Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

29 July 2012

~Tips Ahad: Ubat jerawat berkesan~

Ubat jerawat paling berkesan setakat ni. Banyak brand aku cuba tapi kurang berkesan. Sapu sebelum tidur, esok bangun pagi2 jerawat sudah kecut!

 Tetapi tidak la dapat menghilangkan parut2 lama. Ini berkesan untuk jerawat baru sahaja. Kecut tanpa sebarang parut! Bagus kan.

Boleh la cuba mana tahu serasi macam saya. Ubat jerawat cap apa?

Ni ha, cap

l

l

l

l

l

l

V
V

 
Cap Colgate!!! 
(Rasanya apa2 cap pun ok kot ^__^)


14 August 2011

~Barang baeeekkkk punya~


Tadi keluar dan pakai ini.

Tiba2 rasa muka sangat licin. Huahahaha.

Thanks to Naturactor.

Walaupun anda tak tahan begitu lama, tapi hasilnya buat aku teruja jugak le.

Pakai sikit tapi dah boleh cover cacat cela dan kawah berlubang di muka.

Tu pun tadi pakai sikit je, try kan.

Texture ringan tak rasa melekit even tadi panas terik.

Nak tengok gambar ke?

l

l

l

l

V

Alamak, gambar lupa amik sebab I teruja sangat. Bleh?

Buekkk!

Try le.

Saya beli online di sini



23 June 2011

~Suka tu bukan obsess kan :P~

Earring!

Ring!

Necklace!

Cute hair band!

Bracelet!




Wah! Gila aku ni. Sekarang dah suka kumpul semua tu. Kat rumah pun nak tukar2 earring tiap2 hari. Haahaha. Dah la baru melawat Le Beau Monde pun ada jual banyak aksesori di atas. Sangat cun. Rasanya dah tau nak target apa time keluar hang-out dengan bbf Sabtu ni. Jangan tukar hari lagi dah. Huhuhu. Penat bersukan punya pasal, program asal Ahad lepas ditunda ke Sabtu ni. Enjoy!


Eh, aku minat aksesori di atas tu tak de kaitan dengan mami jarum. I'm not into gold accessories, cukup ada rantai arwah nenek ni dan gelang. Aku lagi suka aksesori macam awek Korean pakai. Murah, boleh tukar tiap2 hari seminggu kalau ko nak. Barang kemas berasaskan EMAS...ko boleh tukar tiap2 hari? Kawen dengan tokey kedai emas pun belum tentu boleh. Oh...lupa, mesti korang teringat Zhullian kan. Hehehe. Yang tu bleh la...kot.

