08 January 2013

~Jan 2013~

Assalamualaikum,
selamat malam.


It s been a while kan. Sungguh tidak ada keinginan hendak meng'update' blog sebab my passion dah lari ke photo, photo, photo. So, aku prefer Instagram! Tapi mana mungkin blog dilupakan. Sejak penghujung 2012 aku jadi silent reader tegar sahaja. Masih membaca blog, cuma tidak ada kerajinan membelai blog sendiri. Hahahaha.

Nervous, ya, sangat2 nervous. Kerja makin bertambah, maknanya anda semakin dipercayai, kemahiran anda tidak dipertikaikan. Bagus tu kan. Usia meningkat, tanggungjawab bertambah, maka, usaha, usaha, usaha.

Awal 2013, usaha menurunkan berat badan ke berat asal sedang berjalan. Setakat ini alhamdulillah turun 2kg, walaupun kadang2 rasa 'eh, btol ke penimbang ni? Pesal kejap turun kejap naik?' Tu salah satu bahana membeli menimbang bergred rendah dengan harga yang murah. Berjayakah?

Berhajat menjadi guru yang lebihhhhhh baik. Mengambil sedikit idea rakan guru sekolah lama, kita main plastisin dalam kelas Sains! Sungguh enjoy pelajar aku. Respon kelas 3A2 lebih bagus daripada kelas 'perasan bagus' 3RK. As expected....

Tahun ni juga dah ada SOP baru di Chulan, MMI. Lupa plak nama penuhnya. Ringkasnya, kalau ada guru yang hendak cuti rehat atau kena berkursus luar (tidak boleh masuk kelas bersebab), guru tu kena jual masa p&p kepada guru lain yang mengajar subjek yang sama atau guru subjek lain yang mengajar kelas yang sama tu. Nampak, sekarang guru makin sukar nak memohon cuti, tiada alasan untuk masuk relief kelas dah duduk saja menyemak buku sediri. Relief yang wajib mengajar. P&p wajib berjalan. MMI ni serupa jual beli masa la.  Setakat ni ada beberapa guru dah mula jual beli.
Aku pun ada hari nak kena jual ni. Sapa nak beli? Hehehe.

Oh ye, kucing2 aku membesar bagai juara, sihat, kuat makan, notty. Hemo bunting lagi. Bobby si mummy cool. Yen, ye Yen, sejak cuti dok dengar Angah panggil Ponia dah jatuh cinta nama tu sampai panggil Yen dia buat tak peduli je. Sekarang Bobby main dengan Poni, Hemo mummy bunting asyik tido.

Ok, aku nak join Hemo. Syok plak tengok dia khusyuk betoi tido. Sweet dreams readers.



No comments: