. Dan...kena sound dengan kakak2 sebab tak pakai stoking. Hihihi. Ye, tak abis pantang lagi. Ni hari ke 36. Gelak ja la. Dah memang salah sendiri pun. Baby Nadzrin bergerak dari tangan ke tangan. First Kak Lin (tq bagi baby Nadzrin elmo), Kak Ab, Kak Aishah, Kak Hajar, Kak Mehrul, Kak Huzni, Kak Fery.... kejap Nadzrin diam, kejap merengrk. Marah lampin dah berat. Kejap g sayang, balik rumah mama tukar. Tak lama kat sekolah sebab Nadzrin dah mula nak melalak. Kang 1 sekolah dengar suara dia.
Sampai rumah Nadzrin scan 1 rumah. 'Macam pernah datang'. Sayang, welcome home! Alhamdulillah, setakat mama menaip ni Nadzrin tak buat perangai. Tak melalak teruk2. Nanti aku buat throwback peranfai Nadzrin kat kampung. Sekarang nyenyak tidur. Kalau merengek pun sikit2 je dan boleh control. Syukur ya Allah.
Seronoknya dapat kumpul 1 family, mama,papa dan Nadzrin. Sayang, baik2 ye.
29 June 2014
~Pengalaman Bersalin I : 28/5/2014~
Al-fatihah.
Mangkatnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Tidur petang yang nyenyak sebab hujan turun lebat. Dalam kul 5 lebih aku rasa sakit perut. Contraction. Aku biarkan je. Mesti macam selalu tu kan, false contraction. Petang tadi dalam kul 3 rasa macam keluar air skit, mengigau ke apa ye. Sambung tidur. Makin lama makin sakit, makin kerap. Dah la husband shif malam. Ari tu aku masuk wad dia dah amik cuti. Ni takkan nak cutilagi, kalau betul nak bersalin tak pe.
Kul6 aku cakap kat hisband, sakit lain macam ni. Betul kot nak bersalin, aku pun was2 gak. Tunggu lagi. Kalau hilqng sakit husband nak g kerja. Tengok kekerapan dalam 5 minit 1 contraction. Btol la ni. Husband ajak g hospital. Aku request nak mandi dulu, mandi air sejuk, lama2. Mandi boleh kurangkan sakit.
Kul7 lebih bertolak ke hospital. Tadi tak sempat makan tadi, so makan roti 60 sen dalam kereta. Peik husband aku, sakit2 pun boleh makan. Hehehe. Yela, nanti tak de tenaga nak teran. Husband aku ni terpengaruh tv sangat. Citer melayu tunjuk perempuan kalau nak bersalin terjerit2, mengesot, terus tak larat jalan, tak sampai berapa minit dah bersalin. Husband aku ingat macam tu. Sakit berterusan, sat je, pastu bersalin. Kena la explain sikit. Masa tak sakit aku makan, sakit aku stop kejap.
Kul7, hari Rabu, jem. Nasib baik cuti sekolah. Kalau tak bertembung dengan parents ambil anak kat Anderson. Sampai hospital nak cari parking plak susah. Ada, tapi jauh. Takpe, kita jalan. Ni pun boleh tolong senang bersalin, laluan cepat buka.
Bersambung......
~Pengalaman Pre-bersalin II : 25/5/2014~
Assalamualaikum,
Salam sejahtera seluruh penghuni alam.
25/5/2014 sepupu rapat aku kawen. Tak berani nak balik kampung sebab dah hujung2 pregnancy, tunggu bersalin je. Pagi aku rasa mild contraction. Kerap jugak. Gi toilet ada turun tanda, darah. Mama rasa ni la tandanya nak bersalin, tapi kawan kata kalau turun tanda darah sikit tu lambat lagi nak buka jalan besar. Tapi kalau dah rasa contraction kerap elok g hospital je. Tengahari siap ajak husband g makan keli bakar lagi. Huhu.seminggu tu memang mama makan lauk keli bakar je. Taksub sungguh!
Pas makan dalam kul 3 lebih terus ke HRPB. Petang ramai orang rupanya. Nak tunggu giliran buat CTG pun lama. Habis CTG, masuk bilik doktor nak check bukaan. Situ pun ramai. Sempat la sembang2. Sakit wo kena seluk tu. Kalau nak kurangkan sakit kena tarik nafas masa doktor seluk. Buka 3cm. Lepas seluk, keluar darah banyak. Macam period aku rasa. Orang lain takde la plak macam aku, yang aku nampak ni la. Doktor kata tu biasa. Ok.
Settle semua hingga masuk wad dalam kul 5.30 petang. Redha la kena tinggal sorang2. Aku dapat wad kelas 1, 4 katil 1 bilik. Bilik sorang dah full. Sebab ada GL dari sekolah, so dapatla tempat sedap sikit. Rugi btol tak boleh rasa bilik sorang ye, kalau bilik sorang, husband boleh teman.
Tidur kat wad memang takkan lena. Elok nak lena, nurse mai check blood pressure la, CTG la, check bukaan la. Malam pertama kat wad, tak lena langsung. Asyik whatsapp dengan husband. Biasa la, aku kalau tempat baru tak lena.
Esok pagi doktor datang check bukaan. Buka 3cm jugak. Takde perubahan. Contraction pun dah stop. Biasa la, anak pertama kata doktor. Doktor cakap lambat bukaan ni. Nak bagi balik takut nanti cepat pulak bukanya. So, aku cakap kalau esok tak ada apa2 gak aku nak minta balik. Dok wad adalah tidak best!
Esoknya, pagi dalam kul5 nurse kejutkan untuk buat CTG. ok katanya. Kul8 lebih doktor datang check bukaan. Still sama. Tak rasa contraction. So, boleh balik dulu la. Tunggu contraction yang kuat dan kerap. Husband ambil tengah hari tu. Balik rumah! Yey!
~Pengalaman Pre-bersalin I : 21/5/2014~
Throwback: teringat perut boyot. 9 bulan aku usung ke sana ke mari, melawan alah yang dahsyat, melayan muntah2 hingga 9 bulan, lahir putera aku. Betapa notty Nadzrin dalam perut, notty juga la sekarang :) Bahagianya mama.
Malam dalam 9 lebih aku rasa contraction. Asyik tengok jam. Kerap ni. Siang tadi ada turun tanda sikit tapi tak cakap husband pun sebab tak sakit. Malam dalam 10.30 turun tanda darah lagi, sikit je. Nasib baik husband tak kerja shif malam. Husband tanya nak g hospital tak, aku cakap tunggu dulu la. Sampai kul 12 masih rasa contraction, so, decide g je la hospital.
Pagi di HRPB tak de orang sangat. Masa aku sampai ada sorang tengah CTG. giliran aku kul1.05 pagi. Result normal, tekanan darah 115/69.
Pas CTG masuk bilik doktor. Seram gak tengok katil. Pastu nampak plak doktor laki. Takkan doktor tu yang nak seluk kot? Tidak!!! Masuk sorang doktor perempuan, melayu, lega. Waaa, sakit sangat aku rasa kena seluk. Tu baru check bukaan, beraalin nanti macamana? Aduh! Teringat aku baca kalau nak kurangkan sakit kena seluk, tarik dan tahan nafas masa jari doktor masuk. Try je la, tapi masih rasa sakitnya. Bukaan baru 2cm. Pas doktor seluk aku tengok kain dah basah. Macam period. Normal ke doktor? Doktor cakap normal. Aku tengok orang lain tak berdarah kaw2 macam aku pun. Pelik btol.
Sebabkan 2cm dan aku ingat orang selalu cakap anak sulung lambat btol bukaannya, aku minta nak balik. Lagipun takde la jauh sangat hospital dengan rumah. Dalam 15 mnit je (kalau tak jem la). Doktor bagi balik, atanya kalau rasa sakit yang kerap lagi terus datang hospital mungkin esok, lusa...tak tau. Aku nak dok rumah dari kena tahan wad. Kat rumah macam2 aku boleh buat. Kalau kat wad makan tidur berak je la kot :p
Sampai rumah pukul 2 pagi tapi sempat p tapau roti canai. Hahaha.
~Pengalaman Pre-bersalin I : 21/5/2014~
Throwback: teringat perut boyot. 9 bulan aku usung ke sana ke mari, melawan alah yang dahsyat, melayan muntah2 hingga 9 bulan, lahir putera aku. Betapa notty Nadzrin dalam perut, notty juga la sekarang :) Bahagianya mama.
