08 March 2012

~Saya setia :URUSETIA~

Seminggu di stadium menjadi urusetia Perlawanan Sepak Takraw MSSD Kinta Utara Zon A dan Daerah (Esok baru cukup seminggunyer pun adoi!), kesimpulannya, apa yang saya dapat:

1) Sakit kepala sebab dalam stadium tertutup sangat panas berkuap waktu tengah hari dan petang.

2) Rasanya makin 'sound trouble' sebab tiap2 hari dengar anak2 jantan menjerit dan ketuk botol, pukut kasut kat lantai gara2 menyokong dan provoke geng lawan.

3) Cikgu2 laki yang terlibat dengan sepak takraw 80% adalah GATAL dan tidak boleh dialayan lebih2 terutama oleh golongan anak dara.

4) Tiap2 hari balik lambat dan yang paling lambat adalah semalam bila 7.00++ pm baru keluar kawasan stadium.

5) Dok tambah dosa gak la kot sebab tengok budak2 jantan dok libas2nampak kepala lutut, pas game bukak baju tanpa segan silu depan cikgu2 perempuan yang berapa kerat ni.

6) Saya dikatakan pendiam oleh cikgu2 jantan itu hingga hari ke-4 kejohanan sebab saya rasa menyampah nak layan lelaki2 gatal bergurau.

7) Malam sangat penat hingga selalunya TV tengok saya tidur ditemani my babies 2 ekor itu.

8) Ada cikgu2 senior yang tidak puas hati sebab me'relief' kelas kami selama seminggu walaupun hakikatnya relief kelas semasa peperiksaan adalah sangat heaven.

9) Ada student sekolah lain cakap,'' terima kasih, KAKAK." Aduh, saya bukan kakak, saya cikgu la.

10) Saya siap tanda kertas ujian Math untuk 1 kelas tadi sambil sokong sekolah saya lawan. 2 in 1!

11) Seminggu sarapan dan makan tengah hari free. Jimat! Jimat!

12) Tak sedar next week cuti sekolah sebab tiap2 hari badan penat.

13) Tak payah iron baju kurung untuk seminggu!



Tu je la kot....yang teringat sekarang la. Bercampur yang positif dan negatifnya mengikut mana yang terfikir dulu. Hehehe. SRC dapat tempat ke-3 untuk bawah 15 tahun. Juara B-18 dan B-15 tak lain tak bukan GR la. Sekolah kluster sukan, cikgu jurulatihnya pemain sepak takraw kebangsaan dulu2, pemainnya memang wakil negeri.....kalau kalah malu woi!

Chulanian 100% STPM dengan 4 orang 4 flat.

 


No comments: