Showing posts with label interested in.... Show all posts
Showing posts with label interested in.... Show all posts

17 September 2012

~Si Debabs~




Ini kittens baru saya, anak si Hemo. DOB :07/09/2012. Tak de nama lagi pun. Diorang ni sepasang. Yang tompok oren tu jantan, the very the bulat. tiap kali aku balik keje ke, kuar ke aku cari si debabs ni. Dua2 gebu bulat, sebab tu diorang si debabs! :P Ada nama yang sesuai tak? Hehehe.


Semalam kenduri di Klang. Sangat penat driving non-stop ke sana ke mari. Makanan.....sedap!!!




* Iklan je di bawah ni:







Cuba teka ni mata sapa????? Suka tengok dia... :)


15 July 2012

~Summary For Almost 1 Week~

7 Julai 2012:

Perbarisan lintas hormat KRS SRC pada hari Sukan Tahunan Ke-48. Cian budak sorang ni, tngk la sapa yang berseluar paling gelebeh dan besar terlondeh? Jenuh cover nak jalan. Tu la, sapa suh tak bawa seluar KRS. Nak bagi pinjam yang cun pun dah abis stok.


Ni pula perbarisan Rumah Sukan Nila Utama, rumah aku le nih.

"Cikgu, cikgu rumah apa?"

"Cikgu rumah batu."

"Cikgu!!!!!!!!"

Hahahahaha.

10 Julai 2012:

Cantik tak cincin ni? Adik beradik batu jed la, tapi kalau brown colour masih dipanggil jed ke? Kira hadiah birthday gak le ye. Hehehehe :P

11 Julai 2012:

2 ekor tu wat pesta air! Tengah aku dok basuh baju main buih dalam toilet, depa tendang electric kettle aku yang sedang berisi air tunggu mendidih tu. Melimpah la air suam membasahi, melencunkan semua buku, kotak printer dan kotak dvd. Patutla bila aku keluar terus diam baik sopan takde main kejar2 macam time aku dalam toilet tadi. Tengok apa diorang buat. Terpaksa aku jemur semua buku. Tu sebahagian je ye.


8 Julai 2012:

Cerita tertinggal. Sakit gigi  makin menjadi2 hingga aku yang fobia klinik gigi terus gagah memandu di pagi ahad terus cari klinik. Geram sakit punya pasal nekad suruh doktor cabut je gigi tu. Tapi doktor baik hati kata gigi tu masih boleh diselamatkan, maka tampal aje ye cik. Fuh, lega.....sekarang dah ok ;)


 3 Julai 2012:

Bobby selamat melahirkan 3 ekor cutiest ini tapi aku dapat tengok 7 Julai lepas lepas balik dari sukan terus balik rumah sebab dah tak sabar nak tengok babies. 2 jantan dan seekor betina, si putih itu. Gambar di bawah selepas menyusu seusia 13 hari. They are so cute!!!!!


14 Julai 2012:

Hadiah birthday semalam! Love it! Sejak belajar di USM, aku rewardkan diri sendiri dengan Harry Potter pada hari lahir. Memandangkan tahun ni dah tak ada HP di cinema, kena cari hadiah lain la kan. Hehehe.


27 April 2012

~Bandung + mesin = pakai duit (bukan air liur)~



Ada beberapa design dalam kepala aku. AKu tak pernah lukis, tak buat sample lagi pun. Imagination! Serius aku nak buat. Main dengan chiffon, cotton. Guna bright or pastel colour. Plain or floral. Auw! Teruja! Duit g Bandung, duit beli sewing mechine......aduh! Cheq jatuh tadi. Huhuhu. Tunggakan tak mo kacau. Tu khas untuk Bandung!

Cari modal! Setelah buat survey, ada permintaan so aku boleh bagi penawaran. Kena balik cari kain la cuti ni. Sebelum ni ada gak g tengok2, tapi banyak yang aku tak berkenan, corak tak cun.

Eh, sekarang baru ramai gila pakai tudung printed ke? Aku dah lama beli kat sana, tapi untuk diri sendiri je la. Beli past 2 months dah kot, dah lunyai tudung tu pun. Sekarang baru hebat di shopblog ek? Nape la tak terpikir nak beli awal2 dulu? Cik Pijah, belajar ye....belajar.

Mira, aku dah tersampuk otak bisness ko la :P