Showing posts with label xtvt malam aku. Show all posts
Showing posts with label xtvt malam aku. Show all posts

18 August 2011

~Nasib Melayu di bumi Melayu~


Sedang membaca buku di atas.

Mari berfikir.

Tiba2 aku menjadi sangat ilmiah =__=


18 April 2011

~Tajuk pe nak letak ah?~

Kawan,

ada post tentang kita malam ini?

Hehehe.

Hadoiyai, niat asa nak wat puisi bagai tapi otak bahagian bahasa sangat lemah. Sebab tu aku ni tak jiwang kot. Kot!

Bila lama tak sembang, banyak betul cerita kan. Mana la tunang ko tak pelik macam mana kita ni leh rapat. Padahal tunang ko yang sama sekolah dengan aku, tapi sekarang macam kita plak yang 1 sekolah. Hahaha.

Tu cerita pasal kawan aku yang ini.




eh, esok insyaallah aku dapat barang baru. Pejam mata jer order Jumaat lepas memandangkan barang lama dah btol ketinggalan zaman. Apa tu???? Ohhh,








secret :P

04 April 2011

~Abang Sam saya menang!!!!~

Hahahahaha. Gila ke hape tu abang aku. Sama umoq rasanya.

Tahniah Sam! Gila semangat bercakap, but time cakap 'I love U'.... mak aih, romantik abih! :P Dia bawak mak dia atas pentas, memang anak mak kan.

Johan dengan Usop Wilcha memang menggamatkan suasana habis la. Sapa setuju angkat tangan. Siap bawak kerusi roda dia, sole-sole. I loveeeeee it!

Eh, Sam dengan Lisa ke? Kalau diorang dua orang pun ok, sesuai je aku tengok. Dua2 pun menang kan ;)

18 February 2011

~Esok sabtu, aku keje~

Baru habis menonton movie Semerah Cinta Stilleto (SCS) Lisa Surihani dan Farid Kamil. Tah kenapa kalau ada banyak koleksi citer melayu, citer Farid Kamil la tergolong kategori last aku akan tengok. Nape ek? Bias betul. Tapi citer ni best jer, takde la watak si Farid ni tak best. Lisa comel. Syok kan kalau aku secomel itu. Hehe. Berangan!
Tengok SCS sambil menulis buku rekod mengajar. Dedikasi sungguh kan siap bawak balik dan tulis di rumah. Kalau 2-3 tahun lepas bawak balik dan tulis buku rekod di rumah dah jadi perkara biasa tapi sejak tahun lepas aku akan tulis buku rekod masa datang sekolah sebelum bunyi loceng pertama. Datang awal dan tulis buku rekod di sekolah. Jarang2 sangat aku bawak balik buku rekod macam malam ni. Nape tak hantar buku rekod kat office lagi? Esok ada sekolah ganti la, so hantar esok la. Esok sekolah ganti, minggu depan merentas desa. Aku jadi hakim penamat. OK, tu cerita next saturday k.
Selalu kat sekolah korang ramai budak datang tak masa sekolah ganti hari sabtu? Masa mula2 posting dulu, budak tak suka datang sekolah ganti, alasannya ada tuition. Tapi mula tahun lepas, budak2 dah rajin datang sekolah ganti. Ni boleh digunapakai untuk budak2 Ting.1 je la. Budak2 Ting.2 konon dah taiko sikit, depa malas mai sekolah ganti. Kalau dulu budak sikit sampai kena combine kelas, sekarang tidak lagi. Cikgu boleh mengajar dengan aman dan damai sebab kelas dah tak campur dan selalunya budak2 nakal dari PA tahun lepas tak datang sekolah. Yang datang hari sabtu kebanyakannya budak2 baik dan nak belajar. Masa sekolah ganti aku suka buat revision jer. Boleh tumpu kat sorang2 budak yang tanya soalan lebih daripada hari2 biasa. Selalunya kalau budak datang sikit kena buat macam tu je la, kalau tak kena ulang balik topik yang sama in the next class sebab ramai tak datang. Nanti budak2 yang datang tu boring blajar benda yang sama 2-3 kali.
Sekarang aku nak tengok UP. Cerita takde motif kan. Saje jer nak kabo esok aku sekolah, korang cuti. Bubbye.



p/s: malam ni bulan cantik. Kalau ada lens 200mm, aku dah snap bulan :)

17 October 2010

~Awek vs Mamat Komuter Hensem~

''Hi, awak.'' Sambil tersenyum paling manis malam ini.

''Hi, awak.''

Dalam hati, 'Kuat sikit la. Kot dia tak dengar. Kan suara I tadi soft sangat.'

"Hi!''

Apesal takde respon??????????

Kelakar! Kesian pun ada. Aku tengok situasi ni masa hantar adik aku naik train balik ke Nilai tadi lebih kurang 8.45pm train tu jalan. Awek ni dari train bertentangan. Mungkin dari KL la kot. Dia asyik dok Hi! Hi! kat mamat yang kutip tiket train sebelum keluar kawasan komuter tu. Kawan dia kot. Tapi mamat tu buat tak tau macam tak kenal, tak perasan kewujudan dia pun. Macam iklan kat SinarFM plak. ala, iklan yang semua orang tak perasan dia walaupun dia wujud tu. Lebih kurang sama la. Ye la, mamat tu hensem. Aku rasa tahap adik umur 20 tahun kot mamat tu pun. Macam perempuan tu plak lebih berumur. Tak tau la, aku tak p tanya umur dia berapa. Awek ni sanggup bagi semua orang lain beratur keluar, dia plak berdiri ke belakang sikit dari mamat tu. Yang aku tak tahan, dia dok tersengeh2, kira praktis senyuman paling anggun la. Aku terpaksa tengok adegan yang tak perlu kita lihat tu sebab adik aku baru gerak nak naik train. Show tu depan mata aku. Nak tengok adik aku, terpaksa tengok dia dulu. Train jalan, aku pun blah. Apa jadi kat awek tu ye? Harap2 tu memang kawan dia dan akan layan dia bercakap pas siap keje. Cian plak aku tengok kalau sampai ke sudah laki tu tak layan dia. Kalau dia cun macam Tiz ke, Lisa Surihani ke, sure laki tu layan kaw2, kot.


#Hancus plan nak berjalan2 cuci mata sebab mengalami sakit orang perempuan yang....adusss!!!







25 May 2010

~Susun sebaris. Tarik sehelai2~

Susun sebaris

Tarik sehelai2

Letak, susun sama2

Tindih silang2

Watpe? Ha? Watpe? Susun kertas soalan exa budak la. Science paper 1 - siap dan sedang disusun dengan jayanya. Exam hari Khamis ni. Selalunya aku siap awal bab susun2 ni. Tapi kesihatan yang tidak mengizinkan ia siap cepat. Plan asal, hari Jumaat lepas bawak balik soalan dan buat time cuti weekend. Hampa~

What is science?
Draw and label an animal cell.


Sorry, soalan bocor takde kat sini. Kalau alang2 nak bocor, aku bagi soalan level U trus.

Explain each processes in photosynthesis.
Explain an Evolution theory.

Rindunya nak sambung blajar! Mr. Biologi, I rindu u! Lecturer Biodiversiti aku slalu ulang phase ni 'The Bumi......' rather than 'The Earth....' don't know why he loves to say that. Argh, tetiba je tringat zaman study~

-----------------------------------------------------

"Hang kena p check darah dara la. Cepat demam. Bahaya! Antibodi kurang.''

Ooooo. Aku dok terpikir gak ni. Bulan ni saja dah 2 kali demam. Sungguh badan aku lemah~

Tadi berYM dengan seseorang. Pengajaran hari ini : kalau tak kelakar takyah try wat lawak. Jadi lawak dibuat2 yang bodoh pada pandangan orang lain. Lebih baik jadi manja, ayu dan comel! Ah, aku suka itu.... manja dan comel! Paling senang, be yourself. Tapi tak salah kan kalau try to be someone else that can make us better and good in others eyes! ^__^


Kalau le lens tuk silau aku tu ada kaler2, dah lama aku try pink!

11 May 2010

~No Tittle~

Malam ni siap memberi markah untuk projek Pendidikan Seni 2 Amanah. Total untuk projek ialah 30 dan malam ni 5 orang dapat full mark! Kan aku dah kata dulu, cantik2. Tambah2, cikgu kan pemurah~

Esok, ajar budak2 nasyid untuk persembahan Hari Guru. Kawan aku suggest nak combine cikgu ngan murid. Aku takut cikgu yang meroyan nyanyi lebih2 nanti. Nak tarik2 Ziana Zain plak nanti. Hahaha.

14 April 2010

~Go! Go! 'BBQ'ing~

Actually, it all happened last Friday in SMKTE. I'm too lazyyyyyy to update it here!

Go!

Go!

BBQ!!!!

l
l
l
l
l
v







10 March 2010

~Esok pagi boleh jadi koala~


Ok, sebab tak mengantuk, aku dah siap susun kertas ujian PS ni.
Test ari Jumaat.
Tak cukup lagi 7 set sebab riso ari tu ada dapat kertas kosong je.
So, esok kena photostat yang tak cukup tu.




Ni belum susun.



Ini dah siap!



Ini

l
l
l
l
l
l
l
V
V




Tak de kaitan dengan ujian PS Jumaat ni.
Ni aku punya Teddy


* Esok pagi boleh jadi koala!

26 January 2010

~FB aku tak bleh bukak...lagi sekali~

FB tak boleh bukak! Oh, heaven! Baru nak tengok gosip2 terkini lagi sensasi, jem plak. Oh, heaven! Kalau tak bukak macamana nak tau sambungan gosip Kak Non bijak sembunyikan badan bila nak amik gambo? Hahaha. So suweettt!


Aku baru baca sampai pg142 of 444. Eh, I'm not mention it here ke before? Sejak baca P/s: I Love U, aku dah tertarik nak baca novel English (sebab bahasa aku makin rosak di'manglish'kan, aku sedar diri dan cuba nak jadi celik English). Syok rupanya. Walaupun novel yang aku beli bukan la tahap cintan cintun novel orang2 kita, novel English ada tarikan tersendiri la.


Sekarang aku cuba meng'khatam' novel ini : Remember Me? by Sophie Kinsella. Tadi tengok e-mail, and guess what...this year ada movie yang sama tajuk dengan novel yang aku tengah merangkak nak abiskan ni (eh, sama sangat ke? half sama). Remember Me, My Love. Novel ni dah difilemkan la kot? Eh, giler confident kata movie tu adalah sama dengan novel ni. Hahaha.


Klah.


Wehhh. Geram ni. Apasal FB aku tak boleh bukak??????

04 January 2010

~Cikgu-cikgu, selamat mengajar semula~

18 Muharram 1431H


Pencarian rak untuk diletakkan atas meja di bilik guru dah tamat. Akhirnya saya beli rak tu di Carrefour je. Beli 3! Tamak ke? bukan saya punya semua tu. Saya punya 1 je. Lagi 2 belongs to Zati dengan Kak Zainon. Diorang mintak tolong beli kalau saya nak beli rak. 1 rak berharga RM13.90. Macam tau-tau je bukak sekolah ni bakal ramai beli rak tu, diorang naikkan harga. Sebelum ni tak sampai RM10 pun tau. Ari tu tengok kat Mydin, RM9.90 je. Akibat malas nak buang masa drive patah balik ke Mydin (yang confirm susah nak parking), saya beli je la kat Carrefour tu walau harganya mahal skit dari Mydin.

Sekarang dah 1.52 pagi. Perlu tidur kerana esok bermula hari penting. Saya bakal busy menyambut baki pelajar yang tidak mendaftar semasa hari orientasi yang lepas. Kan sikit je ari tu. So, esok mesti ramai.

Semangat saya nak pergi sekolah. Lama tak bekerja, kadang-kadang ada jugak rasa malas tu. Hahaha. Tapi sekarang memang teruja nak balik sekolah. Terujaaaa! Perkataan tak ingat.....Passion! Passion perlu ada. Saya tak dapat bayangkan kalau saya bekerja selain dari jadi cikgu. Macamana ek? Kalau la saya ikut niat lama(cita-cita semasa zaman matriks KMPP) nak jadi ahli farmasi, saya tentu dah bosan kekeringan dalam bilik kecil berisi ubat, hidu bau ubat. Tak boleh. Saya suka kerja yang melibatkan ramai orang (bukan orang yang sama pastinya) dan tempat yang berlainan. Cikgu je la sesuai....

Ok, Cikgu Fiza, selamat bertugas semula. Lalaalalala~

Wish saya kepada semua cikgu Malaysia,

Selamat mengajar semula. Semoga tahun ini lebih berjaya. Tabahla dengan karenah pelajar yang makin tutttttt. Zaman makin moden, perangai makin mundur....

(Esok bergaya sakan untuk tambah semangat baru. Hahahaha)

01 January 2010

~Siap keje malam ni~

Azam nak menjadi lebih baik untuk 2010 (bahagian kerja!), hias buku rekod mengajar untuk menaikkan semangat kerja! Siap melawakan buku rekod mengajar 2010, halfway. Sepatutnya tak boleh balut dengan pembalut corak2 tu sebab tak nampak logo serba mak nenek yang dah ada kat kulit buku tu. Tapi saya tak boleh la tengok plain plastic tu je. Rasa tak cukup sifat. Hahaha. Saya musti balut! Tapi pembalut tak beli lagi, boleh gitu? Esok saya akan terjah mencari pembalut lawa-lawa. Tadi dah siap buat design moto, misi, visi sekolah yang kena ditempek dalam buku rekod. Then, saya buat Science Form 1 yearly plan, check list, timetable. Lain-lain, sambung esok plak.

Sekarang, tengok Mr. Bean kat TV3. Tensyen sangat ke prof. tu sampai jadi pelakon yang tah hape-hape tu? Minat tu, bukan sebab tensyen ke hape ke. Seriously, view dalam movie ni cantik-cantik.

18 December 2009

~The Ugly Truth~

Last night, I enjoyed this movie. Sweet romantic yet funny! I like this movie! Hehehe. Is the guy a macho man? Eeeeeee, I like his confident, romantic situation control. So, gatal of me!


Here's the synopsis:


Abby Richter (Katherine Heigl) is a morning show TV producer in Sacramento, Califonia. Coming home from a disastrous date one night, she happens to see a segment of a local television show, "The Ugly Truth", run by Mike Chadway (Gerard Butler), whose cynicism about relationships prompts Abby to call into the show to argue with him on-air. The next day, she discovers that the station is threatening to cancel her show because of its poor ratings, and the station owner has hired Mike to do a segment on her show to bring them back up.

At first, the two have a rocky relationship; Abby thinks Mike is crass and disgusting while Mike finds Abby to be a control freak. Nevertheless, when she meets the man of her dreams, a doctor named Colin (Eric Winter) living next to her, Mike persuades her to follow his lead. She agrees to his helpful advice and if he can get her the man she wants, proving his theories on relationships, she will work happily with him, but if Mike fails, he agrees to quit.

Mike succeeds in improving the ratings of the show, helps bring the married co-anchors closer together, and successfully guides Abby to be exactly what Colin would want. Mike is invited to appear on The Late Late Show with Craig Ferguson and is being offered the chance to move to another network. Abby is forced to cancel a romantic weekend away with Colin, during which they had planned to finally sleep together, and instead go with Mike and persuade him to stay with the morning show. After the show, they go for drinks and dancing, and Mike admits he doesn't want to move and is happier to stay in Sacramento with his sister and nephew. In the elevator, they passionately kiss and almost get to the point of intense sex but leave for their separate rooms when the doors open. Mike, dealing with his inner conflict of the intensity of his feelings for Abby, calls on her room only to find Colin has shown up to surprise her. He leaves Abby to be with Colin. Abby is upset and soon realizes Colin only likes the woman she has been pretending to be, not the real her, and she breaks up with him.

Mike leaves for another local station, but ends up doing an outside broadcast at the same hot-air balloon festival as Abby, and he cannot resist returning to argue with her when she kicks the new "Mike Chadway" imitator off the air and goes into a tirade about men. The balloon they are standing in takes off while they argue and finally, Abby tells Mike she broke up with Colin, and Mike admits he loves her. Abby then kisses him and they are shown kissing passionately while flying off in the balloon. Despite their obvious differences, they stay together and at the end of the movie, are shown having intense sex. Mike, unsure of whether he's taught Abby how to fake too well, asks if her response at climax was genuine after the lights are switched on. Abby responds by smiling and saying he'll never know before shutting off the lights again.


