Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

17 February 2011

~Tag daripada Meya l ADA APA DALAM BEG ANDA~

Beg merah ang2 baru cikgu. Dari jauh bleh tengok Cikgu Fiza nak p kelas kat Blok E.


Mau lihat isinya?????

Mau???

l

l

l

V


Dompet Louis Vuitton celup :P

Dettol, tisu lembap dengan oil control film kena ada. Instant sanitizer ni penting lagi2 bila berhadapan dengan budak2 yang aktif giler (paham maksud saya?). Film tu plak, paham2 la cikgu ngajar petang muka pun cepat berminyak. Kalau boleh guna untuk goreng telur......

Minyak Dua Singa dan Vick memang selalu kena ada sebab makcik ni stok2 kerap sakit kepala, migrain sayang sangat kat makcik, sikit2 nak datang menyerang.

Vaseline, minyak wangi Cosway, lipstick Nutrimetic yang super lembap dan super murah (RM7 jer!), BB cream yang Pn.Bunga promote ari tu (best! TQ Bunga), krim pelembap Silky Girl (dapat free tapi best), eyeshadow In2it, bedak compact, . Adoi! Semput nak sebut dalam 1 napas!

Kadang2 sekolah pun boleh tak de letrik la.......

Dah namanya cikgu, pen wajib la ada.

Jangan jeles bekas mekap merah tu makcik beli dengan harga 90 sen je ye anak2. Tempatnya kat P.Buntar.

Ni isi beg wajib ada tiap2 hari KECUALI handphone cikai kan kunci keta yang makcik tak mo tunjuk kat anak2 kat sini ye padahal makcik lupa nak snap, dah tu dah malas nak upload lagi :P

-Tammat-



Sorry Meya, lambat betul nak balas tag kamu. Nampak sungguh ke'busy'an Cikgu Fiza ini. Pasrah! OK. Tamat kisah selongkar beg orang ala2 Awal Ashaari dalam Fuhhhh tapi bezanya ni handbag cikgu bukan handbag artis walau pun anak murid aku panggil aku 'cikgu artis' dan asyik tanya bila cikgu nak photoshoot lagi. Hampeh kan anak murid aku :P

05 May 2010

~Ape beza jd seorang adik dan kakak/abang.. pada korang... ??~

Ape beza jd seorang adik dan kakak/abang.. pada korang... ??

perbezaan dari segi pemikiran
perbezaan perangai
perbezaan rupe dan lain yg korang nk share...
ape yg korang nk dari seorang adik /kakak/abang..
ciri2 adik n kakak/abg pilihan anda


Tag dari Lizzie:

Aku anak perempuan sulung. Aku ada 2 adik perempuan. Tu je la siblings yang aku ada. Tak ramai~

Bab pemikiran, kalau pasal keje aku rasa aku bleh pikir dengan waras. Tapi kalau bab2 lain, aku suka ada orang sama2 guide aku. Bukan tak boleh fikir, tapi sentiasa pikir ''boleh ke?'', ''ok ke?''. Aku pikir, pastu tanya pendapat orang. Kalau dengan adik2, mmmm, aku agak diktator! Aku kan KAKAK! I like that phase.

Kalau bab perangai.... aku manja! Suka je kalau ada orang yang sanggup layan aku ni. Sebenarnya aku bukan sulung btoi2 pun. 2 abang aku meninggal masa kecik2. Aku pun tak sempat tengok muka depa. So, biasa la. Apa korang boleh teka? Apa tahap manja aku? Hahahaha.

Perbezaan rupa? Actually, orang selalu confuse bila tengok aku dengan Angah. Orang cakap kami kembar coz muka nearly, closely.....same! Tapi yang paling aku suka bila orang cakap dia kakak and aku adik! Hahaha. Dia tensyen giler!

Apa aku nak dari adik2 aku ha? Dulu aku nak depa beli present kat aku DSLR sebijik! Tapi sekarang dah dapat :) Aku dengan adik2 sangat close. Gosip2, share banyak benda. So, aku tak demand lebih2. Kami kamceng. Sekarang semua dah jauh2. Aku kat KL, Angah kat Kuching, Pipah kat Kuantan. Aku denagan Angah kira ok sebab dua2 cikgu, cuti sama. Pipah? Haiii~ =__=

Dulu aku kecik2 aku jeles bila tengok orang ada abang, ada kakak. Bila depa citer gaduh2 ke hape ke, aku selalu marah. ''Hgpa masih ada abang, ada kakak. Aku?'' Jeles giler kan. Sekarang, tak rasa macamtu dah. Dah tak kesah. Nanti aku dapat abanga gak kan! Hahahaha.

