Showing posts with label di rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label di rumah sewa. Show all posts

12 April 2012

~Aku belajar jadi ikhlas~

Aku belajar jadi ikhlas

Tiap kali aku lihat wajah kecil

Minta ilmu tanpa jemu.

Awal masa menadah tangan

Membaca doa penuh khusyuk

Menghulur salam 

Mencium tangan

Sejuk hati mata jiwa.

Marah aku kerana sayang

Hukum aku kerana kasih

Hari ini engkau menangis

Moga esok tidak menitis

Walau setitis. 

Hari ini kau tunduk hormat

Esok lusa mungkin kau lupa

Ikhlas aku tidak marah

Moga kau jadi anak berguna

Menabur budi menanam jasa.

Sayang, hari ini kupanggil sayang

Sampai mati tetap kusayang

Baik jadimu aku kembang

Buruk olahmu aku yang sumbang?

Minta jauh wahai sayang.
 
 Aku belajar jadi ikhlas

Bila sekelilingku penuh rahmat

Basah lidah dengan Yasin-Mu

Bergema memecah hening Jumaat.

Aku belajar jadi ikhlas

Seilkhlas terdaya

Besar amanah, besar bebannya

Atas batu jemala.

Aku belajar jadi ikhlas

Buang rungut, pungut syukur

Agar kukuh iman dan takwa

Walau tahu aku tak seberapa

Bukan insan besar lagi mulia

Aku hanya guru biasa.





## Zue, tiba2 aku terfeeling puisi ni pe hal???

09 February 2012

~Aku buka kedai makan. Mai la ramai2~


LOGIKKAH?

Disember 2011 cuti sekolah, aku plak jaga SPM kat Kepong. Datang sini kadang2, tu pun sebab angkut barang. Masuk rumah hujung Disember. Last month plak cuti CNY 1 minggu. Weekend je aku balik kampung. Awal Februari balik kampung lagi sebab cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam.

Tapi apasal bil air aku macam family ramai giler, wat kenduri 3 hari 3 malam????


Oh, lupa. Aku ada bukak kedai makan baru depan gate rumah aku.

WEH!!! AKU BENGANG NI! SAPA CURI AIR AKU?????

07 September 2011

~Oh la Black Myvi dan pakgad, dua2 bikin aku panassss!~

Situasi di sekolah:

Mengajar mengikut silibus. Eceh :P


Ni bukan nak cerita pasal kat sekolah pun. Nak citer kisah pas balik sekolah. Kisah bengang dengan orang2 yang tak belajar Sivik, ke tido time cikgu mengajar Sivik?!!

Visitor parking lot punya le dekat, ko boleh parking kat lot aku. Ye, mula2 sampai aku memang sabar. Bunyikan hon pun ala2 sopan lagi, 2 minit, 5 minit, 10 minit! Ini sudah lebih bai! Orang lain dah boleh usyar ikut tingkap time aku hon, ko sedap sangat makan kat open house tu ke, telan banyak sangat ketupat ke sampai telinga ko tersumbat sampai tak boleh dengar orang hon? Ke ko ni memang tak sedar diri ingat parking lot tu ko wat untuk ko kat kawasan apartment ni? Panas!!!

Pergi eport kat guard. Ye la, guard tu la yang senang2 nak marah kalau kita silap parking, letak sat je pun kat visitor lot sebab nak angkat barang bawak naik atas pun dah marah2. Konon jaga kebajikan, jujur ikhlas la sangat. Tadi salah ko bagi visitor masuk, percaya visitor cakap masuk sat jer nak p open house, pastu parking suka hati, kena palak tu tempat aku parking. Memang wajib la suara not tinggi tu jadi rendah giler kan. Oi bang, mana de orang g open house 5 minit! Koman2 mau 30 minit, kalau makanan sedap2 mau lajak ke 1 jam. Berasap aku ni bila ko cakap

"Takpe, parking kat visitor dulu. Tapi kena ambil pas visitor kat pondok pengawal dulu ye. Diorang g open house kejap jer. Enjin pun panas lagi ni. Saya tak tau le plak diorang pegi open house rumah mana, tadi takde tulis. Nanti bleh parking balik kat sini. Diorang kejap jer."

Oih, banyak cantik!!!! Orang lain punya pasal aku nak kena buat 2-3 kerja. Pergi ambil pas pelawat, parking kat visitor, pastu malam ni nak kena turun hantar balik pas visitor tu dan hantar keta kat lot parking aku. Apa nih? Aku bayar parking le tiap2 bulan. Orang lain punya pasal aku kena keje susah. Kalau kitorang orang dalam ni salah parking sibuk jer ko nak clamp! P la clamp keta tadi tu.

"Apa ni bang. Orang lain wat salah saya plak kena susah. Tu lot saya tuh. Tak kira lah. Saya park kat visitor.Esok pagi la baru saya hantar pas visitor ni. Tak rajin saya nak turun naik parking keta ni."

