Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

05 March 2010

~No Tittle~

Sedap btoi tido semalam. Sesedap gulai kari ikan keli mak aku kat kampong. Huish! Semalam, aku gagahkan diri nak tengok gak citer Penunggu Gunung Raya tu. Tapi yang aku ingat, aku tengok sampai part si Fauziah Gaus tu dah sedar diri dari nak bunuh kawan dia tuh. Bukan kawan sebenarnya. Abang or adik dia sebab depa sebenarnya adik-beradik. Pastu, aku tak tau dah pe jadi. Tido itu lebih indah. FB ke mana blog ke mana. Aku tido dengan internet tak off. Terjaga kul 3 lebih sebab rasa muka panas (laptop betul2 depan muka aku). Haba weh, haba! Bangun, tengok FB (sempat!) , off, tido.
Semalam ingat nak g skolah awal pagi ni. Rasa malas plak awal2 ke sekolah last day of da week ni. So, aku nak pegi pas zohor je. Sekarang, breakfast (kul 11.18am kira breakfast lagi x?) dengan susu Dutch Lady dan Lite Cream Crackers. Sedap!

19 February 2010

~Slalu kan I keje mengajar, ari ni I nak keje senyum plak~


Ape kes? Senyum macam orang meroyan.


1st,


sebab bee wat citer happy.


2nd,


aku berjaya korek rahsia dalam kotak otak kawan aku time YM pagi. Ooooo, ko sorok awek ko ek. Kan I dah dapat 'Z' tu. Hehehe. Giler senyum sokmo. Apasal tetibe nak jadi orang Ganu ni ek???? Kahkahkah. Cute, comel. Takpe, kire boleh la join group aku. Tinggal dia tak bepipi tembam lagi gebu macam aku. (huh, kalau la aku muka bujur sirih tu...)


3rd,



syoknya guna shampoo baru yang buat rambut I jadi....ummmpppp....ber'volume' (walau rambut bukan ikal). I nak rambut wavvy (bukan curly). Ishhh, bila nak wat ni? Macamana nak cakap ek? Takyah la, aku dah rasa hot dan syok la pas pakai shampoo ni. Serasi dengan kepala hotak aku la kot. Sebelum ni pakai jenama A%$^%$& yang slogan dia kata "sesuai untuk rambut Asian" (versi orang putih la), tapi buat rambut aku jadi makin kering kontang.
Setelah bertukar kepada jenama T(dalam gambar), rambut I makin ringan, tak serabai, dan lembap je. Tiba prasan jadi artis sebab rambut kekal cantik pas ditiup angin. Guna jari pun boleh, but I prefer guna sikat. Rambut lebih pelembap dan teratur. Tak la rambut macam baru bangun tido. Jenama apa tak kisah kot, asal sesuai dengan rambut kite. Kata Pantene bagus...cis, sebab Pantene tu la rambut aku rosak teruk! Tak guna betoi!

18 February 2010

~Hot!~

Tengok JANGAN TIDO LAGI tak?

Kenapa tetiba nampak Asyraf Muslim begitu hot sebab dia pandai main seruling????

Eeeee, gatainya aku. Huhuhu. Betoi la. Sebelum ni aku pandang sebelah mata je kat mamat ni. Dia belakon pun ala2 mamat skema je. Tadi dia pakai jeket kulit pun aku still nampak dia mamat skema kumpulan nasyid kat U. Bila Adlin bagi seruling dan dia boleh main dengan jayanya (ada la 1-2 tempat yang sumbang je aku dengar), aku terus bukak mata. Wah, hot gak mamat ni (tanduk tumbuh!!!!)

Aku rasa dia lagi sesuai pakai spek la. Mata dia sepet...
Dia ada bisness kambing. Berpandangan jauh gak mamat ni. Agaknya dia pun tau takkan boleh idup dengan berlakon sahaja sampai ke tua.


02 December 2009

WAJIB tidur diulit tutttttttt

Harus tidur sekarang. Sudah siap memasukkan markah ke lembaran Excel. Harus tidur kerana esok pagi perlu ke sekolah menuntut ilmu Penyelaras daripada mantan Penyelaras Ting.1. Kepala sudah pening, tapi kenapa mataku makin bulat?

Waaaaa!

HARUS tidur!

Bukan harus lagi, patut guna WAJIB tidur.

Eh, tadi dalam perjalanan balik ke Kepong, ada kemalangan di kawasan lebuh raya Bukit Tagar. Bas terbalik! 'Jem' yang panjang. Aku pun termasuk la dalam senarai tu. Aku ada ambil gambar. Tapi, keadaan 'wajib tidur' ni tidak mengizinkan.Hahaha.

Mana bantal bucukku!

Rindu kamu sudah seminggu tak mengulit kamu.

Oh, bantalku.

Muahhhh

Muahhhh


OK!

OK!

Dah!

Bubbye!

15 November 2009

Kawan-Kawan

Kita perlu guna FB untuk cari kawan2 kiter.
Kenapa kawan2 aku penting?
1) Takde kawan----> sunyi.
2) Senang buat keje.
3) Boleh happy2.
4) Boleh tanya pendapat bila nak membeli belah.
5) Boleh tolong ingatkan aku jangan membazir.
6) Tempat luah perasaan.
7) Geng makan2.
8) Kejut aku pagi2 sebab suka terlajak bangun tido malam lewat sangat.
9) Teman jalan2.
10)Tempat share berita happy and sad.
11)Nasihat kawan penting.
12)Geng melalak ngan tengok wayang.

Ni yang terlintas setakat ni la. Banyak! Kawan2...i luv u!

02 October 2009

apa perkara bengong yang terjadi semalam?

semalam...

aku g skolah pas 2 ari tak hadir. isnin g meeting, selasa mc sebab diarhea. huhu. bila aku g skolah rabu, memang la bz sangat. mana nak check barang untuk kursus, wat pemplet, riso nota kursus, buku rekod tak tulis lagi. eeeee. serabut. tapi, alhamdulillah siap jugak. kadang2 pressure tu penting. kalau tak, keje tak siap.

petang semalam ada perhimpunan nak cakap pasal PMR, cuti deepavali. masa perhimpunan kak siti tanya pasal laporan disiplin alya. aku dah wat. esok kak siti nak. tapi kena tambah laporan untuk 3 budak yang main kaca ari selasa. main kaca? aku tak tau pun? yela, aku mc.
dah la teringat kursus dah dekat. pastu jadi ajk robotik lak. ni kena wat laporan disiplin lagi. huh!

so, pas balik skolah aku trus ajak ida kuar cari makan. tensyen je cari makan, mana pipi tak bulat? makan penting. dah makan baru leh wat keje kan.

peristiwa bengong aku cakap semalam tu jadi pas kami balik dari makan ni la. kami makan kat damansara damai. pastu aku nak isi minyak nak get ready kot2 esok kena drive sendiri g pusat sains negara. kami p kat stesen minyak kat situ. aku ni poyo je. kata kat ida suh dia tolong isi while aku g bayar n nak cucuk duit (aku nampak atm kat dalam kaunter dia). dengan confident aku masuk tak tengok board atas pintu. g kaunter, ulur duit nak isi minyak. pastu aku tengok apasal kaunter ni pelik. pastu awek cashier tu kata, "kak, nak isi minyak bayar kat kaunter kat luar." skali aku tengok....wah, bongek la! ni 7e! mamat kelantan mana tak dok bratur kat atm tu baek punya kata, 'malu ah tu.' bengong! sah2 la aku malu. wat bodoh je. aku usyar kat luar. kaunter minyak tu btol2 je sebelah kanan keta aku.

mamat kelantan tu blah (student kolej mana tah). aku pun p kaunter. aku tengok ida dok picit pam tu dari tadi. sure tak kuar. aku tak bayar lagi. p kat kaunter, mamat yg jaga kaunter tu kata,"kawan akak dok picit pam dari td lagi." hahaha. siap promote kawan dia lagi. aku malu tak abis lagi. tengok gitu2 je la budak2 2 orang tu.

p atm, amik duit, masuk keta, cite kat ida. minah ni bantai gelak. patut la dia kata dia picit tak kuar2 minyak, aku bayar untuk pam mana? aku p bayar kat mana? huh. bengongggg!