23 February 2011

~Bawal/shawl/awning?~

Masih berselubung telekung menunggu Isyak (ni citer 20 minit lepas), aku lipat kain yang dah berapa kilo tu. Tah, tak timbang. lipat baju, kain, tudung. Tudung? Then aku terpikir, banyak2 jenis tudung yang aku ada kenapa aku rasa tudung bawal gak yang aku paling suka, evergreen, tambah2 tudung bawal hitam. Bila bukak closet aku, aku ada banyak koleksi tudung hitam : bawal batu, bawak sulam, tudung awning, syria, shawl, pasmina. Wajib ada warna hitam. Warna paling selamat walaupun kurang sesuai waktu panas sebab penyerap haba baik sungguh tidak baik untuk aku yang aktif berpeluh. Ada aku kesah? I like black (don't means I like black peoples :P)!
Balik kepada bawal evergreen. Aku dah try semua jenis tudung (almost la!) tapi aku paling out kalau pakai tudung awning. Pelik kan. Orang lain suka tudung awning sebab senang dan cepat je bila nak pakai. Main masuk pale jer, takkan tak reti. Muka aku tak sesuai la pakai tudung jenis ni, rasa out of confident terus walau pun kawan2 kata ok jer bila aku pakai, aku jer yang kureng self-confident dengan tudung ni kot. Aku rasa muka aku terus mengalami pertambahan diameter pipi yang agak luar biasa. Lagipun bila aku pakai tudung awning, agak looser bila time aku gelak dengan bernafsu, tudung tu mesti (ye, mesti) akan turun ke depan. Then, aku jadi macam budak sekolah rendah yang baru belajar pakai tudung yang every 5 minutes nak kena tarik tudung ke belakang. So, awning hijab---->you not my typpo!
Selendang dan pashmina ada banyak, aku dah bleh wat jualan gudang kot. Ni 2nd favorite pas bawal kot. Hahaha. Aku lagi selesa pakai anak tudung syria dengan shawls bukan shawls semata2. Rasa lebih confident sebab anak tudung syria tu aku mesti belah kat bahagian belakang panjang2 agak2 5cm la kot. So, bila pakai boleh la tutup rahang dan pipi secara maksimum! Takde la terjojol pipi labuh terkeluar. Dulu looser gak la nak belit tudung, tambah2 sekolah sesi petang kena mengharung 2 solat di sekolah. Perlu kemahiran yang tinggi untuk melilit tudung dalam masa kurang 5 minit. % minit amat berharga jika next class ko adalah kelas anak2 ayam dan itik yang perlu pengawasan rapi, kalau tak mesti keluar kandang. Betul tak cikgu2 petang? Kot environment sekolah korang lain sikit daripada sekolah aku, itu lain cerita la. Sekarang sudah agak mahir sedikit melilit dengan laju sebab dah apply selama setahun sampai cikgu penasihat Puteri Islam suh aku jadi moderator ajar ahli2 dia cekik leher lilit shawls. Persoalannya, layakkah? Gilers!!! (plural tu, tahu?)
My favorite, tudung bawal. Dulu zaman sekolah menengah, masa mula2 keluar tudung bawal mahal giler kan. Mana mampu. Aku beli yang bawal ciplak jer kat kedai, kat pasar malam. Tu pun mahal giler. Mana mampu nak pakai bawal 2, apatah lagi berangan nak pakai bawal 1 yang jarang tuh. Tengok jer la makcik2 kaya pakai sengan sulam lebat keliling tudung. Aku layak tudung bawal 3 jer time tu, keras kejung jer, ada bunga sikit2. Layak la kan, pakai pun herot, lipat tudung jadi bulat gaya ustazah2. Sekarang orang dah jarang pakai tudung bawal kot. Makcik2 dok syok pakai tudung awning, anak2 dara dan mak2 dara awal 20-an ke 30-an sibuk nak lilit2 selendang. Tak caya cuba p Jalan TAR tengok tudung pe orang kerap pakai. Aku tak tahan tu, anak2 dara dok boh bunga sejambak besaq atas pala dengan reben besaq segala! Tengok dalam majalah ok kot, bila aku tengok kat luar aku rasa sedikit pelik. Tapi tu depa punya pilihan la kan. As long ko confident dan rasa suitable dengan diri masing2, itu terpulang la kan. Aku bukan mengeji mereka2 tu, aku cuma not into it je. Serius aku respek budak2 muda sekarang berani pakai tudung gaya macam2 tu dengan baju mix and match yang berwana-warni. Aku pun tak berani. Penah try sekali warna-warni aku rasa WTF yer. Back to hijab! Aku pakai jugak tudung2 lain, tapi rasanya bawal suit me better. So, aku nak kembali ke alam 'bawal' tak nak tinggal bawal. Sekarang pun aku berselang2 pakai shawl dengan bawal ke sekolah. Bawal buat aku lagi cun kot. Hahahaha! But, shawl makes look cuter and younger! See, I'll keep wearing them coz they give me strong reason to wear them : cun, cute, young! :)

05 November 2010

~TERkantoi~

Sungguh geli hati melihat orang meniru gaya kita. Maknanya, ada la sedikit improvement aku sampai ada makhluk Tuhan yang lain nak ikut2 kan. Bagus~~ Chayok! Chayok! Depan2 tak berani nak kata apa2, sekali tengok pic~~ walawei, ada something yang sama la. Hahaha. Takpe. Tiru la, asal ko bahagia. Aku cuba menjadi baik dan sopan nih. Hahaha.

Aku daring?

Daring=DARE

1) berani,nekad
2) menjolok mata
3) terlalu mendedahkan


Ada ke patut??? Bukan semua maksud dare tu ada kat aku. Dah terlepas cakap kat orang lain. Sekali TERkantoi kat aku. Terus tukar statement ''I LIKE!''

Huhu. Tu la. Lain kali jangan ngumpat dalam FB. Kan dah TERkantoi! Aaaa, lagi 1, aku rasa dia cuba menjadi ayu. Keep up the good work babe, k :)

----------------------------------------------------------------------------

Ini shawls baru. Jimat elektik, masa dan tenaga. Tak payah iron :)





20 October 2010

~Work out~


Hilangkan lemak2 berlebihan. Hate it! Berat badan sudah turun ke berat asal selepas raya. Cuma perlu work out untuk lemak2 sampingan yang mencacatkan mata. Buat 1/2 jam tiap2 hari boleh ilang tak lemak degil itu? :P