"Ok. Ok. Parking visitor pun banyak, tak ramai visitor hari ni. Bleh hantar esok la."

Ceh, salah dia bukan main lembut dia cakap, kalau salah orang....berapi2 dia cakap.

Buat driver Myvi hitam tu: P pinjam buku teks Sivik anak anda dan study balik. Bongek!







*Tiba2 aku teringat kes tahun lepas jiran aku, lelaki India, maki orang salah parking kat lot dia. Lelaki Cina yang salah parking tu turun nak ubah keta dia, siap minta maaf tapi still kena maki. Kalau le Myvi tadi parking kat lot jiran aku......apa jadi ek???? Drama swasta la...




25 April 2011

~Kenapa cuti boleh jadi tak best?~

Ahad lepas (atau lebih tepat tadi) sangat boring (doh)! Jap2! Adik, apasal sekarang budak2 sekolah asal cakap jer ada 'doh' kat hujung ayat tu? Akak tobat tak paham. Maksud dia apa ek? Takkan bodoh kot?


Back to boring sunday. Sebab apa boring?

1) Bangun pagi tak tau nak buat apa, punya malas nak mula gerak dari katil padahal baju ada sebaldi boleh basuh. Tapi selepas otak berjaya memanipulasikan kaki dan tangan, alhamdulillah baju dah siap basuh dan sidai!

2) Tolong la khaborkan ke teman apa makanan yang best dan senang dapat. Aku ni sampai tahap kronik asal lapar nak makan jer, tiba2 otak aku blank tak tau nak makan apa. Pikir punya pikir punya pikir, last2 makan roti jer.

3) Dengar lagu macam2, lappy pun terpasang lagu abang macho M.Nasir. Tapi sebab suara tak baik2 lagi aku tak bleh nak nyanyi. Tau...suara I tak meletop nak masuk AF ke Mentor ke, tapi apa de aku kesah, aku nak nyanyi aku punya pasal la kan. Dan...suara budak2 AF tu meletop ke? Tadi nyanyi tak keluar suara aku tapi keluar suara unta. Oh no! Takkan nak kena miming jer.Apa barang miming macam cikgu shida?

4) Orang lain cuti sibuk p shopping ke atau at least window shopping. Aku? Taip soalan exam. Bagus giler la. Ni la sukatan sebenar KBSM (kerja berat sampai mati). Cet! Nasib baik soalan dah siap2 cari sebelum ni, so, ni betul2 kena kuatkan semangat nak menaip je la (dan draw dalam paint sebab aku dah malas nak photostat, gunting, tempek semua diagrams). Nak cari mood mula menaip tu yang payah, bila dah start ok je pun. Dah siap :)

5) Sebenarnya ahad tadi jadi lagi tak best sebab semalam sekolah. So, hari ni takde nafsu nak start keja kuar jalan2 T__T

No.5 tu yang menyebabkan ahad aku boring giler sebenarnya. Hahahaha.

05 March 2011

~3 things make my saturday more memorable ~

Hari sabtu yang sangat banyak benda penting:



(1)

Kelas tambahan berjalan lancar walaupun hanya sejam (kurang beberapa minit ke 1 jam). For your information, students ada 11 orang je ok. 11! Mula2 kalau pikir patut marah, tapi yang tak datang tu bersebab. Ada terlibat dengan Program Pengurusan Jenazah dan Program St.John. Tak pe la. Aku ajar jugak. Dah siap buat peta minda bagai. 1 jam untuk discuss 1 chapter, summary je pun kan, sat jer boleh siap. Pastu bagi latihan, discuss.

Maka penuh la whiteboard tu dengan peta minda pasal CELL. What is cell? Unicellular and multicellular organisms, cell organisation in human body..... Kelas tadi untuk Kumpulan 1, students pun dari kelas 3A, 3C dan sorang jer sesat dari 3I. But she's not that bad. Banyak jugak soalan dia. And, kenapa budak2 cina kelas 3A dan 3C pemalu betul? Suara, mak ai, ''what?'', ''louder'', ''I can't hear you." Jangan2 aku yang dah pekak kot, tiap2 hari aku dengar budak menjerit2, bila orang cakap soft jer aku tak dengar. Tersenyum2 depa. Padahal last year aku ajar je kelas depa, takde la pemalu sangat. Ke terkejut 1st time aku ajar Sains kat diorang?

Sebelum balik,

''ada dapat ilmu baru atau saya ulang apa yang kamu semua dah tahu je?''

"ada cikgu. banyak info baru.''

Oh, leganya aku. 1 jam yang berbaloi dan bermakna bila diorang tunduk hormat dan cakap ''terima kasih cikgu.'' dengan senyuman.




(2)

tiba2 pop chat kat FB aku. Arm Arm***? Sape kah? Oh, budak sekolah aku dulu rupanya. Tu la bahana accept tapi jarang sembang...

''hai! salam.''

"wslm."

"ni adik afifah kan?''

Aik? mamat nih, jap tengok gambo. Tak kenai pun. Junior aku le nih. Wait, Afifah? Ni pe kes aku jadi adik kepada adik bongsu aku nih? Ada sesape boleh tolong jawab?

"SPM tahun bila nih?''

"ni adik afifah kan?''

??

''haah.'' <---- means dia sama adik aku la.

"sorry. ni akak sulung dia.''

Dan.........diam. Hahahahaha. Weh, macamana aku boleh jadi adik kepada adik bongsu aku kat FB nih? Mengong betoi!



(3)

Tok! Tok! Tok! (bukan atok atok di kampung, tu bunyi orang ketuk pintu rumah aku kul9.++ malam). Ida pakai lebih senonoh, so dia bukak pintu.

"kenapa uncle?''

"itu Viva silver u punya kan?"

"PHM *** ke?''

"haah."

"u pergi turun bawah cepat. kereta u kena langgar."

Haaaaaaa!!!!!

Keta aku! Lepas tu aku dah tak tentu arah. Tengok ke bawah dari tingkap bilik ramai dah kerumun keta aku. Damn! Teruk ke? Semua tengok bontot kanan keta aku, sudah, teruk la tuh....

"Ida, mana seluaq aku?"

Tak ke soklan gila seluar sendiri tanya kat hausemate! Berlari2 kami turun tengok kereta. Tak kemik, alhamdulillah, calar2 jer dan ada kesan cat bumper keta yang langgar aku tu. Agak2 polish jer boleh hilang tak calar2 dan kesan cat tu? Dia nak reverse masuk lot parking tak lepas kena pintu belakang sebelah kanan. Tukar2 nombor dan dia akan bayar semua kos pebaik Viva aku. Hai, baru petang tadi Ida plan nak polish Gen2 dia esok, tengok2 Viva aku pun kena polish sekali =__=





Sangat memorable kan sabtu aku ni....

01 November 2010

~Pengisian Sabtu Ahad Aku~

Selain makan, tidoq, melangut main internet dan tv:


(1)
siap tanda kertas exam budak (walau pun tertido saat menanda). Ada 1 jawapan yang buat aku gelak besar time betul2 boring dan stress menanda.

Q: State the hypothesis based on the observation in 8.
A: When the teacher teach the students, the students will be clever(Laughing)

Sungguh tidak menjawab soalan tapi berjaya buat cikgu gelak! Budak ini sungguh nakal dan banyak mulut. Pep. pertengahan tahun ari tu pun dia buat aku gelak tengok paper dia.


(2)
ini kerja hari Sabtu: mak incik pergi set rambut baru. Kah3. So new me! Hampeh amoi salon tu.

''U nampak lain ma. Cantik ma lambut balu.''

Yela, dah aku bagi duit kat ko. Harus la ko puji. Tak pe, dia puji aku, aku tak marah. Hahaha.


(3)
dah baca hampir separuh novel Slumdog Millionaire. Banyak masa kat salon sebab lama sangat duduk tunggu amoi buat rambut. SEPARUH buku ye! Lama kan~


(4)
Petang tadi ke Selayang Mall g bayar bil. Sungguh lapar. Habis sepinggan briyani kambing dalam masa.....10 minit kot. Lapar siot! Bil=settle!

"Kak Fiza, smokey eyes tuh!''

:P Sebok jer minah nih!

Weh, CSL memang murah ke? Ok ke tak eh? Henset aku kadang2 wat hal gak. Tensi gak ni. Tapi aku suka Blackberry la, bukan Blueberry. Oi fiza, sudah, bertobatla anda untuk membuang duit lagi.


(5)
ni baru pas baca selak2 majalah Rapi. Mula2 tengok cover

''Ni minah mana jadi cover bulan ni, Da?''

"Wana."

"Wana mana?''

"Mystarz LG.''

Ceh, sorry. Tak kenal~~


(6)
apasal malam Ahad citer kat tv semua tak best? Aku cakap ni mewakili orang2 yang tak de Astro ye. Yang ada Astro jangan menyebok. Astro ada banyak channel.




# Esok kena p skolah awal weh. P tidoq lekaih! Jebon btoi! Mata tak ngantuk~~


13 August 2010

~3 Ramadhan~

** Bangun sahur 5.35am

**Housemate balik kampung


Arghhhhh~ Tak bestnyer! Hari Jumaat pertama Ramadhan 1431H. Redup dan selesa.

Aku suh adik aku kat Nilai tu datang sini. Alih2 aku plak yang disuruh pegi sana coz Ahad ni diorang nak pindah rumah. Agen rumah tu makan duit sewa rumah. So, tuan rumah nak amik balik rumah tu. Diorang dah report polis sebab tiap ari agen tu datang konon2 diorang tak penah bayar sewa. Ada resit, tapi buat2 lupa plak. Tah, Ahad ni insyaallah, kalau sihat walafiat aku pegi tengok kat Nilai tu.

Ari ni buka puasa sorang2, sahur pun bakal sorang gak. Sedih betoi. Ari ni pun masak je la. Lauk semua dah beli kat pasar malam semalam. Mari memasak ye. Esok wat laksa nak? Hahaha. Rindu masakan mak la~

29 June 2010

~Memang syok cuti~

Selalunya, kalau Isnin jer, ramai yang alami Monday blues. Aku pun. Kadang rasa weekand pun tak rehat. Badan rasa penat, keje bawak balik sampai rumah. Tapi ari ni aku cuti hari Isnin sebab Ahad ada Hari Terbuka. So, dapat la cuti peristiwa. Kalau last year, buat hari Sabtu, Isnin dah kena sekolah. Penatnya badan. Jangan ingat cikgu keje relax je yer. Keje berdiri, menjerit bercakap. Penat! Tapi, minat dan dah jadi kerjaya pun. Aku terima la. Ada time bila mood swing~ aku jadi malas. Hehehe.

Malam tengok bola : Germany vs England. Bye England. I memang tak pernah sokong U dalam Worldcup since mula kenal player hensem baru nak minat bola 1998, waktu Form 3. Giler time tu kumpul every single article dalam newspaper pasal pemain hensem each of the team. Malam Brazil vs Portugal, aku tengok kapten Brazil masa Worldcup 1998, Dunga, dok kat tepi padang pakai kemeja. Rupa2nya dia dah jadi jurulatih Brazil! Sungguh aku ketinggalan. Aku minat la tu dulu. 1998 Perancis menag, tahun ni Perancis out awal2! Huhu.

Wo, malam ni Brazil vs Chile. Ada kata depa ni main laju. Best kalau tengok. Aku tak kenal players kali ni. Maknanya kalau aku tengok ni, aku memang tengok game. Dulu aku bias, aku tengok players hensem. Hahaha. =__=

Petang tadi aku g The Curve sebab ada appoinment facial. Hai, aku dah jadi macam pompuan2 lain dah. Sedap kalau kena urut. Aku lena!

Ok, dah 2.30am. Aku nak layan bola jap sambil tengok nama players hensem dalam team Brazil yang aku tengok ari tu. Hai, ni la pompuan tengok bola.


Hantu btoi! Baru teringat aku ni takde Astro! Tv1 galak dok ulang game Germany-England. Berapa kali mau ulang de?

25 May 2010

~Susun sebaris. Tarik sehelai2~

Susun sebaris

Tarik sehelai2

Letak, susun sama2

Tindih silang2

Watpe? Ha? Watpe? Susun kertas soalan exa budak la. Science paper 1 - siap dan sedang disusun dengan jayanya. Exam hari Khamis ni. Selalunya aku siap awal bab susun2 ni. Tapi kesihatan yang tidak mengizinkan ia siap cepat. Plan asal, hari Jumaat lepas bawak balik soalan dan buat time cuti weekend. Hampa~

What is science?
Draw and label an animal cell.


Sorry, soalan bocor takde kat sini. Kalau alang2 nak bocor, aku bagi soalan level U trus.

Explain each processes in photosynthesis.
Explain an Evolution theory.

Rindunya nak sambung blajar! Mr. Biologi, I rindu u! Lecturer Biodiversiti aku slalu ulang phase ni 'The Bumi......' rather than 'The Earth....' don't know why he loves to say that. Argh, tetiba je tringat zaman study~

-----------------------------------------------------

"Hang kena p check darah dara la. Cepat demam. Bahaya! Antibodi kurang.''

Ooooo. Aku dok terpikir gak ni. Bulan ni saja dah 2 kali demam. Sungguh badan aku lemah~

Tadi berYM dengan seseorang. Pengajaran hari ini : kalau tak kelakar takyah try wat lawak. Jadi lawak dibuat2 yang bodoh pada pandangan orang lain. Lebih baik jadi manja, ayu dan comel! Ah, aku suka itu.... manja dan comel! Paling senang, be yourself. Tapi tak salah kan kalau try to be someone else that can make us better and good in others eyes! ^__^


Kalau le lens tuk silau aku tu ada kaler2, dah lama aku try pink!

22 May 2010

~Tebang pokok = soil erosion~

Aku baca blog ini
l
l
l
V
Komuniti Bloggers Penang

Kan aku dah rindu nak balik Penang ni! Kan, kan. Hai, memang lumrah dalam tabii aku. Bila ada je oang sebut, baca apa2 tentang Penang, aku rasa nak je cepat2 balik sana. Ni plak blog tersebut cerita 6 benda menarik yang wat aku sakit ati bila aku baca dan diri aku dok kat KL. Aku rela jadi orang pulau dari jadi orang bandar metropolitan ni!

Tamat iklan.

