Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

07 May 2012

~Berjimva bersama tersayang2~

Sabtu lepas aku, Kak Olie, Kak Non dan Mira ; berjimva2 sakan. (ni bahana silap tekan 'v' menggantikan 'b' dalam ejaan tersebut semasa post di FB)

Sepanjang pemanduan ke KL petang Jumaat, radio asyik buat pengumuman jalan2 utama di tengah2 bandaraya KL akan ditutup sempena perarakan hari wesak bermula 5.00 petang hingga ke 11.00 malam. Maka, dengan pantas plan asal bertukar. Asalnya nak ke GM Klang dulu baru ke Kenanga Wholesale Mall. Sebab takut terkandas dalam jem, maka ke Kenanga dulu. Keluar pukul 9.15 pagi, jalan di KL masih lancar la, kecuali depan PWTC. Mungkin sebab ada pesta buku. Terus ke Kenanga. Parking masih free. Sebab sampai awal, kena parking tingkat 10! Rupanya parking di tingkat 9 dan ke bawah dibuka untuk orang2 yang datang lebih lewat daripada kami! Mana tahu....

Mall sangat selesa. Kalau dulu kedai2 wholesale ni di sepanjang Jalan Kenanga. Masalah biasa kalau nak ke kedai2 tu ialah parking. Memang susahhhh sangat nak dapat. Tapi sejak ada mall, parking dah banyak. Tiada masalahlah, asalkan anda sanggup keluar awal.

Teruja! Membeli ala kadar sambil cuci mata melihat kakak2 memborong baju2 anak perempuan masing2 yang cantik2. Selepas makan tengah hari pukul 2 petang, kami bergerak ke Klang. Seperti aku pernah pergi dulu, GM sangat sesak dengan manusia. Aku lebih suka Kenanga daripada GM. Tapi nanti GM pun bakal ada bangunan sendiri macam Kenanga. Harap tak sepanas dan sesak seperti sekarang, walaupun ada aircond tapi panasnya...ya ampun.

Di GM jugalah aku dapat selsema (selsema ke selesema?). Dua kali aku pergi, dua kali jugalah aku selsema. Nampak sangat aku tak tahan habuk2, suasana ketat sendat dengan manusia dan barang2.

Sampai rumah Ida dah malam. OK lagi. Pagi Ahad dah tak selesa. Rasa nak demam. Pagi mendung, sama macam badan aku kot. Tengah hari aku gerak balik sebelum aku demam dan terkandas di KL. Selamat pulang dan selamat sampai di rumah.


21 August 2011

~Last Saturday @ Chic Pop 9~

Chic Pop Street Market 9 at Jaya One. Boring dowh! Makin banyak bazar macam ni makin boring plak rasanya. Chic Pop 7 dulu aku enjoy sangat. Rasanya bila terlalu banyak bazar, choices pun dah banyak, so makin boring. Same like Lah Lah Land last 2 weeks.

Boring sebab aku bukan peminat vintage kot :P

Yup, peminat vintage ada banyak choices that day. Banyak baju, dress, accessories yang sangat vintage. Aku yang more to Korean ni (bwekkk) tak de pilihan sangat. Aku tak minat dresses, blouses zaman mak2 aku dulu. Kalau minat rasanya tak jadi kain buruk la baju2 bundle kat kampung dulu. Lagipun masa tu tak into vintage sangat lagi kot. Kalau sekarang ada lagi stok vintage, aku jual online korang nak tak? Hehehehe. Takde dah kot....



Emon dengan adik dia minat vintage. So, depa pusing2 sampai lost kat situ. Macam luas sangat jer tempat tu yek? So, aku duduk2 je la tengok ragam orang, amik gambar. My opinion la, kali ni memang tak gempak macam sebelum ni. Takde yang membeli giler2 macam yang aku pergi sebelum ni. Aku ingat de booth yang jual high heels macam Chic Pop yang aku p sebelum ni. Baru le terlintas kat kepala hotak ni nak tambah koleksi heels. Selamat duit aku kan....Huhu.
(Kenapa banyak bebenor 'sebelum ni'? Abaikan.....)



Aku pakai naturactor 151. Best tapi muka aku jadi cepat berminyak plak. Kening aku memang bersepah tak pandai nak wat macam Fyna ajar tu. Tak jadi plak :P



Tolong tayang hasil rompakan belian Emon.



See. Kan aku kata aku tak dapat beli apa2 pun hari tu. Mmmmm, gelang bunga tu aku beli kat Lah Lah Land 2 minggu lepas tapi dawai 1 kelopak bunga dah putus. Ganas tak aku?





*Anak sapa la melalak kat blok aparment aku ni?
Siap hentak2 lantai, lari2 lagi dah gaya kena dera dah bunyinyer.



05 June 2011

~Bundle! Bundle!~

Last Saturday morning: girls' day out!


OTTO Bundle, Nagasari

Dulu aku hasut Dayah dengan adik dia. Sabtu lepas aku angkut Emon, Liz, Zue dan Angah plak g ushar budle kat Nagasari. 1st time aku datang situ ada banyak beg. Ramai betoi orang kerumun kat kaunter sebab depa longgok beg. 1 beg RM10! Patut la ramai berebut.

Emon dengan Liz dapat beg cantik2. Ada 1 beg Gucci! Tah berapa beg depa borong ek. Hahaha. Sempat plak depa p berebut beg dengan orang ramai2 tu. Aku wondering sapa punya la beg cantik2 dalam 1 bakul ni. Skali depa punya! Penuh bakul! :P

Zue pening tengok banyak sangat. Tak tau nak pilih mana. Padahal dia pening lupa tinggal henset kat mana :P Takpa, seluar ko dapat tu lawa!

Aku plak siap kena cakar harimau dengan pompuan mana tah. Gila tahap berebut dia. Laju siot! Ni pun 1st time jadi kat bundle. Ko ado? Citer dia cenggini:

Ada 1 masa tu, pekerja nak sangkut 3 hangers baju baru depan mata aku. Biasa la bila depa nampak baju makin reda, depa kuarkan baju2 baru. Ni kira nak dapat untung depan mata ye! Aku pun sua tangan nak ambil tengok la baju tu pas kak tu blah. Sekali ada 1 tangan agak tembam la baik punya cakar tangan aku sebab nak rembat baju2 tadi. Laju giler rembatan dia. Dia dapat 2 baju. 1 dia amik kot 1 lagi tak jadi amik sebab ada warna yang rosak skit kat baju tu. Baju rosak tu cantik. Aku belek pas dia letak balik la. Aku dapat 1 blouse-T putih. Panas hati punya pasai kena cakaq, saje je aku angkat baju tu lama2 tayang kat dia. Huahahaha. Kwang asam kau! Ok le aku dapat 1 hang dapat 1. Lagipun hang tak muat kot kalau amik baju yang aku dapat tu :P

19 March 2011

~Memborong di Kemboja~

Sorry la macam malas nak update kebelakangan ni. Cuti, idea pun kering nak menulis padahal tiap2 hari tak lekat rumah. Huhu. Aku baru balik dari Kemboja. Penat tau! Jalan2, habiskan duit, cuci mata.....







Hiiii, tipu je la. Aku kat dalam Malaysia lagi la. Passport pun tak dak berangan nak p oversea. Over the sea boleh la sebab hobi aku kan p Pulau Pinang.

Actually, pagi tadi aku dengan mak ke pekan hari Kemboja. Aku pun tak tau mana dapat nama ni, mungkin sebab majoriti peniaga kat situ adalah orang Kemboja kot. Orang Kemboja kat Malaysia banyak terlibat dalam perniagaan kain dan baju kan. Kalau salah tolong betulkan ye.

Mak kata tiap2 hari Jumaat dan Isnin ada pekan hari kat Permatang Tok Mahat. 90% jual kain ela, baju, tudung, telekong, kain batik dll, 10% je jual makanan minuman dan barang permainan. Ramai, tambah2 cuti sekolah ni kan. Tapi selalunya kalau minggu2 biasa, hari Jumaat lebih happening dari Isnin.

Sampai2 jer terus rambang mata tengok kain ela cantik2. Beli banyak dapat murah la, kalau beli 1 harga tetap macam biasa je. Kebanyakan yang datang sini beli secara pukal, 1 ikat @ diorang panggil 1 kodi, ada 20 pasang kain ela/kain batik/tudung. Stok peniaga gak la yang datang beli kat sini. Kain cantik2 ok, design terbaru pun ada kat sini. Tapi kena pandai pilih la sebab ada yang jual mahal, ada yang murah, ada yang boleh beli sepasang dan ada jugak yang hanya jual kira kodi jer. Kalau corak cantik2 kira berkenan giler la nak beli, meleleh air liur je la kalau dia kata jual kira kodi je tak jual kira sepasang. Kau nak buat apa beli 20 pasang kain pastu ada beberapa corak yang sama, warna yang sama, nak buat baju mentara? (mentara=rewang kot rasanya)

Aku beli kain ela, rembat sampai 5 pasang! Beli 1 RM30, beli lebih dari 5 dapat sepasang RM25. Konon angkut 5 kat situ nak try kat gerai lain plak. Mmmm, macam tak berkenan je, padahal bukan tak berkenan, duit bawak sikit. Nasib baik, kalau tak mesti aku borong lagi. Hahahahaha. Ada banyak jenis kain, macam2 harga, tapi aku berkenan kain corak bunga kecik2, viscose atau cotton plak lately.

Tudung? Ada macam2 corak tapi kebanyakan jenis tudung awning. Tak minat! Shawls ada la, sikit, tak banyak pilihan. Beli kain je la. Tahun ni buat baju baru banyak2 dan stok lama boleh bawak kampung. Kalau dulu kami sedekah baju yang elok2 kat anak2 jiran / bagi kat adik2 sepupu, anak2 sepupu. Yang elok je k, tak elok wat stok kain buruk mak kat dapur je la jawabnya.


Tak sabar nak pakai baju kurung baru pergi kerja. Tu pun bentuk motivasi jugak kan :)

31 January 2011

~Eyeshadow baru cikgu ^__^~

TQ En. Google

Jumaat lepas aku beli eyeshadow seperti di atas. IN2IT sheer colour no.7 fame. Kaler hitam dan pink. Agak moist. Saja nak try sebab sebelum ni guna eyeshadow dari palette dan jenis debu. Kulit aku jenis berminyak, so tak boleh tahan lama. Pas beberapa jam nampak agak comot dan huru-hara jugak la eyeshadow kat mata aku. Tapi pas guna eyeshadow ni, wow, dah tak sememeh lagi mata gue! Aku suka pakai eyeshadow hitam menggantikan black liquid eyeliner aku sebab lebih cepat, tambah2 bila nak p sekolah, lagi senang cuci jugak sebab aku mengajar petang, nak solat 2 waktu. Liquid eyeliner agak susah nak cuci dengan air paip yang sejuk tu kan. So, black eyeshadow la yang selalu aku guna untuk gantikan eyeliner. Pas guna IN2IT ni, macam tadi, wow, tahan lama dan dah tak comot kalau berpeluh. Eyeshadow ni ada shimmer, so kilat sikit la. Tapi jangan risau, cantik u! Sapa nak try? Aku beli kat Watson jer RM17.++ jer. Murah tapi hasilnya, I suka sangat ^__^


Eyeshadow lama perlu ditukar baru :)