Cast

Katherine Heigl as Abby Richter, a romantically challenged morning show producer
Gerard Butler as Mike Chadway, her male chauvinist corresponden
Eric Winter as Colin Anderson, an orthopaedic surgeon who lives across from Abby.
Cheryl Hines as Georgia, co-anchor of the morning show, married to Larry.
John Micheal Higgins as Larry, co-anchor of the morning show, married to Georgia.
Bree Turner as Joy, assistant to Abby who is also love starved and lives vicariously through Abby.
Kevin Connolly as Jim, a blind date.
Yvette Nicole Brown as Dori
Craig Ferguson as Himself.

13 December 2009

~Seseorang~

Ditujukan kepada seseorang, seseorang yang tahu kewujudan blog ini, tapi sangat jarang menjenguk di sini.
Seseorang yang sentiasa ada.
Seseorang yang mengajar aku banyak perkara.
Seseorang yang selalu membetulkan kesalahan aku.
Terima kasih 'seseorang' itu.



Bila matahari terpancar di permukaan laut;
saya mula merindui.
Bila rembulan bersinar di permukaan tasik;
saya mula merindui kamu.
Bila debu tertiup dari jalan;
saya akan nampak kamu.
Malam di lorong yang kecil;
Terjumpa orang asing;
saya terasa nampak bayang kamu.
Bila ombak menghempas batu;
saya akan terdengar suara kamu.
Bila semua telah pun tidur;
Dalam hutan yang sunyi;
saya juga akan terdengar suara kamu.
Walaupun tidak bersama;
saya akan berada di sisi kamu;
dan kamu juga berada di sisi saya.
Matahari terbenam;
Bintang mula bersinar;
Ah.....kalau kamu berada di sisi saya.




Filem Korea : Wedding- April, 2008.
TQ Sila ( you know why ^_^)

30 October 2009

akhirnya, terbuka sudah....

semua fb dan blog aku except mail yahoo.
Ya Allah! seminggu lebih aku tak boleh bukak internet, rasa tak lengkap aktiviti harian aku. tak tau nak buat apa. masa banyak aktiviti boleh diupdate, tak boleh bukak blog. sampai aku tulis kat fb mungkin blog aku bersawang. memang bersawang.
abah dah balik tadi. naik ketapi dari Sg.Buloh kul 8.30 malam. abah mai dengan paklang hantar angah ke Shah Alam. angah pun dah slamat sampai kat Kuching. sms yang aku dapat petang tadi, 'menakutkan'. tah hape2 adik aku tu.
esok dah start exam untuk students sesi petang. kelas pertama aku kena jaga, ya, macam biasa, kelas 1K. jenuh la esok aku nak susun budak2 'istimewa' tu. exam start lambat, budak jadi malas sebab dah abis silibus.
dah nak cuti weh! yang penting aku tak jaga spm/stpm tahun ni. huahahahaha. bagusssss! baru cuti sakan walaupun sebenarnya cuti tahun ni lebih pendek.
aku tengah sronok ni. berukband aku dah bertukar jadi broadband balik! i lap u la!

15 October 2009

hari 1st = hari last

Mengantuk!
Perlu tidor!
Hari pertama ke sekolah selepas berkursus selama 3 hari merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti Deepavali.
Malas, penat nak ke sekolah memang ada.
Tapi tuntutan tanggungjawab, aku pergi jua.
Mengajar (sebenarnya lebih kepada ulangkaji) kelas2 hardcore....1H, 1K.
Layan je la budak2 tu.
Esok cuti.
Aku ada plan.
Hehehehehe (gelak keji yang penuh bermakna).
Aku nak g buat roadtax la.....pergggghhhh.
Macam best sangat aktiviti tu.
K, kena zzzzzzzzzz.
Ngantuk sangat.
Bubbye.

16 September 2009

Berbuka Di Sekolah

Aku makan ini sahaja, nasi tanpa kuah, ayam dimasak agak pedas.


