24 January 2013

~Wassatiah~

Assalamualaikum,

Selamat pagi, salam maulidur rasul. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sungguh tenang pagi ni walaupun semalam agak menderita migrain muncul tiba2 selepas balik sekolah. Aduh!

Tahun ni agak sibuk sdi sekolah. Rasanya baru 3 minggu buka sekolah tapi seperti dah beberapa bulan mengajar. Tak terasa macam awal tahun, kerja makin bertambah. Lumrah bekerja, kalau tidak bertambah kerja tu maknanya orang tak percaya kita. Situasi di sekolah la ni.

Tahun ni juga dapat mengajar di kelas 'depan'. Kurang stress disiplin murid. Tapi kelas depan budak pasif plak. Mungkin kebiasaan di sekolah lama dulu, anak murid semua hyperactive, bising, bila masuk kelas ya g senyap aku plak yang jadi tak tentu hala. Tak best ke aku mengajar, faham ke tak? Macam bercakap dengan dinding, tembus bunyi lalu kepala depa sorang2. Masuk minggu ke-3 ni ada perubahan. Takde la pasif tara mana pun :) Now, I am happier than ever.

A lot of games in class, question and answer's session, humour.....all in one. Kelas ceria baru happy nak belajar. Aku rasa dah sebati dengsn anak cina kot ye, budak2 cina leh cari aku ajak bergurau. Bukan suatu yang pelik.

Tidak perlu terlalu garang terlalu serius, tapi jangan pula terlalu lembut sampai budak tak dengar kata. Aku cuma apply apa yang aku suka cikgu aku buat kat aku. Cikgu mana yang aku suka dulu, seboleh mungkin aku nak jadi macam tu depan anak murid aku. Bersederhana. Tu boleh elakkan dari stress melampau :)

No comments: