31 January 2013

~Doktor Turban~

Assalamualaikum,

Salam baru balik klinik.

I'm just thinking, kenapa klinik orang kita (Melayu) suka rehat lama2? Agaknya pesakit boleh pilih masa sakit dan tak perlu ke klinik dalam tempoh rehat panjang tu dan boleh sambung sakit bila klinik dibuka semula nanti. Oh, hei, bila nak pergi end up klinik dah tarik nak tutup pintu pagar.

Dah 2x aku kena macam ni kat Ipoh, area rumah aku. Niat di hati memandangkan dah le MC hari ini, tak perlulah nak drive jauh2. Cari lah klinik paling dekat. Klinik Islam, klinik orang kita, klinik yang ada doktor perempuan. Kat situ ada 2 klinik Melayu ye. Keluar pukul petang. Dua2 tutp pagar, REHAT sampai kul 5-5.30! Pernah sebelum ni aku keluar lambat, dalam kul 6 petang, pekerja kat klinik tu dah sibuk tarik pintu pagar nak tutup klinik!

Pengalaman sebelum ni, aku demam. Tulis doktor masuk dari rehat kul 5 petang.  Tengok 5.10 tak sampai lagi. Takpe la, masa tu asar masuk lewat. 5.30 tak de lagi. Pakcik sebelum aku tu dah mengamok2, ye la sampai awal doktor plak x dak. Bleh dah lewat giler sampai doktor laki tu buat mukatoya xde prasaan bersalah kot la nak says sorry sebab buat 3 patients tunggu lama, hahahahampeh!

Rasanya memang tabiat orang kita, kerja malas, duit nak masuk je. Kedai makan pun sama je. Raya cuti seminggu, raya orang lain pun cuti lama gak. Macamana bisness nak maju?

Tak bolehkah rotate masa bertugas 2 doktor, kalau sorang rehat, solat, sorang doktor lagi ada. Dulu masa aku kat Taman Ehsan ok je klinik tu, doktor tukar2 time rehat ganti kawan yangsolat, yang rehat. Padahal bilik doktor pun sama je, ada 1. Doktor paling cikai mesti ada 2 orang kan. So, what's the problem?

Makanya bila orang kita buat macam terpaksa la aku ke klinik bukan orang kita. Jumpa doktor lilit2 turban, tapi bukan Yuna. Ni baru aku sorang, ramai lagi pesakit lain yang lalui masalah sama kan. Semua cari klinik doktor turban tu gak. Doktor turban gak yang untung.

24 January 2013

~Wassatiah~

Assalamualaikum,

Selamat pagi, salam maulidur rasul. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sungguh tenang pagi ni walaupun semalam agak menderita migrain muncul tiba2 selepas balik sekolah. Aduh!

Tahun ni agak sibuk sdi sekolah. Rasanya baru 3 minggu buka sekolah tapi seperti dah beberapa bulan mengajar. Tak terasa macam awal tahun, kerja makin bertambah. Lumrah bekerja, kalau tidak bertambah kerja tu maknanya orang tak percaya kita. Situasi di sekolah la ni.

Tahun ni juga dapat mengajar di kelas 'depan'. Kurang stress disiplin murid. Tapi kelas depan budak pasif plak. Mungkin kebiasaan di sekolah lama dulu, anak murid semua hyperactive, bising, bila masuk kelas ya g senyap aku plak yang jadi tak tentu hala. Tak best ke aku mengajar, faham ke tak? Macam bercakap dengan dinding, tembus bunyi lalu kepala depa sorang2. Masuk minggu ke-3 ni ada perubahan. Takde la pasif tara mana pun :) Now, I am happier than ever.

A lot of games in class, question and answer's session, humour.....all in one. Kelas ceria baru happy nak belajar. Aku rasa dah sebati dengsn anak cina kot ye, budak2 cina leh cari aku ajak bergurau. Bukan suatu yang pelik.

Tidak perlu terlalu garang terlalu serius, tapi jangan pula terlalu lembut sampai budak tak dengar kata. Aku cuma apply apa yang aku suka cikgu aku buat kat aku. Cikgu mana yang aku suka dulu, seboleh mungkin aku nak jadi macam tu depan anak murid aku. Bersederhana. Tu boleh elakkan dari stress melampau :)

16 January 2013

~Saya darah B, cikgu~

Kakak saya cakap saya anak angkat.
Darah saya tak sama degan mak dan ayah saya.

Awak kumpulan darah apa?

Saya B. Ayah saya O. Mak saya pun bukan B. Macamana saya boleh jadi B? Saya anak angkat ...... :(

Mak awak darah apa?

Mak saya AB. Lain kan cikgu....

#$=:÷÷^^%5:^&&*!?;;/"##

Saya ingat tadi ayah darah O, mak pun O. Mungkin sangat le awak tu anak angkat. Awak B dapat daripada AB mak awak le cik kak. Wat suspen jer. Pasal genetik awak belajar lebih dalam Biologi nanti.(Explain sekarang nanti lagi 80× muka blur awak tunjuk).

Yeke cikgu?

Ye. So, terjawab persoalan 'anak angkat' tu?

Hehehehe.




***Silibus Sains Tingkatan 3 membantu mengatasi kemusykilan kes anak angkat 

13 January 2013

~ Kreatif~

Assalamualaikum,

selamat tengahari.

Kreatif.

Kalau ingat balik zaman sekolah dulu kira kreatif adalah perkataan yang sangat suka didengar. Kreatif menghias kelas, kreatif menulis nota supaya tak boring baca, kreatif balut buku, kreatif menggunakan kain perca baki mak potong kain orang, kreatif mengolah manik. Buku Sejarah sapa yang Cikgu Zainab selalu angkat buat sample masa Tingkatan 3 dulu??? Ehem2.

Sekarang mana kreatif tu menghilang kan? Ada, memang ada. Tapi idea sudah tidak mencurah2 seperti dulu. Agaknya dulu otak masih segar, tak perlu fikir susah payah bekerja dan fikir kerja2 yang tidak berkesudahan. Dulu, mak abah bagi duit terus boleh simpan. Tak perlu nak fikir beli itu ini barang rumah. Sekarang, rasa malunya kalau tiap kali balik kampung asyik melantak dan tak reti2 nak beli barang rumah. Walaupun mak kata duit Along bagi aritu ada lagi....

Alasan btol! Cakap banyak kerja sebab tu tak kreatif.

Sejak rumah kerap ada kenduri, sejak Pipah kawen la, idea kreatif datang balik sedikit demi sedikit. Maknanya, tak lari ke mana kreatif tu, tambah2 kalau bakat merekacipta karya seni turun dari mak abah. Seni tak la bermaksud aku jadi seperti Yuna yang menang AJL walaupun penyanyi malam tu diganti dengan Aizat, tapi bakat seni diperturun ni bakat seni seorang tukang jahit kidal dan tukang kayu kidal. Maka, tidak hairanlah jika gen dominan telah berundur membenarkan gen resesif seni kidal bermaharajalela turun kat anak2. Masuk biologi plak. Tapi I makan dan menulis guna tangan kanan tau! Tetiba.....

Sebenarnya, aku dalam mood recall idea2 kreatif yang berkepuk2 dalam otak tapi tak dikeluarkan. Idea amik gambar je la kot aku keluarkan sikit2 sebelum ni. Orang kata seni ambil gambar kena ada angle yang menarik kan. Tapi seni kalau tak diasah dan dipakai, karat juga. Agaknya sebab tu lah aku rasa daya kreatif zaman sekolah aku mula hilang. Bukan hilang, dia merajuk je.

Ok, nampaknya tahun niaku akan perah balik daya kreativiti aku tak kira dalam dunia pendidikan atau urusan2 harian. Kawal emosi, kawal marah. Baru idea boleh datang kan. Aduh!



* agak2 sejak tulis tajuk dah berapa kali aku ulang 'kreatif' tu? See how much I miss it. Tahun ni, plz dear, come to mama. Muahhhh.





Lihat di luar.
Sepertinya hujan bakal turun lebat. 
Turunlah, sebelum aku mula perjalanan.

08 January 2013

~Jan 2013~

Assalamualaikum,
selamat malam.


It s been a while kan. Sungguh tidak ada keinginan hendak meng'update' blog sebab my passion dah lari ke photo, photo, photo. So, aku prefer Instagram! Tapi mana mungkin blog dilupakan. Sejak penghujung 2012 aku jadi silent reader tegar sahaja. Masih membaca blog, cuma tidak ada kerajinan membelai blog sendiri. Hahahaha.

Nervous, ya, sangat2 nervous. Kerja makin bertambah, maknanya anda semakin dipercayai, kemahiran anda tidak dipertikaikan. Bagus tu kan. Usia meningkat, tanggungjawab bertambah, maka, usaha, usaha, usaha.

Awal 2013, usaha menurunkan berat badan ke berat asal sedang berjalan. Setakat ini alhamdulillah turun 2kg, walaupun kadang2 rasa 'eh, btol ke penimbang ni? Pesal kejap turun kejap naik?' Tu salah satu bahana membeli menimbang bergred rendah dengan harga yang murah. Berjayakah?

Berhajat menjadi guru yang lebihhhhhh baik. Mengambil sedikit idea rakan guru sekolah lama, kita main plastisin dalam kelas Sains! Sungguh enjoy pelajar aku. Respon kelas 3A2 lebih bagus daripada kelas 'perasan bagus' 3RK. As expected....

Tahun ni juga dah ada SOP baru di Chulan, MMI. Lupa plak nama penuhnya. Ringkasnya, kalau ada guru yang hendak cuti rehat atau kena berkursus luar (tidak boleh masuk kelas bersebab), guru tu kena jual masa p&p kepada guru lain yang mengajar subjek yang sama atau guru subjek lain yang mengajar kelas yang sama tu. Nampak, sekarang guru makin sukar nak memohon cuti, tiada alasan untuk masuk relief kelas dah duduk saja menyemak buku sediri. Relief yang wajib mengajar. P&p wajib berjalan. MMI ni serupa jual beli masa la.  Setakat ni ada beberapa guru dah mula jual beli.
Aku pun ada hari nak kena jual ni. Sapa nak beli? Hehehe.

Oh ye, kucing2 aku membesar bagai juara, sihat, kuat makan, notty. Hemo bunting lagi. Bobby si mummy cool. Yen, ye Yen, sejak cuti dok dengar Angah panggil Ponia dah jatuh cinta nama tu sampai panggil Yen dia buat tak peduli je. Sekarang Bobby main dengan Poni, Hemo mummy bunting asyik tido.

Ok, aku nak join Hemo. Syok plak tengok dia khusyuk betoi tido. Sweet dreams readers.