********************************************
Cerita asal:

Time aku demam ni, aku menghabiskan 100% masa aku di rumah. Kaki patah la bila badan sakit. Ati meronta2 nak kuar pun aku boleh sabar lagi. Lagipun poket kering! Bila aku boring tengok benda dalam rumah, aku 'cuci mata' mencari pemandangan indah di luar apartmentkalau ada. Kalau setakat muka pakgad yang meronda tu bukan indah ye :P

Bila mencari yang indah, sekali aku nampak yang sangat tak indah! Bila bukit tu botak? Aku selaku rakyat Malaysia yang sayangkan bumi hijau, yang selalu sokong Earth Hour tiap2 malam pun aku sokong Earth Hour, hati aku menjadi sangat sakit melihat keadaan itu. Bila makin panas, semua marah. Asalnya sapa yang menambah degree kepanasan bumi ni? Oxygen decreases, carbon dioxide increases!!! No, no, no. Itu aku tak kaitkan lagi fotosintesis berkadar langsung dengan kandungan oksigen bumi! Fotosintesis bla, bla, bla~~~~ (macam nak mengajar plak).

Tolongla, apa motif anda menebang pokok2 kat lereng bukit tu? Kan dah jadi soil erosion kat situ. Pokok tu kan dah dicipta Allah untuk jadi 'pemegang' tanah tu. Rugi simen je kalau nak wat tembok simen kat situ. 'Tembok' asal diruntuhkan untuk ganti dengan tembok buatan manusia ek?

GERAM!

Aku ambil gambar dari dalam rumah disebalik tiang2 besi.

07 April 2010

~Esok jangan malas2, esok sekolah~



~Giler banyak kacang taucu tu kan~


2 hari MC di rumah. Boring la. Sorang2 je. Ida balik lambat tiap ari. Banyak keje dia tu. Semalam masa kuar makan, tringat ikan masak stim. Ari ni kena la buat. Siakap kecik2 yang dah 50% tak fresh dari Mydin. Belasah je la. Nak buat yang berkuah skit, kukus tu jarang2, takde bekas plak nak letak bahan2 berkuah. So, buat la kukus kering je. Guna kacang taucu~~ Pastu beli sotong wat masak singgang. Kata nak makan yang tak berminyak kan? Heee, kurang nikmat makan tanca cabai yang banyak, tak bertumis macam masak orang malas. Tak sedap! Apa kan daya, demi suaraku yang berkarga untuk kerjaya, aku gagahkan jugak. Makan apa pun rasa pahit je. Tambah2 ubat batuk kaler kuning tu, ubat air! Aku sangat tak suka ubat batuk cair tu. Kalau ubat bijik2 tu aku bleh telan banyak mana pun, ubat cair~~ memang aku berchenta2 sangat nak makan.

Esok aku dah keje balik. Harap suara makin elok. Ari alhamdullillah, better. Walau pun husky lagi, boleh la dari semalam dan kelmarin yang tak kuar butir perkataan. Macam disable plak kan. Esok sekolah dah! Dan esok~~ kena pakai lawa2 ye. Ada sesi fotografi guru2 untuk majalah sekolah. Kalau bandingkan gambar aku sejak 2007, makin elok la kot. Aku rasa mula2 posting dulu...hai, betapa selenganya aku. Sekarang dah pandai le bergaya skit2 dari zaman dulu2 tu. Esok pakai lawa2 ye~~~

06 April 2010

~Serak2 basah ke seram2 basah?~

Aku rasa serak2 basah husky tu seksi dan sedap. Kalau laki suara macam tu, aku rasa dia macho jer. Tapi sekarang, aku ni bukan tahap serak2 dah ni. Ilang suara, tak mampu nak sebut perkataan dengan clear pun. Semalam, bila aku cakap je, anak murid aku terpinga2 dan mesti tanya balik, ''teacher, what u say?'' Standard la BI anak2 Taman Ehsan. Balik sekolah je, trus tak boleh cakap, kuar suara anak dinasour yang lapar tu kot. Tak pun anak ayam itik chiak chiak tu. aku cakap je mesti orang akan tanya balik, ''ha?''. Kak Non kata semalam, ''Fizah, ko jangan cakap le. Seram aku dengor.'' Hahaha. Kan I dah kata seram2 basah.

Pagi ni aku ingat dah ok. Tapi, mendengar nasihat orang2 yang sayang aku, aku p jugak ke klinik. Rasa badan dah tak demam, batuk je sebab kadang2 kerongkong ni rasa gatal je nak aku garu2, basuh2 dengan Clorox. Doktor check, demam masih ada. Aku bleh tanya plak,''yeke dokto? Rasa cam dah ok.'' Bla, bla, bla... aku pendekkan cerita kat klinik mana le best sangat kan. ''I bagi U rest 2 hari. MC 2 hari. Ok?'' OMG. Aku pun, ''ha?'', ok~~ :P So, aku dapat la rehat 2 hari dari menjerit2 high pitch ala2 Black Mentor dalam kelas. Baik doktor tu kan. Hehehehe.

*Bila aku kuar bilik doktor, sorang bapak terpaksa berhempas pulas mendukung sorang anak lelaki yang demam tapi takut jumpa doktor. Nasib baik aku kecik2 dulu tak macam tu~

Kena makan makanan yang tak berminyak. Tadi makan salad! Tringat garden salad KFC sebenarnya, lalu aku pun beli kubis ungu tu dengan tomato kecik kegemaranku disirami treasure thousand island. Tapi, apasal sekarang aku lapaq lagi? Perut melayu mesti nak disumbat dengan nasi jugak. Terima la hakikat itu T__T.

12 March 2010

~Eyelash~






Let's try new thing.
Ya, me do!
I'm trying my new eyelash (not so new actually).
Forgot where I bought that eyelash, not so expensive.
So, this the result.
Later, I'll buy more.
^___^

07 March 2010

~mood makin turun ke paras minimum. p/s: tolong, saya nak cantik jugak~

Tah kenapa 2-3 hari ni hormones inbalance again. Rasa ada sesuatu yang kurang tapi tak dapat detect...which one? May be kaki jalan tak dapat g jalan2...may be la. Bosan bila weekdays asyik ulang alik rumah-sekolah. Memang takde life. Weekend ni rasa nak sangat g jalan2. Tapi ke mana ye? Badan pun rasa weak semacam. Tambah pulak mood yang kurang berahi. Rasa rindu sesuatu yang jauh. Nak pegang tak sampai.

Kawan, aku nak tanya. Kenapa kita akan rasa kawan2 kita yang dah kawen sangat jauh dengan kita? Bukan kawan2 di tempat kerja. Kawan2 tu kita masih ada modal nak bergosip. Kawan2 yang aku kata ni merujuk kepada kawan2 seperjuangan zaman berhingus. Zaman kita lap hingus dengan lengan baju kurung dan sedut hingus dalam2 supaya meleleh ke bibir, konon2 tu la cara paling pandai nak sorok hingus. Simple kan pikiran zaman budak2.

Walau pun kita berlagak biasa, sedar tak sedar, memang ada gap. Kalau perempuan, dah tak boleh pergi merambu tengok wayang dan window shopping dari pagi sampai malam. Laki mana yang nak bagi bini jalan2 sampai macam tu sekali? Sembang pun dah lain. Ala mak2 orang. Aku agak tu persediaan nak jadi mak budak. Dan lagi, sembang2 lucah dalam kain masing2 mungkin akan terselit dalam sembang2 biasa kita. Itu kawan perempuan. Kalau lelaki...yang pasti dah tak boleh merambu malam2 kan.

---------------------------------------------------------------------------------

Ok. tinggal tu.

Aku ni nak cakap aku down pun intro punya la panjang.

Cuti sekolah ni ada kawan aku kawen. Rasanya tak dapat p sebab sama hari dengan sedara aku kawen. Betul la cuti sekolah tu musim orang hebat mengawan. Bertunang pun ada gak, sorang junior sekolah menengah. Tu pun tak p la. Ahad, 21hb. Aku dah kena gerak balik KL. Ye, lari topik lagi....

----------------------------------------------------------------------------------

Aku rindu,
rindu senyum,
rindu gurau.

Walau jumpa tak lama,
lebih baik dari tak jumpa.

Sabar,
tiap hari aku ingat,
perlu sabar kalau nak lebih baik.

Kuat,
aku kena kuat buat apa yang aku dah janji,
walau kadang2 kena kritik, sakit, sedih,
aku tau tu untuk dapat sesuatu yang lebih baik.

---------------------------------------------------------------------------------

Sebab mood turun dan tak tentu arah tujuan mana nak jalan, aku berjaya jadi tukang masak ari ni. Jadi perempuan melayu terakhir : kemas rumah, masak. Kan baik jugak kesan takde mood tu. aku masak laksa. Kurang kick sebab aku guna cili boh. Tak best. Lain kali tak mau guna dah. Tu je yang ada. Cili kering habis dan lupa dibeli semalam. Sekian.

Lagi 1, mood down sebab....

Eh, kawan,

Aku tengok ramai blogger yang pandai giler bergaya. Sila bantu saya cantikkan diri....sebab saya nak cantik!

05 March 2010

~No Tittle~

Sedap btoi tido semalam. Sesedap gulai kari ikan keli mak aku kat kampong. Huish! Semalam, aku gagahkan diri nak tengok gak citer Penunggu Gunung Raya tu. Tapi yang aku ingat, aku tengok sampai part si Fauziah Gaus tu dah sedar diri dari nak bunuh kawan dia tuh. Bukan kawan sebenarnya. Abang or adik dia sebab depa sebenarnya adik-beradik. Pastu, aku tak tau dah pe jadi. Tido itu lebih indah. FB ke mana blog ke mana. Aku tido dengan internet tak off. Terjaga kul 3 lebih sebab rasa muka panas (laptop betul2 depan muka aku). Haba weh, haba! Bangun, tengok FB (sempat!) , off, tido.
Semalam ingat nak g skolah awal pagi ni. Rasa malas plak awal2 ke sekolah last day of da week ni. So, aku nak pegi pas zohor je. Sekarang, breakfast (kul 11.18am kira breakfast lagi x?) dengan susu Dutch Lady dan Lite Cream Crackers. Sedap!

21 February 2010

~Sapa nak sponsor bunga api untuk birthday aku? Lambat lagi, korang mula la menabung dari sekarang~

Sapa dok area Kepong angkat tangan? Pe hal ada orang tembak bunga api lawa giler? Saja nak bagi aku jeles sebab aku tak mampu beli bunga api besar macam tu untuk birthday aku nanti ke? Huishhhh, but seriously...memang lawa! Nak rasa lagi bunga api meletop atas kepala (bukan la btoi2 atas pale aku, kalau tak aku dah kiok dah). Dulu masa kecik2 penah la sekali, time ekspo pertanian kat hometown aku. Sumpah syok campur takut time tu. Budak kecik le katakan. Rasa macam ada benda meletop atas kepala. Siap angkat tangan cover kepala budget tak bagi kena kepala. Betapa tak pandainya aku kecik2 dulu. =_='

Berasap woi....pencemaran btol. Lama tak tengok orang main meriam buluh! Weh, ni raya cina la. Tukar topik cepat.

Weh, tadi ada orang tembak bunga api besar, cantik dan sangat lama. Kan dah buat kaum2 cina kat apartment sku jeles. Hahaha. Ni depa dok tembak bunga api secara kecil2an. Dengan mercun sekali. Ceh, tak leh lawan bunga api and mercun besar tadi.


(Kacau je blok G tu! Kalau tak, nampak lagi clear bunga api cun tu.)

Weh, orang2 kat apartment aku tak abis2 lagi perasaan tak puas tai tu. Sekarang dok wat bising pong pang pong bunyi mercun papan. Bila nak abis?????

Gong Xi Fa Cai.

Tak boleh ke kita ucap kat semua orang everytime kite jumpa? Kan bagus makna dia...p check kamus mandarin cepat. Maleh nak cari. Aku ada terbaca kat blog seseorang yang amik Mandarin as 3rd language kat U. Korang p check sendiri la makna dia. Jangan malas2 nak cari...

Esok sekolah!!!! Ya, aku pun jangan malas2 nak kerja balik.

19 February 2010

~Slalu kan I keje mengajar, ari ni I nak keje senyum plak~


Ape kes? Senyum macam orang meroyan.


1st,


sebab bee wat citer happy.


2nd,


aku berjaya korek rahsia dalam kotak otak kawan aku time YM pagi. Ooooo, ko sorok awek ko ek. Kan I dah dapat 'Z' tu. Hehehe. Giler senyum sokmo. Apasal tetibe nak jadi orang Ganu ni ek???? Kahkahkah. Cute, comel. Takpe, kire boleh la join group aku. Tinggal dia tak bepipi tembam lagi gebu macam aku. (huh, kalau la aku muka bujur sirih tu...)


3rd,



syoknya guna shampoo baru yang buat rambut I jadi....ummmpppp....ber'volume' (walau rambut bukan ikal). I nak rambut wavvy (bukan curly). Ishhh, bila nak wat ni? Macamana nak cakap ek? Takyah la, aku dah rasa hot dan syok la pas pakai shampoo ni. Serasi dengan kepala hotak aku la kot. Sebelum ni pakai jenama A%$^%$& yang slogan dia kata "sesuai untuk rambut Asian" (versi orang putih la), tapi buat rambut aku jadi makin kering kontang.
Setelah bertukar kepada jenama T(dalam gambar), rambut I makin ringan, tak serabai, dan lembap je. Tiba prasan jadi artis sebab rambut kekal cantik pas ditiup angin. Guna jari pun boleh, but I prefer guna sikat. Rambut lebih pelembap dan teratur. Tak la rambut macam baru bangun tido. Jenama apa tak kisah kot, asal sesuai dengan rambut kite. Kata Pantene bagus...cis, sebab Pantene tu la rambut aku rosak teruk! Tak guna betoi!

12 January 2010

~Apa khabar cikgu hari ini?~

26 Muharram 1431H
Pagi:
Latihan rumah sukan. Dari pukul 8 sampai pukul 9.30. Berdiri di tengah padang dengan rakan-rakan guru membuat pemilihan pelajar untuk 100m, 200m, 400m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Tahun ni dah tak ada kategori P1-3 dan L1-3. Dah tukar. Tinggal lelaki bawah 18 dan 15 serta perempuan bawah 18 dan 15. Masalah biasa waktu pemilihan pelajar. TAKDE PELAJAR! Masa tulis nama nak masuk acara, berduyun-duyun, beratur panjang. Tapi bila haripemilihan, berapa kerat je yang datang. Sama la kes dengan budak-budak kawad kaki. Masa tulis nama nak join, ramai betul. Masa latihan, tak sampai 10 orang. T_T
Tengah hari - petang:
Sekolah macam biasa. Kelas bermula dengan 1B (2 masa). Last week dapat masuk 1 masa tapi mengajar tak sampai 15 minit sebab banyak betul gangguan. Hari ni mula kenal pelajar sedikit demi sedikit. Tu pun sebab panggil nama untuk tulis jawapan di whiteboard. Setakat ni, saya nampak pelajar lelaki lebih aktif dan agresif untuk belajar. Banyak soalan, pelbagai bentuk jawapan. Kadang-kadang kita yang dewasa tak terfikir pun benda tu, tapi boleh diterima.
Pelajar perempuan agak pasif. Kena tanya sorang-sorang, walk around the class, baru nak cakap, tu pun malu-malu je. Ada beberapa orang yang agak aktif bertanya, tapi majoriti adalah pasif. Vocab agak lemah. Nasib baik saya memang tinggal kamus BM-BI-BM kat sekolah. Tak larat nak jawab soalan vocab dan terjemahan, saya suruh sorang pelajar ambil kamus dan suh cari sendiri perkataan-perkataan yang depa tak tau. Bukan saya malas nak jawab, tapi biarlah budak-budak ni belajar jadi independent dan bukan mengharap guru 100%.
Kelas 1F; OK. Ada sorang pelajar lelaki Melayu baru datang hari ini dan saya letakkan di kelas 1F memandangkan UPSR result =2B, 2C,1D, pelajar sederhana. Hari ni ada 1 masa je dengan 1F, maka tak banyak benda boleh diajar, lagi-lagi hari ni waktu saya sama dengan waktu pelajar keluar solat asar. Lengang kelas, tinggal ~10 pelajar Cina dan 2 pelajar India je.
Kelas terakhir, kelas 1K. Masyaallah, tahap dewa mencabar. Kelas ke-2 hujung, ramai budak-budak peralihan tahun lepas dan yang penting semua dah boring dan tak sabar nak balik. Bising betul! Kelas ni ada Orientation Prog. For Science And Mathematics In English (OPSME). Bagi saya, OPSME ni buang masa dan takde kepentingan sangat pun. Macam kelas vocab untuk Science and Math, ada pre-test dan post-test. Budak cepat boring! Nanti-nanti diorang lupa jugak perkataan-perkataan tu. Lagi bagus terus mengajar ikut silibus. Nanti silibus tak habis, marah plak....cikgu jugak yang kena. -_-
Malam:
Pas solat terus mengantuk. Makan sambil layan Naruto (kesayanganku). Last-last hilang mengantuk, sebab tu saya boleh post entry ni. Hahahaha.
Tadi bawa balik katelog Giacomo terbaru 2010. Geram tengok set pinggan mangkuk dan cawan. Tapi harganya....huish...RM300-400++/ 1 set. Juling mata sekejap. Tapi sebab bayar ansur-ansur, mungkin boleh dipertimbangkan ^_^. Nak beli barang-barang rumah? Buang tabiat dah ni. Ciri-ciri menuju ke alam itu dah datang sedikit demi sedikit :P .Malunya saya! Banyak barang yang saya berkenan, tapi semuanya masih mengikut stail Inggeris. Saya memang jatuh cinta dengan English stail. Cantik, putih, suci. Mungkin akan ada warna-warna lain dalam rumah saya nanti, tapi bukan warna garang yang pastinya.

20 October 2009

sorang+migrain

Tengok Gossip Girl.
Like Serena.
Bukan sexy nya dia.
Suka watak nya yang boleh masuk dengan semua orang, jadi kesayangan semua orang, cantik, pandai bergaya.
Then, aku suka Dan: hensem (hahaha), cool, baik.
Ari ni mc coz I have some kind of headache (naaa..... migrain!).
Dah ambil ubat.
Dah makan ubat.
Tapi tak boleh tido.
Sorang.
Ida tak balik lagi.
Dia pun dapat mc 2 hari coz kena diarhea.
Malam ni aku sorang lagi la.

19 October 2009

entry takde tajuk

sudah pulang.
keta kecik aku pecut 120km/j average.
kena saman mampus le.
penat drive.
cuaca sangat mendung dari kampung sampai masuk selangor.
sedap skit drive.
ida balik esok.
crk.
sekarang ni wat aktiviti tak berpekdah.
tengok cerita p.ramlee.
surf internet.
msg2.
eh, msg2 tu penting :)
internet tak bagus.
kejap2 ilang.
nak bagi ngantuk ni.
nak tidor.
mimpi sesuatu yang indah.
huhuhu.
mimpi dapat tukar ke...indah tu.