Malam dalam 9 lebih aku rasa contraction. Asyik tengok jam. Kerap ni. Siang tadi ada turun tanda sikit tapi tak cakap husband pun sebab tak sakit. Malam dalam 10.30 turun tanda darah lagi, sikit je. Nasib baik husband tak kerja shif malam. Husband tanya nak g hospital tak, aku cakap tunggu dulu la. Sampai kul 12 masih rasa contraction, so, decide g je la hospital.
Pagi di HRPB tak de orang sangat. Masa aku sampai ada sorang tengah CTG. giliran aku kul1.05 pagi. Result normal, tekanan darah 115/69.
Pas CTG masuk bilik doktor. Seram gak tengok katil. Pastu nampak plak doktor laki. Takkan doktor tu yang nak seluk kot? Tidak!!! Masuk sorang doktor perempuan, melayu, lega. Waaa, sakit sangat aku rasa kena seluk. Tu baru check bukaan, beraalin nanti macamana? Aduh! Teringat aku baca kalau nak kurangkan sakit kena seluk, tarik dan tahan nafas masa jari doktor masuk. Try je la, tapi masih rasa sakitnya. Bukaan baru 2cm. Pas doktor seluk aku tengok kain dah basah. Macam period. Normal ke doktor? Doktor cakap normal. Aku tengok orang lain tak berdarah kaw2 macam aku pun. Pelik btol.
Sebabkan 2cm dan aku ingat orang selalu cakap anak sulung lambat btol bukaannya, aku minta nak balik. Lagipun takde la jauh sangat hospital dengan rumah. Dalam 15 mnit je (kalau tak jem la). Doktor bagi balik, atanya kalau rasa sakit yang kerap lagi terus datang hospital mungkin esok, lusa...tak tau. Aku nak dok rumah dari kena tahan wad. Kat rumah macam2 aku boleh buat. Kalau kat wad makan tidur berak je la kot :p
Sampai rumah pukul 2 pagi tapi sempat p tapau roti canai. Hahaha.
24 June 2014
~Nadzrin @28 days: kahak, kulat susu, rawatan stim, tepukan Percussion~
Assalamualaikum,
Baru berkesempatan menulis. Cerita sebelum beberapa hari dan semasa dan selepas bersalin akan menyusul bila ada masa lagi nanti. Saya bersalin normal 11.45pm Rabu 28/5/2014 sama hari kemangkatan Sultan Perak. Baby boy 2.5kg dan kami namakan Muhammad Nadzrin Hakim b. Mohd Shahril Hafiz :)
Salam hormat kepada ibu2 kuat di luar sana. Hampir sebulan bersama buah hati baru membuat aku kenal peel2 bayi. Menangis kuat bila lapar, muka ala Jason King bila nak yak, tipu2 nak tidur, senyum, bunyi macam nak sembang, kuat memerhati, sejak beberapa hari lepas hidung tersumbat dan kulat susu di lidah dan dinding pipi. Last 2 problems buatkan dia menangis meraung macam aku pukul dia. Padahal mama ni nak tepuk nyamuk kat dia pun tak berani.
Bila jadi mama, aku tak tahan langsung tengok dia nangis. Mula gelabah. Nasib baik di kampung. Walau ada masa aku stress dan rimas sebab ada mak abah yang overprotective sampai tak boleh tengok cucu nangis sikit pun; pikir balik, mujur ada mak dan abah lagi yang nak menolong. Rupanya apa yang aku google masa mengandung dulu tak cukup info sampai baby lahir. Apa yang aku google tersangkut sampai how to deliver baby correctly je.
Masa pantang orang tua2 cakap jangan membaca sangat kelak mata rosak tak tunggu tua. Hish, henset kat kita 24 jam, ada internet connection plak tu, takkan la tahan sangat nafsu ni tak guna. Mujur ada internet, membantu juga kala susah ni.