Lizzie, kena tag orang lain plak ke? Ok, sapa2 nak wat tag ni boleh k. U r welcome. Aku takkan wat senarai sapa kena tag ni ^__^

27 April 2010

~Coq Kodok bukan diperbuat daripada katak~

Semalam aku dapat tag dari Atin , pasal gambar di atas. So, di waktu pagi dah merangkak ke tengah hari ni, aku nak jawap tag ni. Pasai apa? Cokodok! Kalau orang Kedah, kami panggil coq kodok. Lebih kejam kan? Hahaha. Bukan kodok tu ko buat cucoq, tidak la aku makan~

Kenapa coq kodok pisang ni menjadi sarapan pilihan? Huh, actually, aku tak kira masa pun makan cokodok ni.agi, petang, siang, malam, semua aku bleh bedal. Dah lama tak makan cokodok sebenarnya sebab aku tak suka cokodok yang dibeli tu. Tak sama. Balik weekend ni nak suh mak buat la. Aku suka cokodok yang betul2 rasa banyak pisang dari tepung. Maksudnya, aku tak suka cokodok yang ada penaik; tepung penaik ke, bikarbonat ke~ Tak sedap. Cokodok yang guna tepung, pisang, garam dan gula skit. Tu je. Baru ada rasa pisang sejati! Pastu goreng bagi garing skit, hangit skit. Oh, sedapnya! Terlioq dah ni, sedap~

Mengenangkan cokodok yang best ni, hampir lupa syarat2 tag ni. Ok, aku kena tag game ni seklai dengan baunya kan~

Aku nak tag:

--> Kak Nara
--> Lizzie Katak Pink
--> Wahida
--> Fyna

Ni syarat2 penyertaan ok ;)

1. copy gambar cokodok kat atas tu..dengan bau2 die sekali..
2. sebutkan nama penghantar cokodok tersebut..
3. bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda..
4. tag game ni hanya boleh di post pada waktu pagi sahaja... "before noon"..
5. last sekali, tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

30 August 2009

Banyak Ke Nama?

Apa nama panggilan gelaran yang korang dapat sejak korang baby sampai tua bangka gini dewasa camni?
Tipu la sangat kalau kata takde nama gelaran. Tak kan tak penah ada orang yang jeles dengan keamanan yang korang kecapi hingga meletakkan nama yang superb lagi lemak berkrim kat korang.

AMOI
Nama ni aku dapat masa aku tak skolah lagi (around 2-5 tahun. Tah sapa la yang bagi aku pun tak tau. Dulu kecik2 kan sangat chomel cute je kan. Kulit masih licin, mulus, gebu, putih. Pastu, abah aku suka sangat potong rambut ada fringe kat depan tu kan. Terserlah la kechomelan tu ka (abaikan 'keperasanan' aku itu). Bila potong gitu dah rupe anak apek. So, dapatla nama AMOI tu. Cian aku, 'dicinakan' sejak kecik. Bila pegi rumah sedar diorang jerit dari jauh, "Amoi mai!"
Yang ni agak suka la. Nampak cute je panggil budak2 amoi.


OSHEN
Ni pengaruh citer Jepun dulu2 la ni, citer Oshen. Aku pun pelik mana la kaitan aku dengan Oshen tu. Jauh sekali! Sama jugak. Bila bertandang ke rumah Paklang, anak2 dia akan jerit, "Oshen mai!". Huh, tension. Apasal panggil aku Oshen? Tak sama pun!
Yang ni, tak suke!


NOT-SEN
Ko bayangkan, apa jenis nama ni? Aku dapat masa masuk skolah rendah. Kebetulan ada 2 Hafizah dalam kelas. Sorang Noor Hafizah Hussain (aku la), sorang Nur Hafizah Rajuni. Bila cikgu panggil Hafizah, dua2 angkat tangan. Tengok muka memang blur giler la dua2. So, bila nak panggil nama kami, kena panggil dengan nama bapak skali. Bayangkan: "Noor Hafizah Hussain, jom makan sambil berlari.", "Noor Hafizah Hussain, jom kita lawan kentut sapa paling kuat." Last2, bila dipanggil laju2 jadilah NOt-Sen. Not=Noor Hafizah, Sen=Hussain. Tu tak last lagi, ni baru last. Last2, depa panggil lagi 1 Hafizah, Ijah. Bengang aku! Apasal tak tukaq balik panggil nama biasa aku, Fizah? Kan tak sama Fizah dengan Ijah. Dah tak confuse. Tapi semua tak mau tukar! 2-3 ari je depa panggil Iza, pastu Not-Sen balik. Tension.
Ni lagi tak suka!
::Tapi baru2 ni aku ada jumpa member 1 kelas masa skolah rendah and diorang still panggil aku macamtu, aku rasa cute jugak nama aku tu. Hahahaha::

SADDAM HUSIN
Dah innalillah dah orang tu kan. Ni lekat masa kes lawan mengata kat skolah rendah (darjah 3 kot). Semua orang lain dah ada nama gelaran yang hampeh2 la. Aku je suci murni minyak sri murni lagi. Pastu, lekat la nama Saddam Husin, sebab masa tu tengah Perang Teluk kat Iraq. Gaduh skit aku kena halau balik Iraq. Padahal aku ni tiket pegi Iraq pun tak penah tengok. Sapa kata aku sure kena penumbuk baek punya. Nama ni tak lekat lama akibat kebrutallan aku, orang tak larat sakit slaku. Hahahaha!
Sangat tak suka coz main2 nama abah aku!

PIJAH
NI dapat masa study kat KMPP (Kolej Matriks. P.Pinang). Kawan aku A-Fath (nama btoi punya la cun, dah tukar nama apek mana tah-Fathiah Hani) yang bagi. Dia kata aku orang Banjar. "Kalau Banjar, orang tak panggil Fizah, orang panggil Pijah" (ikut sebutan: Pijaaah).
Takpa, ni aku bleh trima. Nasib baik ko A-Fath!

FIZZ
Ni pun dapat masa matriks. Kat matriks pun ada sama nam dalam 1 kelas (punya bersepahnya sama nama dengan aku. Mak pilih nama glemer sangat!). Dia la yang panggil aku Fizz. Rupanya time aku keje ni nama ni timbul balik. Zati yang sama matriks dengan aku skarang mengajar 1 skolah dengan aku panggil aku Fizz, Pn. Lily ketua AJK Kesihatan sekolah aku pun panggil aku Fizz.
Mengaku je la aku suka. Kalau tak, blog ni tak guna nama tu la kan. Obvious sangat kan.

FIZAH
Tersurat sejak aku pandai menyebut nama, aku dah kata nama aku Fizah. So, panggil la aku dengan nama kegemaran aku ni. Walau ada yang kata, "nama macam kampung je." Memang kampung, coz aku asal dari kampung. Yang perasan orang bandar sangat tu sedaq le skit, ko asal dari kampung gak.

Bolehkah ini aku kira sebagai tag?
OK, soklan :
1) Bagi mana gelaran yang penah korang dapat dari kecik sampai sekarang dengan 'reason'nya skali.
2) Suke ke tak suke dengan nama tu?

Aku nak tagged:
1) Dayah USM
2) Ladykiki
3) CikEpal
4) RedBloodSnow

12 August 2009

1st tag--->cikgu dayah~

Aku dapat tag ni dari Cikgu Dayah geng aku time study kat USM. Bestpren la ni. Hahahaha. Wat keje gile sama2. Tangkap gambar keliling USM berbekalkan adik aku sebagai camerawoman. Ko ingat lagi tak Dayah?
Aku wat la ni, aku tak penah wat tag2 ni....

1) Copy award untuk diletakkan di blog anda...
Dah paste dah ni! --------------->

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi
award ini:
  • otak bissness. dulu bisnesswoman kat blok aku. Penjual t-shirt USM dari pintu ke pintu (skarang dah suam2 kot)
  • senang nak share idea.
  • kaki berjalan.
  • banyak cakap (macam aku gak).
  • students sangat suka dia ni.
  • keje kalau orang bagi settle je (jangan risau la).

3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

  • banyak cakap. kalau tak cakap dunia ini rasa kosong je.
  • kalau tak tidor lepas kul12am, otak dah jadi tak betul (diakui oleh hosmet aku, si Ida).
  • kegilaan utama: makan laksa utara yang aku buat @ dibeli kat utara je! (KL punya tak sama. ulang makan laksa sampai stok laksa abis baru sentuh benda makan lain).
  • tak boleh tido kalau ada 1 bantal je (aku perlu banyak bantal).
  • tiap malam online (kecuali sakit, kat kampung @ bizi tahap cipan).
  • makan banyak, tido banyak, cakap banyak.
  • kalau lama tak balik kampong, tangan jadi ketaq, kena balik jugak.
  • dah biasa drive sorang2 balik kampong.
  • tiap kali balik mesti nak p Penang (Penang itu duniaku).

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

Aku tidak menghadkan kepada 10 orang sahaja(macam active10 Maxis). sesape yang membaca entry blog aku boleh wat tag ni.

Tag ini untuk pembaca tegar blog aku yang baru setengah tahun jagung ni. Kerana apa? Korang sempoi. Orang sempoi je baca blog aku ni kot. Korang la tu....

Selamat berTAG!