Inikah kembarku???
Nama kami sama : NOOR HAFIZAH.
Aku berbintikan bapa saudaranya,
dia berbintikan bapa saudaraku.
Ajaib kan....
Ari last day di sekolah aku coz dah tamat tempoh praktikal. Patutny last Khamis, tapi malam ni dia dah balik kampung.
Jeles aku!

Ini team hijau.
Ida tengak eksyen tayang dah siap isi borang LDP yang aku suh isi tu.
Kiri : Shafa.
Kanan : Aimi
Dua2 pun iklan gigi!

Malas nak edit.
Apasal senget tah?
Padahal gambar ni bukan sengat gini asalnya.
Comel kan kakak2 ku ini?

2 iklan gigi, 1 iklan mata.
Hahahaha!



Kakak ku ini tekun isi borang.
Aku 'paksa' isi sebelum berbuka.
Cian kan!
Kalau aku tak buat macam tu tah bila bleh kumpul.
Aku kena buat keje ni dalam cuti raya coz buka sekolah je dah kena hantar analisis ke PPD.


Bila nak start makan kan?
Mungkin tu la yang Kak Zahrah pikir.



Menunggu waktu berbuka.
Sebelum makan, gambar dulu!



Dan,
waktu berbuka....

Alhamdulillah.....

(Malas nak tulis panjang2)

15 September 2009

Komplot Wonderpets-Terbaek!

Noor Hafizah Hussain ngantuk!ngantuk!

Abdul Rais Buzs
udah mcm ulooor,pas makan je mula la ngantok,mula la nak tidooo...he he he

C-kyn Shariff
aku pon letehs bangat...

Noor Hafizah Hussain
ulooor cun. xpeeeee

Abdul Rais Buzs
ni ulooorr sawa laaa...

C-kyn Shariff
pewitt....tewet tewet...

Noor Hafizah Hussain
ulooor sawa cunnnn

Abdul Rais Buzs
nak menang gak tuuu,ambik laa,cuuunnn la sgt..

Noor Hafizah Hussain
nak kata aku x cun ah tu....mrajuk le aku ni...sapa nak pujuk? waaaaaa

Abdul Rais Buzs
aik,majuk plak daaaa,meh meh kite kasi kuih raya,ha ha ha

Zaraida Abdullah
fizah tdoooo dahhh...

Zati Noor Darina
cepatnya tidoq. Aku pun nak join jgk..tp hero2 dok segar lg mata.. Huhuk

Zaraida Abdullah
khusyukkk ni... baguihhh lena tepi aku ni... meh kita pekena dia... nak make up muka dia ni..bagi jadi macam senandung si dayang tu...

Zati Noor Darina
hehe. ida bila dia 'cuti', mulalah naik tanduk!! Hehe....

Zaraida Abdullah
cian wehhhh...meeting disiplin dari pagi sampai pukul 4 petang...natijahnya, maka tersadailah depan ruang tamu ni...nak tutup lampu ckit bagi dia khusyuk lagi....

Abdul Rais Buzs
tolong dodoikan sekali,sian diaaa...

Zati Noor Darina
lebih kusyuk kalau hang angkat dia bawak masuk dlm bilik, empuk skit tidoq atas katil...hehe

Zaraida Abdullah
weh kat luar ni siap pasang tilam tau tak...baik punya tido beralaskan tilam busuk dia...tadi dah dodoikan lagu raya untuk dia...mentang2 suara tak sedap terus dia tarik bantal tutup telinga...hampeh punya pijah!!!!!

Abdul Rais Buzs
ha ha ha ha nasib laaa,masuk kelas vokal nanti ek

Zaraida Abdullah
mentari memancar melor mewangi,indah menyinar di ufuk barat,bukannya tak mau belajar menyanyi,memang termaktub suara berkarat...jangan main2 cikgu BM....

Abdul Rais Buzs
alamk cikgu bm la plak,he he he

Zaraida Abdullah
salah eja tu....hehehe

Abdul Rais Buzs
maaf cikgu,jgn rotan ek,he he he

Zaraida Abdullah
tak leh rotan aihhh budak2 la ni... mau pancit taya keta mengkalu rotan... emmm buat pembetulan 100 kali...!!!!