23 January 2011

~Ida, guess what? Aku beli buku, pastu aku tinggai.~

Orang tu kata aku ni kelam kabut. Haish, tak mo tak mo. Ok, tapi tadi kena accept aku ni kelam sungguh. Balik sekolah kul 6.45 petang, keluar pagar tiba2 rasa 'oh, boringnya Sabtu ini sebab i tak pergi ukur mall.' Bleh gitu? Yela, sapa suh wat skolah ganti ari ni. Cuti mau panjang, nak ganti malas. No no no no! So, keluar jalan sekolah kena lalu 1 roundabout. Kalau ikut kul 12, aku balik rumah. Kalau ikut kul 9, aku pegi Selayang Mall. Selayang Mall je pun dik oi, takkan nak turun KL senja2 nih dengan baju kurung pakai dari siang tadi. 12 ke 9? 12 ke 9? Padahal tangan kanan dah bagi signal ke kiri dan stereng dah kilas baek punya ke pukul 9. Otak ngan tangan tak selari btoi =__='
Panjangnya mukadimah! Sebagai guru yang berniat lebih dedikasi, proaktif, gigih dan berwawasan daripada tahun lepas, aku terus pergi Popular. Nak usyar novel sebenarnya. Tetttt! Nasib baik Allah bukak pintu hati dalam Popular depan rak novel2 English tu, 'belilah buku2 buatan Malaysia latihan untuk anak2 kamu yang ada lebih kurang 210 kepala tahun ini.' Alhamdulillah, 3 buku latihan selamat masuk plastik, plus tag besar untuk buat PAS KELUAR KELAS untuk Cik Noor Hafizah. Aku still guna pas tahun lepas. ''Oit orang opis, tahun ni tak bagi pas keluar kat cikgu2 lama ke? Ape ke bias korang ni bagi pas free kat cikgu2 baru je.'' Tahun ni budak2 cepat ingat nama aku sebab tiap kali greet depa sebut nama, ''Good afternoon Teacher Hafizah'', ''Good evening Teacher Hafizah'', "Assalamualaikum Cikgu Hafizah" atau budak Cina pelat yang susah nak sebut 'zzzzz' "Good afternoon Teacher Hapija" =__+, oh takpe, saya terima aje dengan senyuman. Hahahaha.
Ape de kes plak cerita pasal sekolah, sebab tadi mula2 cerita pasal Popular? Cikgu, mana2 tempat pun nak cerita pasal budak2, sungguh cikgu2 ni dari golongan makhluk penyayang kan. Hahahaha. Jangan2 hari kawen pun ingat budak. Tet! Tidak! :P
Ok, sambung, pendekkan cerita sebab aku rasa ada yang dah pikir 'cikgu ni sawan ke?'. Beli buku, jalan2 usyar baju (pompuan, pompuan!), pergi Giant. Tu je motip asal, nak p Giant beli sabun basuh cecair tu ngan Downy sebab sekarang makcik dah tak payah basuh baju guna tangan lagi nak, makcik guna kaki mesin. Hari ni hari Sabtu, kawan2, HARI TANPA PLASTIK, tipu, "kak nak plastik? kena tambah 20 sen.'' " takyah dik, ari ni akak bawak beg sendiri, lagi lawa dari plastik hingaq hangpa guna tu.'' Muka blagak je jawab. Haish, tak la, I sopan. ''no, thanks. guna beg akak ni.'' Ada gak kegunaan beg2 isi biskut beli kat Jom Heboh Penang last year ;P
Ok, barang sudah penuh beg, sabun basuh + dawny + 2 Nestle yogart Ida + susu kotak Dutchlady untuk saya. Hahaha. Senget bahu aku. Jalan dengan 100% confident terus naik escalator pergi parking lot, tut tut tekan kunci keta yang bunyi dah macam alarm kat lori tu, masuk, drive keluar dengan harapan sampai rumah dalam masa 10 minit dah boleh urut kaki depan tv. La la la la la, parking Selayang Mall, i hate u. Naik sikit punya best terus je mencanak2 naik macam parking Jusco, tapi nak turun kena pusing2 360 darjah. Tingkat 3 rasa macam turun dari tingkat 6, paham tak? Sampai bawah sekali, dah keluar bangunan, dah nampak palang nak keluar 'apasal aku rasa miss something ah?' Raba dalam handbag (hangpa jangan gatai2 raba benda lain!!!), ada kad-tinggal-barang kat kaunter tinggal barang Giant. Woiiiii! Buku aku!!!!!! Terpaksa cari tempat parking kat bawah, tepi2 jalan yang sesak orang parking keta semata2 nak p amik buku latihan yang dah aku beli dengan niat suci murni nak memajukan anak bangsa tadi. Aku tak suka parking tepi jalan macam orang lain sebab aku tak suka berebut parking pastu terhegeh2 plak nak masuk parking, kat belakang keta beratur panjang tengok cara2 ko parking keta lembap cam kura2, pastu lalu kat tepi 'patut la lembap, pompuan'. Bias tau korang, aku ok je bab2 parking ni, cilok baik punya, kadang2 je kelepiaq :P Jangan buat lawak nak tinggai buku2 tu, aku beli guna RM bukan bulu roma! Amik buku, masuk keta balik, drive balik rumah dengan selamat. "Ida, guess what? Aku beli buku, aku tinggai kat tempat tinggal barang time nak beli barang kat Giant. Bijak tak aku?" Minah tu sengih tak hengat....Hang sungguh memahami aku T__T
Fiza, tolong la jangan kelam kabut! Chill man, baru rock. Dush! Macam baling bola tenis kat dinding pastu lantun kat kepala sendiri +__+'


Nasib baik "Ida, guess what? Aku beli buku, aku tinggai." bukan "Ida, guess what? Aku bawak baby aku, aku tinggai."

19 December 2010

~nose and Vincci in my hands l sumpah aku tak tengok baju~

Yesterday, I was at Queensbay Mall with my sis coz she wanted to buy new heels. New year means new shoes, new baju kurung etc. Hahaha. Macam budak kecik pulak. But, that's a kind of motivation to be better than last year....at work of coz. New things, new moves. Hope so :)

She got new black heels, me too. I bought from Padini Store ----> Vincci. Last two weeks dah usyar heels tu tapi tak beli. Balik teringat plak. 3 inch! Huahahaha. Ambik ko! Than, ya Allah, I saw a platform wedges and I love it. So, end of the day I bought 2 shoes. Ok la, aku jarang beli kasut bandingkan dengan baju kan. Ops!

Yesterday sumpah aku tak tengok baju! Betul. Sebab aku dah borong sakan kat bundle ari tu. Tak agak2 aku beli. Sapa tak mau, 1kg=RM15. Ko campur la baju, jeans, skirt dll, semua 1kg=RM15. Suka! :) Sapa tak mau baju banyak dengan harga yang murah berbaloi2? Orang yang tak layan bundle je la kot ye ;P


04 November 2010

Selamat menyambut Deepavali kepada penganut Hindu. Selamat bercuti kepada rakyat Malaysia. Tak kira apa jenis perayaan sekali pun, cuti tetap dirasa semua. Kan untung jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni. Cikgu sekolah pun untung jugak. Dapat cuti lebih walau pun hakikatnya kena ganti sekolah. Hahaha. Haip, tapi aku cuti2 ni pun bawak balik keje tau. Bukan 100% cuti.

------------------------------------------------------

Ada kisah ke Taman Rama2, Teluk Bahang, Penang. Tapi, biarlah nanti ada 1 entry penuh pasal rama2 saja. Cantik! Rajah Brooke memang cantik!

Sekarang tengah hujan rintik. Utara semenanjung memang banjir, tapi bukan semua kawasan: tu di utara Kedah dan Perlis. Kawasan aku ni plak panas terik. Terasa lain betul panas di sini dengan panas di KL. Panas KL, mmmmmm, sebab banyak bangunan dan kenderaan. Sini? Tak la pesat sangat macam KL. Kampung aku ni pun ada pekan koboi jer, hidup segan mati tak mau. Tapi, bahangnya, ya Allah, memang mandi peluh aku. Tadi keluar ke Pusat Bandar PB, mula2 redup. Ahhh, sedapnya jalan2 kalau cuaca redup. Tup2, bertukar! Panas terik. Cepat betul cuaca berubah. Entry cuaca ke ni? Choi!

Keluar tadi dengan niat mencari barang2 yang perlu sahaja ye, yang PERLU sahaja. Contohnya, ke bank ambil duit belanja dapur, ke kedai jahit beli zip baju baru, ke kedai kain beli kain untuk lining baju baru dan lastly ke Billion menbeli barang dapur. Tapi, kalau dah perempuan, plak tu memang terserlah kegilaan bershopping, ada la barang lain yang dibeli. 2 new strip shawls!