Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

14 June 2011

~Bergegaq 1 badan~

Aku ingat aku lalok. Maklum le pagi2 dah bangun nak g meeting kat PPD. Dapat tugasan petang semalam, hari ni dah nak kena submit. Lagi 1 maklum je la aku kan cikgu petang.......paham2 je la. Hahahaha.

Tengah meeting tiba2 rasa macam nak pitam ke hape ek nak cakap rasa macam tu. Goyang2, goyang2 kepala macam ringtone Jozan tu. Bila ada sorang kakak tu cakap ''ek bergegar la!'' baru aku sedar diri. Ye la, bergegar bukan aku lalok. PPD kat tingkat 3, tu pun dah rasa gegar kuat. Kalau tingkat 20 rasa macamana ye? En. Faizullah boss aku kat PPD tu cakap orang2 kat PPD dah rasa gegar sejak kul 7.30 pagi tadi.

Post kat FB, ada junior cakap ada gempa kat Sumatera. Balik meeting terus tunggu Buletin 1.30. Gegaran 5.5 skala Richter di utara Sumatera dapat dirasa hingga ke selatan Perak, Lembah Klang, N9 dan Melaka. Gempa tidak mencetuskan tsunami.

Harap semua selamat tanpa kemalangan jiwa. Aminnnn.

11 November 2009

~baik punya perli dalam meeting~


Kerja perlu siap sebelum Jumaat ni:

1) Laporan Disiplin Sesi Petang 2009
2) Surat buang Tang PC

Tadi dapat tugasan baru. Kena siapkan laporan disiplin. Aku memang amik minit tiap2 meeting. So, takde la problem nak wat laporan tu. Rujuk minit aku, rujuk surat gantung & buang, insyaallah boleh siap cepat je.

Ingat nak prepare bahan2 untuk LADAP next year. Next week la ni baru boleh start. Sambung lagi la keje aku tahun ni ke next year sebab tak dapat tukar T_T.

Tadi ada refleksi terakhir untuk 2009. Banyak peringatan la. Apa kena buat before cuti. Meja semua kena clear or pengetua akan buang semua yang tinggal. So, tanggung sendiri le kalau next year ada barang yang hilang. Meeting pertama untuk sesi 2010 mula 28/12/2009.

Tadi pengetua bleh teringat nak cari aku plak. Masa syok2 cakap tu dia cari, "Mana Fizah. Saya baca dalam FB dia sedih tak dapat pindah. Nak dok bawah ketiak mak dia la tu." Waaaa, puan. Cian saya. Siap cakap tahniah aku tak dapat tukar tu yang tak tahan tu. Hehehehe. Puan pengetua aku -_-'

Ari ni aku wat keje2 disiplin je ni. Update fail penalti. Penalti 1 Jujur je yang terusik ari ni. Tu pun nak termuntah dah tulis :P Pastu, cari fail rekod buang-gantung 2009 untuk buat laporan disiplin. Kak Mas kata wat je la 3 copies. Ok boss! Baik kan aku? Hehehehe.

29 September 2009

PPD plus PSN

28.09.2009

11.30 am:

Meeting di PPD pasal AJK Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) yang akan diadakan di Pusat Sains Negara (PSN) pada 1.10.2009 ni. Meeting ringkas ni just bagi skit briefing. Aku ngan 3 orang lagi cikgu skolah aku (Kak Aza,Kak Zie dan Kak Ina) terlibat jadi AJK cenderamata. Tak macam APC ari tu, NRC ni kami tak payah cari sponsor, tak payah wat sijil, tak payah bunggus door gifts. Suka la! Keje kami just susun dan pegang dulang adiah ngan sijil. Senang kan?

Naik keta Kak Aza. Camry! Sedap giler naik. Tak gegar macam keta aku. Keta kecik gegar merata2. Sampai kat bilik meeting kat PPd trus makan pagi. Nasi lemak. Sesuai dengan aku yang kelaparan tu kan. Meeting jap, pastu jalan2 nak cari tudung konon. Pastu lepak kat surau je sebab kul 2.30pm ada meeting kat PSN plak.


2.30pm:

Meeting di PSN.

Kami bertolak pas Zohor. Kak Aza drive. Uishhh. Rempit rupanya kak aku ni. Keta mahal2 ni mana la rasa kita pecut. Skali tengok dah 140kmj! Siap cucuk2 keta depan lagi. Uishh.

Kami sampai awal kat PSN. Pas kami sampai, cikgu2 laki AJK makanan pun sampai. Kami pegi ikut highway PLUS kuar ikut Duta sebab nak elak jem. Sebab AJK lain belum sampai, kami relax2 kat ctu tengok around PSN. Macam barang lama je aku tengok. Sunyi je. Tak de orang melawat pun.

Meeting yang boring! Ada wakil dari KPM, JPN Selangor dan Wilayah, Sasbadi (main sponsor), BTP dan kami AJK dari PPD Gombak. Bincang apa nak kena wat nanti. Kami kena bawak dulang sendiri. Ye, biasa la tu.

Pas meeting yang boring, kami dibawa tengok tempat. Tengok tempat agihan makanan kat 4th floor. Agih makan tempat tinggi btoi. Pastu tengok main place. Penyampaian hadiah kat ground floor, kat atrium. Pentas kecik giler! Tak dak tirai apa pun, sure nampak clear kalau kami huru-hara susun adiah. Siap semua, kami wat aktiviti bebas sebelum balik. Semua cikgu skolah aku tak penah mai cini except Kak Aza yang mai 2-3 tahun lepas. Jakun jangan kata la. Sampai PK kami pun naik malu tengok. Kami try apa yang ada kat atrium tu je la.

::pentas yang ciput::

::atrium::

::kat tingkat 2 depan bilik persidangan Alfred Nobel::

::spider web-aku bukan spiderwoman::

::cermin mengejek!::

::cantum muka aku ngan Kak Aza::