30 August 2009

Banyak Ke Nama?

Apa nama panggilan gelaran yang korang dapat sejak korang baby sampai tua bangka gini dewasa camni?
Tipu la sangat kalau kata takde nama gelaran. Tak kan tak penah ada orang yang jeles dengan keamanan yang korang kecapi hingga meletakkan nama yang superb lagi lemak berkrim kat korang.

AMOI
Nama ni aku dapat masa aku tak skolah lagi (around 2-5 tahun. Tah sapa la yang bagi aku pun tak tau. Dulu kecik2 kan sangat chomel cute je kan. Kulit masih licin, mulus, gebu, putih. Pastu, abah aku suka sangat potong rambut ada fringe kat depan tu kan. Terserlah la kechomelan tu ka (abaikan 'keperasanan' aku itu). Bila potong gitu dah rupe anak apek. So, dapatla nama AMOI tu. Cian aku, 'dicinakan' sejak kecik. Bila pegi rumah sedar diorang jerit dari jauh, "Amoi mai!"
Yang ni agak suka la. Nampak cute je panggil budak2 amoi.


OSHEN
Ni pengaruh citer Jepun dulu2 la ni, citer Oshen. Aku pun pelik mana la kaitan aku dengan Oshen tu. Jauh sekali! Sama jugak. Bila bertandang ke rumah Paklang, anak2 dia akan jerit, "Oshen mai!". Huh, tension. Apasal panggil aku Oshen? Tak sama pun!
Yang ni, tak suke!


NOT-SEN
Ko bayangkan, apa jenis nama ni? Aku dapat masa masuk skolah rendah. Kebetulan ada 2 Hafizah dalam kelas. Sorang Noor Hafizah Hussain (aku la), sorang Nur Hafizah Rajuni. Bila cikgu panggil Hafizah, dua2 angkat tangan. Tengok muka memang blur giler la dua2. So, bila nak panggil nama kami, kena panggil dengan nama bapak skali. Bayangkan: "Noor Hafizah Hussain, jom makan sambil berlari.", "Noor Hafizah Hussain, jom kita lawan kentut sapa paling kuat." Last2, bila dipanggil laju2 jadilah NOt-Sen. Not=Noor Hafizah, Sen=Hussain. Tu tak last lagi, ni baru last. Last2, depa panggil lagi 1 Hafizah, Ijah. Bengang aku! Apasal tak tukaq balik panggil nama biasa aku, Fizah? Kan tak sama Fizah dengan Ijah. Dah tak confuse. Tapi semua tak mau tukar! 2-3 ari je depa panggil Iza, pastu Not-Sen balik. Tension.
Ni lagi tak suka!
::Tapi baru2 ni aku ada jumpa member 1 kelas masa skolah rendah and diorang still panggil aku macamtu, aku rasa cute jugak nama aku tu. Hahahaha::

SADDAM HUSIN
Dah innalillah dah orang tu kan. Ni lekat masa kes lawan mengata kat skolah rendah (darjah 3 kot). Semua orang lain dah ada nama gelaran yang hampeh2 la. Aku je suci murni minyak sri murni lagi. Pastu, lekat la nama Saddam Husin, sebab masa tu tengah Perang Teluk kat Iraq. Gaduh skit aku kena halau balik Iraq. Padahal aku ni tiket pegi Iraq pun tak penah tengok. Sapa kata aku sure kena penumbuk baek punya. Nama ni tak lekat lama akibat kebrutallan aku, orang tak larat sakit slaku. Hahahaha!
Sangat tak suka coz main2 nama abah aku!

PIJAH
NI dapat masa study kat KMPP (Kolej Matriks. P.Pinang). Kawan aku A-Fath (nama btoi punya la cun, dah tukar nama apek mana tah-Fathiah Hani) yang bagi. Dia kata aku orang Banjar. "Kalau Banjar, orang tak panggil Fizah, orang panggil Pijah" (ikut sebutan: Pijaaah).
Takpa, ni aku bleh trima. Nasib baik ko A-Fath!