Abdul Rais Buzs
adoyaiiiii,nak raya ni kasi cannn laaa,he he he

Zaraida Abdullah
OOOO RAYA PUNYA PASAL....OK. ALAMAK JELES TGK DAYANG SENANDUNG NI TIDOOO.... cek pijah ni nanti tgh malam dia jaga, jadi burung hantu la...tak tdoq2 sampai ke subuh..

Abdul Rais Buzs
aah,mcm malam td pas tu salahkan neslo ais plak...

Zaraida Abdullah
mana taknya, neslo ais gedabak punya besar gelasnya...sampai 3 kali berhenti tarik nafas semata2 nak abeh kan neslo tu..tu pun tak leh nak abehkan (sori pijah...kutuk hang, pasai apa, nanti hang bangun aku dah tdo dah...hehehehe)

Zaraida Abdullah
alamak dia dah bgun...

Abdul Rais Buzs
ha ha ha ha kantoi kantoi,itu bukan gagah,itu gelojoh...ha ha ha

Noor Hafizah Hussain
MANGKUK HGPA!!!!!!!!!!!

Abdul Rais Buzs
alamakk cikgu besooo da mangunnnn,larrrriiiiiii.....

Zaraida Abdullah
mangkuk ja... berguna jugak isi meegi kegemaran hang pijah!!!! jgn cakap mangkuk tandas dah la...tu aku tak dapat terima...

Abdul Rais Buzs
he he he he,dia tido balik ker??bagus2,ape lagiiiii,sambung ngumpattttt!!!ha ha ha ha

Zaraida Abdullah
mana berani nak mengumpat dia...tgk ja kecik...tapi...(biar dia balas sendiri)

Abdul Rais Buzs
oowwww yee kerrr,he he he takut gak dgr niii...

Noor Hafizah Hussain
aku semelih hg wat masak gulai ke, rendang ke raya ni nak xak rais? aku idop lg ni.....sodap2 ko kutuk ye.ida, aku dah jaga. baik hg insaf. satg aku geletek smpai hg kencing kot...

Abdul Rais Buzs
he he he he,sabo byk2 cikgu.bulan pose ni..he he hetapi kalo buat kat ida tu x pe,dia yg ajak ngumpat cikgu,he he he..dia ckp belajar ngumpat mcm belajar bm..ha ha ha

Zaraida Abdullah
baguihhh anak murid hang pijah... sekali ja aku ajar dah faham...payah cari anak murid macam ni zaman skrg... (uihhsss...bila masa aku ajar dia mengumpat?, tak ada dalam lesson plan aku hari ni pun!!!!)pijah; aku risau hang yg kencing kot!!! nak try jom r...

Abdul Rais Buzs
adoyaiiii,kencing pun bley wat main kaaa,x senonoh tol cikgu2 niii...

Noor Hafizah Hussain
eleh, hg tu musti lg teruk rais!elok le hgpa komplot 2 org kutuk2 aku ni ye. sorg cikgu, sorg anak murid. elok! elok!

Abdul Rais Buzs
he he he he,gabungan yg terbaik.....

Noor Hafizah Hussain
terbaek! xkenai pun bleh komplot wonderpet!

Zaraida Abdullah
weh!!!! aku pulak nak tdo.. esok sekolah pagi.. pijah!! jgn dok sambung kutuk aku lak...

Abdul Rais Buzs
apa yang penting,kerjasamaa.....

Abdul Rais Buzs
aah kan kutat cikgu ida plak pun besh gak,ha ha ha

Noor Hafizah Hussain
hg nak ngeja eja btoi2 rais, cikgu bm dok pantau ni

Abdul Rais Buzs
ish,ckp dia nak tidooo daaa,kacau betoi laaa,suh dia tido,sok nak ngajor....

Zaraida Abdullah
tu la... baru puji dah salah eja.. cancel jadi anak murid!!!

Noor Hafizah Hussain
ni karangan paling panjang aku penah jumpa kat fb...

Abdul Rais Buzs
ha ha ha ha hari ini dalam sejarah...
Aku tido diorang bleh komplot kutuk2 aku. Takpe, takpe. Tunggu le. Masalahnye diorang ni pun tak kenal, bleh plak kerjesama wonderpets kutuk aku. Cian aku penat weh. Tadi meeting disiplin dari kul 11am-4pm. Rasa nak telan je sekor2 budak2 tu. Dah cakap putaq alam je sorang2. Ada sesi kena translate plak. Macam tengok drama cina dah. Pening aku! Pastu malam, aku pening tengok facebook aku penuh cam gini plak. Haru btol!