BERNAFAS KUAT:
Nurse yang datang check di rumah tu cakap it's normal for baby bernafas kuat sometime. Ok, mama baru terima saja bulat2. Nurse kan lebih arif pasal bidang kerja dia. Tapi bila sampai Nadzrin kuat melalak, it means something is wrong. Aku mula google. Nafas berbunyi kuat mungkin sebab kahak atau hidung tersumbat. Gigih mama guna cotton bud cuci hidung. Tak berani sangat, cukup cuci skit2 hujung hidung je. Aku whatsapp kawan yang ketja MA, kalau baby berkahak, bila dia bernafasbunyi kahak. Oh, ok, tapi macamana tu ye? Mama kurang arif.
Google cara2 nak hilangkan hingus/kahak/selsema tanpa ke hospital guna nab. Rupanya ada. Guna kaedah stim dan tepukan Percussion. Mama cuba, sekali dengan nenek dan tokwan kena kerah tolong pegang Nadzrin. Ok, mari share ilmu.
Rawatan stim dan tepukan Percussion:
Pilih salah satu untuk rawatan stim:
◆ bottle steam sterilizer - 20 min
◆ periuk nasi elektrik - 20 min
◆ bottle and food warmer - 20 min
◆ sebaldi air panas - 10 min (sesuai untuk bayikurang 6 bulan)
Campur salah 1 bahan:
◆ minyak habbatus sauda'
◆ minyak bawang putih
◆ bawang putih diketuk
◆ serbuk bawang putih
Posisi bayi meniarap dan halakan muka ke arah wap panas. Jarak ikut kesesuaian.
Tepukan Percussion:
Tapak tangan buat bentuk cuping/bentuk huruf C. Kemudian tepuk kiri dan kanan bahagian belakang bayi, bukan bahagian tulang belakang. Lepas tu pusingkan bayi, ulang cara yang sama di bahagian kiri dan kanan dada bayi.
Boleh tepuk semasa rawatan stim atau selepas.
Pengalaman buat kat Nadzrin, aku tepuk semasa rawatan stim. So, dia agak relaks. Aku bayangkan dia akan meraung hebat macam yang aku baca dalam blog2. Tapi Nadzrin slumber je macam menikmati wap panas tu.
Hasil sepatutnya kahak/hingus baby boleh keluar dengan hebat. Tapi kes Nadzrin tak de apa2 pun. So, mama lega sikit sebab rasanya dia nangis bukan sebab kahak tapi tersumbat je.
Pagi semalam pergi klinik kanak2 kat Pekan Lama Parit Buntar. Btol la . Doktor cakap Nadzrin sihat cuma hidung tersumbat, dia tak selesa sebab tu nangis dan kadang2 melentik2kan badan.
Doktor tengok dalam mulut ada kulat susu. Aku, oh, ok. Tak ambil port pun sebab aku baca kerak susu kena cuci dengan kain lampin yang lembap je. Aku ingat tak payah guna apa2 ubat. Lagi pun nampak tak la banyak pun kulat susunya. Untuk hidung tersumbat dapat sebotol kecil ubat titik.
KULAT SUSU:
Terdapat kat lidah, lelangit dan dinding pipi bayi akibat minum susu badan atau susu formula. Nampak tompok2 putih. Tak menyebabkan penyakit serius tapi boleh buat baby dehydrated sebab mulut boleh pecah2 dan dia tak mau minum susu, rasa sakit. Lidah jadi kering. Sebelum ni Nadzrin tak tunjuk yang dia sakit mulut. Hari ni bila dia nak menyusu dia marah, nangis. Aku ingat lidah dia luka sebab semalam aku cuba cuci kulat tu guna lampin lembap. Susah nak cuci sebab bila dia buka mulut pun tak besar pastu dia pandai tarik lidah ke dalam. Boleh cuci bahagian depan lidah je la.
Hari ni makin banyak kulat susu. Tak boleh jadi ni. Menangis pun makin kuat. Aku google lagi. Rupanya dia nangis dan reject nak minum buka sebab lika aku guna lampin semalam tapi sebab kulat tu makin banyak, dia tak selesa, lidah jadi tebal, makin kering.
Petang tadi minta tokwan ke klinik semalam belikan ubat kulat susu. Dapat ubat sapu yang manis. Aku sapu kat puting dia dan guna jari kelingking sapu kat dinding dalam mulut dan lidah. Ok, manis, Nadzrin diam.
Sekarang sedang nyenyak tidur. Lega mama :)
Esok mama letak ubat lagi ye, sampai sembuh.