FIZZ
Ni pun dapat masa matriks. Kat matriks pun ada sama nam dalam 1 kelas (punya bersepahnya sama nama dengan aku. Mak pilih nama glemer sangat!). Dia la yang panggil aku Fizz. Rupanya time aku keje ni nama ni timbul balik. Zati yang sama matriks dengan aku skarang mengajar 1 skolah dengan aku panggil aku Fizz, Pn. Lily ketua AJK Kesihatan sekolah aku pun panggil aku Fizz.
Mengaku je la aku suka. Kalau tak, blog ni tak guna nama tu la kan. Obvious sangat kan.

FIZAH
Tersurat sejak aku pandai menyebut nama, aku dah kata nama aku Fizah. So, panggil la aku dengan nama kegemaran aku ni. Walau ada yang kata, "nama macam kampung je." Memang kampung, coz aku asal dari kampung. Yang perasan orang bandar sangat tu sedaq le skit, ko asal dari kampung gak.

Bolehkah ini aku kira sebagai tag?
OK, soklan :
1) Bagi mana gelaran yang penah korang dapat dari kecik sampai sekarang dengan 'reason'nya skali.
2) Suke ke tak suke dengan nama tu?

Aku nak tagged:
1) Dayah USM
2) Ladykiki
3) CikEpal
4) RedBloodSnow

23 August 2009

budak hilang arah

Sebab dah biasa sepetang berdiri,
bercakap,
menulis,
bila dok saje2 macamni rasa pelik dan 'apa aku nak buat ni?'

So, timbullah idea pelik
aku melilit kain sari mak akupemberian mak saudara
yang pergi ke India dulu
sebab banyak jual produk Avon.


Sebelum ni aku tak pernah kelebek kain ni
sebab mak takde plak cakap
dia dpt prezen
dari cousin.
Cantik gak la!
Warna kuning-oren.
Sakan raya mak aku.

Sebelum ni mana mak brani pakai warna terang macamtu
tapi sebab prezen (ye prezen!)
konfem mak pakai. (^_^)


Kain sari 5m.
Giler panjang!
Tu yang awek2 India bleh lilit 1 badan.
Aku pun tau lilit ni sebab ada sorang member ajar.
Dulu aku lilit sure tak bleh jalan. (T_T')

Tadi Angah tegur aku tak reti nak duduk.
Terkinja2 macam nak dancing
even aku just tengok tv.

Aku cakap aku dah biasa petang2 berdiri,
mengajar.
Last2 dia kata pelik,
takkan aku mengedik macamtu time ngajar? (-_-")
Hampeh punya budak....

21 August 2009

manipulation to know someone age

This culculation I got from Dreamersite ( just for sharing). Aku dah try. Btol la dengan aku. Ni manipulate calculation kalau orang tu susah giler nak cakap umur dia. Kira je la ye...
1. First of all, pick the number of times a week that you would like tohave chocolate (more than once but less than 10)
2. Multiply this number by 2 (just to be bold)
3. Add 5
4. Multiply it by 50 -- I'll wait while you get the calculator
5. If you have already had your birthday this year add 1759 ..If you haven't, add 1758.
6. Now subtract the four digit year that you were born.You should have a three digit number.
The first digit of this was your original number(i.e., how many times you want to have chocolate each week).
The next two numbers are YOUR AGE! (Oh YES, it is!!!!!)
THIS IS THE ONLY YEAR (2009) IT WILL EVER WORK, SO SPREAD IT AROUNDWHILE IT LASTS.
Chocolate Calculator.