13 September 2009

Jadual Hari Ini-Ketatttt! Dan Jem....

PAGI:

Start enjin keta, gerak ke Kepong Sentral dengan Ida. Tunggu komuter agak lama (means, ramai manusia yang tunggu komuter sama aku). Dalam kul 9 am, kami sampai kat Bank Negara. Jalan ke Jalan TAR. Kul 9 pun dah ramai orang! Sakan orang berbelanja (kami pun sama la). Target aku nak cari tudung je. Tapi tengok apa aku dah beli?

1) Keronsang kat mak and sisters aku.
2) Butang baju melayu abah.
3) Tudung (of coz la kan).
4) Koi tart nenas (aku dah tak sabar nak jamah, tak sempat tunggu balik kampung).
5) Kerepek bawang.

Jalan2 sampai tengah hari. Makin lama makin ramai manusia (macam lalat hurung t***). Pas membeli dan merabakkan poket, kami decided nak balik je. Tunggu komuter, sama macam tadi, lama. Sepanjang naik komuter nak balik tu kami bersyukur coz tak drive tadi and kuar awal. Tengok jalan hala ke Jalan TAR jem teruk, panjang plak tu.
Ingat jem kat KL je, rupanya bila balik Kepong, jem jugak! Nak wat U-turn balik dari cari mamam pun payah, lama (biasa la orang cuti kan!). So, sampai rumah, apa lagi, terbongkang la.

PETANG:

Kul 5.30 pm, gerak ke Klang. Tujuan? Pegi rumah pakcik aku setelah dipujuk untuk p sana. Hahahaha. Anak menakan apa ni kan? Bukak posa konon. Hahahaha! Sebab jem teruk kat pekan Klang, kat traffic light KESAS, kuar awal pun tak bermakna. Sampai rumah pakcik 5 minit sebelum berbuka. Betul2 p makan tanpa membantu apa2. Buruk perangai! Banyak jenis makanan : mee yang diorang kata pedas sangat (aku rasa biasa je), mee udang (aku tak sempat makan sampai abis sebab kenyang) and yang penting....briani! Aku sangat suka! Diorang punya turn wat moreh kat surau. Tu yang wat makan sedap tu.

MALAM:

Bertolak balik dalam kul 9.30 pm. Jem lagi kat tempat yang sama. Tension le ari ni. Jem je. Sampai rumah lebih kurang kul 10.45 pm. Trus bukak tv3 tengok cerekarama. Best! Fahrin my feveret berlakon. Sempi je cite ni! Menantu blakon jadi maid kat rumah mertua. Lawak gak cite ni! Skarang, mata sudah stim. Kena tido la ni. Esok ada keje lagi. Kena wat laporan disiplin untuk gantung dan buang 4 orang budak Form 1. Penat!!!

05 September 2009

Pencarian Yang Sangat Blur. Lalalalala

Mula di sini

terus ke sini

lalu sini plak

masuk jalan ni

ni driver hari ni
(muka ceria habis pas kena komen kat gambar2 before this)


penumpang yang ceria coz tak payah driver ari ni


sebenarnya nak ke sini jer
.
.
.
.
.
.
V



Hahaha.
Penat scroll kan.
Nak cari barang untuk masak hidangan berbuka.
Dah tak tau nak makan apa,
so decide nak masak apa2 je selain dari nasi je.
Hebat!
Sebab tak berbuka dengan nasi as usual.
1st time aku mai cini pas tukar bangunan baru (masalahnya baru ke?).
Baru la bagi aku, last year aku p bangunan lama kat sebelah tu.


Terkial2 aku cari barang.
Memang blur abis la.
Last2 aku ikut je bontot Ida macam budak 3 tahun ikut bontot mak pegi pasar.
(-_-")


Ni la barang2 yang dibeli hari ini.
So, tahu kan apa kami nak masak hari ni?
Ye, LAKSA!
Best wo!
(^_^)
So, bye la.
Aku nak sambung menikmati laksa tadi.
Sedap hingga menjilat siku dan lutut.