Assalamualaikum,
Euwww, macam geli2 plak tajuk tu ye.
Akhirnya, mummy dapat apa yang dihajati. Sejak belum kawin ada hati nak beli. Tapi sebab selalu balik kampung, weekend tak pernah lekat kat rumah sewa, rasa rugi je kalau aku beli. Lagi pun mak dah ada, guna je la bila balik weekend.
Bila dah jadi suri rumah tangga, dah tak boleh suka hati cabut balik kampung, maka wajib beli. WAJIBUL GHUNNAH! Keh3.
Singer, menawan keluarga bahagia....
Setakat ini, setakat kudrat mak buyung, hanya mampu buat langsir kat dapur dan potong kaki jubah yang labuh. Al-maklumlah, tinggi bukan tahap model, tinggi macam budak baru masuk sekolah menengah je. Kalau beli baju ready made, mesti ada bahagian yang kena potong. Tu sebab suka baju sendiri-made. Sedang elok terletak kat badan. Sakit ppinggang rupanya bila menjahit time pregnant ni. Sekarang dah masuk minggu ke-25, dah nampak baby bump comel. Maka, duduk lama sikit sakit pinggang.
Singer, berbaktilah pada mummy ye :) Sekarang masih tak de meja khas untuk mesin kesayangan ni. Menumpang kat meja study dulu. Sabar ye....
TQ untuk En. Suami yang sponsor mesin jahit yang Pn.Isteri ni meroyan2 nak sangat. Hehehe.