08 August 2009

BerYM dengan kawan lama. Korek citer lama. Kembali ke zaman silam

07 July 2009

tido-bangun-keje-sahur-tido

Kali ni turn aku buat soklan ujian PM a.k.a Moral Ting. 1. Skit je. 10 soalan objektif, 3 soalan subjektif. So, total ialah 40 markah.
A/40 x 100%= B%
Ala, macam tak biase. Dolu2 zaman skolah kan korang pun teror kire ni gak kan.
Aku pose tadi. Balik skolah, berbuka.....tik tok tik tok......kul 9 aku dah kebabom dah. Tapi aku bangun balik kul 11 tadi wat keje. Cemerlang btol la! Hahahaha.
Stop jap. Sahur!
k, sambung balik.
Skarang tak tdo g ni. Dah kul 5 pagi weh! Baru pas sahur je. Aku nak lelap jap sementara masuk subuh. Aku dah pesan Ida. dia nak g skolah, ketuk pintu aku sampai bunyi ala2 nak roboh. aku takut terlajak tido je ni.
Mata dah ngantuk. so, tido dulu le.
Memang terbaek. Makan pas tu tido. Sapa ajaq???

01 July 2009

insomnia melampau!

Apa kes aku susah tido malam ni? Tiap ari macam ni. Malah, mataku makin terang bersinar bercahaya warna pelangi la. Kalau aku pekerja shif malam, sure bos sayang la. Tak terhangguk2 je cium meja. Pekerja contoh la kirenyer!
Ni la hikmah aku dibagi keje waktu petang. Masuk 1.15pm, balik 6.45pm +kalau tak de meeting @ benda2 yang menyebabkan aku sebok merajinkan diri p skolah awal+
Buatnya aku keje pagi! Pakai ah! Tiap pagi mata aku macam tumpah sirap je. Sirap limau 1! Disebabkan aku keje petang, mata aku dah kembali fresh la lepas beberapa jam berenang-berjogging-menyelam kat bilik aku. Kan dah segar semula ^_^

24 June 2009

I'm so sad. No theme to write. My neurones stuck already. I miss him so much. He said he's so tired. No extra chit-chat tonight. He want to sleep. But, really....I miss him so much. I want to see him, bus yes, I know Icannot see him coz we're so far now. Long distance luv.
I cannot sleep, so my mind keep thinking of him.
I know I'm not such a romantic woman. He always says that. Sometimes, I cannot catch if he got 'sentap' and 'merajuk' mood.
Now, he's in that mood again! He said I always don't know what to do when he's like that.
Some1 help me plzzzz!
I'm sick of being like this!!!

CINTAN-CINTUN

Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah
Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..
Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya
Awak keluar tgk wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje
Awak call saya
Mengacau betul.
Tgh tido lah
Saya layankan aje
Awak ckp awak dah putus
Saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya
Hari ni hari jadi saya
Tapi awak luper
Saya sedih.
Tapi takpe.
awak bukannya sesiapa
Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah
Awak belanja tgk national treasure
Isk tak romantik nyer
Tapi best per
Saya dapat bunga
Cantik suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
Awak..
SAYA SAYANG AWAK
***
Buka je mata saya kat spital..
badan kena balut
mcm hantu bungkus..
tak pun mcm mumia
sakit macam rasa nak mati je..
awak duduk depan saya
mata awak basah
saya nak cakap kat awak
‘jangan nangissaya idup lagi..’
awak tak dengar
sebab suara tak kuar
awak pegang tangan saya
awak bersuara
” awak.. jangan mati..”
“Saya sayang awak..”
saya nak senyum..
tapi.. aduh…, sakit!
saya senyum je dlm hati..
sayang gak awak kat saya
tak nak la saya mati..
::ini lagi 1 entry yang kreatif la. bleh la nak sedih n then senyum. apakah????::

20 June 2009

~pinky itu aku!~

Kembali ke warna asal aku...boring bila aku tengok kaler lain. Aku nak kene guna gak kaler pink ni. Baru aku rasa aman dan tenteram. Pendek kata, pink itu aku. Ari sudah gelap.
Mak aku cakap malam ni musti tengok brita. Kot2 ada news pasal adik aku yang tauliah Palapes kat UTM kuar. Tadi mak aku tunggu kat Buletin 1.30 tak de. So, malam ni dia kerah semua anak dia tengok brite.
Mak! Mak!
I miss U la mummy!
Baru seminggu balik dari cuti kat kampong aku dah down lagu ni. Huuu +_+
Hosmet aku tak de ni. Aku macam orang ilang bini je. Cakap dengan dinding. Cian aku kan

15 June 2009

bleh ke?

This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it

12 June 2009

::mengong ini Muthu::


*MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: 'What is your birth date?'

Muthu : '14th October.'

Interviewer : 'Which year?'

Muthu : 'Every year.'

*****

*MUTHU & HIS MANAGER*

The Manager asked Muthu at an interview... .

'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'

Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'

*****

*MUTHU & LONDON TRIP*

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife,

'Do I look like a foreigner?'

Wife: 'No! Why?'

Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. . that's why.'

Wife : ?????????

*****

*MUTHU & TOURIST*

A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...

Muthu said, 'No sir, only babies were born here.'

*****

*MUTHU & HIS EXPERIMENT*

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!' The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked. Then he cut off the third leg and did the same. Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk! But the cockroach didn't walk.

Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

*****

*MUTHU & DRIVER*

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.

Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'

*****

*MUTHU GOES TO HOTEL*

Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.Then when he had finished, he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing. Muthu pointed towards the signboard

'* WASH BASIN * '

*****

*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*

Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'

Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '

******

Oh... Lastly.... I forgot ............ the funniest...


At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ??? Because a lady journalist with a badge which read '*PRESS*' pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!


Haha. Mengong! Mengong!

10 June 2009

Kehidupan rasmi bagi orang2 yang bercuti panjang ini ialah makan, tdo, membelai laptop, merapu menyakat orang, berjalan2 melihat keindahan alam serta membuang duit yang semakin kering.
Bagus kan?
Kalau la ditakdirkan aku ada setahun cuti, maka tidak syak lagi badan aku ni akan mengembang dengan jayanya sekembang belon yang dipam dengan helium.
Nasib baek cuti 2 minggu je wooo!
Kalau x...ramai yang tidak akan mengenali kecomelan aku ni.
Sebab semakin comel dan chubby!
Oh! Tidak!
Aku rindu nak tengok 43kg terpampang kat mesin timbang kat supermarket cam dulu2!
Aku rindu nak tengok 25inci pinggang aku bila mak aku jahit kain baju kurung aku!
Sebab kini aku makin melebar!!!!!
Doakan aku kembali ke bentuk asal sebelum berlakunya pengoksidaan melampau saat ini...

xde isi crite

Hari ni makan, tdo, tngk tv, on9....keje rasmi orang2 yg bercuti dan pemalas giler. Tiap ari keje jalan2 je so ari ni aku nak bermalas-malasan la.

Ops! Lupa! Ari ni aku makan sedap. Semalam telah mendapat bekalan siput belitong *aku panggil siput sedut coz ko kene sedut klu nak makan* dari Ida. Dia kata adik dia g cari.
Siput ni akan melekat kat batang pokok bakau masa air laut pasang. Bile air dah surut, boleh la g amik. *rumah Ida tepi laut*

Aku dah lama xjumpa siput ni. Kadang2 sgt aku tengok kat market *aku bx spesis rajin ke market*

Kitorang masak lemak cili api. Sedaplah x terhengga.
So, ni kire aktiviti aku arini la. Makan dan makan dan makan!

*ada orang tu kata aku dah chubby! Nahi! Aku nak slim dan kekal chumil (x_x)*

pic ni xde kaetan dgn entry pun. just nak tunjuk betapa aku hepi mkn ari ni je

07 June 2009

mood mendownload lagu

Mood mari mendownload lagu dah datang! Hehehehe.
Aku main sapu je lagu apa pun ni. Download dulu baru dengar! Adakah konsep ini bagus?
Ni salah 1 lagu yang aku amik la. Best lagu ni

BAU - ANGGUN (OST MERAH PUTEH)
meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti
langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan
aku bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
kerana semuanya berlalu menghilang
dan tak akan kembali
ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup
namun semuanya berubah di saat engkau hadir..
kau yang anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku yang telah mati dan
kau sinarku
cahaya yang terang
untuk perjalanan yang lurus didunia sementara
mengejar masa itu pasti
buat aku
dan bersyukurku akannya.